Status air

View previous topic View next topic Go down

Status air

Post by Solah on Sun Mar 09, 2014 4:45 am

Salam 

1. Apakah status air yang telah digunakan untuk mengambil wudu' dan mandi wajib?

2. Bolehkah mengambil wudu' dengan menceduk tangan (untuk ambik air) daripada satu gayung/bekas air kecik? (memang sah tak cukup sukatan 2 kolah)

3. Merujuk hukum air 2 kolah di http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg12.htm, jadi bolehlah ambik wudu' daripada botol air mineral atau baldi kecik asalkan terjaga 3 sifat air iaitu bau, warna, dan rasa? Cumanya air mineral tu kadang-kadang rasa macam 'plastik', masih sah dibuat wudu' kan?

Tq.

Solah
AHLI
AHLI

Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 34
Location : Penang

Back to top Go down

Re: Status air

Post by thtl on Sun Mar 09, 2014 9:44 am

1. khilaf yg panjang. suci menurut tahqiq Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (majmu' fatawa, 20:519) dan Dr Qardhawi, fiqh Taharah (ms 41)
2. Boleh saja
dalil:
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah berwudhu' dari air sisa lebihan mandian isteri baginda. Isterinya berkata, sesungguhnya saya telah mandi dengan air tersebut!" Nabi saw bersabda:
إنَّ الماءَ طَهُورٌ لا يُنَجِّسُهُ شيءٌ
"Air itu suci dan tidak apa yang dapat menajisinya" [sahih oleh alZahabi, dikeluarkan oleh Ahmad, anNasa'iy, Ibn Majah, adDarimi, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim]
3. air mineral mmg suci sebab ia disedut dari air bawah tanah sedalam 300 meter. bau plastic tak ada masalah.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum