Umrah Persendirian Part 2

Page 6 of 11 Previous  1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 9, 10, 11  Next

View previous topic View next topic Go down

Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Tue Mar 18, 2014 7:56 pm

First topic message reminder :

Saya "UP" mendoakan tuan/puan semua yang membaca tread ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta segera dapat menunaikan UMRAH atau HAJI dengan apa cara yang di halalkan oleh syarak. Mohon juga saudara pembaca kelian mendoakan untuk pembaca yang lain

Salam untuk semua

Saya ingin mencadangkan usul saya tempoh hari untuk di bincangkan:

Saya ingin mencadangkan Bagi Perlaksanaan Umrah Persendirian


  1. Mana-mana pihak menjadi coordinator kepada umrah tanpa pakej atau tanpa melalui TA. Teruma forum ini di bawah kelolaan ustaz THTL menjadi coord itu.
  2. Mengumpul peserta/ jemaah yang membeli tiket persendirian samaada AA/NasAir atau lain-lain untuk di gabungkan di peringkat KSA bagi tarikh yg sama bagi tujuan ground svs pada kadar yg berpatutan. Jangkaan saya bagi bil hari 13H11M untuk ground svs akan melibatkan perbelanjaan tidak melebihi RM1K8, jika tiket pada kadar SAR1999, jumlah keseluruhan RM3553.26 (RM1753.26 + RM1800)
  3. Mana-mana tarikh, tiket boleh di beli oleh jemaah pesendirian dan akan bergabung di peringkat keberangkatan di KUL.
  4. Jika cadangan ini di terima, pohon buka satu ruang forum baharu di bawah satu tajuk khusus umrah persendirian dan ustaz thtl melalui forum ini bertindak sebagai pengumpul peserta. Jika mendapat sambutan, para peserta mohon hebahkan kepada rakan-taulan.


Tujuan mengadakan pakatan umrah cara ini bukan nak menidakan usaha TA, biarkan pakej TA untuk yang lebih mencari keselesaan dan kesenangan tanpa mengurusnya sendiri.

Tiket normal Airasiaatau Nas Air tidak akan dapat di bawah RM2000. Jadi elok kalau kita sedia sahabat yang nak tunaikan umrah dan bersedia beli tiket sendiri apabila ada offer. Cuma saya cadangkan di adakan forum ini untuk di bincangkan terlebih dahulu

  1. permasalahannya serta menghilangkan tahap pemikiran kebanyakan orang kita Malaysia bahawa mengerjakan umrah mesti ikut pakej TA.
  2. Mengurangkan kebimbangan bakal jemaah tentang perkara kurang elok yang sering di ceritakan walhal tiada bukti.
  3. Memperbanyakan orang Malaysia yang masih sihat terutamanya kaum muda  untuk mengerjakan umrah kerana belanja rendah.Budget RM3.5K kebawah bagi 2014 ini. (kebanyakan TA sudah offer 4.5K ke atas. Ada yang offer 7k dgn hotel paling dekat Masjidil hHaram)


Sekian.


Last edited by umrah persendirian on Thu Jun 12, 2014 9:40 pm; edited 3 times in total (Reason for editing : formating)

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down


Hotel di Mekah

Post by umrah persendirian on Wed Jun 25, 2014 7:17 pm

Bila bincang pasal hotel, hotel di Mekah memang kena ambil perhatian terutama bagi jemaah pesendirian. Sebelum buat tempahan online eloklah di search dulu lokasinya melalui googlemap dan sebagainya.

Jan14 dulu saya tinggal di hotel di belakang Le Merideum


[/img]


hotel ini banyak kekurangan.

  1. Bila waktu habis sembahyang waktu, lif akan sesak dgn org nak ke bilik, lif cuma 2 unit saiz pun kecil (muatan 8 orang)
  2. Tempat makan bagi yang ikut pakej agak sempit. Saya pernah ke kawasan itu walaupun tidak makan di situ.
  3. Tuala/selimut tak pernah tukar selama kita menginap(bilik tek pernah kemas walaupun tinggal lebih seminggu)


Kelebihan

  1. dekat dgn Haram
  2. Bilik kira selesa
  3. Tekanan air kuat dan tak pernah kurang
  4. Pekerja kaunter org arab mak Kelantan, boleh cakap kelantan


Mungkin harga masa sekarang jatuh habis sebab kekurang jemaah.


Last edited by umrah persendirian on Sat Jun 28, 2014 5:27 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : betulkan maklumat)

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Aidilfitri di Mekah dan Berumrah melalui UMRAH PERSENDIRIAN di akhir Ramadham

Post by umrah persendirian on Mon Jul 07, 2014 5:55 pm

Assalamualaikum dan selamat menjalankan Ibadah di bulan barakah

JIKA VISA UMRAH BOLEH DAPAT DALAM MASA KURANG 20 HARI

PELUANG MENUNAI UMRAH CARA PERSENDIRIAN jika visa umrah dapat di atasi kerana ada tawaran penerbangan kadar rendah.

Sukran

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Peluang Berhariraya di Mekah dan Umrah

Post by umrah persendirian on Mon Jul 07, 2014 6:49 pm

JIKA VISA UMRAH BOLEH DAPAT DALAM MASA KURANG 20 HARI

PENERBANGAN KUL-JED
Penerbangan Airasia telah meletakan harga tersangat murah bagi perjalanan Kul-Jed pada akhir Julai 2014 ini. Semasa penerbangan ke Jedah kita tak perlu ambil dan juga tak perlu ambil makanan sebab perjalanan siang hari untuk 26 julai 2014(12.30Th di Kul sampai 5.00 ptg waktu KSA)
28 julai 2014  2.35 pg KUL sampai Jedah 7.05 pg (ini kena ambil makanan)
29 julai 2014 12.30th KUL-sampai Jeddah 1700 (puasa)
28 julai 2014  2.35 pg KUL sampai Jedah 7.05 pg (ini kena ambil makanan)

Lihat harga asas di bawah.

Harga Airasia bagi sektor KUL-Jed, 26,28,29,31 jul 2014


Last edited by umrah persendirian on Mon Jul 07, 2014 7:47 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : Pembetulan gambar)

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Peluang Menunaikan Umrah di hujung RAMADHAM

Post by umrah persendirian on Mon Jul 07, 2014 7:46 pm

JIKA VISA UMRAH BOLEH DAPAT DALAM MASA KURANG 20 HARI

PENERBANGAN KUL-JED
Penerbangan Airasia telah meletakan harga tersangat murah bagi perjalanan Kul-Jed pada akhir Julai 2014 ini. Semasa penerbangan ke Jedah kita tak perlu ambil dan juga tak perlu ambil makanan sebab perjalanan siang hari untuk 26 julai 2014(12.30Th di Kul sampai 5.00 ptg waktu KSA)
28 julai 2014  2.35 pg KUL sampai Jedah 7.05 pg (ini kena ambil makanan)
29 julai 2014 12.30th KUL-sampai Jeddah 1700 (puasa)
28 julai 2014  2.35 pg KUL sampai Jedah 7.05 pg (ini kena ambil makanan)

Lihat harga asas di bawah.

Harga Airasia bagi sektor KUL-Jed, 26,28,29,31 jul 2014




PENERBANGAN JED-KUL

Bagi sektor ini pula kena pilih NasAir sebab AA dan tak jual tiket pada bulan Ogos

wego


PILIHAN NAS AIR JED-KUL


NAS AIR



PILIHAN JEDAH-MADINAH ATAU MADINAH JEDAH


JEDAH-MADINAH


MADINAH-JEDAH

ELOK AMBIL MADINAH KE JEDDAH SEMASA BALIK SEBAB SAMA TERMINAL MASA DI JEDDAH.



JEMAAH NEGARA LAIN SEPERTI INDONESIA JUGA BERPELUANG

Bila saya melihat harga tiket dari negara jiran Indonesia juga harga rendah bagi kedua tarikh berkenaan BAGI pperjalanan antara kedua distinasi.
Tempat di search adalah  Balikpapan di Kalimantan  dan Sumatra yg para jamaahnya sebelum ini selalu menggunakan Airasia di KUL-Jeddah.


Terima Kasih.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Mon Jul 07, 2014 10:07 pm

Satu TA offer 2 minggu proses visa.

[quote="UMRAH VISA APPLICATION 2014

PANDUAN YANG PERLU DIPATUHI UNTUK PEMEROSESAN VISA UMRAH MUSIM 2014M/1435H

MUASSASAH : AL YAMAMA UMRA COMPANY

1. Pemerosesan biasa passport untuk Visa Umrah dalam masa 2 minggu bekerja
2. Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta minima 3 muka surat kosong. Paspot yang tidak menyatakan nama penuh pemilik(sekurang kurang 2 nama dalam paspot) hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Immigration Malaysia.
3. 2 keping gambar berukuran 6cm x 4cm zoom 70% - 80% berlatarbelakangkan berwarna putih (contoh gambar sila click) 4. Buku suntikan “mengintis” ACYW 135 dari doktor swasta atau kerajaan."][/quote]

Pengesahan belum di buat cuma di perolehi dari web sahaja.

umrahajtravel

Sekiranya memerlukan apa apa pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung dengan kami

For more information, kindly contact our general lines :-
HEAD OFFICE (HQ) - Tel : +603 4022 4444      Fax : +603 4021 4444    
H/P : +6013 323 4444, +6012 257 4444, +6013 3887576
Email : info@umrahajtravel.com.my,lokman@umrahajtravel.com.my,
hajimokhtar@umrahajtravel.com.my,iwan@umrahajtravel.com.my
Special arrangement or special interest kindly contact our :-
Executive Director : Hj Lokman Hj Hamzah - +6013 323 4444, +6012 257 4444
Managing Director : Hj Mokhtar Ahmad +6013 388 7576
Visa & Outbound Dept : Mr Iwan +6012 645 4580

http://umrahajtravel.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=17&Itemid=


Last edited by umrah persendirian on Sun Jul 20, 2014 9:21 pm; edited 1 time in total

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Mon Jul 07, 2014 10:10 pm

Like 


Last edited by umrah persendirian on Sun Jul 20, 2014 9:16 pm; edited 1 time in total

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Andhy Putra on Fri Jul 11, 2014 9:06 am

umrah persendirian wrote:JIKA VISA UMRAH BOLEH DAPAT DALAM MASA KURANG 20 HARI

PENERBANGAN KUL-JED
Penerbangan Airasia telah meletakan harga tersangat murah bagi perjalanan Kul-Jed pada akhir Julai 2014 ini. Semasa penerbangan ke Jedah kita tak perlu ambil dan juga tak perlu ambil makanan sebab perjalanan siang hari untuk 26 julai 2014(12.30Th di Kul sampai 5.00 ptg waktu KSA)
28 julai 2014  2.35 pg KUL sampai Jedah 7.05 pg (ini kena ambil makanan)
29 julai 2014 12.30th KUL-sampai Jeddah 1700 (puasa)
28 julai 2014  2.35 pg KUL sampai Jedah 7.05 pg (ini kena ambil makanan)

Lihat harga asas di bawah.

Harga Airasia bagi sektor KUL-Jed, 26,28,29,31 jul 2014




PENERBANGAN JED-KUL

Bagi sektor ini pula kena pilih NasAir sebab AA dan tak jual tiket pada bulan Ogos

wego


PILIHAN NAS AIR JED-KUL


NAS AIR



PILIHAN JEDAH-MADINAH ATAU MADINAH JEDAH


JEDAH-MADINAH


MADINAH-JEDAH

ELOK AMBIL MADINAH KE JEDDAH SEMASA BALIK SEBAB SAMA TERMINAL MASA DI JEDDAH.



JEMAAH NEGARA LAIN SEPERTI INDONESIA JUGA BERPELUANG

Bila saya melihat harga tiket dari negara jiran Indonesia juga harga rendah bagi kedua tarikh berkenaan BAGI pperjalanan antara kedua distinasi.
Tempat di search adalah  Balikpapan di Kalimantan  dan Sumatra yg para jamaahnya sebelum ini selalu menggunakan Airasia di KUL-Jeddah.


Terima Kasih.

Harganya sangat terjangkau... Relatif murah itu...
Pada yang teringin ke Tanah Suci... Ini peluang terbaik...
Seperti pengalaman kelmarin, Visa Umrah saya diuruskan dalam tempoh 5 hari sahaja... Coba"lah rujuk pada TA yang saya gunakan kelmarin...

Insya Allah...

Andhy Putra
AHLI
AHLI

Posts : 27
Points : 27
Join date : 04/06/2013

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by asha2000 on Mon Jul 14, 2014 11:16 am

tahniah saudara dan terim KASIH ATAS MAKLUMAT YG DIBERIKAN SANGAT BERINFORMASI...Seomaga Saya dan rakan juga dipermudahkan urusan pada january tahun depan insyaa Allah..

Saudara Andhy putra atau ahli lain ,boleh saya tanya berapa lama pihak Zahafiz nak proses visa dan bila masa yang sesuai untuk meminta pihak zahafis untuk proseskan visa kami..flight kami pada 9 january 2015...boleh dapatkan nama pegawai pihak zahafis...Harap dapat membantu..


asha2000
AHLI
AHLI

Posts : 3
Points : 5
Join date : 08/07/2014

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Mon Jul 14, 2014 8:19 pm

Kata Saudara Andhy Putra
Visa Umrah saya diuruskan dalam tempoh 5 hari sahaja... wrote:
Tempoh ini mmang boleh sebabnya TA meng'keyin' kedaam sistem komputer muassasah dan kelulusan MOFA selewat2nya ialah 48 jam. Pihak kedutaan pula hanya mengambil masa 1 hari selepas TA kemukakan dukumen paspot+kelulusan MOFA+buku suntikan managitis ACW135 + kelusan mahram (bagi yg berkaitan). 5 hari memang mencukupi, cuma adakan TA bersedia tanpa urusan lain.

Perkara kedua di tanya
bila masa yang sesuai untuk meminta pihak zahafis untuk proseskan visa kami.. wrote:
Pandangan saya, elokberurusan mulai sekarang. Mungkin juga boleh merujuk kepada lain-lain TA dan pilih mana yang terbaik .

Cadangan dari saya:
1. Mohon periksa terminal mana di gunakan semasa ketibaan di Jeddah!
2. Kalau berhajat ke Madinah dahulu, elok rasanya saudara buat conecting flight Jed- Madinah. Pastikan gap masa mencukupi (min 4 jam )
3. Penginapan terutama di Mekah. jika jarak jauh, elok rasanya buat tempahan lain yg lebih dekat jika tempahan sekarang belum berbayar. Biarlah dekat dgn Haram walaupun kurang berbintang.

Wallahualam

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

UMRAH PERSENDIRIAN MUSIM CUTI SEKOLAH

Post by umrah persendirian on Mon Jul 14, 2014 9:52 pm

PELUANG UMRAH PERSENDIRIAN DI MUSIM SEJUK DEC 2014

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi. Nikmat kehidupan, Iman dan Islam menjadikan kita hamba yang mulia dan terbaik di dunia ini.
Tibanya bulan dec/jan, pasti berduyun-duyun manusia mencari fitrah, menerima jemputan daripada Allah taala sebagai tetamu yang Esa atau disebut sebagai Duyuf Rahman ekoran daripada kelulusan semula visa umrah selepas dihentikan seketika semasa musim haji. Juga di sebabkan musim cuti sekolah di Malaysia.

Cuaca di Madinah dan Mekah sedikit berbeza pada masa ini. Lazimnya sepanjang bulan Nov membawa ke bulan Mac, Mekah dan Madinah mengalami musim sejuk. Biarpun suhu sejuk di kedua-dua tanah haram itu tidak seperti di Jordan, Turki atau beberapa negara Arab di sekitarnya, suhu sekitar 10°C masih dianggap sejuk seperti mana musim panas di Mekah yang mampu mencapai lebih 40°C dan adakalanya semasa puncak hampir 50°C. Info cuaca boleh di rujuk di sinihttp://weather.weatherbug.com/Saudi%20Arabia/Medina-weather.html?zcode=z6286


Cuba lihat Harga Tiket Penerbangan KUL/Jed/KUL

1. Nas Air


2. Air Asia




3. Bangkok/Jedah/Bangkok





HOTEL

Akan di update kemudian
Bersama ini saya kongsikan beberapa tips yang dikongsi oleh laman Muslim Backpackers
Antara item penting yang perlu dibawa ketika cuaca begini ialah :
1. Kot tebal (winter coat)
2. Baju panas - boleh dipakai di dalam telekung
3. Inner
4. Kasut bertutup atau kasut getah seperi crocs dan sebagainya
5. Mafla / shawl untuk melindungi muka daripada angin sejuk (ketika ihram jemaah wanita tidak dibenarkan menutup muka)
6. Tuala muka untuk menglap muka selepas berwuduk
7. Bagi jemaah wanita, biasakan memakai telekung bersama jubah atau seluar atau skirt lebuh dan stoking untuk ke masjid. Kain telekung hanya mudah dipakai jika solat di dalam bilik. Pastikan juga stoking tidak jarang atau koyak.
8. Tudung labuh dan sebaiknya berdagu
9. Sarung lengan
10. Bagi lelaki kain ihram sangat memberi keselesaan dalam suhu begini
11. Jika sejuk, elak memakai kain pelekat ke masjid. Pakailah seluar yang dapat menahan sejuk bersama jubah
12. Kasut stokin untuk keselesaan berjalan di dalam masjid, semasa tawaf dan saie (bagi jemaah wanita)
13. Pelembab muka dan bibir
14. Krim panas
15. Botol air untuk mengisi air zam zam setiap hari
16. Termos kecil untuk membawa air panas semasa aktiviti ziarah

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Mon Jul 14, 2014 9:54 pm

Like 

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

UMRAH PERSENDIRIAN MUSIM CUTI SEKOLAH

Post by umrah persendirian on Tue Jul 15, 2014 10:21 pm

PELUANG UMRAH PERSENDIRIAN DI MASA CUTI SEKOLAH DAN MUSIM SEJUK DEC 2014


Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki yang tidak bertepi. Nikmat kehidupan, Iman dan Islam menjadikan kita hamba yang mulia dan terbaik di dunia ini. walaupun rezeki melimpahruah, namun ada yang masih belum cukup-cukup dengan pemberianNya.

Jom sama-sama kita memberkati rezeki itu dengan membelanjakan ke jalan Allah dgn melakukan ibadat umrah

PILIHAN PENERBANGAN DEC 2014
NASaIR

SAR983 + SAR959 = RM1648.00

AIRASIA

AIRASIA RM3122.00

JETSTAR VIA BANGKOK
1. BANGKOK - JEDAH - BANGKOK

BKK/JED/BKK

2. KUL/BANGKOK/KUL
  RM261+RM221 = RM482.00

  JUMLAH KUL/BANGKOK/JED/BANGKOK/KUL RM1762
(Badan akan menjadi penat bila 2 kali transit dan perbelajaan masa transit dan trafer airport masa di Bangkok) Elok ambil flight terus KUL-JED samaada NasAir atau AirAsia.

Terima kasih atas kesudian membaca.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Andhy Putra on Wed Jul 16, 2014 10:28 am

asha2000 wrote:tahniah saudara dan terim KASIH ATAS MAKLUMAT YG DIBERIKAN SANGAT BERINFORMASI...Seomaga Saya dan rakan juga dipermudahkan urusan pada january tahun depan insyaa Allah..

Saudara Andhy putra atau ahli lain ,boleh saya tanya berapa lama pihak Zahafiz nak proses visa dan bila masa yang sesuai untuk meminta pihak zahafis untuk proseskan visa kami..flight kami pada 9 january 2015...boleh dapatkan nama pegawai pihak zahafis...Harap dapat membantu..


Salam,

Kalo anda sudah ada tarikh tetap, saya cadangkan merujuk pihak Zahafiz 3 bulan lebih awal untuk booking dan mereka akan menerangkan apakah dokumentasi yang perlu disediakan... Jadi dalam tempoh tersebut, anda boleh uruskan dokumentasi" yang diperlukan seperti surat nikah/pengesahan mahram oleh JAWI/pengesahan dari Wisma Putra/Pengesahan dari JPN & Kedutaan (Jika berkaitan)...

Urusan Visa kelmarin saya diuruskan oleh seorang petugas wanita (lupa pula namanya - Terdapat banyak petugas yang sangat membantu dan bagus) dan kami langsung ke pejabat mereka di Seksyen 23 Shah Alam... Jadi memang x risau, in case ada apa" saya truz ke sana...

Berdasarkan pengalaman, anda akan diminta submit passport + dokumen berkaitan sebulan sebelum berlepas... Dan 5 hari kemudian selepas submit, saya dihubungi oleh pihak Zahafiz untuk ambil passport + Visa... Memang cepat... Dan apa yang saya suka tentang Zahafiz, dia tidak ambil apa" wang deposit dari pihak anda... Apabila Lulus dan Visa telah dikeluarkan, baru pembayaran dilakukan sewaktu mengambil passport nanti... Jadi takkan rasa takut dan sebagainya...

Mudahan Membantu...

Andhy Putra
AHLI
AHLI

Posts : 27
Points : 27
Join date : 04/06/2013

Back to top Go down

TERKINI 29 MEI 2014; 59 TA berdaftar dengan Kementerian Hajj Arab Saudi

Post by umrah persendirian on Wed Jul 16, 2014 8:12 pm

Senarai Penuh Syarikat berdaftar dengan Kerajaan Arab Saudi.

SENARAI INI DI SAHKAN OLEH KEDUTAAN ARAB SAUDI DI KUALA LUMPUR DAN IANYA SAH SEHINGGA 29 MEI 2014

SUMBER: motour

Kepada para pengunjung forum yang di hormati, jika tuan/puan tiada kenal mana-mana TA berdaftar seeloknya berurusanlah dulu dengan TA yang berdekatan dengan tempat tinggal, jika TA yg berdekatan tersebut juga menguruskan pemohonan VISA UMRAH akan memudahkan tuan/puan bila berurusan selanjutnya. Jika di tempat saudara tiada TA yg sanggup, bolehlah mencari TA yang senang di hubungi seperti yg telah di cadangkan di forum ini



1.   BESTSTAR TRAVEL CENTRE SDN. BHD.    
2.   ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
3    KAA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
4.   PLATINUM GESTURE TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
5.   UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS SDN. BHD.
6.   YHA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
7.   RAYHAR TRAVEL SDN. BHD.
8 .  ALFJR TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
9.   AL-NILE TOUR & TRAVEL SDN. BHD.
10. WIRA SAUJANA TRAVEL & TOURS SDN. BHD
11. TH TRAVEL & SERVICES SDN. BHD.
12. EDARAN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
13. ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
14. CANTUMAS TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
15. MISBAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
16. TM TOURS & TRAVEL SDN. BHD.
17. AGENSI PELANCONGAN MJT TRAVEL SDN. BHD.
18. ELAF SHAHIDAH TRAVEL SDN. BHD.
19. AL RAHALA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
20. CS HOLIDAYS SDN. BHD.
21. FELDA TRAVEL SDN. BHD.
22. JUARA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
23. UMH TRAVEL & SERVICES SDN .BHD.
24. FALCON TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
25. KRS TRAVEL SDN. BHD.
26. RAKYAT TRAVEL SDN. BHD.
27. DERAZ TRAVEL & RESORT SDN .BHD.
28. KSB TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
29. SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN SDN. BHD.
30. SYAZA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
31. CITRA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
32. SMAS TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
33. TAMIMI TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
34. AN NAJWA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
35. NAT TOUR SDN. BHD.
36. IMTIYAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
37. UC TRAVEL SDN. BHD.
38. MASAMAS TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
39. KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN. BHD
40. BATUTA TRAVEL & TOURS SDN. BHD
41. TIRAM TRAVEL SDN. BHD
42. AGENSI PENGEMBARAAN ASARI MURNI TRAVEL & TOURS SDN. BHD
43. DEMAK TRAVEL SDN. BHD
44. MR TRAVEL & SERVICES SDN. BHD
45. AR RAUDAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD
46. RIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD
47. HASANI TRAVEL & TOURS SDN. BHD
48. ADAM HOLIDAY TRAVEL SDN. BHD
49. ZUSB WORLD TRAVEL SDN. BHD
50. GEMILANG TRAVEL AND TOURS SDN. BHD
51. TRIWAYS TRAVEL NETWORK (M) SDN. BHD
52. SILA TOUR & TRAVEL SDN. BHD,
53. GOTZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD
54. POTO TRAVEL & TOURS SDN. BHD
55. BAHRULMAZI TRAVEL AND TOURS SDN. BHD
56. OMEGA TRAVEL & TOURS SDN. BHD
56. MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN. BHD
58. ZAFCO TRAVEL & TOURS SDN. BHD
59. V.I.P TRAVEL & TOURS (M) SDN. BHD


Bagi mendapatkan website syarikat atau link ke syarikat berkenaan, sila klik DI SINI

Senarai Penuh 59 TA berkenaan







Last edited by umrah persendirian on Mon Aug 04, 2014 5:55 am; edited 1 time in total (Reason for editing : Pembetulan)

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Contohi Cara Menunai Umrah Persendirian Terutama Warga Singapura

Post by umrah persendirian on Sun Jul 20, 2014 9:48 pm

DI SINI SAYA COPY PASTE PENGALAMAN UMRAH PERSENDIRIAN PN SAKINAH DARI SINGAPURA. BELIAU TELAH MELAKUKAN UMRAH CARA PERSENDIRIAN PADA JANUARI 2014 YANG LALU.


TAJUK ENTRI : Umrah Tanpa Rombongan Umrah
Blog :   usakinahsaptu



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Harapan saya agar semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Hari ini saya terpanggil untuk mengisi ruangan blog ini apabila hampir setiap hari saya dihujani dengan pertanyaan yang sama dari teman-teman tentang bagaimana saya dan suami menunaikan umrah tanpa mengikut pakej yang disediakan oleh mana-mana travel agency. Justeru, supaya tidak menjawab soalan yang sama berulang kali, saya mengambil keputusan untuk menulis jawapan tersebut sebagai panduan untuk semua.

Soalan yang biasa ditanyakan kepada saya ialah:

1- "Bagaimana mendapatkan visa umrah?"

2- "Bagaimana dengan hotel dan tiket penerbangan?"



Untuk dua soalan di atas, saya nyatakan beberapa langkah berikut:

Pertama: Rancang perjalanan dengan baik. Jadi, tetapkan samada anda ingin pergi ke Madinah terlebih dahulu atau Makkah.

Kedua: Tempah tiket penerbangan (pergi-balik) melalui laman web penerbangan yang telah anda pilih (contoh: Singapore Airlines, Saudi Airlines, Emirates, Airasia dan lain-lain).  Paling penting, buat perbandingan harga antara setiap airlines terlebih dahulu agar ia mengikut bajet yang telah anda tetapkan.

Singapore Airline Bording Pass

Ketiga: Tempah hotel penginapan di Makkah dan Madinah. Tempah bilik hotel mengikut kepada kemampuan dan bajet anda di laman web hotels combined.


Keempat: Ambil suntikan vaksin meningitis di mana-mana klinik dan pastikan diberi surat pengesahan dari pihak klinik.

Kelima: Sediakan 2 keping gambar untuk setiap seorang [ukuran gambar mengikut saiz yang telah ditetapkan bagi visa Umrah]  dan salinan sijil nikah.

Keenam: Anda hubungi mana-mana travel agency [Islam] di Singapura untuk mendapatkan khidmat memohon visa umrah.  Suami saya telah memilih Halijah Travel bagi pengurusan visa dan dikenakan bayaran S$150 setiap seorang.

Ketujuh: Serahkan semua dokumen: Passport, tiket penerbangan, resit tempahan dan pembayaran hotel, surat doktor, gambar visa, sijil nikah dan sijil-sijil lain yang diperlukan kepada pihak travel agency bagi pengurusan visa. Mereka akan menghubungi anda setelah permohonan anda mendapat kelulusan dari Kedutaan Saudi di Singapura.


3- "Bagaimana dengan pengangkutan dari Madinah-Makkah/Makkah-Madinah?"

Anda boleh menaiki VIP bus antara Madinah dan Makkah/Jeddah atau sebaliknya dengan menggunakan SAPT.CO VIP Coach yang dikendalikan oleh Kerajaan Arab Saudi.  

Bayarannya ialah: 100 Riyal sehala/seorang. [Makanan disediakan di dalam bas].

Anda boleh menempah sehari atau beberapa hari sebelum tarikh anda ingin bertolak. Kaunter di Madinah terletak bersebelahan dengan Hotel Anwar al-Madinah Movenpick . Untuk ke sana, anda perlu menyeberang jalan dari hotel Movenpick untuk ke Elaf Taibah - Andalus Dar al Khair hotel. Dan anda akan dapati ada sebuah pejabat kecil berpintu kaca, bersebelahan dengan jalan raya di antara kedua-dua hotel tersebut. Sila lihat gambar untuk mendapatkan maklumat lanjut:

SAPTCo

anda juga boleh menyewa kereta dengan bayaran 800 riyal. Selalunya, kereta sewa ini boleh didapati di tepi-tepi hotel. Dan pandai-pandailah anda tawar-menawar dengan pemandu kereta tentang bayaran.

4- "Makanan?"

Terdapat banyak kedai makanan di Makkah dan Madinah, jadi anda tidak perlu risau  =)

5- Air Zamzam

anda boleh membeli air zamzam dengan packaging yang sama ini di lapangan terbang Jeddah dengan harga yang lebih  murah dar di beli di Mekah  iaitu 17 riyal.

6. "Bahasa?"

Usah risau tentang bahasa. Kerana selalunya bila mereka melihat anda, mereka akan berbual dalam bahasa Indonesia walaupun anda bertanya dalam bahasa Inggeris, melainkan jika wajah anda tidak ada muka orang Melayu. Jika muka ada iras-iras orang India atau Pakistan, maka bersiap sedialah untuk ditegur dalam bahasa Urdu



Semoga maklumat yang saya nyatakan di sini, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang musykil tentang perjalanan umrahpersendirian. Akhir sekali, penting untuk saya tekankan bahawa perjalanan ke Makkah dan Madinah tanpa mengikut mana-mana pakej yang ditawarkan oleh travel agency lebih sesuai untuk mereka yang  faham dengan tata cara melaksanakan umrah dan inginkan perjalanan yang singkat/sesuai ikut masa sendiri.


Sekian dari saya, wassalam.

sumber

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

UMRAH CARA PERSENDIRIAN

Post by umrah persendirian on Fri Sep 05, 2014 9:38 am

Tahniah untuk tuan/puan yang telah menunaikan umrah cara persendirian atau umrah tidak melalui agen. Cerita anda ini kalau boleh di kongsikan kepada bakal jemaah yang memilih cara ini adalah sangat berguna dan ilmu itu dapat di kembangkan. Selagi ilmu yg kita kembangkan walaupun ianya merupakan umrah persendirian ini dan ianya di ikuti, pasti anda akan mendapat sedikit pencen darinya. Oleh itu marilah kita sama-sama kembangkan pengetahuan menunaikan Umrah Cara Persendirian dgn pelbagai cara media sosial yang ada dewasa ini.


UMRAH PERSENDIRIAN

Saya telah mewujudkan whatsapp group atas nama 'Umrah Persendirian' kerana dewasa ini penggunaan whatsapp lebih di sukai masa kini. Group whatsapp pertama sudahpun penuh. Satu group telegram juga di wujudkan atas nama sama tetapi kurang disukai kerana tidak mesra pengguna.
Tujuan group di buat antaranya mengumpul mana2 jemaah yang telah menunaikan umrah cara persendirian atau cara tanpa agen dan apa2 nama yg membawa erti umrah persendirian serta bakal bakal jemaah umrah yang memilih cara umrah persendirian.

Group yang sudah mempunyai keahlian melebihi 50 org telah aktif dan ada beberapa ahlinya yang sudah melakukan umrah cara persendirian ini. Perjumpaan pertama antara ahli yang berada di Lembah Klang dan yang dapat hadir akan di buat dalam masa terdekat.

Keahliannya terbuka kepada semua oyrang Islam berumur 18 tahun dan ke atas tanpa syarat lain.

Sekiranya saudara/saudari berugama Islam membaca tulisan ini, saudara-saudari berhajat menyertai whatsapp itu boleh berbuat dgn menghubungi email umrahsenang@gmail.com untuk mendapatkan no whatsapp atau apa-apa maklumat berkaitan.

Akhir sekali, marilah kita sama-sama berjimat dalam melakukan ibadah umrah cara persendirian dengan kadar 30% ke 50 % dari kadar mengikut pakej TA.

Sekian, terima kasih.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Sat Sep 06, 2014 11:12 am

UMRAH PERSENDIRIAN

Sememangnya ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian atau umrah tidak mengikut pakej dari mana-mana travel agen. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej TA di samping sedikit faktor lain.

Wujudnya group whatapps atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload pada 5 sept 2014 telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua hari sahaja UP whatsapp tersebut telah mencapai tahap maksima bil ahlinya. "Umrah Persendirian G2" di tambah bagi menampung jumlah yang terus meningkat. Walau bagaimanapun G2 juga akan menghampiran jumlah maksima.
Ahli UP yang sedia ada akan mengadakan pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, mereka akan membawa bersama pasangan dan juga anak-anak.

Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.
Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya. Telegrem sememangnya tidak popular dan tidak mesra pengguna masa ini tetapi ia dapat menampung jumlah ahli sehingga 200 orang. Telegram akan di minati di masa akan dating, insyaallah.

Jika anda pembaca semua berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat beragama Islam serta berumur 18 tahun ke atas bolehlah menghantar email menyatakan hajat itu kepada email : umrahsenang@gmail.com

Sekian terima kasih

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Sun Sep 07, 2014 12:23 pm

Tahniah, mabruk atas usaha anda memudahkan umat Islam mesia ke haramain

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Sun Sep 21, 2014 7:27 am

Perjumpaan ahli whatsappgroup Umrah Persendirian telah berlangsung pada 14 sept 2014 di Dewan, Perpustakaan DBKL bersebelahan Padang Merdeka KL. Perjumpaan tidak rasmi tersebut telah membawa kepada peNubuhan persatuan yang akan mewakili hal berlaitan umrah perseNdirian. Nama persatuan tersebut ialah "Persatuan Rahlah Muqoddasah"

Sesiapa yang behajat meNyertai persatuan yaNg akan di daftarkan deNgan ROS bolehlah berhubuNg melalui email umrahsenang@gmail.com

Sekian, terima kasih

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

UMRA

Post by umrah persendirian on Sun Sep 21, 2014 7:34 am






AA JED-KUL

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Sun Sep 21, 2014 10:35 am

RM1760 + 362 =2122..
not bad

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus on Mon Sep 22, 2014 6:34 am

adakah persatuan ini akan menawarkan pakej umrah murah?

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Mon Sep 22, 2014 9:49 am

Rasanya kena usaha sendiri beli tiket flight dan hotel Online..persatuan akan kasi khidmat nasihat je..

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus on Tue Sep 23, 2014 3:45 am

mungkin boleh buat list siapa yg nak pergi, tarikhnya, flightnya supaya jika ada yg nak pergi pada tarikh tersebut boleh berhubungan. urusan ground transport mungkin lebih mudah/baik/selamat bila bergerak bersama2. urusan booking flight/hotel boleh buat sendiri2. macam persatuan backpackers Smile

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Tue Sep 23, 2014 8:56 am

rasanya visa umrah akan dibuka awal Dis...tapi masalah kelulusan visa akan terus menghantui rakyat Malaysia kerana ketidakpastian dasar arab saudi

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus on Tue Sep 23, 2014 10:15 am

disebabkan virus MERS tu ke? apa latest status wabak ni?

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Tue Sep 23, 2014 1:45 pm

terkawal, sejak impot unta dari afrika di hentikan

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Wed Sep 24, 2014 3:28 am

Persatuan tidak menganjurkan apa-apa pakej. Tetapi AJK nya ada yang cuba berikan svs di KSA.

Seorang dari AJK beri offer RM1300/pax untuk grd svs 12H10M tidak termasuk visa.

TQ

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Sponsored content Today at 11:23 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 6 of 11 Previous  1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 9, 10, 11  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum