Umrah Persendirian Part 2

Page 4 of 11 Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 9, 10, 11  Next

View previous topic View next topic Go down

Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Tue Mar 18, 2014 7:56 pm

First topic message reminder :

Saya "UP" mendoakan tuan/puan semua yang membaca tread ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta segera dapat menunaikan UMRAH atau HAJI dengan apa cara yang di halalkan oleh syarak. Mohon juga saudara pembaca kelian mendoakan untuk pembaca yang lain

Salam untuk semua

Saya ingin mencadangkan usul saya tempoh hari untuk di bincangkan:

Saya ingin mencadangkan Bagi Perlaksanaan Umrah Persendirian


  1. Mana-mana pihak menjadi coordinator kepada umrah tanpa pakej atau tanpa melalui TA. Teruma forum ini di bawah kelolaan ustaz THTL menjadi coord itu.
  2. Mengumpul peserta/ jemaah yang membeli tiket persendirian samaada AA/NasAir atau lain-lain untuk di gabungkan di peringkat KSA bagi tarikh yg sama bagi tujuan ground svs pada kadar yg berpatutan. Jangkaan saya bagi bil hari 13H11M untuk ground svs akan melibatkan perbelanjaan tidak melebihi RM1K8, jika tiket pada kadar SAR1999, jumlah keseluruhan RM3553.26 (RM1753.26 + RM1800)
  3. Mana-mana tarikh, tiket boleh di beli oleh jemaah pesendirian dan akan bergabung di peringkat keberangkatan di KUL.
  4. Jika cadangan ini di terima, pohon buka satu ruang forum baharu di bawah satu tajuk khusus umrah persendirian dan ustaz thtl melalui forum ini bertindak sebagai pengumpul peserta. Jika mendapat sambutan, para peserta mohon hebahkan kepada rakan-taulan.


Tujuan mengadakan pakatan umrah cara ini bukan nak menidakan usaha TA, biarkan pakej TA untuk yang lebih mencari keselesaan dan kesenangan tanpa mengurusnya sendiri.

Tiket normal Airasiaatau Nas Air tidak akan dapat di bawah RM2000. Jadi elok kalau kita sedia sahabat yang nak tunaikan umrah dan bersedia beli tiket sendiri apabila ada offer. Cuma saya cadangkan di adakan forum ini untuk di bincangkan terlebih dahulu

  1. permasalahannya serta menghilangkan tahap pemikiran kebanyakan orang kita Malaysia bahawa mengerjakan umrah mesti ikut pakej TA.
  2. Mengurangkan kebimbangan bakal jemaah tentang perkara kurang elok yang sering di ceritakan walhal tiada bukti.
  3. Memperbanyakan orang Malaysia yang masih sihat terutamanya kaum muda  untuk mengerjakan umrah kerana belanja rendah.Budget RM3.5K kebawah bagi 2014 ini. (kebanyakan TA sudah offer 4.5K ke atas. Ada yang offer 7k dgn hotel paling dekat Masjidil hHaram)


Sekian.


Last edited by umrah persendirian on Thu Jun 12, 2014 9:40 pm; edited 3 times in total (Reason for editing : formating)

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down


Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Thu May 08, 2014 7:40 am

Alhamdulillah... Semua urusan berkaitan dengan Umrah sudah selesai... Sekarang, saya hanya perlu menunggu untuk berangkat ke Tanah Suci pada tanggal 19/5/14 ini bersama keluarga besar saya... Insya Allah...

Hotel di Madinah (Al Eiman Taibah-Booking.com) 19/5 to 24/5 RM1260 - 6 pax h)
Hotel di Mekah (Qubad Najd 3-Booking.com) 24/5 to 31/5 RM800 - 6 pax wrote:

Sedikit nak tanya saudara Andhy Putra

1. Sdr berangkat ke Jeddah pada 19/5 , klu benar ianya akan sampai pada pagi 20 mei. Kenapa pula sdr tempah hoel di Madinah juga pada 19 mei, rasanya rugi 1 hari.
2. Hotel di Mekah agak murah di bandingkan dgn Madinah, berapa jarak dengan Majidil Haram. Adakah Qubad Najd 3 itu apartment.


Nak tambah sikit pasal cadangan naik flight sebelum ini kena bagi masa yang cukup sikit. Proses nak lepas imigresen di Terminal Haji agak lama juga, 3 jam tu narmal bagi dia orang. Masa menunggu yang lama. Kemudian nak dapatkan kenderaan ke terminal selatan. jadi kalau nak ambil fligh Jed-Med kena bagi gap yg sesuai atau beli saja secara online bila sudah tiab di Jeddah nanti.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Thu May 08, 2014 10:19 am

19 May KLIA > Jeddah Terminal Haji?

jika masa landing baru nak book flight ke Medina, rasanya tak ada, sebab on the spot booking mmg tak ada can, mungkin boleh sorang tapi bukan 6 orang. Sebab domestic flight di saudi selalunya fully booked kerana org saudi kaya, pengangkutan udara selalunya penuh dan tiada beli tiket on the spot. kena book sekarang. spt kata syaikh umrah persdn, imigresen clearance saudi tengk keadaanlaa..dari 1-3 jam.
langkah terbaik ialah tumpang pakej umrah, naik bas depa ke Madinah kalau ada kosong. rasanya depa akan ambil ground svc kerana bilangan 6 orang.

2. pasal makan, kalau di Mekah, kat tingkat 2 al-safa tower ada restoren Malaysia dan di floor tsb ada macam2 restoren. Jadi, balik aje dari mesjid, boleh singga sebab ia di depan Gate no 1.

3. dah decide ke? nak pergi ke Medina dulu atau Mekah bila tiba pada 19 May tu..?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus on Thu May 08, 2014 10:37 am

makan mmg takde masalahla kat sana. nasi arab, baryani, ayam goreng, kebab, mkn roti dgn cream cheese pun jalan. siap bawak balik botol besar cream cheese hehe

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Join date : 19/05/2012

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Thu May 08, 2014 11:37 am

Kita mungkin OK, tapi parents, ibubapa yg tak pernah keluar negara, mungkin mereka nak nasi malaysia, teh tarik, roti canai...nasi lemak, bihun. sebab nasi di saudi semuanya basmathi, long grain

satu lagi sapa yg nak cuba umrah persendirian, anda hendaklah pernah datang ke saudi dan tahu culture saudi sikit sebanyak. boleh bertutur arab ammi (street arabic) serba sikit. Jika tidak sentiasa bawa pen dan kertas utk tunjukkan amaun yg kita bargain.

cth: dia kata, tambang dari jeddah airport ke mekah SR 250. kita tulis kat kertas tu 200...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Thu May 08, 2014 12:43 pm

c) Visa Umrah via Zahafiz Travel and Tours
RM2100 - 6 Pax

maknanya per person visa ialah RM350.
visa fees saudi RM200
e-filing RM50
upah zahafiz: 100
agak tinggi juga profit dia

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Visa bagi Jemaah Umrah Persendirian

Post by umrah persendirian on Thu May 08, 2014 7:30 pm

Visa adalah perkara terpenting bagi jemaah umrah terutama bagi jemaah persendirian kerana para jemaah persendirian telah membeli tiket penerbangan lebih awal dan juga telah buat tempahan hotel. Beza dgn pakej umrah TA sebab mereka beli teket setelah visa dah pasti dapat.

Visa umrah juga boleh di semak di laman web KSA melalui :VISA Status Inquiry


umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Thu May 15, 2014 6:08 pm

Di Padam kerana web tersebut di dapati menipu.


Last edited by umrah persendirian on Tue May 20, 2014 8:53 pm; edited 3 times in total (Reason for editing : Web pay4share adalah penipu)

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Andhy Putra on Sun May 18, 2014 4:45 pm

Salam...

Terima kasih atas semua nasihat dan saranan... Insya Allah, sebentar lagi saya akan berangkat ke Tanah Suci... Alhamdulillah... Dengan bantuan dari pihak tuan semua... Dapatlah saya belajar banyak tentang umrah persendirian ini... Mudahan urusan saya dipermudahkan oleh Allah dan ibadah kami sekeluarga diterima hendaknya... Amien YRA...

Pada Tuan Umrah Persendirian... Terima kasih atas semua bantuan... Maaf kerna agak sibuk untuk online... Insya Allah... Saya akan kongsikan pengalaman saya nanti di sini...

Sampai ketemu yah... Wasalam...

Andhy Putra
AHLI
AHLI

Posts : 27
Points : 27
Join date : 04/06/2013

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Sun May 18, 2014 6:45 pm

Assalaimualaikum Saudara Andhy Putra,

Saya doakan saudara dan keluarga selamat berangkat ke Tanah Suci dan seterusnya selamat menunaikan Ibadah UMRAH dan semoga mendapat umrah yang mabror

Terima Kasih.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Sun May 18, 2014 10:11 pm

Fii Amaanillah, Hayakallah.

jangan lupa talian hayat
Persatuan pelajar islam Malaysia di Madinah (persada, sdr Mohd Daniel saodi)

dan no HP saya...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by norliha on Tue May 20, 2014 11:17 am

assalamualaikum...
akk da pegi umrah dis 2013 yg lepas ngan amik ground pakej sebab tiket AA da ada...semuanya ok sangat kerana hotel ngan masjid dua-dua dekat amat....sekali lagi akk ada perancangan umrah pd mac 2015...da beli tiket AA jugak...sekarang tengah riki untuk buat umrah nk try sendiri...hotel bole booking...yg tengah pikir ialah..pengangkutan...camne yer? dari jeddah-madinah, madinah ke mekah dan mekah ke jeddah....kami ada 11 orang. klau dpt van senang skit nk gerak. ada sape2 bole bagi idea....contact ke? tqqqqq

norliha
AHLI
AHLI

Posts : 2
Points : 4
Join date : 20/05/2014

Back to top Go down

cadangan Umrah Persendirian

Post by umrah persendirian on Tue May 20, 2014 9:16 pm

Waalaikummusalam pn norliha.

Syukur kerana pn dan rombongan telah menunaikan umrah secara separuh persendirian dec 2013 dgn jayanya. Dan mengikut pn norliha pada 2015 mac akan pergi lagi seramai 11 jemaah. Sekali lagi saya ucapkan tahniah untuk pn dan rombongan (agaknya keluarga) yang akan menjadi tetamu Allah mac nanti. insyaallah. Pn juga berhasrat melakukan secara persendirian sepenuhnya.

Bila pn memilih untuk melaksanakan umrah cara persendirian, dah tentu pn akan bersedia dengan pengetahuan perjalanan di sana nanti. Memasuki forum yang tuan Ustaz THTL sediakan ini juga salah satu caranya.

Sebelum ini pn telah menunaikan umrah dengan mengambil ground service dan puan menyatakan sangat berpuas hati kepada service di berikan. Pengalaman umrah itu barangkali membawa kepada keinginan menunaikan umrah persendirian kali ini.

Pada pandangan saya masalah umrah persendirian yang belum terjawab ialah bagaimana nak dapatkan transport untuk keluar dari terminal haji. Barangkali selepas ini akan dapat cerita dari Andhy Putra yang akan balik dari tanah suci pada 2 jun 14  nanti, insyaalah. Nanti kita minta kongsi pengalaman umrah persendiriannya.

Perkara lain selain dari masalah nak dapatkan transport terminal haji keluar ke Jeddah agaknya tiada apa-apa lagi. Pn boleh dapatkan perkara berkaitan di forum tuan haji THTL ini.

Bagi perjalanan lain antara Jeddah ke Madinah dan Madinah ke Mekkah bolehlah puan ambil perkhidmatan bas SAPTCO yang banyak di ceritakan sebelum ini. Tapi kalau boleh saya cadangkan, pn ambil flight Jeddah ke Madinah dan Madinah ke Mekkah ambil bas atau teksi.

Terima kasih.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Tue May 20, 2014 9:45 pm

Kenapa terminal Haji Jeddah Tiada Public Transport? agaknya:

  1. Semua penumpang penerbangan yang mendarat di terminal haji adalah jemaah umrah dan mereka telah di syaratkan menggunakan  perkhidmatan ground svs di Arab Saudi sebagaimana syarat pengeluaran visa, tentulah pihak ground svs yg sediakan transport.
  2. Kenderaan dan orang awan yang tidak hendak menaiki flight di terminal haji tidak di benarkan melalui pintu pagar airport. jadi tiada kenderaan selain dari kenderaan yang menghantar orang yang hendak menaiki pesawat sahaja.
  3. Bayaran yang di kenakan kepada kenderaan yang memasuki kawasan airport boleh di kira mahal, SAR20 untuk coaster. Kenderaan yang masuk bagi tujuan menghantar penumpang dan mengambil penumpang sahaja.
  4. Teksi yang menghantar penumpang boleh memasuki airport, tapi mereka tidak menunggu di dalam di sebabkan tiada jaminan akan ada penumpang yang tiba akan mengambil perkhidmatan mereka.
  5. Terpenting sekali, tidak ramai penumpang yang mencari public transport, mungkin di masa akan datang bila banyak permintaan tentulah akan ada public transport agaknya.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Tue May 20, 2014 10:01 pm

Kalau macam tu masalah besarlah. Maka langkah yg lain ialah guna airline yg mendarat di North Terminal atau ambil flight laluan Dubai, Riyadh dan Madinah direct. Atau naik pesawat saudia air, KLIA-Riyadh-Madinah; atau naik Nas Air, KLIA-Riyadh-Madinah, Nas air KLIA-Jeddah-Madinah

Lain kali avoid ticket AA dan mana2 airlines yg mendarat di terminal Haji. cari laluan lain, melalui dubai atau Riyadh dan ambil domestic saudi ke Medinah airport atau North terminal di Jeddah, sebab ada kemudahan teksi

2. Cari Travel agent di Malaysia yang boleh sediakan coaster atau super Van di Terminal Haji, atau tumpang ground service TA tsb k Madinah.

3. kalau tak bawa banyak lugage, jalan keluar sikit dari gate airport, dan tahan teksi ke terminal bas di jeddah Bab Makkah. dua teksi jenis van

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Wed May 21, 2014 8:58 am

Saya sangat bersetuju dgn tuan THTL iaitu memilih penerbangan yang landing di terminal utara atau selatan sahaja. Masalah tranport di lapangan terbang tak timbul. Bagi jemaah dari Malaysia, mereka belum biasa dengan syarikat penerbangan lain selain Mas dan Airasia terutamanya dalam urusan search tiket dan membeli tiket. Perkara kedua, harga tiket menjadi pertimbangan pembeli tiket cara terus kerana tujuan utama melakukan umrah persendirian adalah penjimatan belanja dan faktur tiket penerangan adalah yang terpenting dalam penjimatan kos.

Padahal cara membeli tiket NasAir pun sama macam beli tiket MAS atau AA. Mungkin masa akan datang akan ramai jemaah yang bercadang menunaikan umrah persendirian dapat membeli tiket penerbangan lain selain airasia atau MAS dgn syarat lagi satu, harga mesti kompetitif.

Kepada Pn Norliha yang dahpun memilih penerbangan AA bagi mac 2015, cara yang tuan THTL cadang adlah pilihan terbaik:
3. kalau tak bawa banyak lugage, jalan keluar sikit dari gate airport, dan tahan teksi ke terminal bas di jeddah Bab Makkah. dua teksi jenis van wrote:

Di luar pintu pagar airport haji saya ada nampak beberapa kenderaan di satu kawasan lapang di tepi jalan masuk, masa itu bas yang bawa kumpulan saya berhenti dan pemendunya berhubung melalui tel kepada beberapa orang, saya cuma mengagak dia bertanya tentang hendak masuk dgn kawan. Semasa melepasi masuk check di pintu pagar tak masalahpun, cuma seorang naik dan minta keluarkan pasport dan semuanya beres. Pada pandangan saya mungkin di luar itu ada kenderaan yang menunggu, mereka akan masuk bila kita minta berbuat demikian sebab dah ada penumpang.

Kepada jemaah persendirian lain yang akan menunaikan umrah selepas ini, mohon pastikan bagaimana boleh dapat trasport keluar dari terminal haji.

Tq

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Wed May 21, 2014 10:16 am

ia satu situasi yg memudahkan anda di sembelih oleh drebar saudi kerana airport tu hanya utk tour operator sahaja. Risk amat tinggi utk anda mendapat musibah. kemungkinan satu lagi, pihak imigresen dan polis KSA mungkin akan menahan anda utk disoalsiasat kerana tiada TA yg uruskan ground svc dari Hajj Terminal...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Wabak MERS Terkini

Post by umrah persendirian on Thu May 29, 2014 6:13 am

Soalan berkaitan MERS.
Saya ingin bertanya tentang perkembangan terkini wabak MERS kepada yang lebih tahu dan lebih dekat dgn KSA. Pertanyaan ini saya rasa perlu di muatkan di sini terutama sekali bagi keperluan /pengetahuan jemaah persendirian.

Berita yang belum berlum di siarkan akhbar/media masa, saya perolehi dari jemaah yang di tangguh keberangkatan ke Tanah Suci dan juga dari seorang mutawif.


  1. Satu kumpulan kecil dari Sabah (lebihkurang 30 orang) telah pun berada di KL bergabung dgn jemaah di KL untuk bertolak ke Tanah Suci pada 27 mei. Jumlah kumpulan besar di KL khabarnya 1505 orang. Malangnya mereka tidak dapat bertolak dan di tangguhkan ke tarikh lain dengan alasan kerajaan Arab Saudi tidak benarkan di sebabkan wabak di atas. Kepastian ini hanya di perolehi melalui FB dari salah satu jemaah terdekat dgn TA yang urus mereka.

  2. Manakala kumpulan dari TA Sarawak berjumlah lebihkurang 400 orang pula dapat berlepas pada hari yang sama (27 mei) melalui beberapa penerbangan.

  3. Satu mesej melalui whatsapp saya terima  dari salah seorang mutawih LTH selepas menghadiri perjumpaan di AS  berbunyi "Memang banyak yang tak lepas termasuk yang ikut THT, Andu, gemil dan banyak la yg tarikh penerbangan selepas 30 mei. Visa x keluar. Beribu jugala. itu info masa di Alor Star baru ini. Jika tiket Airasia yang X fleksibel maka bermasalah. Itulah risiko yang paling di risaukan "
    AS = Alor Star.
    Mesej ini di terima setelah saya mengemukakan soalan berkaitan kpd seorang mutawif yang ikut sama perjumpaan di AS.


Persoalan saya di sini, bagaimana tahap MERS terkini. mungkin ustaz THTL boleh bagi info

Kepada mana-mana forumer yang hendak melakukan umrah persendirian pada masa terdekat ini yang akan membeli tiket penerbangan yg takboleh tukar tarikh mohon tolong ambil perhatian kepada perkara ini.


TQ


Last edited by umrah persendirian on Thu May 29, 2014 3:48 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : perbetulkan ayat n ejaan)

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Thu May 29, 2014 8:28 am

MERS (middle east respiratory syndrom) yg disyaki dari unta masih tahap serius, lebih dari 500 kes, 180 kematian di saudi dan sudah merebak ke banyak negara yg datang umrah, spt Malaysia, jordan, negara teluk, mesir dan Iran.
Risiko kpd orang tua dan kanak2, manakala selain itu kena ambil precaution dgn memakai mask ketika berada di airport jeddah, riyadh dan haramain

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Thu May 29, 2014 3:53 pm

Terima kasih untuk info MERS yang yang terkini. Boleh di katakan semakin serius cuma di Malaysia saja kurang/tak ada berita terkini.

Di Malaysia nampaknya wabak ini tidak menjadi keutamaan kerana wartawan dan blogger sibuk ke Perak dan sbelumnya ke Trengganu. Cerita 370 pun dah jarang kedengaran.


umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Mohamad hafiz on Thu May 29, 2014 5:05 pm

cerita 370 tu dh disenyapkan haha, macam jalan cerita yang tiada penamat, menimbulkan tanda tanya.

_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali

Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 21
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Kesan MERS kepada Umrah Persendirian

Post by umrah persendirian on Thu May 29, 2014 5:42 pm

Salam Semua

Cerita yang kurang selesa ini bukan bertujuan menakutkan para jemaah. Tetapi sebagai persedian awal utk mengelak bila kita mengetahui sesuatu penyakit berjangkit seperti ini bagi tujuan pencegahan.

Risiko kpd orang tua dan kanak2, manakala selain itu kena ambil precaution dgn memakai mask ketika berada di airport jeddah, riyadh dan haramain wrote:

Bagi jemaah persendirian yang telah membeli tiket dan sudah buat tempahan hotel di Madinah dan Mekah, uruslah sebaik mungkin untuk dapatkan visa. Solat hajat dan berdoalah untuk Allah permudahkan urusan pengeluaran visa pada tarikh yg betul.

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Thu May 29, 2014 6:31 pm

orang lanjut usia, atau yg duk atas wheel chair tu mmg high risk kpd MERS. Begitu juga org yg dalam keadaan lemah dan tidak berapa sihat datang utk umrah

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Thu May 29, 2014 10:15 pm

Rabu, 28 Mei, 6 lagi kematian di KSA akibat virus MERS. Jumlah kematian dah 186 org di saudi setakat ini

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by abu_firdaus on Fri May 30, 2014 3:49 am

sheikh.. apa cerita tentng jambatan roboh di kawasan mataf?
rasanya bukan roboh tapi stempede je kot?

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Keadaan Matof Di Mekah Terkini

Post by umrah persendirian on Fri May 30, 2014 6:05 am



Saya juga ingin pengesahan tuan atau sesiapa yang tahu perkara ini.

Saya juga ada menerima video berdurasi 2m+ yg menunjukan kekecohan berlaku. Jadi pengesahan juga di perlukan di sini

Maaf berita belum sahih.


Last edited by umrah persendirian on Fri May 30, 2014 10:10 pm; edited 1 time in total

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by thtl on Fri May 30, 2014 7:31 am

Berita gempaq jambatan mataf runtuh adalah hoax (gempaq saja), yg sahih ialah semalam 30 Rejab, adalah upacara pembasuhan Kaabah dan pintunya dibuka utk dibasuh di bahagian dalam. Maka ia menyebabkan kesesakan org ramai, lalu ada yg jatuh di jambatan mataf.
Pastikan kesahihan maklumat sama dgn kesahihan hadith dan atsar juga

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Fri May 30, 2014 8:10 am

Memang sukar nak percaya jambatan mataf itu boleh runtuh, besinya terlalu besar dan setiap sambungan di check.


Last edited by umrah persendirian on Fri May 30, 2014 10:05 pm; edited 1 time in total

umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by umrah persendirian on Fri May 30, 2014 9:21 am

Disini adalah pembetulan kpd berita awal pagi tadi. Mesej ini adalah di terima dari pengirim yg sama yg bawa berita awal.


Laporan kejadian di Masjidil Haram

Bismillah 

Di minta semua rakyat Malaysia bertenang di atas satu berita insiden yang berlaku di Masjidil Haram Makkah. Tiada kejadian runtuh tempat tawaf yang berlaku ditingkat 2 mahupun ditingkat 1. Seorang jemaah umrah telah jatuh dari tingkat dua tawaf ketika urusan cuci ka'bah dilaksanakan. Diharapkan tiada yang buat spekulasi atau penambahan cerita tentang runtuhnya tempah tawaf. Sila semak dengan teliti segala berita yang anda terima sebelum membuat andaian atau tanggapan. Semoga Allah memelihara semua kaum muslimin yang sedang beribadat di Masjidil Haram Makkah khususnya rakyat Malaysia. Saya yang membuat laporan dari Makkah ketika ini dan baru habis mengerjakan umrah serta selamat menggunakan tempat tawaf ditingkat 2.

Mohd Danial,
Masjidil Haram, Makkah
Jam 5.15 AM

[09:46, 5/30/2014] +60 16-280 9085 : From ArabNews

Grand Mosque stampede rumors denied

Makkah police denied rumors circulating on social media sites on Thursday that three pilgrims were killed in a stampede inside the Grand Mosque.
Officials clarified that four people sustained injuries after they were caught up in a melee.

“Three of them — all women — were treated on the spot and the fourth person was transferred to a local hospital,” said Makkah police spokesman Aati Al-Qurashi.

According to another official, the man sustained a deep cut to his head. He said as soon as the Kaaba door was opened for the washing ceremony, there was a heavy rush of onlookers trying to get a glimpse of the inside of the Kaaba. “That is when the man fell down on his head.”

Earlier, Makkah Gov. Prince Mishaal bin Abdullah took part in the washing ritual of the Holy Kaaba on behalf of Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah.

The House of God is washed from inside twice a year in Muharram and Shaaban, the first and eighth months of the Hijri calendar.
[09:47, 5/30/2014] +60 16-280 9085 : Allahuakbar. .rupa2nya jemaah berebut2 nk tgok proses mencuci kaabah sampai ada yg cedera..


umrah persendirian
AHLI
AHLI

Posts : 219
Points : 231
Join date : 09/03/2014

http://umrahsertaziarah.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Umrah Persendirian Part 2

Post by Sponsored content Today at 9:08 am


Sponsored content


Back to top Go down

Page 4 of 11 Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 9, 10, 11  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum