[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Go down

[Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by abubakar on Thu Apr 17, 2014 10:07 pm

First topic message reminder :

Assalamualaikum kpd Ustaz THTL dan forumer sekalian.

Baru-baru ini negara dihangatkan dgn kritikan Wardina Safiyyah kpd Ustaz Don dan rentetan drpd itu, ianya membawa polemik kpd masyarakat terutamanya para asatizah yg membawa kepada kepelbagaian pendapat dlm hal ini. Ustaz Don mengkhabarkan kisah berkenaan roh org kafir berada di telaga Baharut, manakala roh org mukmin berada di telaga zam-zam. Ustaz Don ambil kisah ini drpd Dr Zulkifli al-Bakri dan Dr Zulkifli menurut penjelasan di page FB dia, kata ianya drpd Kitab Al-Kabair karangan Imam Az-zahabi. Saya dah dgr bbrp penjelasan berkenaan hikayat berkenaan cumanya keraguan saya timbul apabila ramai org menisbahkan kisah ini kpd Ibnu Qayyim dlm kitab dia Al-Ruh utk menguatkan hujah mereka. Menurut penjelasan drpd page Dr Zulkifli itu, dia kata mcm ini

Selepas melihat pendapat ulama, saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. Hal ini, dikuatkan oleh pendapat Ibn Qayyim yang menolak pandangan Ibn Hazm yang berpendapat ini adalah sumber daripada Syiah Rafidhah. Sebenarnya bukan begitu bahkan telah disebut oleh ramai dikalangan sahabat dan tabien dalam kalangan ahli Sunnah. Inilah juga pendapat Ibn Mandah yang menyebut riwayat ramai para sahabat dan para tabi'en.

Masalahnya, sumber lain yg saya dpt, menyatakan Ibnu Qayyim menolak kisah tersebut. Dia kata, perkara tersebut tiada dalil sahih drpd Al-Quran dan Sunnah bahkan melarang ianya disebut apatah lg dijadikan peringatan kerana ia bercanggah dgn aqidah yg sahih. Kalau baca yg ini, mmg saya ckp ini lah yg Ibnu Qayyim yg saya kenali.

Di sini saya nak fokus pada kisah yg didatangkan oleh Ustaz Don itu dan ia boleh dibaca di bawah lah. Oleh kerana pengalaman Ustaz THTL berinteraksi dgn Kitab Al-Ruh, boleh tak Ustaz luangkan masa utk menjelaskan apa yg patut berkenaan pendirian Ibnu Qayyim dlm hal ini dan mungkin Ustaz boleh tambah apa yg Ustaz rasakan perlu. Terima kasih.

p/s: Saya menerima nas berkenaan Telaga Baharut ini, cuma yg meragukan saya adalah kisah yg Ustaz Don dtgkan itu. Pasal apa, implikasi drpd kisah ini menyatakan, org hidup boleh berkomunikasi dgn org mati. Ulama' pula itu yg suruh si hidup ini utk menyeru roh si mati itu td. Ini bisa bikin kacau bilau ini sdgkan ada hadis sahih yg menyatakan apa seseorang itu mati, putus semuanya kecuali 3 perkara. Kena pula puak-puak yg rajin buat majlis maulid jumpa benda ini, nanti akan jd hujah lah pasal mereka beriqtikad yg roh Rasulullah s.a.w hadir ke majlis mereka. Mungkin dia akan kata kalau roh org kafir pun boleh kembali ke dunia, inikan pula roh Rasulullah s.a.w.

KISAH TELAGA BARAHUT

Cerita yang diambil oleh Sahib al-Fadhilah Ustaz Don daripada saya ialah seperti berikut:

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.

Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu.

Akhirnya orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu.
Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.

Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu innalillahi wainna ilaihi raji'un. Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barhut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah dia di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?

Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barhut itu. Akhirnya dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu? Orang itu menjawab: Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu.

Kemudian orang kaya itu bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu? Maka orang itu menjawab: Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam.

Sumber:

1. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=710262392370899set=a.654471384616667.1073741830.654227084641097&type=1

2. https://www.facebook.com/abdullahbukhari.abdulrahim/posts/10202172073728701

3. http://drmaza.com/home/?p=2687


_________________
Ya Allah ajarkanlah aku perkara yg aku masih jahil dan ingatkanlah aku mengenai apa yg aku lupa.

abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 262
Points : 314
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down


Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by aimahmad on Fri May 02, 2014 12:45 pm

JazakAllahu khayr atas penjelasan, ustaz.

aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Join date : 29/04/2014

Back to top Go down

Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by thtl on Fri May 02, 2014 1:56 pm

mdazam,
geng tareqat dah tak masuk sebab geng salafi semua dah ber FB, lagipun dah tak rancak cam dulu dulu...

CEO tu macam tipu je...lantik sejak Dis, tapi CEO tak pernah masuk kasi salam...pun tak pernah...
Liqo' 2014 pun senyap dan SU Naz pun dah cabut lari...never heard since Jan 2014 dan kat sinin pun tak pernah masuk utk kita tanya what's going on..
bukan apa, AFN tu saya yg bina dia punya kredibiliti dan kefemesannya, tapi mereka akhirnya berjaya menjahanamkan ia...bukan senang saya nak bina brand name AFN tu, tapi mereka akan tanggung dosa kerana telah merobohkan sesuatu yg baik...hasil2 tangan mereka akan diminta pertanggungjawabkan nanti...

cuma

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by Mohamad hafiz on Fri May 02, 2014 2:33 pm

cuma ape Ya Ustaz ?

Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Join date : 23/01/2013

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by thtl on Fri May 02, 2014 7:54 pm

he2, rasa nak type lagi, tapi takut dimasuki hawa nafsu....dan boleh meletus kembali sengketa dgn geng sana...so tak jadi...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by mdazam54 on Mon May 05, 2014 12:56 pm

thtl wrote:mdazam,
geng tareqat dah tak masuk sebab geng salafi semua dah ber FB, lagipun dah tak rancak cam dulu dulu...

CEO tu macam tipu je...lantik sejak Dis, tapi CEO tak pernah masuk kasi salam...pun tak pernah...
Liqo' 2014 pun senyap dan SU Naz pun dah cabut lari...never heard since Jan 2014 dan kat sinin pun tak pernah masuk utk kita tanya what's going on..
bukan apa, AFN tu saya yg bina dia punya kredibiliti dan kefemesannya, tapi mereka akhirnya berjaya menjahanamkan ia...bukan senang saya nak bina brand name AFN tu, tapi mereka akan tanggung dosa kerana telah merobohkan sesuatu yg baik...hasil2 tangan mereka akan diminta pertanggungjawabkan nanti...

cuma

100& Setuju Syaikh  Like 

Salam

mdazam54
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 36
Join date : 10/06/2012

Back to top Go down

Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by mdazam54 on Mon May 05, 2014 12:59 pm

thtl wrote:he2, rasa nak type lagi, tapi takut dimasuki hawa nafsu....dan boleh meletus kembali sengketa dgn geng sana...so tak jadi...

 No Risau terbaik Salam 

mdazam54
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 36
Join date : 10/06/2012

Back to top Go down

Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by alDayyan on Tue May 06, 2014 7:14 am

mdazam54 wrote:
thtl wrote:mdazam,
geng tareqat dah tak masuk sebab geng salafi semua dah ber FB, lagipun dah tak rancak cam dulu dulu...

CEO tu macam tipu je...lantik sejak Dis, tapi CEO tak pernah masuk kasi salam...pun tak pernah...
Liqo' 2014 pun senyap dan SU Naz pun dah cabut lari...never heard since Jan 2014 dan kat sinin pun tak pernah masuk utk kita tanya what's going on..
bukan apa, AFN tu saya yg bina dia punya kredibiliti dan kefemesannya, tapi mereka akhirnya berjaya menjahanamkan ia...bukan senang saya nak bina brand name AFN tu, tapi mereka akan tanggung dosa kerana telah merobohkan sesuatu yg baik...hasil2 tangan mereka akan diminta pertanggungjawabkan nanti...

cuma

100& Setuju Syaikh  Like 

Salam

saya merasakan sesetengah so called salafi di AFN sgt sombong dgn org2 awam yg jahil. mereka tidak kelihatan bersungguh2 dalam memberikan pencerahan terhadap orang2 yg jahil. saya hairan dgn sikap agamawan sebegitu. Entah laa
dalam forum2 dan grup2 atheist di fb, kelihatan mereka moderate sebarang pertanyaan, diskusi atau troll dari lovers dan haters dgn begitu baik dan berkarisma sekali.. hinggakan saya sendiri mati akal dan hilang punca nak cari idea utk trolling mereka.
sejujurnya di sini saya respek dgn tatacara pak syeikh berkongsi ilmu dan pandangan terhadap kami yg masih mentah dalam agama ni.
semoga Allah merahmati pak syeikh thtl dan kita semua.

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 47
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by thtl on Tue May 06, 2014 8:59 am

if u don't treat yer customer well, they will run away...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: [Ask] Roh org Kafir terletak di Telaga Baharut.

Post by Sponsored content Today at 7:39 am


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum