beberapa kebodohan yg melanda org islam

View previous topic View next topic Go down

beberapa kebodohan yg melanda org islam

Post by seijiseimura84 on Mon May 05, 2014 5:48 am

Saya perhatikan ada 2 kebodohan yg melanda kita yg menjadi punca kita ke arah kejahilan

Pertama...belajar agama perlu berguru
Kedua...kita tak boleh memandai dlm hal agama kerana kita bukan ahli agama atau ulama

Saya bukan menafikan statement di atas, harap maklum dulu. Saya cuma katakan hujah di atas sentiasa digunakan pd konteks yg salah.

Sebagai contoh...saya sedang mendidik beberapa kawan saya isu allah di atas arasy....tp selalunya kita sentiasa dicelah....mat...hang kalau baca kitab kena sentiasa berguru. Tak boleh baca sorang. Bagi saya hujah ni mcm mematikan akal kita. Seolah2 semua jawapan dlm islam harus pd berlandaskan pd apa ustaz kata berbanding akal kita.

Malah saya perhatikan....belajar mestilah berguru sememangnya mematikan motivasi utk belajar agama. Seolah2 belajar agama adalah suatu perkara yg sgt membebankan. Andaikata anak2 muda yg tinggal kampung...yg tiada kemudahan penganglutan.atau yg sibuk dgn dunia kerjaya....bukankah ini mberi beban kepada si dia utk menuntut ilmu. Sedangkan melalui teknologi internet, youtube, ebook...ilmu agama mudah utk dikupas. Mengapa kita perlu membebankan anak muda dari menimba ilmu? Masakan si atheist sendiri boleh memeluk islam dengan self study tanpa berguru.

Kedua...soal kita ni bukan ulama bukan arif agama. Sekali lagi bukan saya menafikan...tetapi selalu diguna pd kpnteks yg salah. Seringkali mereka ini dgn sifat humble berguru...namun kerana mereka bukan ulama....mereka tidak berani mengkritik atau tidak beraetuju dgn guru mereka. Akhirnya sedar tanpa sedar....mereka telah bertaklid buta terhadap guru mereka.

Inilah penyakit kebodohan yg telah melanda kita. Demi menuntut ilmu dgn bwrguru...demi menuntut ilmu tanpa sebarang persoalan atau kritikan kerNa saya bukan ustaz telah mbuka pintu peluang besar utk ustaz2 bidaah ajar benda yg salah. Disebabkan "saya bukan ustaz" si murid tidak berani mempersoalkan. Malah kalau ada org bimbing dia bahawa ini jalan salah...dia tidal berani membuat keputusan. Hal inimembuka peluang yg banyak utk ajaran2 sesat disemat di hati murid. Malah, kalau dilihat pd bukan islam, sikap yg sama melanda org kafir. Mereka lebih percaya kepada sami atau tok guru, kalaupun ada hujah yg kuat, dia tetap percaya pd gurunya

Inilah kebodohan yg telah melanda umat islam. Apa ubatnya...apa hujahnya...? Bincangkan..

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: beberapa kebodohan yg melanda org islam

Post by thtl on Mon May 05, 2014 10:29 am

1. Belajar agama dgn berguru
2. u bukan ulama, u cuma doktor perubatan, bukan arif agama

Ini statement yg ada betul dan salah bergantung kpd konteks org yg menggunakan kpd anda.
Biasanya dia tak yakin dgn hujah anda atau aliran dia tidak sama dgn anda. Cthnya dia ahli tareqat, atau seorang muqallid mazhab, maka sudah tentu dia akan menggunakan dua point di atas utk mengalahkan anda. Org tareqat mmg memang mewajibkan isu perguruan, manakala org muqallid mazhab mmg tidak akan ikut melainkan dari ulama' mazhab sahaja. maka kedua golongan ini anda kena kenali dan jauhi berhujah dgnnya. itu je ubatnya.

Manakala dgn ahli ilmu, mereka lihat hujah anda bukan guru anda dan atau siapa anda, hatta anda adalah doktor. Rumusan: dgn ahli ilmu lebih senang berhujah dari berdepan dgn ahli tareqat dan org muqallid.
Yang menyedihkan, aliran mainstream Malaysia ialah tareqat dan/atau muqallid. majoriti macam tu, sebab itu doktor menghadapi masalah, bukan doktor saja, saya pun sama.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: beberapa kebodohan yg melanda org islam

Post by Solah on Mon May 05, 2014 3:26 pm

Tumpang thread.

Satu benda saya nak suarakan sebab tak puas hati ialah kegemaran segelintir agamawan ni dengan isu mistik seperti jin, berubat cara melayu lama dan sepertinya. Ini seperti memperbodohkan orang biasa. Contohnya (real example yang berlaku dalam kelas pengajian hadis), seorang ustaz ni claim MH370 kena sorok dengan jin! Contoh lain (again, betul-betul berlaku ni), kalau nak air berkat, tadah air hujan yang turun pada hari Jumaat (saya terfikir kalau ambik air sungai tak leh ke, kan hari Jumaat gak). Benda2 camni tak memajukan umat pun, lagi memundurkan ade la.

Satu lagi contoh real. Seorang imam veteran cakap kat saya, penggunaan jin sebagai penjaga harta dan keluarga pada zaman dulu (tahun 40-70an la kot) adalah boleh sebab zaman dulu memang kaedah lazimnya guna jin sebagai pendinding/pelindung waktu orang Melayu masih hidup terpencil di kampung yang dikelilingi hutan. Saya memang takleh terima statement ni walaupun saya lahir tahun 80-an.

Komen anda.....

Solah
AHLI
AHLI

Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 35
Location : Penang

Back to top Go down

Re: beberapa kebodohan yg melanda org islam

Post by aimahmad on Mon May 05, 2014 4:21 pm

Solah wrote:
..kalau nak air berkat, tadah air hujan yang turun pada hari Jumaat.

Kalau nak ambik berkat air hujan, baik gi mandi hujan mcm kita kecik2 dulu! Ramai2 lagi seronok! Heheh!

Anas RA berkata: "Kami bersama-sama Rasulullah SAW pernah ditimpa hujan, lalu Rasulullah SAW menyelak pakaiannya, sehingga hujan menimpa (tubuhnya). Kami bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa engkau lakukan hal ini. Baginda SAW menjawab: Kerana ia adalah makhluk yang Allah baru ciptakan." [Sahih Muslim: 898]

Imam an-Nawawi menghuraikan hadis di atas:

Hadis ini bermaksud: Hujan adalah rahmat, ia merupakan ciptaan Allah yang baru sahaja diciptakan, maka Nabi SAW mengambil bertabarruk (ambil berkat) dengannya. Hadis ini merupakan dalil kepada pendapat ulama mazhab Syafie bahawa digalakkan untuk membuka (tubuh) yang bukan aurat pada awal turunnya hujan, agar air hujan dapat kena padanya. Hadis ini jua menunjukkan apabila seseorang melihat orang yang lebih mulia/alim melakukan sesuatu, sedangkan dia tidak mengetahuinya, maka hendaklah orang itu bertanya kepada orang yang lebih mulia tadi agar dapat mengamalkannya, dan mengajarkan orang lain.


aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Re: beberapa kebodohan yg melanda org islam

Post by alDayyan on Fri May 09, 2014 11:37 am

Solah wrote:Tumpang thread.

Satu benda saya nak suarakan sebab tak puas hati ialah kegemaran segelintir agamawan ni dengan isu mistik seperti jin, berubat cara melayu lama dan sepertinya. Ini seperti memperbodohkan orang biasa. Contohnya (real example yang berlaku dalam kelas pengajian hadis), seorang ustaz ni claim MH370 kena sorok dengan jin! Contoh lain (again, betul-betul berlaku ni), kalau nak air berkat, tadah air hujan yang turun pada hari Jumaat (saya terfikir kalau ambik air sungai tak leh ke, kan hari Jumaat gak). Benda2 camni tak memajukan umat pun, lagi memundurkan ade la.

Satu lagi contoh real. Seorang imam veteran cakap kat saya, penggunaan jin sebagai penjaga harta dan keluarga pada zaman dulu (tahun 40-70an la kot) adalah boleh sebab zaman dulu memang kaedah lazimnya guna jin sebagai pendinding/pelindung waktu orang Melayu masih hidup terpencil di kampung yang dikelilingi hutan. Saya memang takleh terima statement ni walaupun saya lahir tahun 80-an.

Komen anda.....

klu dia cakap dia yakin dgn claim dia tu..maybe salah la dia.. tp bab2 dan peranan djinn dalam hidup manusia memungkinkan perkara sebegitu boleh berlaku.
jaman nabi sulaiaman a.s dulu djinn kan buat keje macam2? sejajar dgn perkembangan jaman, kaedah dorg menyesat dan membuli manusia turut berubah.  Neutral 

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 47
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: beberapa kebodohan yg melanda org islam

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum