hadith menghukum org lain

View previous topic View next topic Go down

hadith menghukum org lain

Post by intan on Tue May 06, 2014 9:36 am

Assalamualaikum Ustaz.

Boleh saya tahu detail hadith ini (status, riwayat, no. hadith, dlm kitab apa dan dlm bab apa, serta huraiannya):

Rasulullah shalallahu 'alaihi wassalam bersabda;

أن رجلا قال : والله لا يغفر الله لفلان ، وإن الله تعالى قال : من ذا الذي يتألّى عليّ أن لا أغفر لفلان ، فإني قد غفرت لفلان ، وأحبطت عملك

Sesungguhnya ada seorang lelaki berkata: “Demi Allah, Allah pasti tidak akan mengampuni si Fulan!”
Maka Allah Ta'ala berfirman: “Siapakah yang berani bersumpah mendahului-Ku, bahawa Aku tidak akan mengampuni si Fulan? Sesungguhnya, Aku telah mengampuninya dan menghapuskan amalan kamu." [Riwayat Muslim]

Jazakallahu khoiran.

intan
AHLI
AHLI

Posts : 45
Points : 116
Join date : 21/05/2012

Back to top Go down

Re: hadith menghukum org lain

Post by thtl on Tue May 06, 2014 10:03 am

sahih Muslim: no 4753 (Lidwa, Ina)
الكتب » صحيح مسلم » كتاب البر والصلة والآداب » باب النهي عن تقنيط الإنسان من رحمة الله تعالى
Kitab: berbuat baik, perhubungan dan Adab
Bab: Larangan dari putus asa dari rahmat Allah Ta'ala
Huraian: dilarang berkata Allah tidak akan ampunkan dosa kita atau dosa orang lain. kerana bercanggah dgn keluasan keampunan Allah spt dalam ayat AQ: az-Zumar: 53
[Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.]

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum