menyatakan atau tidak rase cinta...

View previous topic View next topic Go down

menyatakan atau tidak rase cinta...

Post by cumei on Wed May 07, 2014 7:35 pm

salam..


               macam mana nak tau seseorang itu jodoh kita @ tidak melalui solat istikharah yang kita buat?  kalau hubungan kita dan seseorang itu tambah rapat adakah itu ertinya jodoh? boleh kah seorang perempuan meluahkan rase kepada seseorang lelaki yang dia minati? atau perempuan hanya harus sabar menunggu tindakan lelaki tersebut aja...bimbang rasa hati ditolak sebab dye adalah orang yang rapat dengan saya juga rakan sekerja saya..  Embarassed 

single
umo 31thn
org Melaka
kerja d johor

cumei
AHLI
AHLI

Posts : 52
Points : 96
Join date : 03/05/2013
Age : 34
Location : melaka

Back to top Go down

Re: menyatakan atau tidak rase cinta...

Post by thtl on Wed May 07, 2014 10:53 pm

kita kena guna "the law of attraction" atau Hukum tarikan. yakni kalau anda dah yakin kpd seseorang itu bahawa dia cocok buat anda, maka anda kena ada kemahuan yg kuat dari hati utk menarik hatinya kpd anda.
pada syara' tidak salah wanita melamar lelaki baik secara direct atau sindiran atau perantaraan pihak ketiga. Cuma pada tahap awal, anda main saikologi supaya dia meluahkan perasaannya kpd anda. itu lebih natural.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: menyatakan atau tidak rase cinta...

Post by cumei on Thu May 08, 2014 12:47 pm

trm ksh ustaz  Smile insya Allah sy akan cuba taktik sprt ustaz sarankan...

cumei
AHLI
AHLI

Posts : 52
Points : 96
Join date : 03/05/2013
Age : 34
Location : melaka

Back to top Go down

Re: menyatakan atau tidak rase cinta...

Post by alDayyan on Fri May 09, 2014 11:47 am

yg ni respon dari fb ustaz adou..


DIALOG Adou_Fr dengan seorang wanita berkaitan urusan perkahwinan
May 2, 2014 at 11:44am

Seseorang bertanya, “Selain istikharah, bagaimanakah cara yang digariskan oleh syara`untuk seseorang wanita mengenali akhlaq calon suami?”


Adou_Fr menjawab: Ayah si perempuan hendaklah bertemu dan menilai calon lelaki tersebut.


Dia bertanya lagi, “Saya pernah melakukannya, tetapi menemuï kegagalan.”


Adou_Fr membalas: Jadi, si ayah hendaklah mencari lelaki lain.


Dia terus bertanya, “Apakah pandangan anda berkenaan ikhtilat (pergaulan) setelah bertunang, contohnya melalui mesej sms, Facebook dan sebagainya?”


Adou_Fr memberikan respons: Ramai orang jahil daripada agama, dan mereka bukan hujah. Hukum Islam adalah jelas. Lelaki tidak boleh mempunyaï sebarang hubungan dengan wanita yang belum dikahwini.


Dia berkata lagi, “Jadi lelaki itu hanya boleh berjumpa dengan ayah si perempuan? – tanpa berhubung langsung dengan wanita tersebut?”


Adou_Fr membalas: Lelaki tidak boleh ada sebarang hubungan dengan perempuan. Semua urusan pertunangan atau perkahwinan ialah tanggungjawab ayah. Si perempuan tidak perlu melakukan apa-apa.


Dia terus bertanya, “Jadi jika dia mahu berkenalan, adakah saya perlu meminta dia menghubungi ayah saya?”


Adou_Fr menjawab: Katalah dia berkata, “Hai cik adik, boleh berkenalan?” maka jawablah,“Sila hubungi ayah saya di talian 011-11111111 atau Facebook: AyahSaya.”


Dia kemudian masih bertanya, “Bolehkah berikan saya cara untuk menilai calon suami?”


Adou_Fr menjelaskan: Nilailah lelaki itu pada (1) salatnya dan `ibadah lain. Jika lulus, teruskan. Jika gagal, sila cari lelaki lain. (2) dia tidak minum arak. Jika dia minum, sila batalkan segala-galanya, walaupun perkahwinan sebentar lagi. (3) dia mempunyaï nilai murni. Nilailah tutur katanya, pergaulannya dengan orang tua, layanannya terhadap kanak-kanak dan peminta sadaqah. Jika lelaki itu lulus perkara (1) dan (2), maka pilihlah yang paling baik. Walau bagaimanapun, jika dia mempunyai perkara (4) sedia menerima teguran dan belajar ilmu, maka itu bonus.


Dia bertanya lagi, “Bagaimanakah penilaian itu boleh dibuat?”


Adou_Fr berkata: Boleh dinilai semasa lelaki itu bersembang minum-minum bersama ayah. Masa antara 30 minit hingga 45 minit sudah memadaï, untuk mengetahuï apa yang Allah izinkan.


Dia menyoal lagi, “Adakah bapa saya perlu menyoal siasat lelaki itu? Bagaimanakah pula jika saya ialah seorang janda beranak satu?”


Adou_Fr menyambung: Tidak perlu menyoal-siasat, cukup bersembang-sembang semasa minum, atau sekadar bercerita-cerita. Namun, dalam perbualan itu, dapatkanlah maklumat tentang agama dan peribadinya. Jika anda seorang janda atau balu yang mempunyaï anak, ayah anda boleh membawa anak anda dan lihatlah lelaki itu apabila anak anda menumpahkan air atau memecahkan pinggan, dan lihatlah adakah dia melayan anak anda seperti anaknya sendiri, atau seperti anak anjing.


Dia terus menambah, “Maksudnya, saya perlu ada sekali semasa minum itu?”


Adou_Fr menjawab: Tidak sama sekali.


Dia bertanya lagi, “Bagaimanakah jika isteri keberatan atau belum bersedia untuk suami berkahwin lagi?”


Adou_Fr membalas: Maksudnya si isteri masih kurang agama. Jika suami mahu, isteri itu disimpan. Jika dia mahu, isteri itu diceraikan.


Dia menyoal pula, “Itu daripada perspektif suami. Daripada perspektif isteri?”


Adou_Fr menjelaskan: Islam tidak memberi isteri suara, kecuali taat.


Dia terus menyoal, “Bagaimanakah jika seorang lelaki tidak mahu menyetubuhi isterinya? Suami mengadu bahawa isteri tidak mahu bersalat dan memberikan alasan penat menguruskan rumah tangga.


Adou_Fr membalas: Pertama, suami hendaklah menegur isteri dan menasihatinya. Jika isteri degil, suami boleh memukul atau memisahkan tempat tidur. Jika isteri masih degil, dia hendaklah diceraikan.


Ditulis oleh,

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

02 Mei 2014, jam 1745

https://www.facebook.com/notes/ad%C3%B6ulin%C3%A9-lacharouphe/dialog-adou_fr-dengan-seorang-wanita-berkaitan-urusan-perkahwinan/786821117995482

Ust adou ni, pelik ckit..beliau sangat14 jarang reply sebarang pertanyaan terhadap status beliau.  Suspect 

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 47
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: menyatakan atau tidak rase cinta...

Post by thtl on Fri May 09, 2014 2:21 pm

hahaha, dia Panel Hadis kat afn 2.0

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: menyatakan atau tidak rase cinta...

Post by cumei on Sat May 10, 2014 12:17 pm

trm ksh ustaz Adou  Smile 
atas keterangan yg d beri  Smile 

cumei
AHLI
AHLI

Posts : 52
Points : 96
Join date : 03/05/2013
Age : 34
Location : melaka

Back to top Go down

Re: menyatakan atau tidak rase cinta...

Post by Sponsored content Today at 5:15 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum