BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Imam abu hassan al ashari

+3
hafiz
thtl
seijiseimura84
7 posters

Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Imam abu hassan al ashari

Post by seijiseimura84 Thu May 08, 2014 6:02 pm

Salam

Boleh tolong simplify kan mengapa imam abu hassan alshari diiktiraf sebagau ulama yg boleh dijadikan panduan?
Dan kat mana boleh saya dpt ebook al ibanah
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by thtl Thu May 08, 2014 9:46 pm

Imam abul Hasan al-Ashari (w.324H) penting sebab ia permulaan munculnya aliran ASWJ. Sebab masa tu dominan tiga aliran manhaj dalam usyul: Muktazilah (paling popular), Falsafah dan ahli hadith/atsar (salafi). Apabila Imam Abu Hasan keluar Muktazilah, maka muncullah istilah ASWJ yg masyhur hingga kini.
Namun, aliran Asya'irah yang menisbahkan dirinya kpd beliau sebenarnya ialah mereka mengikut pemikiran Imam Abu Hasan pada tahap kedua, ketika dia keluar dari Muktazilah, dia mengikuti ajaran al-Kilab (Falsafah/takwil) sebelum dia taubat sepenuhnya dan mengikut manhaj ahli hadith dalam akidah. Menurut Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa, jld 4), Imam Abu Hasan ada 3 fasa perubahan dalam hidupnya: fasa Muktazilah, fasa takweel/falsafah dan fasa ahli hadith.

kitab e-book al-Ibanah Usyul al-Diyanah edisi terjemahan tak ada rasanya. Kena beli terjemahan Indo hardcopy, antaranya terbitan PT al-Tibyan, Kalau e-book arab banyaklah kat waqfeya.com
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by hafiz Fri May 09, 2014 1:30 am

Ustaz, apa pndngn Islam dngn falsafah?

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by abu_firdaus Fri May 09, 2014 3:22 am

ktab al ibanah ni ditulis semasa fasa terakhir beliau?
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by seijiseimura84 Fri May 09, 2014 5:50 am

tetapi puak sufi mengatakan kitab tersebut diolah, diubahsuai.....
camne nak bangkang...?
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by thtl Fri May 09, 2014 8:12 am

1. Islam vs Falsafah
Islam terima falsafah kerana falsafah adalah akal. Cuma dalam Islam, falsafah/akal tunduk kpd wahyu atau naqli.

2. al-Ibanah ditulis semasa hujung hayat Imam Abu Hasan
3. Sufi dan asya'irah tolak keujudan kitab al-Ibanah kerana mereka tidak terima Imam Abul Hasan kembali kpd akidah salaf. Mereka menyatakan Imam Abu Hasan mati dalam akidah Takwil yakni mengikut gurunya al-Kilab. Sedangkan ini fasa kedua selepas dia keluar dari gurunya al-Juba'iy (Muktazilah). Ini isu sejarah. Kita kena baca kitab Ibn Katsier, al-Bidayah wal Nihayah. Pokoknya mereka mengatakan kitab Ibanah adalah rekaaan wahabi atau manipulasi wahabi kerana kandungan kitab terakhir Imam Abu hasan adalah bercanggah dgn akidah kaum sufi dan aliran usyuludin pondok di nusantara.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by abubakar Fri May 09, 2014 9:25 am

seijiseimura84 wrote:Salam

Boleh tolong simplify kan mengapa imam abu hassan alshari diiktiraf sebagau ulama yg boleh dijadikan panduan?
Dan kat mana boleh saya dpt ebook al ibanah

Ebook itu saya tak pasti lah namun Buku Putih Al-Ibanah dlm bahasa Indonesia boleh didapati di Fajar Ilmu Baru, Wisma Yakin.
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by thtl Fri May 09, 2014 2:28 pm

e-book indo atau mlayu belum ada, e-book arab je yg ada
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by aimahmad Fri May 09, 2014 4:29 pm

Berikut adalah petikan dr salah satu nota kaki dlm buku Di Mana Allah? oleh Hairi Nonchi yg beri biodata ringkas Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari;


Beliau ialah ‘Ali bin Isma’il bin Ishaq bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Abi Burdah bin Abi Musa al-Asy’ari. Kepada beliau disandarkan mazhab al-Asya’irah iaitu salah aliran yang condong kepada manhaj mentakwil nas-nas al-SifatAllah. Pada mulanya al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari adalah penganut kepada fahaman al-Muktazilah, malah merupakan tokoh besar yang menegakkan mazhab tersebut selama 40 tahun.

Walau bagaimanapun, beliau akhirnya telah beralih kepada mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dan kekal dengan aliran tersebut sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (774H) menjelaskan bahawa akidah yang dipegangi oleh Abu al-Hasan al-Asy’ari dapat dilihat melalui tiga fasa berikut, iaitu:

·    Pertama: Berpegang teguh kepada akidah I’tizaliyyah.

· Kedua: Berpegang teguh kepada akidah yang mentsabitkan (menetapkan) beberapa sifat aqliyyah seperti Hayat, ‘Ilm, Qudrah, Iradah, Basar, Kalam serta mentawilkan sifat-sifat khabariyyah seperti: Wajah, Yadain, Qidam dan lain-lain lagi.

·  Ketiga: Berpegang teguh kepada mentsabitkan kesemua sifat-sifat Allah tanpa sebarang bentuk bayangan atau penyerupaan dengan sifat-sifat makhluk, sama seperti akidah yang dipegang oleh al-Salaf al-Shalih dan itulah dia akidahnya sebagaimana yang terdapat dalam keterangannya sendiri dalam kitab al-Ibanah yang telah dikarang semasa akhir hayatnya. [Lihat Koleksi Kertas Kerja Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaahsusunan Hafiz Firdaus Abdullah, ms. 136]

Lebih lanjut berkaitan dengan sejarah pengembalian beliau ke pangkuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang bermanhaj al-Salaf al-Shalih, sila rujuk buku-buku dan artikel berikut:

1) ‘Aqidah Salaf Pegangan Terakhir Imam Al-Asy’ari, asy-Syaikh Hamad bin Muhammad al-Ansari (Dinie Publishers, Kuala Lumpur).

2) Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah, Hafiz Firdaus Abdullah (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru).

3) Pokok-Pokok Akidah Salaf Yang Diikrarkan Imam Al-Asy’ari, Dr. Muhammad Abdurrahman al-Khumais (Darul Haq, Jakarta).

4) Imam Abu Al-Hassan Al-Asy’ari oleh Dr. Mohd Radzi Hj. Othman. Sila lihat risalah ini dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru).

Barangkali Doc Seiji boleh semak dlm bahan bacaan yg dirujuk bagi info yg lebih terperinci.


Last edited by aimahmad on Fri May 09, 2014 5:44 pm; edited 1 time in total
aimahmad
aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by aimahmad Fri May 09, 2014 5:03 pm

Ustaz THTL, benarkah kenyataan yg mengatakan tiada golongan yg menisbahkan diri dgn gelaran ASWJ sebelum pengikut Imam Al-Asy'ari? Maka menurut mereka, yg beraqidah Asya'irah la yg benar2 layak digelar sbg ASWJ krn mrk yg mula2 menamakan diri dgn nama itu.

Bagaimana dgn satu athar dr Ibn Abbas (kalau tak silap saya) yg ade menyebut ttg ASWJ? Bagaimana ASWJ dikatakan bermula pd zaman Imam Al-Asy'ari, kalau sahabat Nabi SAW telah menyebutnya? Mohon komen.
aimahmad
aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by thtl Fri May 09, 2014 7:20 pm

Istilah ASWJ itu dgn resminya dikenali selepas abad ke 3. 300 tahun pertama tak ada masalah, sebab 100 tahun pertama adalah era sahabat, sahabat yg last wafat ialah Ibn Abbas, Abu Hurayrah dan Anas bin Malik.
Lepas tu era Tabi'in, sampai abad 200 Hijrah, lepas tu zaman Tabi' Tabi`in, sampai 300 hijrah. Ummah pada pasa ini intact, yakni tak berpecah cuma Khawarij di zaman Ali dan Syiah selepas Husin terbunuh di Karbala tahun 60 Hijrah. Jadi pada masa itu, org Islam terbesar hanya berpecah dgn dua golongan yg kecil, Khawarij dan syiah di Iraq. Maka istilah ASWJ tidak digunakan lagi sebab ia masih satu umat yg bersatu dan solid.
yang menjadi ancaman ialah bila munculnya aliran Muktazilah di zaman Abbasiah. Maka barulah istilah ASWJ itu dipopularkan. ASWJ itu kemudiannya dikenali dgn Khalaf atau Asya'irah atau ahli Kalam dan ahli hadith dan atsar. Khalaf itu kemudian dikenali dgn Asya'irah dan Maturidi, manakala ahli hadith dinamakan Salafiyah atau aliran sunnah. Asya'irah-Maturidi ini akhirnya berbalah dgn salafiyah hingga ke hari ini. Masing2 mendakwa merekalah ASWJ yang ori. itu ceritanya.
istilah ASWJ mmg sudah dikenali di zaman Ibn Abbas, lihat tafsir Ibn Katsir:
Abdullah bin ‘Abbas ra berkata ketika menafsirkan firman Allah Azza wa Jalla:

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

“Pada hari yang di waktu itu ada wajah yang putih berseri, dan ada pula wajah yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): ‘Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Karena itu rasakanlah adzab disebabkan kekafiranmu itu.’” [Ali ‘Imran: 106]

“Adapun orang yang putih wajahnya mereka adalah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, adapun orang yang hitam wajahnya mereka adalah Ahlul Bid’ah dan sesat.” Lihat Tafsir Ibn katsir surah ali Imraan ayat 106
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by aimahmad Sat May 10, 2014 5:58 am

Ok Ustaz THTL, jazakAllahu khayr.

Jgn sampai ade yg tubuh pertubuhan ASWJ, lantik presiden & lps tu ngaku dia je ASWJ dah laa.. Eh, dah ade jgk ke? Heheh!
aimahmad
aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by thtl Sat May 10, 2014 10:12 am

Fenomena sekarang ialah sebahagian golongan Asya'irah mengeluarkan sebahagian salafiyah dari kelompok ASWJ dan mengkafirkan tokoh2 salafiyah spt syaikh Muhammad Abdul Wahab dan Ibn Taymiyah. Juga mempopularkan istilah Wahabi bagi orang arab saudi sebagai bukan ASWJ.

Diwaktu yg sama sebahagian Salafiyah mengeluarkan Asya'irah dari ASWJ dan menamakan mereka ahlil bid'ah.

Ini fenomena ghuluw atau ekstrim sekarang.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by seijiseimura84 Sat May 10, 2014 10:12 am

jadi, takpekah kalau golongan salafi tidak mengellarkan diri mereka ahli sunnah al jamaah, sebaliknya mengelar salaf as solihin
menurut al albani, beliau lebih suka mengunakan salafi kerana ASWJ, semua org mendakwa termasuklah ahli sufi, para bidaah dan lain2

tetapi tidak bagi gelaran salafi
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by thtl Sat May 10, 2014 10:19 am

al-Albani menisbahkan dirinya dgn aliran salafiyah, bukan salafi. Salafi ni kumpulan org Islam yg hidup pada  300 tahun pertama Islam. Salafi maksudnya pendahulu kita atau moyang kita dalam agama (para sahabat hingga tabi'-tabi'in). Orang yg ikut Salafi ni dinamakan Salafiyah.

Maksud al-Albani, bila dia guna istilah Salafiyah, ia adalah ASWJ yg asal, yang paling murni manhaj dan akidahnya serta fiqihnya, yakni fiqh sunnah berbanding Asya'irah (ahli Kalam) dan tareqat dan sufi.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by syahid Sat May 24, 2014 6:57 am

salamm.. sy nk minta laman web atau link untuk dapatkan lebih maklumat tentang imam abu hasan..

syahid
AHLI
AHLI

Posts : 1
Points : 1
Join date : 24/05/2014

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by thtl Sat May 24, 2014 9:51 am

Google je Imam abul hasan al-asyaari
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Imam abu hassan al ashari Empty Re: Imam abu hassan al ashari

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum