Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by seijiseimura84 on Sun May 11, 2014 9:32 am

Bila kita nak bawa akidah yg betul kepada masyarakat atau memperbetulkan apa yg bidaah atau bukan....beberapa respons saya terima

SAlah satu respons saya terima........
Islam melarang kita berdebat2.....lebih2 lagi hal2 furu. Hanya Allah sahaja yg tahu apa yg benar atau tidak....

ada pula yg mendakwa apa sahaja statement fatwa imam syafie mungkin bersesuai pd zamannya....tidak pd zaman depan


Last edited by seijiseimura84 on Sun May 11, 2014 9:34 am; edited 1 time in total

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by thtl on Sun May 11, 2014 9:34 am

sahihla tu, kita kena tahu yg mana usyul (induk) dan yg mana satu furu' (rantingan) agama.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by seijiseimura84 on Sun May 11, 2014 9:35 am

sebagai contoh isu Allah bertempat2....isu bidaah...adakah itu perkara furu yg tidak patut kita perdebatkan??

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by seijiseimura84 on Sun May 11, 2014 9:35 am

itu soalnya....
apakah definasi furu....
sebab diorang suka bagi alasan hujah ni

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by thtl on Sun May 11, 2014 9:40 am

furu' ni maksudnya benda yg tidak menjejaskan usyul.

Cth: Allah memiliki tangan.

Asya'irah: tangan Allah maksudnya kekuasaan.
Salafiyah: Allah mmg mempunyai tangan yg sesuai dengan sifat-Nya.

ini furu' laa

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by thtl on Sun May 11, 2014 9:48 am

ada pula yg mendakwa apa sahaja statement fatwa imam syafie mungkin bersesuai pd zamannya....tidak pd zaman depan

Juga sahih, bahkan Imam Syafi'iy ada dua fatwa, satu fatwa Qadim semasa dia berfatwa di iraq dan Fatwa Jadid semasa dia menetap dan wafat di Mesir.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by seijiseimura84 on Sun May 11, 2014 10:28 am

thtl wrote:furu' ni maksudnya benda yg tidak menjejaskan usyul.

Cth: Allah memiliki tangan.

Asya'irah: tangan Allah maksudnya kekuasaan.
Salafiyah: Allah mmg mempunyai tangan yg sesuai dengan sifat-Nya.

ini furu' laa
kenapa mengunaka asya'irah kalau kita mengetahui imam abu asyahari sudah insaf dan kembali keapda salaf. ini cukup keliru

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by thtl on Sun May 11, 2014 11:03 am

Org yg menisbahkan dirinya kpd Asya'irah yakin Imam Abul Hasan Asyaari tidak kembali kpd akidah ahli hadis/salaf, beliau kembali kpd akidah ahli Kalam yg popular di abad ke 3 dan 4 hijrah. Maka Asya'irah sebenarnya adalah golongan ahli Kalam atau Takwil

Golongan salafiyah yakin Imam Abul Hasan kembali kpd akidah salafi sepenuhnya. Kitab Maqalat islamiyin dan al-Ibanah usyul al-Diyanah adalah buktinya.

Ini adalah khilaf yg bukan ranting. Kitab yg perlu dirujuk ialah al-Bidayah wal Nihayah karya Ibn Katsir, namun Asya'irah bersikeras meyakini Imam Abu Hasan adalah tokoh Ilmu Kalam bukan akidah salaf/ahlu hadith

anda keliru kerana golongan asya'irah adalah majoriti di dunia Islam, kalau di India-pakistani, akidah maturidi

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by Ibnu Sarkawi on Sun May 11, 2014 1:06 pm

pendapat Maulana Asri pula, jika Imam Abul Hasan Asyaari betul2 keluar dari manhaj takwilnya, pasti anak2 murid besarnya berpegang juga dengan manhaj tersebut. Sedangkan apa yang berlaku ialah, anak2 muridnya mengembangkan terus manhaj beliau rhm. Setelah meneliti pelbagai pendapat, saya cenderung & percaya bahaya manhaj Abul Hasan Asyaari ialah gabungan antara kebanyakkan salaf dan ahli kalam dari kalangan salaf juga. Maksdnya dia manhaj pertengahan dan sangat berbeza dengan muktazillah. Adapun disiplin mazhab aqidah Asyairah pada masa kini pula lebih cenderung kepada mazhab muttakhirin asyairah yang dikembangkan oleh Imam Ghazali rhm dan yang selainya, yang sedikit berbeza dgn mazhab yang asal. Kesimpulannya, bagi saya mazhab Asyairah semamngnya adalah apa yg dipegang Imam Abul Hasan Asyaari sehingga akhir hayatnya cuma byk perubahan telah berlaku zaman berzaman seperti yang kita tahu ada pula gabungan2 pendapat, tahqiq & analisis semula yang kini dinamakan mazhab Al-Asyairah wal Maturidiyyah.

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by thtl on Sun May 11, 2014 1:11 pm

Banyak versi sebenarnya..namun kata DYQ. asya'irah/maturidi dan salafiyah sebenarnya tak jauh, dekat je. yang jauh ialah geng tareqat asya'irah, mereka mencampurkan fahaman takwil dgn doktrin kesufian ttg sifat2 Tuhan dan wali
jalan selamat, tak usahlah kita dok berebut, Imam Abul Hasan ni milik siapa, salafiah atau Asya'irah sekarang. Kita bersama Rasulullah saw dan para sahabat sudah cukup utk memahami Ilmu Tawhid.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by Ibnu Sarkawi on Sun May 11, 2014 1:17 pm

sangat setuju dgn Syaikh Tuan Hassan. antara faktor yang menyebabkan ke2-2 aliran ini terlalu besar perbezaan ialah golongan salafi yg tidak berilmu suka memperkatakan apa yg mazhab Asyairah tidak pernah kata, & golongan Asyairah ghuluw spt Ahbash & aliran Asyairah Sufiyyah memfitnah aliran salafi dengan mengatakan apa yg mereka tidak pernah kata.

*dulu pernah dengar dlm ikim.fm ada ustaz yg gelar diri mereka mazhab asyairah sufiyyah.


Last edited by Ibnu Sarkawi on Sun May 11, 2014 4:03 pm; edited 1 time in total

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by thtl on Sun May 11, 2014 1:42 pm

Itulah root-cause kpd problem perpecahan di kalangan umat masa kini dari sudut manhaj. Belum lagi perpecahan dalam manhaj politik.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by aimahmad on Sun May 11, 2014 2:03 pm

Ibn Taimiyyah mengatakan Imam Al-Asyaari melalui 3 fasa. Maulana Asri mengatakan 2 fasa sahaja.

Secara peribadi, yg mana Ustaz THTL rasa lebih tepat? Jika kita terima Ibanah sbg sahih dr beliau, ape manhaj kitab itu? Adakah takwil sbgmana Kulaabiyah atau tafwidh kaifiyat sbgmana Salafiyyah? Maaf saya blm berpeluang baca Ibanah.

aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by thtl on Sun May 11, 2014 2:16 pm

Sudah tentu kita kena pegang dgn Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan Ibn Asaakir yg mengatakan Imam al-ashaari melalui tiga fasa perubahan. dan fasa terakhir adalah akidah salafiyah, tafwidh.
Maulana dipengaruhi dgn suasana di India, madrasah Deobandi yang juga asya'irah-maturidi. kalau lihat silabus Darul-kautsar mereka juga ajar akidah asya'irah.
kitab Ibanah dan maqalat islamiyyin adalah manhaj akidah salafiyah

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by seijiseimura84 on Sun May 11, 2014 2:33 pm

tp bila thtl sebut "mazhab asyariah" kadanng2 saya confuse....asyariah mana yg dirujuk...

patutlah pihak berlawanan kata kita condemn asyariah sedangkan asyariah adalah bermanhanjkan salafi

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by thtl on Sun May 11, 2014 2:41 pm

Asya'irah Malaysia adalah ahli Kalam sufistik;
manakala asya'irah salafi adalah macam saudi arabia tu...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by aimahmad on Sun May 11, 2014 2:57 pm

TQ Ustaz THTL, mmg tu yg saya yakini selama ni. Cuma bila dgr penjelasan Maulana Asri dulu tu yg buat saya nak selidik lagi.. tapi tak sempat. Teringat blk bila akhi Ibn Sarkawi sebut.

Pd saya, manhaj kitab Ibanah tu yg jadi bukti utama. Samada anak muridnya sebar @ tidak tu pd saya hanya bukti sokongan.

aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by aimahmad on Sun May 11, 2014 2:59 pm

Imam Al-Asyaari melalui 3 fasa dlm aqidah; pertama Mu'tazilah (menolak sifat), kedua Kulaabiyah (mentakwil sifat) & ketiga Salafiyyah (mentafwidh kaifiyat sifat). Dikatakan Imam Al-Asyaari sentiasa punyai anak murid yg ramai & punyai pengaruh yg besar dlm kesemua fasa tersebut.

Fasa kedua Imam Al-Asyaari dilihat penting krn sebagai satu mazhab ilmu kalam, Kulaabiyah dikatakan memiliki metadologi ilmu yg hampir sama dgn Mu'tazilah yg membolehkan perdebatan boleh diadakan dlm satu "bahasa ilmu" yg sama. Kehebatan skill debat ilmiah antara tag-team guru-murid Ibn Kulaab & Imam Asyaari dikatakan memberi tamparan hebat kpd Mu'tazilah yg bertemu buku dgn ruas hingga tertumbangnya dinasti mazhab Mu'tazilah tanpa sebarang kemampuan utk bangkit lagi. Namun dgn takdir Allah SWT, Imam Asyaari beralih ke fasa ketiga aqidahnya, fasa yg dipertikai akan kewujudannya oleh sebahagian kumpulan.

Seperti yg pernah saya baca sblm ni, selepas beliau meninggal dunia terdapat dua group yg menisbahkankan diri mereka dgn nama Al-Asya'irah, kumpulan pertama mereka yg mengikut pendapatnya semasa fasa kedua, & kumpulan kedua mereka yg mengikut pendapatnya semasa fasa ketiga. Maka ade 2 kumpulan Al-Asya'irah yg guna dua pendekatan berbeza, satu yg mentakwil & satu lagi yg mentafwidh kaifiyat. But as time goes by, group kedua beransur2 tidak menggunakan gelaran Al-Asya'irah & hanya menisbahkan diri kpd Salafiyyah. Maka tinggal la group pertama dgn kefahaman aqidah fasa kedua yg menggelar diri sbg Al-Asya'irah.

Ini yg saya faham. Betulkan kalau ade kesilapan.

aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by Ibnu Sarkawi on Sun May 11, 2014 3:25 pm

aimahmad wrote:TQ Ustaz THTL, mmg tu yg saya yakini selama ni. Cuma bila dgr penjelasan Maulana Asri dulu tu yg buat saya nak selidik lagi.. tapi tak sempat. Teringat blk bila akhi Ibn Sarkawi sebut.

Pd saya, manhaj kitab Ibanah tu yg jadi bukti utama. Samada anak muridnya sebar @ tidak tu pd saya hanya bukti sokongan.

Memang kitab itu buktinya. tetapi ianya bukan bermaksud Imam Abul Hasan Asyaari meninggalkan mazhab beliau. Saya cenderung untuk meyakini bahawa dia mentakwil & juga tafwidh.. sebagaimana ada pendapat yg mengatakan sebahagian salaf juga membuat takwil. Ya, mazhab beliau ialah takwil versi Salaf.

Adapun pendapat tentang 3 fasa tersebut, itu adalah khilaf. Merujuk kepada ilmuan2 asyairah sendiri, ada 2 fasa sahaja. Lalu dari manakah datangnya sifat 20 dan pendapat2 yg menyatakan wajib dalam mentakwil? Itu adalah mazhab mutaakhirin. Sebagaimana juga mazhab2 dlm fiqh yang sentiasa berubah, begitu juga berlakunya dalam mazhab asyairah dan mazhab maturidi. Kalau tiada perubahan2 tersebut, maka tidak adalah disiplin sifat 20 & tidak adalah wujudnya mazhab Asyairah wal Maturidiyyah. Wallahu a'lam.

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by aimahmad on Sun May 11, 2014 4:03 pm

TQ akhi Ibn Sarkawi atas penjelasan. Mohon pencerahan tambahan.

1. Bagaimana berlakunya takwil & tafwidh dlm satu masa? Takwil & tafwidh secara selektif mengikut subjek @ menerima kedua2 kaedah dlm satu subjek @ bagaimana?

2. Apa maksud "takwil versi salaf" & definisinya? Saya ade terbaca, di zaman salaf, takwil membawa makna tafsir. Komen.

aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by Ibnu Sarkawi on Sun May 11, 2014 4:13 pm

aimahmad wrote:TQ akhi Ibn Sarkawi atas penjelasan. Mohon pencerahan tambahan.

1. Bagaimana berlakunya takwil & tafwidh dlm satu masa? Takwil & tafwidh secara selektif mengikut subjek @ menerima kedua2 kaedah dlm satu subjek @ bagaimana?

2. Apa maksud "takwil versi salaf" & definisinya? Saya ade terbaca, di zaman salaf, takwil membawa makna tafsir. Komen.

Lebih senang kalau tuan baca sendiri buku Takwil Hadis oleh Ustaz Umar M.Noor. Atau baca juga buku yg Ustaz THTL nyatakan di atas yg Al-Qaradhawi tulis tu apa namanya... salaf & khalaf ke..

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by thtl on Sun May 11, 2014 7:50 pm

Akidah Salaf dan Khalaf, DYQ, Pustaka al-Kautsar, Id

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by abubakar on Sun May 11, 2014 9:08 pm

Saya kira kalau ada rakan-rakan forumer yg gemar berbahas dgn kelompok Asyairah ini saya cadangkan supaya kuasai perkara yg menyebabkan mereka mengambil method takwil itu yakni perbahasan 'time and space'.

Saya tak mahu lah jd mcm ada seorang Ustaz salafi ini, kalau saya sebut nama mmg org kenal lah terutamanya warga AFN. Dia pernah mengeluarkan kenyataan yg lebih kurang berbunyi

"Saya tak faham apa yg org anti sgt dgn sifat 20 ini. Ada yg kata susah, berfalasafah dsb. Saya mengajar budak-budak sifat 20 tak lah susah mana. Skjp shj mereka dah boleh hafal. Allah wujud, qidam,baqa, tahu-tahu dah selesai sifat 20".

Kalau sekadar nak hafal sifat wajib, sifat mustahil itu mmg lah sng. Tak boleh dikatakan berakidah asyairah seseorang itu sekiranya hafal benda-benda itu tanpa memahami perbahasannya. Sama mcm tak menjadi Islam seseorang, hanya dgn menghafal rukun Islam.

Saya pun berbahas lah dgn dia, dia masih berkeras dgn pendapat dia. Sudahnya dia tak balas dah komen saya. Saya tak pasti samada apa sbb dia tak balas. Sekiranya dia tak balas pasal dia tak boleh jawab hujah saya, itu dia baru jumpa saya, kalau dia jumpa pengikut Asyairah yg sejati punya, mmg kena dia ini. Boleh jadi dia akan buat blog mcm blog salafytobat pula selepas drpd itu.

Kalau sahabat-sahabat sekalian sungguh nak bawa akidah betul kpd masyarakat, cuba crack sifat 20. Saya dah cuba, dan gagal. Kelompongan yg saya jumpa, satu shj, iaitu pada perbahasan 'time and space' itu td. Ini kerana, berdirinya sifat 20, adalah drpd perbahasan 'time and space' ini. Kalau dpt kacau benda itu, maka runtuhlah sifat 20. Tp, easier said than done.

Lg satu, bukannya tak boleh berdakyah pada masyarakat umum, tp rata-rata mereka ini bertaqlid buta belaka. Kdg-kdg mereka bukannya faham pun apa yg pegang tp oleh kerana thiqah mereka pada ulama'-ulama', lantas mereka berkeras dgnnya.

Saya pernah berbahas dgn seorang pengikut Asyairah ini, igtkan hebat sgt, tp apabila saya tanya pasal konsep 'time and space', dia jwb yg lebih kurang berbunyi,

"Apa kena mengena benda itu dlm perbahasan ini. Adakah kamu ini pengikut teori relativiti Einstein, Darwinisme dsb?"

Saya apabila tgk dia jwb mcm ini. Terus saya malas nak layan dah. Jd, kalau sahabat-sahabat sekalian serius nak membawa akidah yg betul kpd masyarakat, pergi lwn dgn siapa yg bawa benda itu kpd mereka. Lg tinggi kedudukan dia, lagi baik. Mcm yg Hassan Bandung pernah buat di Pulau Pinang dahulu. Kalau berjaya menewaskan tokoh dia, senanglah nak bawa akidah betul kpd masyarakat.

Tp ini sekadar pendirian peribadi saya lah. Saya tahu setiap org mempunyai pendekatan yg berbeza. Mcm ada org dia percaya yg pendekatan terbaik adalah dgn pembaikan pada diri individu terlebih dulu, cthnya Syeikh Albani berpegang mcm ini. Tp saya berpegang pada pendekatan yg terbaik adalah pembaikan pada pemerintah terlebih dahulu. Yg ini tak perlu nak cerita panjang sgt agaknya.

Saya ada bbrp pendirian sendiri lah kpd kelompok Asyairah dan Maturidiah ini. Cthnya saya tidak mengkafirkan mereka. Dan ada bbrp perbahasan di dlm aliran mereka yg saya terima. Tp perkara tolak saya dgn keras sekali di dlm aliran ini adalah pegangan mereka pada "Allah wujud tanpa bertempat".

Saya faham cabaran yg berlaku pada zaman yg membawa kpd bermula akidah mutakallimun ini, dan saya tak mahu ulas pasal mereka. Cumanya utk umat hari ini, saya kira kaedah pengajian akidah yg terbaik adalah apa yg Ibnu Taimiyyah bawa dan mungkin perlukan sedikit penambahbaikan supaya ianya lebih selaras lg dgn keperluan semasa.

_________________
Ya Allah ajarkanlah aku perkara yg aku masih jahil dan ingatkanlah aku mengenai apa yg aku lupa.

abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 262
Points : 314
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by seijiseimura84 on Mon May 12, 2014 1:22 pm

Berdasarkan kepada teori relatif einstein....alam kita semakin berkembang selari dgn masa
Oleh itu....apabila masa diputarkan kebelakang...alam ini akan bersorot sehingga bertemu ssatu titik dipanggil point of singularity di mana, masa dan ruang tidak wujud sama sekali. Ini menunjukkan Allah adalah bebas dari pengaruh ruang dan masa

Jadi anehlah, kalau kita hendak katakan bahawa Allah tu ada dimana2, sebab ia mengatakan seolah2 Allah itu mengisi ruang yg wujud apabila alam terbentuk. Sedangkan Allah itu maha wujud dan maha awal lagi maha akhir. Dia tidak memerlukan ruang untuk menghadirkan diriNya. Kalau hendak dikatakan Allah itu wujud dimana2 , adakah apabila alam ini terhapus, maka di mana pula Allah?

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by thtl on Mon May 12, 2014 1:45 pm

Doc:

Akidah salaf simple sahaja:

Allah berada di langit dan ilmunya berada di segenap tempat.

dalil:
حدثني أبي رحمه الله حدثنا سريج بن النعمان حدثنا عبدالله بن نافع قال كان مالك بن أنس يقول الايمان قول وعمل ويقول كلم الله موسى وقال مالك الله في السماء وعلمه في كل مكان لا يخلو منه شيء
Telah menceritakan kepadaku ayahku rahimahullah : Telah menceritakan kepada kami Suraij bin An-Nu’maan : Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Naafi’, ia berkata : “Maalik bin Anas pernah berkata : ‘Iman itu adalah perkataan dan perbuatan, Allah berbicara kepada Muusaa, Allah berada di langit dan ilmu-Nya ada di setiap tempat – tidak ada sesuatupun yang luput dari-Nya” [Diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Ahmad dalam As-Sunnah, hal. 280 no. 532; shahih].

kekeliruan kaum Asya'irah ialah bila depa kata Allah ada di mana-mana; yg dimaksudkan oleh asya'irah ialah ilmu Allah spt mana kata Imam Malik.
Jadi, sebenarnya salafiyah dan asya'irah tak jauh bedza. cuma kalau Asya'irah x mahu terima kata2 Imam Malik di atas, itu tanda bebal laa...benda mudah faham sejak 300 tahun dipersulitkan

`Allah berada di langit, Ilmunya ada di semua ruang" Imam Maalik

Hafal yg ini

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Menjawab isu respons terhadap ajaran salafi

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum