semakan:55 sunnah nabi.

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

semakan:55 sunnah nabi.

Post by abu_aisyah on Sun May 18, 2014 7:28 am

As-salamu 'alaikum,ustaz thtl dan rakan2.apa khabar?

Mihon disemak status/fakta dibawah.
55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!

_________________
www.facebook.com/syafiqabuhasan

abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 30
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by abu_aisyah on Sun May 18, 2014 7:30 am

Maaf agak panjang posting nya..
Saya kira dalam posting ni ada beberapa fakta yg ada masalah seperti cara potong kuku.tapi yg lain banyak yg tepat.

_________________
www.facebook.com/syafiqabuhasan

abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 30
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Sun May 18, 2014 10:44 am

kita akan cek satu-satu:
sunnah no 1 wrote:1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.
النَّظرُ سَهمٌ مسمومٌ من سِهامِ إبليسَ

الراوي: - المحدث: الألباني - المصدر: حجاب المرأة - الصفحة أو الرقم: 49
خلاصة حكم المحدث: ضعيف جداً
Pandangan adalah pandangan Iblis adalah hadith amat dha'ief, al-Albani, Hijab al-Mar'ah (pakaian wanita) ms 49

Lihat sekali sahaja.
يا عليُّ لاَ تتبعِ النَّظرةَ النَّظرةَ فإنَّ لَكَ الأولى وليست لَكَ الآخرةُ

الراوي: بريدة بن الحصيب الأسلمي المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الترمذي - الصفحة أو الرقم: 2777
خلاصة حكم المحدث: حسن
hukum hadith hasan (albani)
manakala pandangan kedua hilang nikmat ibadah 40 hari. bukan hadis, tak ada asalnya
sunnah no 1: menundukkan pandangan atau jaga mata dan tiada kaitan dgn panahan Iblis dan hilang nikmat ibadat 40 hari, tak ada kaitan dgn sunnah.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Sun May 18, 2014 10:50 am

sunnah no 2 wrote:2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.
Tidak ada satu pun hadith yg sahih dalam bab sunnahnya makan garam sebelum menjamah makanan
al-Fatawa al-Haditsiyah, al-Huwaeni, 1/497.
al-Fawaid al-Majmu’ah, lil Syawkani, 1/78).

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Sun May 18, 2014 10:53 am

sunnah no 3 wrote:MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.
Sahih
Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.” (HR Muslim no. 3763, adab makan & minum)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by abu_aisyah on Sun May 18, 2014 5:33 pm

Jazakallahu khayra ustaz.banyak jugak tu nak check.


_________________
www.facebook.com/syafiqabuhasan

abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 30
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Sun May 18, 2014 10:54 pm

sunnah no 4 wrote:4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"


موقفُ ساعةٍ في سبيلِ اللهِ خيرٌ من قيامِ ليلةِ القدرِ عند الحجرِ الأسودِ


الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الصحيحة - الصفحة أو الرقم: 1068
خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح رجاله ثقات
terdapat hadith sahih, dari Abu Hurayrah," Berdiri sesaat di jalan Allah (jihad) adalah lebih baik dari melakukan qiyam Ramadhan pada malam lailatul Qadar di sisi hajar." HR Ibn Hibban dan al-Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani. Tambahan "walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat" adalah tambahan yg tak ada asal usyulnya.
Sunnah no 4 ini mengelirukan sebab kesemuanya sunnah, berjihad fi sabilillah, mencari malam Qadar dan juga tawaf di Kaabah. cuma yg lebih tinggi sunnahnya ialah berjihad dalam perang sabil.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Mon May 19, 2014 11:03 pm

no 5 OK

sunnah no 6 wrote:MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.
sunnah makan dgn 3 jari: dari Kaab bin Maalik ra:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ بِثَلَاثِ أَصَابِعَ وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam makan dengan tiga jari, dan beliau menjilatinya sebelum mencuci tangannya." HR Muslim, no. 3790

Kata Ibn Othaimeen, ulamak besar Unaizah KSA, sunnah makan 3 hari utk makanan orang arab, spt roti dan korma kerana supaya tidak menampakkan gelojohatau rakus dalam makan. Jika makanan itu memerlukan lima jari, spt nasi bagi sesetengah kaum, maka sunnah juga makan dgn 5 jari. (syarah Riadhus solihin, jld 7)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Mon May 19, 2014 11:52 pm

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

sahih
dalil:
ثلاثة كلهم ضامن على الله إن عاش كفي وإن مات دخل الجنة من دخل بيته بسلام فهو ضامن على الله عز وجل ومن خرج إلى المسجد فهو ضامن على الله ومن خرج في سبيل الله فهو ضامن على الله
sahih adab al-Mufrad, no 1094
terj:
“Tiga golongan, semua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi kecukupan dan jika dia mati akan masuk syurga, yaitu: Sesiapa yang masuk rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah, siapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah.”

Nota: di internet semua sebut hadith ni HR Bukhari, tapi yang sebenarnya dalam Adabul Mufrad bukan Jami' al-Sahih.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Tue May 20, 2014 11:01 pm

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.
Sahih
dalil hadith: dari Anas ra
وقت لنا في قص الشارب وتقليم الأظفار ونتف الابط وحلق العانة ألا نترك أكثر من أربعين ليلة

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan batas waktu kepada kami untuk memendekkan kumis, potong kuku, mencabut bulu ketiak, dan cukur bulu kemaluan, agar tidak kami biarkan lebih dari 40 hari.” (HR. Ahmad, Muslim, Nasa`i, Abu Daud, dan yang lainnya).
Nabi hanya sarankan bukan ancam dgn kisah Iblis.
Tambahan Iblis akan bersarang di situ adalah tambahan Muhyidin ibn Arabi dalam kitabnya Sajaratul Kaun / Darul ‘Ilmi al-Munawar asy-Syamsiyah. Ibn Taymiyah komen, ia adalah batil, tiada asalnya.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Tue May 20, 2014 11:54 pm

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.
Tidak sahih, kenyataan siulan dikaitkan dgn Iblis adalah tidak sahih, tiada asalnya kenyataan yg demikian
Tidak ada nas hadith melainkan ayat AQ

وَمَا كَانَ صَلاَتُهُمْ عِندَ الْبَيْتِ إِلاَّ مُكَاء وَتَصْدِيَةً فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ


AQS 8:35 [Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu]
Ayat ini menurut Ibn Abbas ialah cara orang arab jahiliyah mengerjakan ibadat tawaf dgn bersiul dan bertepuk tangan.
Menurut Mujahid, org jahiliyah bersiul di dalam Kaabah kerana nak mengacau Nabi dan para sahabat yg solat dan tawaf.
Adapun bersiul dalam diluar mesjid, tidak ada larangan hadith cuma ada dalam kitab2 adab, bahawa bersiul adalah makruh, dibenci, bukan amalan sunnah. Tapi hukum asalnya adalah khilaf, misalnya gembala kambing yg kesunyian, drebar lori, apakah mereka tidak bersiul kerana kebosanan?

Bersiul yang dilarang ialah dalam mesjid. itu jelas dan sunnah membenci siulan adalah pendapat ulama' hadis sahaja dan larangan siulan dan dikaitkan dgn Iblis adalah ekstrim.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Wed May 21, 2014 10:44 am

sunnah 10 & 11 wrote:10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

Tidak sunnah aturan demikian, dalil:
Al-Hafizh Ibnu Hajar rh menjelaskan, “Dan tidak ada satu pun hadits yang shahih tentang urutan jemari ketika memotong kuku.” (Fathul Bari 10/345)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Wed May 21, 2014 11:07 am

no 12 wrote:12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.
Tidak sahih, dalil:
كانَ كمُّ يدِ رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ إلى الرُّسغِ

الراوي: أسماء بنت يزيد المحدث: الألباني - المصدر: ضعيف الترمذي - الصفحة أو الرقم: 1765
خلاصة حكم المحدث: ضعيف
terj:
“Panjang lengan baju Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai pergelangan tangan.” (HR. Tirmidzi no. 1765 dan Abu Daud no. 4027. Abu Isa mengatakan bahwa hadits ini hasan ghorib, al-Albani kata dha'if.
Ia sebenarnya isu Isbal pada lengan baju. Ini kerana kita hanya ingat isbal hanya pada bahagian bawah pakaian, tapi juga pada lengan baju, tidak melebihi pergelangan tangan. Ini kerana kaum bangsawan Inggeris memakai baju yg mana lengannya melebihi pergelangan kerana sombong.
Maka sapa yg pakai short-sleeve masih tidak menyalahi sunnah. yang tidak sunnah ialah isbal pada lengan baju (jgn melebihi pergelangan tangan kerana sombong)
Rumusan:
sunnah pakai short n long sleeve, tapi tidak isbal melebihi pergelangan tangan.

* isbal=melabuhkan pakaian kerana sombong

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Wed May 21, 2014 2:08 pm

No 13 wrote:13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.
sahih, tapi tak sepatutnya masuk senarai sunnah
عن أمِّ سلمةَ قالت : كان أحبَّ الثيابِ إلى رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وسلَّمَ القميصُ

الراوي:  أم سلمة هند بنت أبي أمية المحدث: الألباني  - المصدر: صحيح أبي داود - الصفحة أو الرقم: 4025
خلاصة حكم المحدث: صحيح
"Pakaian yang paling disukai Rasulullah s.a.w. adalah gamis
Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud dari jalur Ummu Salamah), sahih.

Gamis ni jubah arab tu la. Ia adalah sunnah al-jibliyah atau umur al-jibliyah (sunnah atau urusan yg bersifat lokal, tabiat dan peribadi). maksud gamis dalam masyarakat Melayu adalah kemeja dan baju melayu. Cuma gamis arab ni dia satu piece bukan dua piece yg dipakai oleh melayu, Maka sunnah berpakaian yg betul dalam isu ini ialah pakaian yang menutup aurat bukan gamis arab atau jubah arab. Tutup aurat itulah yg sunnahnya. Jenis gamis tu isu no 2

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Wed May 21, 2014 8:03 pm


14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

Brsiwak itu sunnah, manakala fadilat 70X tasbih dan 70X solat adalah tidak sahih
حديث "ركعتان بسواك خير من سبعين ركعة بدون سواك"

أخرجه أحمد وغيره من حديث عائشة رضي الله عنها وهو حديث ضعيف منكر ، أسانيده كلها معلولة كما قال الحافظ ابن حجر في: التلخيص (1/111-112) بل قال الإمام الحافظ الناقد يحيي بن معين : لا يصح له إسناد، وهو باطل. ا.ه
HR Imam Ahmad, komen Ibn Hajar, dha'if mungkar, jalur2 periwayatan semua cacat, kata Imam Yahya bin Ma'in, hadith batil.

Siwak diperbahaskan oleh prof Dr Yusof al-Qardhawi, kesimpulan beliau, semua oral hygiene (penjagaan gigi) samada siwak, berus gigi, ubat gigi, gargle, mengunjungi dentist, semuanya termasuk sunnah siwak. Sunnah siwak bukan hanya dgn kayu sugi tapi juga dgn memberus gigi dgn ubat gigi. WA

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Thu May 22, 2014 9:51 pm

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.
sahih, dalil hadith
قَالَ أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
"Keadaan seorang hamba yang paling dekat dari Rabbnya adalah ketika dia sujud, maka perbanyaklah doa." HR Muslim, #744 (lidwa)
cara nak amalkan sunnah ini:
1. amalkan doa2 yg diajar oleh Nabi saw ketika sujud
2. tidak boleh tertinggal dari mengikuti Imam kalau solat berjamaah kerana lamanya berdoa. Maka yg terbaik berdoalah ketika solat sunat sendirian khususnya solat malam.
3. doa ketika sujud ada dua jenis, satu: doa puji Allah, dua: doa minta sesuatu hajat.(Ibn Qayyim, Zaad al-Ma'ad, 1:235)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Thu May 22, 2014 10:16 pm

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
Tarjih:
Sunnah yg sahih ialah berzikir ketika masuk, masuk dgn kaki kiri,
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
keluar dgn kaki kanan dan berzikir ketika keluar tandas: (غُفْرَانَكَ )

pakai selipar dan tutup kepala tu tidak tsabit.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Fri May 23, 2014 11:01 am

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

Sahih
dalil:

ما ملأ آدميٌّ وعاءً شرًّا من بطن، بحسب ابن آدم أكلات يُقمن صلبَه، فإن كان لا محالة، فثُلثٌ لطعامه، وثلثٌ لشرابه، وثلثٌ لنفَسِه

“Tidaklah anak Adam memenuhi wadah yang lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan untuk menegakkan punggungnya. Namun jika ia harus (melebihinya), hendaknya sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk bernafas (HR Termidzi, Ibn Majah, Ahmad, dishahih-kan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 2265)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Fri May 23, 2014 11:41 am

Tapi budaya arab lain dari yg apa yg hadith tsb nyatakan. Kalau anda berada di saudi, makan banyak adalah budaya di sini, khususnya kalau anda membeli makanan di restoren arab, satu serving tu mencukupi utk tiga orang melayu makan; tambahan kalau anda di jemput makan, dan tuan rumah org arab saudi akan pastikan anda makan dgn sebanyak-banyaknya macam ular sawa. he3

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by Mohamad hafiz on Fri May 23, 2014 1:28 pm

thtl wrote:Tapi budaya arab lain dari yg apa yg hadith tsb nyatakan. Kalau anda berada di saudi, makan banyak adalah budaya di sini, khususnya kalau anda membeli makanan di restoren arab, satu serving tu mencukupi utk tiga orang melayu makan; tambahan kalau anda di jemput makan, dan tuan rumah org arab saudi akan pastikan anda makan dgn sebanyak-banyaknya macam ular sawa. he3

 Like Cool 

_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali

Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 21
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Fri May 23, 2014 10:28 pm

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.
Sahih.
عن ابي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه و سلم: ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة و لا يزكيهم (قال ابو معاوية و لا ينظراليهم) و لهم عذاب اليم: شيخ زان و ملك كذاب و عائل مستكبر. (رواه مسلم)
Artinya:
Tiga orang yang Allah tidak akan bicara kepada mereka, dan tidak akan mensucikan mereka serta tidak akan memandang mereka, dan bagi mereka azab yang pedih, yaitu; “orang tua yang berzina, pemimpin yang berdusta, dan orang yang miskin yang sombong. (HR Muslim no.156 Lidwa, no 172 syarah Nawawi)
Isunya macam mana nak beramal dgn hadith ini? sebab ini berlaku di padang Mahsyar...kita di dunia tidak tahu siapa yang berzina, pemimpin mana yg berdusta dan siapa orang miskin yg sombong? Maka tidak sepatutnya ia dimasukkan dalam senarai sunnah!

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Fri May 23, 2014 10:55 pm

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

sahih, dalil hadith:
حُبِّبَ إلي منَ الدُّنيا ، النساءُ ، والطِّيبُ ، وجُعِلَ قرةُ عيني في الصلاةِ


الراوي: أنس بن مالك المحدث: الألباني - المصدر: صحيح النسائي - الصفحة أو الرقم: 3949
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح
terjemahnya: "Telah dijadikan aku menyukai bagian dari dunia, yaitu menyukai wanita dan wangi-wangian. Dan dijadikan sebagai qurroatu a’yun (ketenangan hati) di dalam solat" HR an-Nasa'iy, sahih menurut al-Albani.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Fri May 23, 2014 11:06 pm

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
sahih, dalil hadith:
مَن بات طاهرًا بات في شِعارِه مَلَكٌ فلَمْ يستيقِظْ إلَّا قال المَلَكُ : اللَّهمَّ اغفِرْ لعبدِك فلانٍ فإنَّه بات طاهرًا


الراوي:  عبدالله بن عمر المحدث: ابن حبان  - المصدر: صحيح ابن حبان - الصفحة أو الرقم
terj:
“Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci.’” HR Ibn Hibban dalam sahihnya, dinilai sahih sanadnya oleh syaikh Syu'aib al-Arnaouth dan dinilai hasan oleh al-Albani, sahih at-targheeb, no 597
Adapun dihindari dr syaitan adalah tambahan dari Ibn Hajar Asqolani dalam al-Fath, 11:110.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Sat May 24, 2014 9:59 pm

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

Khilaf disebabkan nas hadith ini:
Dari Anas bin Maalik ra, pembantu khas Nabi saw yg berkata :

لما أراد النبي صلى الله عليه وسلم أن يكتب إلى الروم قيل له إنهم لن يقرءوا كتابك إذا لم يكن مختوما فاتخذ خاتما من فضة ونقشه محمد رسول الله
terj:
"Tatkala Nabi saw hendak menulis surat kepada (Kerajaan) Rome, maka dikatakan kepada baginda : "Sesungguhnya mereka (kaum Rom) tidak akan membaca tulisanmu jika tidak dicopmohor". Maka Nabi pun memakai cincin dari perak yang terpahat "Muhammad Rasulullah" (HR Al-Bukhari no 5875)

Maka kata syaikh bin Uthaimin rh, hukum pakai cincin adalah sunah jika ada keperluan spt rubber stamp. Jika dia tidak memerlukan cincin utk sesuatu fungsi, maka ia jatuh harus sahaja. sunnah itu dinamakan sunnah al-adat. ( Ruj: http://ar.islamway.net/fatwa/9189 )
Maka tidak boleh 100% yakin bila dibuat kenyataan dapat pahala sunnah secara berterusan jika pakai cincin. sekian

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by thtl on Sat May 24, 2014 10:11 pm

solat berjama'ah wrote:22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.
sahih
Dari Abu Huroiroh, Rasulullah saw bersabda,

مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
“Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah (yaitu masjid) untuk menunaikan kewajiban yang telah Allah wajibkan, maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan derajatnya.” (HR. Muslim no. 1553)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: semakan:55 sunnah nabi.

Post by Sponsored content Today at 12:37 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum