belajar lagu yang diarrange artis new age

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by hafiz on Sun May 18, 2014 12:00 pm

new age ni mcm satu fahaman yang spiritual camtulah. macam fahaman yang dekat2 agamalah kot. dari pembacaan saya, blh dikatakan sesat lah. saya nak belajar lagu canon yg diarrange guitarist jepun kotaro oshio. lagu ni saya nak guna di satu pertandingan muzik nanti. ikut wikipedia "Oshio's music is classified within various categories including pop, new age, and jazz". canon ni memang lagu klasik arrangement orang dulu, cuma diarrange balik oleh oshio ke gitar (canon yang asal dimainkan di piano). saya takut juga time dia arrange balik lagu ni kat gitar, masuk pula spirit new age dia sekali (macam style arrangement lagu tu ke, apa ke termasuk skali dlm lagu ni). jadi, apa pendapat ustaz? tapi secara basic, setahu saya lagu ini sendiri (yang original iaitu yang dimainkan di piano) tiada kaitan dengan new age ni.

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by thtl on Sun May 18, 2014 1:24 pm

Musik dan seni suara ni khilaf kerana seni ini ni sifatnya baru, muncul masa zaman tabi'in ketika Islam melebarkan empayarnya ke Eropah dan memerintah Sepanyol agak lama. Bila Islam berinteraksi dgn Eropah, barulah isu fiqh musik dan nyanyian ini mula dibincangkan. Di zaman awal Islam, ia tidak serius dibincangkan kerana Islam adalah superpower dan tak ada peradaban yang dapat mempengaruhinya, malah Islamlah yg mempengaruhi alam ketika itu. Bila giliran Islam lemah dah Barat menjajah kita, barulah musik dan nyanyian ini mula mengancam peradaban Islam. Khususnya sejak era musik yg dibawa oleh revolusi Beetles, Elvis Presley pada tahun 1960, kemudian kebangkitan musik syaitan spt woodstock, hard rock. Di Barat, Musik dan nyanyian adalah makanan ruji rakyatnya, tanpa musik, mereka akan kosong dan longlai.

Pada zaman kini, Dr Yusof al-Qardhawi adalah paling berautoriti dalam membahaskan dan paling kedepan dalam menjelaskan fiqh musik dan nyanyian. Dia ada ulas dalam kitab awal, Halal dan Haram pada tahun 1970 dan kemudian serius menulisnya semula dalam kitab khusus Fiqh Musiiqi wal Ghina'. Jadi kena beli dan baca kitab2 beliau dalam hal ini.
Yang pertama memecah hukum musik ialah Imam al-Ghazali dalam al-ihya'nya pada tahun 500 hijrah, ini kerana sebelumnya 4 mazhab menetapkan musik adalah Haram.

Hukum musik dan nyanyian menurut al-Ghazali dan al-Qaradhawi adalah Harus. Tidak ada masalah dari mana asal musik itu samada musik bertali atau serunai atau gendang, semuanya harus. Begitu juga nyanyian, semuanya harus, baik lelaki atau wanita. Itu hukum asal sebab kiasannya, jika mulut mahu benda yg lazat2, mata manusia perlu pemandangan yg indah, hidung perlukan wangian yg wangi, maka telinga manusia mahukan pendengaran yg indah dan menghiburkan. Maka semua pancaindera manusia ada kehendaknya.
Yang haram ialah content dan package nyanyian/musik itu, samada ada unsur seks, ada unsur arak, unsur syaitan, ada unsur perempuan yg mendedahkan aurat dan tujuannya adalah utk kelalaian dan maksiat.

isu kedua: nyanyian dan musik ini untuk org kebanyakan, yg bukan saja sukakan musik, mereka sukakan juga menonton TV, drama2 melayu dan korea, hindi, astro, sukan di stadium dan cable TV, maka hukum ke atas mereka ini tidaklah ketat sebagaimana ke atas golongan penuntut ilmu dan ulama'. Mereka hendaklah keras ke atas diri mereka dan meminimakan diri mereka dgn musik dan hiburan, sukan dan menonton wayang dan TV kerana status mereka dalam dakwah, tarbiyah dan jihad lebih utama. Golongan org kebanyakan (jumhur an-naas) ini perlukan penguatkuasaan dari Pemerintah yg baik utk memantau internet, industri hiburan dan penyiaran dan bukan bersikap liberal dan mengamalkan dasar langit terbuka dan pragmatis. Ini suatu yg salah dan menjadikan rakyat ketagih kpd hiburan, sukan dan menonton TV dan cinema.
Itu saja garispanduan Islam. Musik dan nyanyian bukan komponen utama kehidupan muslim., ia cuma picisan dan perlu diambil seadanya bukan sebagai makanan ruji anda. jika anda sudah sampai ke tahap ketagih musik dan nyanyian, maka itu petanda ada sesuatu yg salah dalam minda dan manhaj anda.


thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by hafiz on Sun May 18, 2014 4:42 pm

terima kasih ustaz atas info di atas. cuma psl yang tanya, :
"saya takut time dia arrange balik lagu ni kat gitar, masuk pula spirit new age dia sekali (macam style arrangement lagu tu ke, apa ke termasuk skali dlm lagu ni). jadi, apa pendapat ustaz? tapi secara basic, setahu saya lagu ini sendiri (yang original iaitu yang dimainkan di piano) tiada kaitan dengan new age ni."

saya takut ada unsur new age tu. adakah boleh je saya main lagu tu sebab tidak pasti ada unsur new age tu ke tidak (new age boleh dikatakan fahaman baru yang sesat lh, ada unsur pluralisme dan sebagainya). lagu yang saya nak main ialah lagu canon (lagu classical yg di arrange balik ke gitar, lagu yg diarrange balik ni yg saya jadi was-was sikit).

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by aimahmad on Sun May 18, 2014 6:39 pm

Saudara Hafiz, rasanya penjelasan dr Ustaz THTL tu dah memadai utk menjawab soalan tu. Nak go too specific pun payah juga.. kalau arini jawab gitar ok, esok2 ade plak soalan kalau guna tabla & klarinet boleh ke tidak? Actually ape sebenarnya yg anda faham ttg new age music ni?

hafiz wrote:...saya takut time dia arrange balik lagu ni kat gitar, masuk pula spirit new age dia sekali..

Adakah anda berpegang bahawa genre new age music ni hadir sekali dgn spirit a.k.a. semangat / kuasa / roh? Kalau ya, pada saya ini satu pandangan yg aneh.

As far as I know bout new age music, ciri2nya lebih dilihat kpd feel atau perasaan dlm diri kita yg tercetus bila mendengarnya, bukan soal alat @ teknik penghasilannya. Ia biasanya bernada lembut yg disusun sebegitu rupa utk menimbulkan ketenangan dlm jiwa pendengar di samping mencetuskan inspirasi artistik & rasa feel-good dlm diri. Disebabkan tu ia biasa diguna utk bermeditasi dsb.Setahu saya, ade 3 komponen yg biasa diguna dlm muzik jenis ini; alat muzik, bunyi alami & vokal manusia.

Misal kata saudara mengambil pendapat Dr Yusof al-Qaradhawi (juga dipersetujui Ustaz THTL), rasanya tak kira ape pun alat muzik yg digunakan (tradisi, moden, akustik, elektronik) melalui sebarang teknik music arrangment yg dibuat, tak mendatangkan ape2 masalah & hukumnya kekal harus. Penggunaan rakaman audio dr bunyi2 alami spt kicauan burung, ombak laut, geseran daun ditiup angin dll juga tak bawa masalah. Vokal manusia dgn lirik yg baik tanpa unsur maksiat, rasanya boleh saja. Satu ciri yg maybe bermasalah adalah kecenderungan musician genre ni yg menggunakan lirik berbentuk keagamaan termasuk menggunakan rakaman audio vokal jampi mentera & zikir2 Hindu, Buddha, Yoga, Zen, Sufi, Red Indian, Aborogine, Druid dsb dlm karya muzik mereka. Yg berbentuk begini pastilah wajib dijauhi.

Sejak zaman budak2 dulu, muzik & lagu mmg jadi kegemaran saya.. sampai la bbrp tahun lepas, saya cuba kurangkan sikit demi sikit masa yg dihabiskan utk mendengar muzik & lagu. Slowly & steadily. Keputusan yg saya ambil atas sbb sebagaimana yg Ustaz THTL sebut sebelum ni;

thtl wrote: ..ini kerana sebelumnya 4 mazhab menetapkan musik adalah Haram.

aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by hafiz on Sun May 18, 2014 7:57 pm

saya mmng berpegang keharusan muzik. cuma sebab saya baca psl new age yang mmng kelihatan sesat, jadi genre new age music pun dikhuathiri ada juga kesesatannya. seperti dikatakan lagu kristian yg ada unsur kristian. sebab tu saya bertanya. saya rasa boleh je main lagu tu kot (sebab lagu asal pun mmng tak de apa2, cuma ia diarrange balik), tapi ingin meminta pendapat

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by thtl on Sun May 18, 2014 10:08 pm

Kita dah bagi kaedah di atas, anda ijtihadlah sendiri sekadar kemampuan anda; sebab saya pun tak tahu pasal muzik ni, khususnya muzik new age dan yg seumpamanya, cuma masa muda2 tu follow gitu-gitu aje...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by Mohamad hafiz on Mon May 19, 2014 2:59 am

hafiz wrote:saya mmng berpegang keharusan muzik. cuma sebab saya baca psl new age yang mmng kelihatan sesat, jadi genre new age music pun dikhuathiri ada juga kesesatannya. seperti dikatakan lagu kristian yg ada unsur kristian. sebab tu saya bertanya. saya rasa boleh je main lagu tu kot (sebab lagu asal pun mmng tak de apa2, cuma ia diarrange balik), tapi ingin meminta pendapat

Susah nak bagi pendapat soal musik ni. Ibarat akar yang baru tumbuh, kita tak tahu ia akan berbuah atau tidak.
huhuhu. Bagi saya, saudara Hafiz bulis je main dgn alat musik tu, main lagu canon tu. Johann Pachelbel main chord bass byk jenis untuk lagu canon. Ada A major, D major, G major, B minor, F# minor, dll.
Kitaro tu rasanya main ikut versi canon in D major, Lain la kalau C major(Arrangement org zaman sekarang).  

Kalau ada yg saya silap, tolong perbetulkan, Smile

_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali

Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 21
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by Nizam on Mon May 19, 2014 4:12 pm

Saya dulu ada back ground music dan belajar compost lagu

_________________
Add Facebook: http://www.facebook.com/albaghani

Nizam
Admin
Admin

Posts : 885
Points : 1174
Join date : 24/11/2011
Age : 32
Location : Bagan

http://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by hafiz on Mon May 19, 2014 4:57 pm

jadi, apa pendapat saudara nizam dengan soalan saya?

lagi satu nak minta pendapat, ada lagu yg baik tapi ada part tu mcm ada orchestra yg ada suara wanita (mungkin campuran antara lelaki dan perempuan atau perempuan sahaja), nak kata ia menaikkan syahwat, takdelah gak tapi ia memang menaikkan semangat. suara wanita mcm tu adakah aurat? nyanyain westlife - you raise me up. lagu tu baik sebab ia mengenai parents (ada yg kata mengenai tuhan, depends kt cara orng interpret lagu). ingat nk main lagu tu kat pertandingan (bkn nyanyi, gitar sahaja, cara fingerstyle)

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by thtl on Mon May 19, 2014 9:45 pm

musik/nyanyian yg haram wrote:Yang haram ialah content dan package nyanyian/musik itu, samada ada unsur seks, ada unsur arak, unsur syaitan, ada unsur perempuan yg mendedahkan aurat dan tujuannya adalah utk kelalaian dan maksiat.

kalau menaikkan semangat (utk apa?)  maka bolehlah, maksud suara yg aurat ialah suara macam Dato' CT Nurhaliza tu...lagu pulak jerat percintaan...itu semangat cinta dan khayal

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by Mohamad hafiz on Tue May 20, 2014 1:11 am

hafiz wrote:jadi, apa pendapat saudara nizam dengan soalan saya?

lagi satu nak minta pendapat, ada lagu yg baik tapi ada part tu mcm ada orchestra yg ada suara wanita (mungkin campuran antara lelaki dan perempuan atau perempuan sahaja), nak kata ia menaikkan syahwat, takdelah gak tapi ia memang menaikkan semangat. suara wanita mcm tu adakah aurat? nyanyain westlife - you raise me up. lagu tu baik sebab ia mengenai parents (ada yg kata mengenai tuhan, depends kt cara orng interpret lagu). ingat nk main lagu tu kat pertandingan (bkn nyanyi, gitar sahaja, cara fingerstyle)

Westlife - you raise me up, fingertsyle!!, Mesti saudara Hafiz jaguh gitar ni :)Spt Igor penstagov, Sungha, Mizan ishak, dll...

_________________
"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan." ~ Al-Ghazali

Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 21
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by hafiz on Tue May 20, 2014 2:20 am

Ustaz thtl - menaikkan semangat dalam menghargai orang yg menyokong kita. Blh jadi kawan atau sesiapa sahaja (siap ada yg relate dngn tuhan gak) tapi bagi saya ia relate dngn parents. Sbenrnya, nnti ada karnival Islam, ada pertandingan muzik. Mngkin lagu ni boleh saya relatekn dngn parents. Saya nk pstikan lagu yg saya mainkam sememngnya baik. Tak nak mengajak orng ke maksiat.

Saudara mohamad hafiz - saya belt sendiri je. Mngkin kerana saya jenis cepat blajr saya blh lh copy2 orng yg main kt internet. Saya suka fingerstyle sbb tiada nyanyian (tak panfai nyanyi).,hu3

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by abu_firdaus on Tue May 20, 2014 3:33 am

karnival islam - pertandingan music? macamana tu?

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by hafiz on Tue May 20, 2014 5:41 am

Ada nasyid dll . Yg saya bkn menyanyi. Skadr main bunyi bunyian. Bunui gitar je. Nk cari bunyi Islamik, tak pandai

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by mas_8511 on Wed May 21, 2014 11:31 am

Sapa pernah dengar lagu bohemian rhapsody, lagu tu ada ungkapan Bismillah,beelzebub..adakah seperti menghina islam, bolehkah dengar lagu2 yg mcmtu

mas_8511
AHLI
AHLI

Posts : 3
Points : 5
Join date : 15/03/2014

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by thtl on Wed May 21, 2014 3:41 pm

kena paparkan lyricnya in full, kita nak go through...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by hafiz on Wed May 21, 2014 7:15 pm

Saya ada baca kat internet orang review lagu tu, dikatakan ada unsur illuminati camtulah kalau x silap.

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by thtl on Wed May 21, 2014 8:16 pm

Illuminati adalah gerakan rahsia, tak sapa tahu keujudan dan bagaimana ia beroperasi...so, tak ada sapa tahu apa itu unsur Illuminati dalam musik. Kita tak boleh terima dari andaian dan spekulasi

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by abu_firdaus on Thu May 22, 2014 3:39 am

mas_8511 wrote:Sapa pernah dengar lagu bohemian rhapsody, lagu tu ada ungkapan Bismillah,beelzebub..adakah seperti menghina islam, bolehkah dengar lagu2 yg mcmtu
tak nampak menghina islam jika baca keseluruhan lirik. dan tak ada unsur syirik dsb. mungkin kebetulan saja untuk mengikut rentak melodi.

disclaimer : anyway pendapat peribadi sy je ni..

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by mas_8511 on Thu May 22, 2014 11:13 am

"Bohemian Rhapsody"

Is this the real life?
Is this just fantasy?
Caught in a landslide,
No escape from reality.

Open your eyes,
Look up to the skies and see,
I'm just a poor boy, I need no sympathy,
Because I'm easy come, easy go,
Little high, little low,
Anyway the wind blows doesn't really matter to me, to me.

Mama, just killed a man,
Put a gun against his head,
Pulled my trigger, now he's dead.
Mama, life had just begun,
But now I've gone and thrown it all away.

Mama, ooh,
Didn't mean to make you cry,
If I'm not back again this time tomorrow,
Carry on, carry on as if nothing really matters.

Too late, my time has come,
Sent shivers down my spine,
Body's aching all the time.
Goodbye, everybody, I've got to go,
Gotta leave you all behind and face the truth.

Mama, ooh (anyway the wind blows),
I don't wanna die,
I sometimes wish I'd never been born at all.

I see a little silhouetto of a man,
Scaramouche, Scaramouche, will you do the Fandango?
Thunderbolt and lightning,
Very, very frightening me.
(Galileo) Galileo.
(Galileo) Galileo,
Galileo Figaro
Magnifico.

I'm just a poor boy, nobody loves me.
He's just a poor boy from a poor family,
Spare him his life from this monstrosity.

Easy come, easy go, will you let me go?
Bismillah! No, we will not let you go. (Let him go!)
Bismillah! We will not let you go. (Let him go!)
Bismillah! We will not let you go. (Let me go!)
Will not let you go. (Let me go!)
Never, never let you go
Never let me go, oh.
No, no, no, no, no, no, no.
Oh, mama mia, mama mia (Mama mia, let me go.)
Beelzebub has a devil put aside for me, for me, for me.

So you think you can stone me and spit in my eye?
So you think you can love me and leave me to die?
Oh, baby, can't do this to me, baby,
Just gotta get out, just gotta get right outta here.

(Oh, yeah, oh yeah)

Nothing really matters,
Anyone can see,
Nothing really matters,
Nothing really matters to me.

Anyway the wind blows.

Ni lirik dia..composition muzik dia pon agak pelik..

mas_8511
AHLI
AHLI

Posts : 3
Points : 5
Join date : 15/03/2014

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by rd73 on Thu May 22, 2014 12:19 pm

lirik pun suruh tembak orang... tinggallah lirik mcm ni.

rd73
AHLI
AHLI

Posts : 61
Points : 69
Join date : 20/05/2014

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by abu_firdaus on Thu May 22, 2014 12:22 pm

bukan suruh tembak org la..

dia dah bunuh org, dia mengadu pada mak dia dan dia menyesal

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by rd73 on Thu May 22, 2014 12:34 pm

hehehe. speedy reading tadi... ya betul.

rd73
AHLI
AHLI

Posts : 61
Points : 69
Join date : 20/05/2014

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by aimahmad on Thu May 22, 2014 12:41 pm

Kalau nak makna yg tepat, Freddy Mercury je yg btl2 tau & sampai mati mmg dia taknak bagitau. Semua penjelasan sekadar interpretasi masing2 je. Cuma maybe lebih kurang pasal hidup tanpa haluan, penyesalan atas kesalahan lalu, situasi menghadapi kematian & kerisauan akan nasib diri selepas tu.

aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by alDayyan on Sat May 31, 2014 6:02 am

Sy juga minat dgn canon in d tu..selalu pektis dgn gitar..sy anggap ianya sekadar muzik dan seni je..xlebih dari itu..ikutkan lagu2 metal pon sy pektos juga. Its just a.musick..bukan falsafah yg ada dlm lirik lagu tersebut yg perlu dikaji.

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 47
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: belajar lagu yang diarrange artis new age

Post by Sponsored content Today at 9:15 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum