Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

View previous topic View next topic Go down

Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by saifulnd43 on Mon May 19, 2014 11:55 am

Salam
Ustaz THTL ... mintak ustaz ulas ,


Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat


Perbincangan kita masih berkisar fahaman tajsim dan Imam Ibnu Hajar al-Haitami as-Syafie ketika ditanya mengenai akidah Imam Ahmad menjelaskan imam terbabit berlepas diri daripada fahaman tajsim.

Beliau berkata lagi: “Janganlah kamu membaca apa yang tekandung dalam kitab Ibnu Taimiyah dan muridnya, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah.”

Antara kitab Ibnu Taimiyah yang mengandungi fahaman menjurus kepada tajsim (bahkan sebahagian ulama menegaskan bahawa itulah fahaman tajsim) adalah kitab at-Ta’sis, ar-Risalah at-Tadammuriyah, Fatawa Ibnu Taimiyah, Minhaj al-Sunnah dan al-Arasy.

Imam as-Subki berkata: “Kitab al-Arasy (masih lagi dalam bentuk manuskrip) antara seburuk-buruk kitab beliau (Ibnu Taimiyah).


“Ketika Imam Abu Hayyan meneliti kitab itu beliau sentiasa mencela fahaman dalam kitab berkenaan sehinggalah beliau mati sedangkan sebelum itu beliau mengagungkannya (Ibnu Taimiyah).” (dinukilkan Imam az-Zabidi dalam Syarh al-Ihya dan Imam an-Nabhani dalam Syawahid al-Haq)


Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata dalam kitab ad-Durar al-Kaminah (dalam bab yang menterjemahkan biografi Ibnu Taimiyah):

“Ulama menisbahkannya dengan tajsim melalui perkataan beliau dalam akidah al-Hamawiyah, akidah al-Wasathiyah dan lain-lain sebagaimana beliau berkata ‘tangan, kaki, betis dan wajah’ adalah sifat hakiki bagi Allah, Allah beristiwa di atas arasy dengan zat-Nya.

“Maka dikatakan kepadanya (Ibnu Taimiyah) ini melazimkan penisbahan tempat dan pembahagian anggota.

“Saya (Ibnu Hajar) tidak anggap menisbahkan tempat dan pembahagian anggota itu antara keistimewaan jisim semata-mata, tetapi ini menunjukkan beliau berkata dengan perkataan yang menetapkan tempat bagi zat Allah.”

“Beliau juga menyalahkan Umar bin al-Khattab dan menyalahkan Amirul Mukminin Ali RA.”

Al-Allamah Imam Taqiyuddin as-Subki juga mengaitkan Ibnu Taimiyah dengan fahaman tajsim dalam kitab beliau ad-Durrah al-Mudhiyyah.

Begitu juga dengan Imam Taqiyuddin Abu Bakr al-Hishni dalam kitab beliau Daf Syubahi Man Syabbah. Maka sebaik-baik kita ialah berpegang kepada pendapat jumhur ulama.


Ibnu Qayyim al-Jauziyah dan tajsim

Ibnu Qayyim antara murid Ibnu Taimiyah yang kuat memperjuangkan fahaman tajsim. Syeikh Yusuf an-Nabhani menegaskan Ibnu Qayyim juga antara mereka yang menetapkan jihhah (sudut) bagi Allah seperti guru beliau. (Syawahid al-Haq, halaman 191)

Kitab Qasidah an-Nuniyyah dan kitab Ijtima al-Juyush al-Islamiyyah karangan Ibnu Qayyim adalah kitab yang meneruskan doktrin Ibnu Taimiyyah secara lebih terperinci.

Ibnu Qayyim seorang ulama yang diakui memiliki ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang, berjasa dalam mengembangkan ilmu tasawuf dalam bentuk yang mudah khususnya melalui kitab beliau seperti Madarik as-Salikin, ad-Da Wa ad-Dawa, Thariq al-Hijratain dan Ighasatul Lahfain.

Namun, sesetengah pendapat beliau ditolak majoriti ulama kerana beliau masih terpengaruh dengan fahaman Ibnu Taimiyah yang syaz (diragui atau ganjil).

Antara perkataan Ibnu Qayyim yang mempunyai unsur fahaman tajsim ialah: “Allah jika Dia kehendaki Dia akan menetap di atas belakang nyamuk.” (Ijtima al-Juyush al-Islamiyyah, halaman 85)

Ibnu Qayyim juga terbabit dengan fahaman yang mendakwa Allah akan meletakkan Rasulullah di atas arasy bersebelahan dengan-Nya.

Dakwaannya Rasulullah akan didudukkan oleh Allah di atas arasy di sebelah Allah diperkatakan dalam kitab Bada’ik al-Fawaid, lalu dinisbahkan perkataan itu kepada sesetengah salafussoleh. Subhanallah!

Syeikh Usamah al-Azhari pernah ditanya mengenai pendirian al-Azhar terhadap Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim, lalu beliau menjawab:

“Setelah tercetaknya kitab Ijtima al-Juyush al-Islamiyyah karangan Ibnu Qayyim, maka al-Azhar mengadakan suatu persidangan tergempar untuk mengkaji fahaman yang terkandung dalam kitab berkenaan.

“Akhirnya persidangan membuat kesimpulan setelah penelitian yang mendalam dilakukan. Kitab itu adalah kitab yang sesat dan perlu dijauhi oleh umat Islam.”

Walaupun Syeikh Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim al-Jauziyah adalah tokoh ulama yang terkenal dalam bidangnya dan disanjung tinggi, mereka dikritik hebat oleh majoriti ulama Ahli Sunah Waljamaah berhubung isu zat dan sifat Allah.

Lantaran itu ulama menahannya daripada menyampaikan ilmu dan melarang orang ramai daripada membaca kitabnya. - Bersambung


Penulis Penolong Setiausaha di Kementerian Dalam Negeri
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19
http://www.hmetro.com.my/articles/KitabkaranganIbnuQayyimdiisytiharsesat/Article/index_html?column=RehalMuhtadin

saifulnd43
AHLI
AHLI

Posts : 106
Points : 182
Join date : 11/09/2013

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by abu_firdaus on Mon May 19, 2014 12:54 pm

geng ahbash le ni. tak usah layan lagi baik hehe

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by aimahmad on Mon May 19, 2014 1:18 pm

saifulnd43 wrote:Penulis Penolong Setiausaha di Kementerian Dalam Negeri

Zamihan Al-Ghari?

aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by bukhori on Mon May 19, 2014 1:25 pm

adakah yang dinukilkan kata2 ulama2 berkenaan mmg benar datang dari kata2 mereka tentang ibnu taimiyah n ibnu qayyim?

bukhori
AHLI
AHLI

Posts : 88
Points : 124
Join date : 30/01/2014

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by abubakar on Mon May 19, 2014 1:31 pm

Ustaz Zamihan ini pernah menempelak TGNA kerana TGNA menyebut perkataan drpd Ibnu Mas'ud yg berbunyi :

“Sesungguhnya Allah melihat hati hamba-hambaNya dan Allah mendapati hati Muhammad adalah sebaik-baik hati manusia. Maka Allah pilih Muhammad sebagai utusanNya dan memberi risalahNya kepadanya, kemudian Allah melihat dari seluruh hati hamba-hambaNya setelah NabiNya, didapati hati para Sahabat adalah hati yang paling baik sesudahnya. Maka Allah jadikan mereka pendamping NabiNya yang mereka berperang atas agamaNya. Apa yang dipandang kaum muslimin (iaitu para Sahabat) sebagai baik, itu baik di sisi Allah. Dan apa yang mereka (para Sahabat) memandang buruk, maka di sisi Allah itu buruk.” (Hasan, riwayat Ahmad dll.)

Saya tak pernah dgr pun TGNA ckp mcm ini, tp apabila Ustaz Zamihan mengkritik TGNA, saya pun cari benda yg dia pertikaikan dan saya jumpa riwayat di atas. DYQ pun pernah sebut riwayat drpd Ibnu Mas'ud ini.

"Saya nak tanya (TGNA), sebelum ini Allah itu jahil ke?". Ini perkataan dia di dlm video itu yg saya igt. Saya tak igt semua transkrip, pasal ianya saya tgk dlm 2 tahun lepas, dan saya cuba cari semula video itu namun tak jumpa. Tp isi kandungannya berkisar kpd fahaman TGNA yg kontroversi kpd masyarakat kita lah cthnya Allah beristiwa' di atas Arasy dan yg seumpamanya.

Knp Zamihan melontarkan pertaanyaan sedemikian? Pasal riwayat ini bercanggah dgn aqidah dia terutamanya yg berkaitan dgn persoalan ruang-masa, dan ilmu kalam dia lah. Utk sahabat-sahabat yg kurang jelas, saya sebut sikit lah apa yg bercanggah dgn aqidah dia, yakni sifat 'ilmu' yg lawannya adalah 'jahil'.

Apabila Ibnu Mas'ud r.a menyebut sedemikian, ini menampakkan seolah-olah Allah ini drpd tak tahu kpd tahu. Ini adalah salah satu bentuk peralihan, dan ini bercanggah dgn prinsip yg dipegang mereka yakni, Allah tidak diliputi ruang dan masa, Allah bersifat dgn sifat qidam. Ini anggaran saya kpd apa yg berada di dlm minda Zamihan lah.

Dia berhujah ketika itu, guna akal bukannya berdasarkan nas dalil. Bahayanya aqidah yg dia pegang ini, sampaikan perkataan sahabat r.a. pun dia tolak, perkataan Ibnu Mas'ud pula itu. Bahkan org yg dia kagumi itu yakni, Abdullah Al-harari, pernah menyatakan muktazilah ini hampir kpd ASWJ. ASWJ ini merujuk kpd puak-puak mereka ini lah.

Ini sekadar pendapat peribadi saya lah. Kalau saya, bilamana Ustaz Zamihan ini bercerita pasal aqidah, mmg saya takkan jadikan pegangan lah. Dlm masalah lain, masalah fiqh cthnya, bolehlah kalau nak dgr.

_________________
Ya Allah ajarkanlah aku perkara yg aku masih jahil dan ingatkanlah aku mengenai apa yg aku lupa.

abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 262
Points : 314
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by aimahmad on Mon May 19, 2014 1:39 pm

Harap2 ade la yg boleh tolong semakkan. Kalau tak benar & fitnah, kena usaha utk beri hujah balas. Nak biarkan je geng ni tanpa dilayan pun tak boleh jugak.. Kalau ikutkan penilaian yg Kapten Hafiz Firdaus & Dr Azwira pernah buat pd tulisan Zamihan ni, mmg tak bleh nak dipercaya. Kena check balik buku2 tu, kalau2 dah ade dibincang ttg hal ni.

aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by aimahmad on Mon May 19, 2014 1:54 pm

abubakar wrote: Bahkan org yg dia kagumi itu yakni, Abdullah Al-harari, pernah menyatakan muktazilah ini hampir kpd ASWJ.

Ooo.. Al-Harari pun ade sebut begitu rupanya. Sblm ni saya pernah lihat video Hasan Ali Al-Saqqaf yg berkata sebegitu. Macam2..

Rasanya Ustaz Kazim pun ade kritik ape yg disebut TGNA tu dulu.

aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by thtl on Mon May 19, 2014 2:43 pm

saiful,
Ini perang antara asya'irah-tareqat-sufiyah vs Salafiyah..
kat Malaysia, Zamihan al-Ghaari (ZAG) ni antara yg jadi juarala...
sebelum ni dia banyak menyerang Imam Ibn Taymiyah dan syaikh Muhammad Abd Wahab, sekarang dia melengkapkan serangan kpd murid Ibn taymiyah, imam Ibn Qayyim. Rasanya Pilot MAS akan jawab..just wait n see.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by saifulnd43 on Tue May 20, 2014 3:27 am

thtl wrote:saiful,
Ini perang antara asya'irah-tareqat-sufiyah vs Salafiyah..
kat Malaysia, Zamihan al-Ghaari (ZAG) ni antara yg jadi juarala...
sebelum ni dia banyak menyerang Imam Ibn Taymiyah dan syaikh Muhammad Abd Wahab, sekarang dia melengkapkan serangan kpd murid Ibn taymiyah, imam Ibn Qayyim. Rasanya Pilot MAS akan jawab..just wait n see.

perkara macam nie akan memening kan kepala org2 awam , kena ader counter attack dah lah skrg pantang Tanya skit dia kata kita wahabi ...

saifulnd43
AHLI
AHLI

Posts : 106
Points : 182
Join date : 11/09/2013

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by abu_firdaus on Tue May 20, 2014 4:03 am

buku kapten pasal fitnah ibnu taymiyah dah ada. kena tunggu buku fitnah ibnu qayyim le pulak huhu

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by abubakar on Tue May 20, 2014 6:56 pm

abu_firdaus wrote:buku kapten pasal fitnah ibnu taymiyah dah ada. kena tunggu buku fitnah ibnu qayyim le pulak huhu

Kebanyakan tuduhan ke atas Ibnu Qayyim drpd Ustaz Zamihan itu, adalah bahan kitar semula drpd tuduhan ke atas Ibnu Taimiyyah. Mungkin sengaja dipilih nama Ibnu Qayyim pasal nama Institut Al-Qayyim yg semakin meningkat skrg ini.

_________________
Ya Allah ajarkanlah aku perkara yg aku masih jahil dan ingatkanlah aku mengenai apa yg aku lupa.

abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 262
Points : 314
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by thtl on Tue May 20, 2014 10:12 pm

Orang yg menganut akidah ekstrim Asya'irah-sufistik ni mmg itulah kerja dia, dendam ni terhadap Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim ni berakar sejak geng sufi dulu berjaya memenjarakan Ibn taymiyah dan berjaya membunuh Ibn Taymiyah dalam jel. Langkah seterusnya ialah membunuh saki baki ajaran Ibn Taymiyah dari muka bumi ini. Kita tahu, ia adalah kerja yg tidak ada kesudahannya. Ajaran dan kitab2 Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim ni masih utuh di arab saudi dan negara2 arab. Maka usaha2 Zamihan tidak ada apa-apa kesan sebenarnya. Buku2 mereka paling luas berada di pasaran, manusia sekarang cerdik, mereka boleh baca sendiri...terjemahan Indon pun banyak.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by Ibnu Sarkawi on Wed May 21, 2014 5:05 am

majoriti umat Islam, dari golongan Asyairah & Salafi menerima penulisan Ibn Qayyim rhm. Malah termasuk golongan yg mendakwa mereka aliran sufism sekalipun. Kecuali kelompok ekstrim yg gelap hati & rosak pemikiran mereka seperti Syiah & Ahbash.

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by Ad-Dien on Thu May 22, 2014 7:52 pm


Nak halang tulisan-tulisan Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim?

Ini umpama ingin masukkan unta ke dalam jarum~

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by thtl on Thu May 22, 2014 9:19 pm

Tau, tapi oleh kerana dia kerja dgn gomen, dah bebas berceramah di seemua mesjid dan kasi kursus kat pegawai2 ta'mir mesjid, maka fitnah yg dibawanya kena juga puak2 sunnah jawab dalam media perdana. Membela ulama' besar ni pun tugas kita bersama sebab dua imam ni: Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim adalah trmasuk ulama' pewaris anbiya'.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by aimahmad on Fri Jun 06, 2014 1:55 pm

Hari ni dlm Sinar Harian ade 2 artikel 1 muka yg mempertahankan Ibn Taimiyyah dgn tajuk "Ibnu Taimiyyah: Digelar Syeikh Al-Islam" oleh Bin Nuba & "Menjawab Tuduhan Allah Berjisim" ole Mohamad Salman Ali. Harap akan ade penulisan yg membela Ibn Qayyim di masa depan.

aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by thtl on Fri Jun 06, 2014 6:21 pm

Bela IT aje pun OK sebab IT ni tok guru besar IQ...Kalau dah bela tok guru, maka anak murid pun terbela..sebab kalau guru betul, maka anak murid pun betul jalannya, he3

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kitab karangan Ibnu Qayyim diisytihar sesat

Post by Sponsored content Today at 3:42 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum