BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

+2
thtl
Nizam
6 posters

Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by Nizam Mon May 19, 2014 4:19 pm

Artikel ini ditulis oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang, Ustaz Wan Noordin Wan Harris

    Solat malam biasanya dilakukan oleh Rasullulah s.a.w tidak lebih daripada tiga belas rakaat ini bedasarkan hadis-hadis berikut saya nyatkan disini secara ringkas, dan sesiapa yang berminat bolehlah merujuk sendiri matan-matannya dalam kitab-kitab hadis , cara-caranya sebagai berikut:

Hadis Ibnu Abbas r.a dan di sahihkan oleh Abu Daud(13 rakaat : tiap-tiap dua rakaat salam dan witir satu dan dilakukan dirumah Maimunah ummul mukminin, bukan bulan Ramadhan.
Hadis Aishah ummul mukminin dari sahih Muslim: Solat dua rakaat(Albani kata dua rakaat itu ba'diah isyak) dan selepas itu ia solat lapan rakaat dan witir dirakaat kesembilan (satu rakaat).(tidak disebut bulan Ramadhan).
Hadis Aishah juga yang diriwayat oleh Muslim pada sahihnya: Solat lapan rakaat dengan salam tiap-tiap dua rakaat dan witir dengan lima rakaat , bertashahud dan salam dirakaat akhir, ini juga merupakan solat malam dibulan biasa.
Hadis Aishah r.a. Dari riwayat Muslim dan Abu Daud: Solat sebelas rakaat dengan salam pada tiap dua rakaat dan witir satu rakaat (dibuat dirumah tidak disebut bulan Ramadhan).
Hadis Ibnu Abbas dan Ibnu Umar radhiallahu anhum diriwayat oleh Malik,Albukhari ,Muslim dan lain: Bahawa saorang lelaki bertanya kepada Rasullulah s.a.w : bagaimana solat malam wahai Rasullalah, maka jawab Rasullullah s.a.w solat malam dua-dua dan jika kamu takut terlepas subuh maka witirlah dengan satu rakaat. Sedang ia tidak disebut bilangan rakaat keseluruhannya.
Lain-lain riwayat juga solat malam biasa merupakan witir dan akan kita bincangkan selepas ini inshaallah.

Semua cara yang dinyatakan dalam hadis-hadis ini adalah dilakukan pada bulan biasa dan bersendirian dan bukan pada bulan Ramadhan, kerana tidak di nyatakan secara jelas juga tidak dilakukan secara berjemaah di masjid, adapun solat berjemaah dengan Ibnu Abbas dilakukan dirumah Maimunah (orang lain tidak ikut serta), sedangkan ibnu Abbas pada waktu itu saorang kanak-kanak. Tidak ada satu riwayat pun yang menunjukkan bahawa solat malam dilakukan secara berjemaah pada bulan-bulan biasa. Ulamak -ulamak sunnah memandang solat qiamu allail secara berjemaah sebagai bidaah kerana tidak pernah dibuat oleh Rasul dan para sahabatnya.

Adapun solat qiamu ramadhan setelah kami teliti pada kitab yang muktabar, kami dapati kebanyakkan penyusun-penyusun kitab mengemukakan hadis berikut sebagai dalil bahawa ada cara yang khas yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadhan. Perhatikan hadis ini:

عن ابي سلمة بن عبد الرحمن انه اخبره انه سال عائشة رضي الله عنها كيف كانت صلاة
رسول الله صلى الله عليه و سلم في رمضان فقالت ما كان رسول الله صلى الله عليه و سلم
يزيد في رمضان و ﻻ في غيره على احدى عشرة ركعة يصلي اربعا فلا تسل عن حسنهن و
طولهن ثم يصلي اربعا فلا تسل عن حسنهن و طولهن ثم يصلي ثلاث قالت عائشة قلت
يا رسول الله اتنام قبل ان توتر فقال يا عائشة ان عيني تنامان و ﻻ ينام قلبي
متفق عليه

Ertinya: Dari Abu Salmah bin Abdul Rahman ia menceritakan bahawa ia telah bertanya Aishah r.a
Bagaimanakah solat Rasullullah s.a.w pada bulan Ramadhan? Aishah menjawab tidak pernah Rasullalah s.a.w solat pada bulan Ramadhan juga pada lain bulan melebihi sebelas rakaat .

Ia solat empat rakaat maka jangan kamu tanya tentang baiknya dan panjangnya, kemudian ia solat lagi empat rakaat maka jangan kamu tanya tentang bagusnya dan panjangnya kemudian ia solat tiga rakaat, berkata Aishah r.a aku bertanya wahai Rasullulah adakah engkau tidur sebelum
engkau berwitir? Jawab Rasullullah s.a.w: Wahai Aishah sesungguhnya mata-ku tidur tetapi qalbuku tidak tidur (Mutafaqun Alaih) .

Kifiat solat yang diceritakan oleh Aishah r.a merupakan khusus bagi solat malam bulan Ramadhan atau qiamuramadhan, soalan yang ditanya kepada Aishah r.a . yang berbunyi:
كيف كانت صلاة رسول الله صلى الله عليه و سلم في رمضان
Ertinya: Bagaimanakah solat Rasullullah s.a.w pada bulan Ramadhan?
Berbanding dengan soalan pada hadis Ibnu Abbas r.a yang berbunyi :
كيف صلاة الليل يا رسول الله

Ertinya: Bagaimana solat malam ya Rasullalah ?
Disini kita nampak jelas bahawa soalan berbeza dan jawaban pun berbeza.

Rasullullah s.a.w solat empat rakaat dan bagaimanakah dilakukannya empat rakaat tersebut, dibawah ini saya ingin mengemukakan pendapat ahli ilmu tentang hadis ini.

1. Kata Assonaani dalam kitabnya سبل السلام سرح بلوغ المرام
dalam syarah hadis Aishah diatas, ia berkata:
يصلي اربعا يحتمل انها متصلات و هو الظاهر و يحتمل انها مفصلات و هو بعيد
Ertinya: Ia solat empat rakaat berkemunkinan ia sambung(dengan satu salam- pen) ini yang jelas dan berkemunkinan ia pisahkan menjadi dua rakaat dua rakaat ini sangat jauh( dari pengertian- pen.) Ini bererti bahawa Assonaani mentafsirkan solat empat rakaat dengan satu salam.

2. KataAlimam Annawawi dalam kitab nya:
صحيح مسلم بشرح الامام محي الدين النووي
Ia berkata pada syarah hadis Aishah ( يصلى اربعا ثم اربعا ثم ثلاثا) [Ertinya ia solat empat rakaat kemudian empat rakaat kemudian tiga rakaat]

Saya catit teks kommenterinya sebagai berikut:وانه يجوز جمع ركعات بتسليمة واحدة
Ertinya:”Dan sesungguhnya dibolekan solat beberapa rakaat (dalam kes ini empat rakaat)
dengan satu salam”.Ini sudah jelas bahawa empat rakaat dengan satu salam.
Kata Muhadith Muhammad Nasiruddin Alabani dalam kitabnya yang di terjemah dengan tajuk “Kelemahan Hadits Terawih 20 Rakaat” beliau berkata dalam nota kakinya dalam mengkomentari hadis Aishah r.a. Sebagai berikut:
"Shalat 11 rakaat yaitu dengan cara 4 rakaat satu salam,empat rakaat satu salam lagi kemudian 3 rakaat.”
"Menurut zhahir hadisnya, beliau duduk ditiap-tiap dua rakaat tetapi tidak memberi salam, demikianlah penafsiran Imam Nawawi”
"Hadis yang menerangkan cara ini dengan tegas memang tidak ada,tapi memandangkan hadis Aishah yang menerangkan solat malam Nabi tidak lebih daripada 11 rakaat, maka 4 rakaat itu dilakukan dengan satu kali salam,maka caranya tidak berbeda dengan solat empat rakaat yang asal iatu Zuhur, Asar ataupun Isya', yaitu dengan dua tasyahud.”
Maka Albani juga membenarkan empat rakaat dengan satu salam.

Apakata pula tokoh ulamak Nusantara seperti:
Prof. T.M. Hasbi Ash Shiddieqy dalam kitab masyurnya “Pedoman Solat” berkata:
"Dhahir hadits Aisyah yang di atas ini menyatakan bahawa empat rakaat itu Nabi SAW mengerjakan bersambung-sambung, empat rakaat sekali salam. Mengatakan bahawa Nabi SAW mungkin mencerai-ceraikannya yakni mengerjakan dua-dua jauh dari dhahir”
Ini adalah kenyataan ulama' yang terulung di Nusantara yang ahli dalam ilmu hadis, iaitu mengatakan nabi dalam hadis Aisyah menceraikan menjadi dua rakaat salam dan selepas itu dua rakaat salam adalah jauh dari dhahir makna hadis. Walaupun kafiatnya pada pendapat beliau tidak duduk pada rakaat kedua untuk tasyahud awal tetapi pada rakaat keempat sahaja namun penghurian hadis tersebut iaitu empat rakaat dengan satu salam adalah lebih tepat.

Ustaz Aliga Ramli dalam kitab nya “ Shifat Dan Kaifiyat Qiyamul -lail, Shalat Tahajjud,Qiamu Ramadhan – Shalat -Lail dan Shalat Witir” yang diterbitkan oleh Lajnah Penerbitan PERSIS Bangil. Ia berkata:
"Zahir hadis menunjukkan bahawa disebutnya 4 rakaat, kemudian 4 rakaat itu memberi arti setiap 4 rakaat memberi salam. Maka perdasarkan hadis diatas, Shalat lail itu dapat pula dikerjakan tiap-tiap 4 rakaat satu salam. “
Beliau juga bependapat bahawa 4 rakaat satu salam itu harus ada tahiyat awal berdasarkan hadis yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad sebagai berikut:
---------------اذا قعدتم في كل ركعتين فقولوا التحيات لله

Ertinya: Apabila kamu duduk ditiap-tiap dua rakaat maka ucapkanlah “Attahaiyat lillah....

Cara solat empat rakaat satu salam dan tiga rakaat satu salam (4,4,3) adalah pilihan warga Mummadiah di Nusantara,
Mari kita rujuk kepada sebuah risalah yang di susun oleh Abdurrahmman B : Bertajuk:
صلاة تراويح قيام الليل دان وتر yang di terbitkan oleh Pimpinan Muhammadiah Wilajah Sumatera Utara. Majlis Taman Pustaka. Saya petik dari risalah itu kenyataan sebagai berikut:
"Sembahjang 11 raka'at yang dikerdjakan Rasul dengan tjara 4 raka'at sekali salam, 4 raka'at sekali salam kemudian 3 raka'at sekali salam jang di terangkan 'Aisjah itu nampak2-nya telah menjadi wirid (amalan tetap) bagi Nabi dalam bulan Ramadlhan sebelum Rasul mengerdjakannja di Mesdjid 3 malam ber-turut2 yang di ikuti para sahabat.”

Jadi sepanjang yang saya tahu Muhammadiah Pulau Pinang telah mengerjakan cara ini lebih empat puluh tahun sejak ia di tubuhkan pada 1965, hanya beberapa tahun kebelakang ini masjid-masjid yang dikuasai oleh warga Muhammadiah telah di ambil alih oleh pihak pemerintah maka terpaksa mengikut kehendak pemerintah. Maka terpaksalah mereka ikut cara jumhur ulamak dan mengenepikan sunnah Rasul s.a.w. Anih sekali kenapa institusi yang tidak dikuasai oleh pemerintah juga terikut dengan cara jumhur ulamak dan menolak sunnah?
Apakah segulungan kita telah menolak dalil sunnah dan menerima pendapat jumhur ulamak?
Sedangkan kita beribadah bedasarkan dalil hadis yang sahih, pendapat jumhur kalau bertepatan dengan Alquran dan Sunnah yang sahih maka boleh kita terima akan tetapi kalau berlawanan kita mesti tolak. Seperti kata Ustaz Muhammad Hamid dalam syarahnya pada kitab :
المنتقى من اخبار المصطفى - الحراني الجزء الاول
pada muka surat 617 seperti berikut:

الذي تطمئن اليه النفس من جهة الدليل و قوة الحجة هو هذا وان كان قول الجمهور بخلافه
و الله اعلم
Ertinya: Yang memberi ketenangan kepada jiwa (pada sesuatu pekara dalam agama-pen) ialah dengan merujuk kepada dalil (Hadis ) dan hujjah yang kuat inilah dia, dan jika(walaupun) sekiranya perkataan Jumhur ulamak menyalahi nya wallahu 'alam.

Memang benar kata rasul bahawa sunnah akan ditinggalkan diakhir zaman kerana memegang sunnahnya seperti menggengam bara api . Seperti sabda Rasullah s.a.w:

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم
المتمسك بسنتي عند اختلاف امتي كالقابض غلى الجمر رواه الحاكم

Ertinya: Dari Ibnu Mas'ud r.a. Ia berkata: Telah berkata Rasullah s.a.w orang yang memegang sunnahku di ketika berselisihnya umatku seperti memegang bara api. (riwayat Alhakim)*
Marilah kita kembali kepada tradisi Muhammadiah yang telah kita amalkan selama berpuluh tahun yang mengutamakan dalil yang sahih dan hujjah yang tepat. Waallahu ta'ala a'lam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Disusun oleh Abu Faisal, Pondok Upih, Balik Pulau- 8.10.1433 / 26.8.12

Rujukan:
سبل السلام شرح بلوغ المرام الامام محمد بن اسماعيل الصنعاني
صحيح مسلم بشرح الامام محي الدين النووي
المنتقى من اخبار المصطفى الحراني
Kelemahan Hadits Tarawih 20 Rakaat – Albani (penerbit Fitrah)
Shifat dan Kaifiyat Qiyamul-Lail. Aliga Ramli -Lajnah Penerbitan Pesantren Persis.
Pedoman Solat-Prof. T.M.Hasbi Ash Shiddieqy
Koleksi Hadis-Hadis Hukum -Prof. T.M.Hasbi Ash Shiddieqy
Kembali Kepada AlQuran dan Sunnah-K.H. Moenawar Chalil
صلاة تراويح قيام الليل دان وتر – Abdurrahman B.- Pemipinan Muhammadijah Wilajah Sumatera Utara.

* Hadis dengan makna yang sama oleh Attarmuzi dengan darjat hasan
Nizam
Nizam
Admin
Admin

Posts : 883
Points : 1170
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Bagan

https://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by thtl Mon May 19, 2014 10:15 pm

Jauhi dua pendapat ekstrim:
1. solat tarawih adalah tidak boleh ditambah melainkan 11R, sapa yg tambah adalah ahli bid'ah
2. Solat tarawih kena tambah lebih dari 11R, sapa buat 11 telah menyalahi ijma' dan amalan majoriti.

Harapnyer Muhammadiah tidak masuk dalam kelompok yg dua ni, sila Nizam pastikan...he3

Yang sahih: Mesjidil Haram buat 20 rakaat, kerana itulah yg sudah maklum dan acceptable. Maka ulama' salafiyah KSA tak ubah balik kpd 11R, depa rterpaksa teruskan apa yg sudah baku dalam mazhab Jumhur yakni 20R. Kalau buat 11R kat Haramain, maka akan menimbulkan fitnah kpd jumhur muslimin.

20R ini rasanya diubah lebih kpd isu kelemahan umat kemudian selepas 300 hijrah. Mereka tidak tahan dgn lamanya berdiri. Solat dgn 11 R ni isunya ialah lamanya berdiri. Isu kedua ialah non-Arab tidak mengerti apa yg dibaca oleh Imam. Maka kalau qiam dgn lama dalam format 11R, depa pulak tak paham satu ayat pun, maka sudah tentu, mesjid akan kosong.
Nak patah balik kpd format 11R mmg boleh dgn dua syarat kualiti makmum, dan 1 kualiti imam:
1. Kualiti makmum dipertingkat, mereka mengerti arabic AQ
2. mereka sihat tubuhbadan dan mampu berdiri dgn lama
3. Kualiti Imam, hafiz dan bacaan ala-ala syaikh Sudais, shuraim, dll tu...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by abubakar Tue May 20, 2014 2:19 am

thtl wrote:Jauhi dua pendapat ekstrim:

Mcm mana dgn bahagian 4 rakaat itu, adakah dilakukan mcm solat Zohor, Isya', Asar ataupun sebaliknya? Saya kurang faham pasal ini. Setakat yg saya tahu sebelum ini, Rasulullah s.a.w apabila mengerjakan solat sunat, secara 2 rakaat, satu salam. Tp secara 4 rakaat 1 salam ini baru pertama kali dgr dan tak tahu mcm mana tatacara perlaksanaannya. Penjelasan di atas ini yg di dlm Bahasa Indonesia, semakin memeningkan saya. Hrp Ustaz THTL boleh bantu saya.

abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by thtl Tue May 20, 2014 9:28 am

solat sunat 4 rakaat mmg ada, tatacara exactly sama dgn tatacara solat zuhur, asar dan isya'.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by bukhori Tue May 20, 2014 12:28 pm

kalu witir trus 3, 5 ada tasyahhud awal x tuan?

bukhori
AHLI
AHLI

Posts : 88
Points : 124
Join date : 30/01/2014

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by abubakar Tue May 20, 2014 6:54 pm

thtl wrote:solat sunat 4 rakaat mmg ada, tatacara exactly sama dgn tatacara solat zuhur, asar dan isya'.

Baik Ustaz THTL, terima kasih.
abubakar
abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 261
Points : 311
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by thtl Tue May 20, 2014 10:19 pm

bukhari, ada dua cara:
satu:
Witir 3 dan lima, tak ada tasyahud awal, direct sampai habis, tasyaahud pada rakaat akhir shj.
dua:
kalau nak tasyaahud, kena salam setiap 2 rakaat, spt berikut:
witir 3 R, solat dua rakaat, kasi salam, bangun rakaat ketiga, tasyaahud lagi, kemudian salam

Witir 5 rakaat, 2R satu salam, 2 rakaat satu salam, 1 rakaat akhir, tasyaahud dan salam

Last edited by thtl on Wed May 21, 2014 8:31 am; edited 1 time in total
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by bukhori Wed May 21, 2014 5:43 am

ok noted.. jazakallah tuan..

bukhori
AHLI
AHLI

Posts : 88
Points : 124
Join date : 30/01/2014

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by Nizam Fri May 23, 2014 10:02 am

hehe, ana nak buat 4+4+3
Nizam
Nizam
Admin
Admin

Posts : 883
Points : 1170
Join date : 24/11/2011
Age : 39
Location : Bagan

https://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by thtl Fri May 23, 2014 10:14 am

kalau buat sendiri kat rumah menyalahi sunnah khalifah ar-rasyidin yg mana tarawih dilakukan di mesjid.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by Solah Sun May 25, 2014 6:38 am

Ada seorang ustaz kata tak boleh witir 1 rakaat je. Maksudnya minimum mesti witir 3 rakaat. Adakah kenyataan ni betul? Sebab saya pernah baca di beberapa sumber, antaranya dalam website saudara an-Nawawi Subandi, boleh je witir 1 rakaat.

Solah
AHLI
AHLI

Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 42
Location : Penang

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by thtl Sun May 25, 2014 12:46 pm

Boleh je, dalil:
Dari ibnu Umar ra, ada seseorang yang bertanya kepada Rasulullah saw tentang shalat malam. Beliau menjawab,

صَلاَةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى، فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمُ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى

“Shalat malam itu 2 rakaat salam, 2 rakaat salam. Apabila kalian khawatir masuk subuh, hendaknya dia shalat satu rakaat sebagai witir dari shalat malam yang telah dia kerjakan.” (HR. Bukhari 990 dan Muslim 749).
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by mdazam54 Mon May 26, 2014 4:59 am

thtl wrote:solat sunat 4 rakaat mmg ada, tatacara exactly sama dgn tatacara solat zuhur, asar dan isya'.

Salam Syaikh,

Yg saya pernah baca untuk solat sunat 4 rakaat, contoh yg diberikan (kalau tak silap) sunat lepas solat Jumaat, kalau buat kat rumah 2 rakaat sahaja tapi kalau buat kat masjid buat 4 rakaat samada 2R + 2R or 4R (tak ada tasyahud awal, direct sampai habis, tasyaahud pada rakaat akhir shj),

betul ka ni Syaikh ?

Jzk & Salam

mdazam54
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 36
Join date : 10/06/2012

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by thtl Mon May 26, 2014 1:07 pm

Keluarlah dari khilaf, yg paling sahih, solat sunat itu dua rakaat dan satu salam. Ini hukum umum; walaupun begitu solat 4R satu salam mmg dibolehkan.

solat ba'diah Jumaat, kata syaikh al-Albani dalam kitab Tamaamul Minnah (hal 341-342), semuanya ada nas, 2 atau 4, boleh di rumah atau di mesjid, afdalnya di rumah.
* jika rumah jauh atau kena masuk opis, maka afdhal di mesjid, 2 atau 4 semuanya sunnah.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by mdazam54 Tue May 27, 2014 3:34 am

thtl wrote:Keluarlah dari khilaf, yg paling sahih, solat sunat itu dua rakaat dan satu salam. Ini hukum umum; walaupun begitu solat 4R satu salam mmg dibolehkan.

solat ba'diah Jumaat, kata syaikh al-Albani dalam kitab Tamaamul Minnah (hal 341-342), semuanya ada nas, 2 atau 4, boleh di rumah atau di mesjid, afdalnya di rumah.
* jika rumah jauh atau kena masuk opis, maka afdhal di mesjid, 2 atau 4 semuanya sunnah.

 Like terbaik 

 Jazakallah Salam 

mdazam54
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 36
Join date : 10/06/2012

Back to top Go down

Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang Empty Re: Artikel Qiammulramadan oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum