Adakah kita terlalu berkeras dgn dakwah terhadap org islam

View previous topic View next topic Go down

Adakah kita terlalu berkeras dgn dakwah terhadap org islam

Post by seijiseimura84 on Tue May 20, 2014 5:25 pm

Adakalanya saya tidak setuju dgn sikap golongan agama di malaysia terhadap kerajaan bahawa mereka adalah kurang islamik. Bagi saya, ini adalah pandangan yg sempit, yg buta terhadap sejarah perkembangan islam.

Perkembangan islam di mana2 negara ada puncak, ada surutnya. Masakan dlm tamadun islam jua, ada masanya islam gemilang dgn umatnya yg sgt dekat dan takwa kepada allah, dan ada masanya umatnya jatuh dlm kejahilan

Malaysia tidak terkecuali. Pada zaman penjajahan british, umat islam adalah sangat jahil. Budaya barat menjadi kiblat umat islam. Ramai tidak kenal fiqh, tidak tahu apa haram halal, agama sekadar budaya yg diikuti. Sehingga di beberapa celuk negeri di malaysia tidak tahu bahawa arak itu haram. Pendedahan agama juga adalah kurang, budaya barat menjadi kiblat mereka. Kebanyakan golongan ini adalah golongan org tua kita, ada yg sudah meninggal, ada yg bersara, ada yg masih di tampuk kepimpinan kerajaan

Namun bila generasi baru datang, sesuai dgn perkembangan islam serantau dunia, generasi baru ini mengenal islam. Dalam mengenali islam secara mendalam, mereka sedar apa yg dipraktikan negara kini tidak sinonim dgn kehendak atau acuan islam. Mereka merasa ada sesuatu yg aneh dgn negara malaysia. Disebabkan perbezaan ini, dgn tiba2, tanpa sebarang dakwah atau islah yg bijaksana, tanpa ada sedikit didikan, mereka melabel kerajaan dgn sewenang2nya. Begitu juga dgn anak2 muda yg pergi ke universiti, belajar agama ke tahap tinggi, tiba2 bila balik ke malaysia, mereka menjadi pengkritik kerajaan, melabel kerajaan dgn mcm2 dakwaan, tp sebaliknya kerja islah, kerja dakwah, kerja didikan khususnya terhadap golongan pentadbir kerajaan hampir zero

Saya sangat sedih dgn sikap golongan ini. Belajar agama jauh2, tp balik ke negara tanpa sebarang dakwah, tiba2 menjadi kaki judgement kerajaan dan mencop kerajaan tidak islamik. Org zaman dulu, bila mereka merantau jauh menimba ilmu, mereka pulang ke tanah asal dgn didikan, dgn dakwah. Mungkin ada segelinitir mereka enggan mendengar, tp itulah lumrah dakwah, dakwah mana yg tiada ujian dan cabaran?

Org2 muda pula, yg tidak fhm perubahan sosio agama dlm masyarakat kita menjadi terperdaya dgn dakwaan tidak islamik. Sedangkan generasi2 dulu bukanlah seperti generasi hari ini. Generasi hari ini mana2 saja ada kuliah, mcm2 ustaz penceramah, ada internet dan mcm2. Sebaliknya generasi2 dulu, mereka tidak mempunyai kelebihan yg ada zaman ini, saya rasa tidak adil untuk kita bersikap judgemental. Mana yg kurang, kita betulkan, itulah masyarakat islam

Kalau di satu pihak ingin berdamai, maka bukalah pintu damai. Kalaupun tak nak berdamai, tidak salah guna peluang tersbut untuk mendekati mereka, berislah atau berdakwah antara satu sama lain. Seperti contoh kes umno mahu berbincang mengenai hudud, kalaupun pas tidak mahu berdamai itu adalah hak pas. Namun apa salahnya pas mengunakan peluang ini untuk mendidik, dakwah, islah, atau cuba merapatkan ukhwah....tp instead ZERO. Dakwah apakah ini? Musuh sedang berlembut, pintu dakwah terbuka luas, mereka tutup pintu tersebut dgn dendam dan benci. Kenapa dakwah kita terlalu keras sama sekali...?

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah kita terlalu berkeras dgn dakwah terhadap org islam

Post by seijiseimura84 on Tue May 20, 2014 5:28 pm

sepertimana saya melihat video mesir dan pakistan.....
saya agak terkejut melihat kaum wanita sgt keras menentang para ulama / ustaz mengenai isu aurat.
org kata wanita itu umpama tulang rusuk, apakah dakwah di sana terlalu keras sehingga wanita2 ini menjadi sgt keras hati sehingga berani menentang golongan2 ulama / ustaz ini?

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah kita terlalu berkeras dgn dakwah terhadap org islam

Post by thtl on Tue May 20, 2014 10:38 pm

Tak pasti apa yg sebenarnya isu yg nak dikemukakan. Rasa macam banyak isu:

satu: Isu pendakwah terhadap Pemerintah Malaysia, yakni BN

dua: isu dakwah terhadap umat Islam secara umum

tiga: sikap pendakwah terhadap kerajaan BN dan rakyat secara umum

empat: sikap wanita terhadap ulama'?

lima: siapa pendakwah yg dimaksudkan?

Di Malaysia, pendakwah ada enam jenis:

1. parti Politik Islam: Pas, Isma, Hizb Tahrir, vokal kpd kerajaan dan laungan kpd hudud

2. Haraki (gerakan Islam): abim, Jim, haluan, ikram fokus kpd tarbiyah dan dakwah

3. dakwah fadhilat dan amar makruf: Jamaah Tabligh, tiada unsur politik

4. dakwah sufistik/tareqat: Haddad, Habib, Naqsyabandi, Syazili, Ahmadiah, Qadiriah, rafi'iyah. Keruhanian, qasidah, cinta Rasul dan rapat dgn BN

5. Dakwah Salafiyah pro BN dan ada yg neutral, mahu sunnah ditegakkan

6. Dakwah Kerajaan BN, jakim, ikim, ilim, jais, maik, negeri2...menjaga kepentingan kerajaan dan melayu

yg mana satu doc sasarkan?
hehehe kena fokus

kemudian sikap wanita kepada pendakwah, wanita jenis mana satu? SIS atau wanita secara umum? isu aurat ni apa yg spesifik? isu tudung, isu niqab (veil) atau isu free hair saja? atau isu pakaian wanita? atau isu wanita tak bebas nak pakai bikini kat pantai..

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah kita terlalu berkeras dgn dakwah terhadap org islam

Post by seijiseimura84 on Wed May 21, 2014 10:12 am

saya merujuk perspektif segolongan manusia kerajaan tidak islamik
bagi saya penilaian ii tidak adil kerana masyarakat islam, perkembangan islam itu adalah progresif

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah kita terlalu berkeras dgn dakwah terhadap org islam

Post by thtl on Wed May 21, 2014 10:23 am

Yang paling keras mengatakan Malaysia tak Islamik ialah HT. sebab mereka mahukan negara Khilafah, sambung kerajaan othmaniah yg dibubarkan oleh Kemal Attaturk.
Golongan kedua ialah PAS. Sebab PAS merasakan mereka adalah parti Islam dan UMNO adalah parti sekuler asyabiah.
Manakala yg lain majoriti menerima kerajaan Malaysia dibawah dwi system- DYMM YDP Agong sbg ketua agama dan BN sebagai eksekutif adalah Islamik, negara OIC dan memenuhi syarat minima sebuah negara Islam.
itu kedudukannya. Maka kita ikut majoriti bahawa negara Malaysia sudah mencapai taraf minima sebuah kerajaan dan negara yg Islamik.

isu kedua ialah sejauh mana kita menjadi semakin Islamik sejak merdeka 1957?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Adakah kita terlalu berkeras dgn dakwah terhadap org islam

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum