Istbat Sifat Al-'Uluw

View previous topic View next topic Go down

Istbat Sifat Al-'Uluw

Post by seijiseimura84 on Fri May 23, 2014 3:58 pm

Buku apakah ia? karangan sape......

1. Abu Bakar As-Siddiq r.a pernah mengucup dahi Rasulullah s.a.w setelah baginda wafat lalu berkata:

من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات، ومن كان يعبد الله فإن الله في السماء حي لا سموت

"Sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah mati, dan sesiapa yang menyembah Alah, maka Allah berada di atas langit, Dia tetap hidup dan tidak akan mati." (Itsbat Sifat Al-'Uluw, Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, halaman 101-102)

2. Umar bin Al-Khattab r.a berkata:

هذه خولة بنت حكيم التي سمع الله قولها من فوق سبع سماوات، فعمر أحق أن يسمع لها

"Ini ialah Khaulah binti Hakim yang mana Allah mendengar perkataannya di atas tujuh petala langit, maka Umar lebih berhak mendengar kata-katanya." (Istbat Sifat Al-'Uluw, halaman 103)

3. Ibnu 'Abbas r.ahuma berkata:

إن الله عز وجل كان على عرشه قبل أن يخلق شيئا فخلق الخلق فكتب ما هو كائن إلى يوم القيامة

"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berada di atas 'Arasy sebelum Dia menjadikan sesuatu, maka Dia menjadikan makhluk, dan menulis (takdir) setiap yang ada (diciptakan) sehingga hari kiamat." (Syarh Usul I'tiqad Ahlis Sunnah wal Jama'ah, Al-Lalikai, jilid 3, halaman 396)

4. Ibnu Mas'ud r.ahuma berkata:

والله فوق العرش لا يخفى عليه شيء من أعمال بني آدم

"Dan Allah berada di atas 'Arasy, tiada yang tersembunyi kepadaNya sesuatu pun daripada perbuatan anak Adam (manusia)." (Syarh Usul I'tiqad Ahlis Sunnah wal Jama'ah, 3/396)

5. Imam Malik r.h berkata:

الله في السماء، وعلمه في كل مكان ولا يخلو منه شيء

"Allah berada di atas langit, dan ilmuNya ada di setiap tempat dan tidak sunyi daripadaNya sesuatu pun." (Itsbat Sifat Al-'Uluw, halaman 115)

Dalam ucapan lain, beliau berkata:

الكيف غير معقول، والإستواء منه غير مجهول، والإيمان به واجب، والسؤال عنه بدعة

"Kaifiat (tatacara bagaimana sifat Istiwa`) itu tidak dapat digambarkan oleh akal, dan (sifat) Istiwa itu darinya tidaklah majhul (yakni ia bukanlah sesuatu yang tidak diketahui akan maknanya), dan keimanan dengannya adalah kewajipan, dan bertanyakan tentangnya (iaitu bagaimana kaifiatnya) adalah bid'ah (sesuatu yang baru)." (Istbat Sifat Al-'Uluw, halaman 119)

6. Imam Abu Hanifah r.h berkata:

من أنكر أن الله تعالى في السماء فقد كفر

"Barangsiapa yang ingkar bahawa Allah Ta'ala berada di atas langit, maka dia telah kafir." (Istbat Sifat Al-'Uluw, halaman 117)

7. Imam Asy-Syafi'ie r.h berkata:

القول في السنة التي أنا عليها، ورأيت الذين رأيتهم مثل سفيان ومالك وغيرهما: الإقرار بشهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمدا رسول الله، وأن الله على عرشه في سمائه، يقرب من خلقه كيف شاء، وينزل إلى السماء الدنيا كيف شاء

"Perkataan yang mengikuti sunnah yang mana aku berada di atasnya serta aku melihat orang-orang yang berada di atasnya seperti Sufyan, Malik dan selain mereka berdua ialah berikrar (mengakui) dengan persaksian bahawasanya Tidak ada Tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, dan bahawasanya Allah beristiwa` di atas 'ArasyNya di atas langitNya, (pengetahuanNya) dekat dengan makhlukNya sebagaimana yang dikehendakiNya, dan Dia (Allah) turun ke langit dunia sebagaimana yang dikehendakiNya (juga)." (Istbat Sifat Al-'Uluw, halaman 123-124)

8. Imam Ahmad bin Hanbal r.h pernah suatu ketika ditanya, benarkah Allah Azza wa Jalla berada di atas langit yang ketujuh, di atas 'ArasyNya jauh dari makhlukNya, dan kudrat serta ilmuNya berada di setiap tempat? Maka beliau menjawab:

نعم، هو على عرشه ولا يخلو شيء من علمه

"Ya, Dia berada di atas 'ArasyNya, dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada ilmuNya." (Istbat Sifat Al-'Uluw, halaman 116)

9. Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah r.h berkata:

من لم يقر بأن الله على عرشه قد استوى فوق سبع سماواته فهو كافر به

"Barangsiapa yang tidak mengaku bahawa Allah beristiwa` di atas 'ArasyNya, di atas langitNya yang ketujuh, maka dia telah kafir dengan sikapnya itu." (Istbat Sifat Al-'Uluw, halaman 127)

bagaimana as org awam, saya dapat confirmkan perkataan2 di atas mmg sahih, mmg imam syafie ckp mcm tu, mmg imam malik ckp macam tu....di mana saya boleh buat rujukan?

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Istbat Sifat Al-'Uluw

Post by thtl on Fri May 23, 2014 6:53 pm


إثبات صفة العلو
تأليف:
أبو محمد بن قدامة المقدسي
دراسة وتحقيق:
أحمد بن عطية بن علي الغامدي
الناشر:
مكتبة العلوم والحكم، المدينة المنورة، المملكة العربية السعودية
الأولى، 1409هـ/1988م
--------------------
Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi (w.620) ni ulama besar madzhab Hanbalilaa. dia ni banyak pengaruhi Imam Ibn Taymiyah.
Kitab ni (sifat al-Uluw) adalah rujukan utama dalam akidah salafiyah.
Edisi arab yg baik adalah terbitan Madinah. tak tahu ada ke tak terjemahan Indon, rasanya ada. kena cek di Pustaka Fajar Ilmu Baru di Wisma Yakin, KL

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Istbat Sifat Al-'Uluw

Post by thtl on Wed May 28, 2014 9:37 am

macam mana puak Asya'irah, akidah Allah tidak bertempat faham hakikat Mikraj Nabi ke langit ke 7?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Istbat Sifat Al-'Uluw

Post by Sponsored content Today at 11:23 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum