mendefinasikan artis pd perspektif islam

View previous topic View next topic Go down

mendefinasikan artis pd perspektif islam

Post by seijiseimura84 on Tue May 27, 2014 5:31 pm

Dari segi barat...artis itu adalah mereka yg membawa hiburan berbentuk muzik, wayang kepada org ramai. Kadang2 hiburan ini semata2 hiburan, tiada mesej baik. Semuanya berunsur suka ria .

Namun pd zaman ini, kerjaya artis sudah menjadi kerjaya yg diterima pakai. Adakah wajar kita memboikot mereka. Semakin kita boikot semakin aktif mereka, malah mereka menjadi lebih rapat kepada golongan muda apatah lagi mempengaruhia anak muda tentang cara hidup mereka, pemikiran mereka.

Saya fikir kita juga perlu melibatkan diri dlm dunia artis , malah perlu dilihat sebagai tuntutan fardhu kifayah. Kerana semakin kita mengasingkan diri dari kerjaya ini, semakin besar peluang budaya dan pemikiran tak sihat mempengaruhi masyarakat.

Jadi apakag artis yg sesuai dgn tuntuan islam. Saya fikir ahli ilmu sesuai utk menjadi calon. Mereka bukan sahaja berilmu malah mereka dpt sampaikan ilmu melalui muzik, drama. Jadikan mereka sebagai satu role model kepada masyaralat, muzik dan wayang bukan lagi sebagai hiburan semata2 tetapi sebagai alat saluran ilmu. Inilah artis islamik yg saya impi2kan. Dia tidak perlu seorang ustaz atau ulama...namun kerana kecintaannya pd ilmu..kecintaanya utk membaca...dia menjadi alat bagi ilmu supaya disampaikan kepada masyarakt. Jom kita bergiat aktif dlm dunia artis..moga2han dunia artis barat dapat dihapuskan dan diganti dgn artis islamik

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: mendefinasikan artis pd perspektif islam

Post by thtl on Tue May 27, 2014 8:07 pm

AQ melihat golongan artis ni penting sebab itu, ada suatu surah yg diturunkan utk address golongan artis:
surah 26: asy-Syu'araa' (penya'ir/karyawan)

maka cuba lihat apa yg Allah sebut akan sifat2 artis:

وَالشُّعَرَاء يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ

AQ 26:224 ["Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat."]

ciri pertama: artis ini followers dia adalah orang2 yg sesat.

أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ

AQ 26:225 [Tidakkah kamu melihat bahwasanya mereka mengembara di tiap-tiap lembah]
ciri kedua: kata Ibn katsir, artis ni terlibat dalam semua bidang (kalau hari ni, artis ada di mana-mana, teater, filem, nyanyian, politik, TV, agama, sukan, semua artis ada)

وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ

AQS 26:226 [dan bahwasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan(nya)?]
ciri ketiga artis ni mereka cakap tak serupa bikin

sebab itu Nabi saw dijelaskan baginda bukan golongan artis:

وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنبَغِي لَهُ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُّبِينٌ
AQS 36: 69 [Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quraan itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan.]
Maksudnya, artis ni tidak masyuk atau tidak ngam dgn risalah yg baginda bawa.

Golongan artis yg baik ni ada:


إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا
AQS 26:227 [kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah]

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: mendefinasikan artis pd perspektif islam

Post by thtl on Tue May 27, 2014 10:06 pm

Di Barat, dunia artis ni ada pembahagian yg jelas, artis yg baik ni duduk dalam segmen Gospel Music atau musik Gereja. Maka di dunia Islam dan arab pun ada demarcation, industri Nasyeed, yg membawa musik dan nyanyian berunsurkan ketuhanan.
Maksudnya utk merubah industri musik dan nyanyian atau artis ni amat sukar, maka sebab itu Barat pun mengasingkan diri kpd Gospel Music dan dikuti di Malaysia, dgn tumbuhnya industri Nasyeed utk memberi alternatif kpd orang yg minat kpd hiburan.
Pendapat al-Qaradawi, mmg sebaiknya golongan karyawan ni didekati dgn dakwah kerana peranan besar artis dan bidang media hiburan yang amat kuat pengaruh kpd manusia.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: mendefinasikan artis pd perspektif islam

Post by Sponsored content Today at 3:15 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum