Kisah Asal Usul Nafsu

View previous topic View next topic Go down

Kisah Asal Usul Nafsu

Post by ZulQ on Tue Jun 10, 2014 9:03 pm

Assalamualaikum,

Diminta tolong periksa kesahihan cerita ini:

Kisah Asal Usul Nafsu


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Sumber saya dapat di FB, tetapi cerita ini saya dengar semasa masih belajar di sekolah lagi. Juga jika tidak keberatan adakah nafsu ini bersamaan dengan 77 ekor syaitan ataupun ia bukanlah dari sumber yang sahih dan hanya digunakan sebagai kiasan?


ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Re: Kisah Asal Usul Nafsu

Post by thtl on Tue Jun 10, 2014 11:17 pm

Tak sahih sebab kitab Durratun Nasihin oleh Uthman Khawbawi adalah di radd oleh semua muhaddith, hikayat dan khabar di dalamnya banyak yg palsu, termasuk kisah penciptaan nafsu di atas.

Kita durratun nasihin hendaklah dijauhi

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kisah Asal Usul Nafsu

Post by alDayyan on Wed Jun 11, 2014 2:49 pm

Saya pon pernah percaya dgn kisah diatas.xsangka rupa2nya palsu atau israeliyat je? Jadi..apakah kisah sahih mengenai asalusul nafsu?

_________________
Jazakallah  kerana menjawab persoalan saya.. Semoga Allah merahmati kita semua.  Smile
Jemput LIKE   Like  fanpage
KOLEKSI HADIS PALSU DAN KISAH ISRAELIYAT.

alDayyan
Helper
Helper

Posts : 562
Points : 771
Join date : 25/05/2012
Age : 47
Location : 127.0.0.1

http://www.bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

Re: Kisah Asal Usul Nafsu

Post by thtl on Wed Jun 11, 2014 3:57 pm

tak ada sebab ia persoalan roh dan kita tidak diberi info melainkan sedikit sahaja. terjemah ayat AQ:
“Mereka bertanya kepada engkau wahai Muhammad tentang roh. Hendaklah engkau katakan kepada mereka, ‘Roh itu adalah urusan daripada Tuhanku…” (Al Israk: 85)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Kisah Asal Usul Nafsu

Post by Sponsored content Today at 3:16 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum