Semangat ABU, wajarkah diharamkan

View previous topic View next topic Go down

Semangat ABU, wajarkah diharamkan

Post by seijiseimura84 on Sun Sep 07, 2014 8:06 pm

Saya bukan cuba mahu back up umno, namun saya melihat semangat ABU ni tidak membawa apa2 manfaat terhadap mana2 badan politik tidak kiralah kerajaan atau pembangkang, khususnya kepada warga islam

Pertama , semangat ABU hanya sekadar menyemarakkan api kebencian. Saya tidak tahulah sama ada wujud mana2 anjuran dlm islam , yg menyarankan kita supaya menyemarakkan api kebencian ini. Adakah ia bermanfaat? dan adakah adil, org umno yg tidak terlibat dengan mana2 gejala tidak sihat, dibenci dan dipulaukan

Kedua, semangat ABU hanya menyebabkan agenda parti lari. Kedua2 dap dan pas masih tidak serasi dgn agenda perjuangan politik mereka. PAS takut dap menghalang hudud, DAP pula takut dgn hudud PAS, walaupun buku jingga menyatukan mereka, ia sekadar simbolik, walaupun suara2 kerisauan masih timbul tentang kerisauan agenda2 mereka terhalang dari parti lain, namun atas semangat ABU dan tidak mahu dikalahkan oleh umno, soalan2 ini sanggup diketepikan demi memastikan UMNO hilang sepenuhnya. Sedangkan soalan2 sangat fundamental demi kestabilan politik dan kejayaan kerajaan masa depan. Kita lihatlah sendiri bagaimana DAP dan PAS masih lagi berkonflik, bagaimana semangat abu ini dpt menjaminkan kestabilan politik

Ketiga, semangat ABU membenarkan kezaliman lain berlangsung. Hanya demi untuk memastikan umno tumpas, macam2 cara dihalalkan, seperti gambar najib atlantuya yg diedit


seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Semangat ABU, wajarkah diharamkan

Post by Solah on Mon Sep 08, 2014 5:42 am

Pandangan saya, ABU ni gerakan atau tagline yang extreme. Bila ada gerakan extreme tak kira dari pihak politik mana pun, maka itu satu keburukan dan perlu dihapuskan.

Bukan 100% UMNO tu salah, yang mana betul, kita benarkan, yang mana salah kita tegur.

WA.

Solah
AHLI
AHLI

Posts : 114
Points : 187
Join date : 07/01/2012
Age : 34
Location : Penang

Back to top Go down

Re: Semangat ABU, wajarkah diharamkan

Post by thtl on Mon Sep 08, 2014 9:21 am

Doc,
ABU ni petanda politik sesebuah negara yg belum matang. Politik yg matang dalam demokrasi ialah parti A tidak akan memburukkan parti B dan sebaliknya. Kedua-dua party fokus kpd manifesto masing-masing...Spt kata solah, tagline ABU adalah kempen yg tidak sihat.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Semangat ABU, wajarkah diharamkan

Post by Sponsored content Today at 7:38 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum