SOLAT - Pengguna Khamar

View previous topic View next topic Go down

SOLAT - Pengguna Khamar

Post by AwgSagi on Mon Sep 15, 2014 2:01 pm

Salam Tuan,

1. Mabuk bagaimanakah yg dimaksudkan utk tegahan pengguna khamar i.e. arak dan dadah dari solat?

Adakah once mengguna walau sedikit dah jatuh tegahan solat atau bagaimana?

Dan, adakah berkeadaan halusinasi atau menjadi pendiam selepas guna dadah jatuh tegahan solat?

2. Bilakah tempoh 'bertenang' pengguna khamar i.e. arak dan dadah sebelum halal menunaikan solat dgn keadaan2:
- tidak mabuk,
- hyperactive lain dari biasa tapi waras

3. 40 hari tak diterima amal tu sahih kah? Jika sahih bagaimana solatnya?

4. Melayu suka tanya2 & berbangga dgn apa yg diclaim sebagai rahsia2 ketuhanan walau tiada dlm ALQURAN. Maka atas sikap positif, apa rahsia ditegah solat tu?

5. Ada jenis org selepas guna dadah especially, nampak mcm insaf. Dgr nasyid sepohon kayu dah teresak yg tidak terjadi tanpa dadah. Semangatlah dia nak solat, bacaan berlagu lagi. Lepas efek dadah habis, semua sendinya longlai. Adakah org begini wajib ditegah dari solat kerana insaf sebab efek dadah tu, mcm kesedaran tu not genuine.

Thanks in advance.

AwgSagi
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 06/03/2013

Back to top Go down

Re: SOLAT - Pengguna Khamar

Post by thtl on Mon Sep 15, 2014 10:49 pm

Soklan 1 & 2:
Mungkin ini ayat yg anda maksudkan:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan” (QS. An-Nisa': 43)

Fiqh ayat ni nak jelaskan cara pelaksanaan hukum dalam Islam ialah secara beransur-ansur.
Ini pasal bagaimana arak di haramkan dalam masyarakat Islam dulu, tahap satu: Allah jelaskan arak itu ada kebaikan tapi keburukannya lebih banyak. dalil:
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[#] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" QS 2:219
Tahap kedua:
jangan mabuk arak ketika waktu solat, ayat an-Nisa': 43 di atas

Dan akhir sekali, di Madinah, arak di haramkan buat selama-lamanya dan dikenakan hukum hudud 40 sebatan rotan:

“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. QS 4:90-91

Maka tak ada lagi perbahasan bagaimana kedudukan orang mabuk dan khayal ganja utk solat, sebab hukumnya dah mansuh dgn pelaksanaan hudud minum khamar/arak.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: SOLAT - Pengguna Khamar

Post by thtl on Mon Sep 15, 2014 11:06 pm

3. minum arak solatnya (amalnya) tak diterima 40 hari
dalil:
مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ وَسَكِرَ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ صَبَاحًا وَإِنْ مَاتَ دَخَلَ النَّارَ
الراوي: عبدالله بن عمرو المحدث: الألباني - المصدر: صحيح ابن ماجه - الصفحة أو الرقم: 2738
خلاصة حكم المحدث: صحيح
“Barangsiapa yang meminum ARAK dan MABUK, solatnya tidak diterima selama 40 hari dan jika dia mati, dia akan masuk neraka” [Hadith Riwayat Ibn Maajah #3377] disahihkan oleh al-Albani
solat dan semua amalnya, sebab jika solat ditolak, maka yg lain juga ditolak

4. Ditegah solat jika mabuk adalah tahap awal pengharaman arak. selepas umat Islam dah kuat iman, barulah arak diharamkan secara mutlak

5. semua orang yg mukalaf kena solat, walaupun dia mat dadah sekalipun.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: SOLAT - Pengguna Khamar

Post by abu_firdaus on Fri Sep 19, 2014 12:02 pm

sy kurang kelas dgn tahap perlaksanaan tu. dalil pertama telah pun sebut ia sebagai dosa besar. bukankah itu sudah cukup sebagai larangan?

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: SOLAT - Pengguna Khamar

Post by thtl on Fri Sep 19, 2014 2:12 pm

itulah namanya bertahap.
Tahap satu, ianya dosa besar tapi ada kebaikan juga pada arak. Masa ni syariat masih melayan sebahagian kecil sahabat yg masih ketagih arak. Sahabat yg tidak ketagihan sudah mampu berhenti minum. Tapi Ali dan Abd Rahman bin Auf masih minum pada tahap ini

tahap dua: masih boleh minum cuma jangan mabuk bila time solat. Ali dan Abd Rahman bin Auf masih belum berhenti lagi pada tahap ini.

tahap tiga, barulah dilarang sepenuhnya dan hudud dikuatkuasakan.

tahap satu dan dua, tahap amaran dan nasihat.

macam pelaksanaan topi keledar, pada tahap awal, cuma nasihat akan bahaya tak pakai, kemudian, amaran, lepas tu baru dilaksanakan dan kena saman.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: SOLAT - Pengguna Khamar

Post by Sponsored content Today at 9:09 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum