Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

View previous topic View next topic Go down

Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Post by seijiseimura84 on Sat Oct 25, 2014 5:09 pm

Topik ini direka bagi tujuan mengkaji corak pemikiran melayu yang menghalang sunnah itu didakwahkan kepada mereka. Beberapa corak saya telah kenal pasti...Antaranya.....

1/ Kurang kritikal dlm menerima ilmu
Contoh isu bagaimana ahli bidaah memberi hujah yasin itu tidak bidaah
Contoh hujah mereka
Membaca surah Yasin pada malam Jumaat secara beramai-ramai oleh jamaah mukmin, adalah hasil ijtihad para Ulamak silam, kerana amalan ini ( bacaan Yasin malam Jumaat secara beramai-ramai tiada hadis sahih). Apakah ijtihad para ulamak itu tidak boleh diterima. Ulamak masyuhur seperti Syeikh Daud al-Fattani, Tok Kenali, Syeikh imam Arsyad, Tuan Guru Tok Soleha, Tuan Guru Hj. Ismail Pondok Kg Dangar, Kelantan,Tuan Guru Haji Lah pondok Lubok Tapah yang warak lagi alim dan lain-lain, mereka semuanya adalah mengamalkan tahlil, bacaan Yasin malam Jumaat, talkin dan lain-lain secara berjamaat atau beramai-ramai. Semua mereka adalah ulamak tersohor di Nusantara yang tiada tolak bandingnya dari sudut kepakaran ilmu mereka . wrote:
Bagi org kurang kritikal, hujah ini sangat memberi kesan yang menyakinkan, kerana penulis menampilkan nama2 ulama terkenal. dan ini memberi "wow" factor bahawa hujah mereka adalah kuat
Namun bagi orang yang kritikal, beberapa soalan timbul
a/ Benarkah ulama2 ini menyokong yasin dan apa buktinya?
b/ Apakah hujah serta dalil yg menyokong dakwaan ulama2 ini

2/ Suka membuat andaian tanpa fakta, terlalu paranoia dan berkonspirasi
Org melayu ni mudah takut dgn bayang2. Lihatlah bagaimana paranoia org melayu terhadap org cina. Atau lihat isu "touch the dog" macam2 bayang2 yg ditakuti, kononnya ada unsur liberal, ada dakhwah liberal, . Malah isu lain pun turut sama jua. Isu wahabi lebih menarik.....terlalu takut, sedangkan mereka sendiri tidak jelas siapa wahabi, malah smapai sekarang belum ada tanda2 kegansasan wahabi sepertimana diwar2kan dalam ceramah mereka. Dan kalau dikaji pd hujah mereka, memang tiada sandarannya. Semuanya sekadar hujah yg disandarkan pada bayang2. Maksud saya bayang2 di sini , seperti kejahatan wahabi, mereka mengunakan hujah kejahatan wahabi di arab saudi, sedangkan kejahatan di sana tidak pernah berlaku di malaysia dan gagal mengkaitkan hujah sejarah dengan realiti hari ni. Malah mereka pernah mendakwa kononnya bila wahabi memerintah malaysia, maka golongan2 seperti aswaja yg tidak selari akidah mereka, hukuman bunuh akan dijatuhkan ke atas mereka. Barangkali semua ini disebabkan org melayu terlalu beremosi....kerana org beremosi dia tidak akan fikir pada fakta

3/ Mudah cepat berasa pandai dan kurang terbuka terhadap keluasan ilmu
Golongan ini biasanya merasakan apa yg mereka belajar itu adalah penghujung ilmu. Mereka jarang terfikir mungkin wujud pendapat2 berbeza atau hukum2 yg lain. Bagi mereka, kalaulah apa yg mereka belajar selama ini adalah anjing itu najis, maka thats the end of it. Tiada hujah lain. Kalau 2 +2 = 4, maka itulah jawapan muktamad, tidak boleh 1 + 3 = 4. Mereka kurang menghayati keluasan ilmu.

4/ sekian....sekiranya ada lagi saya tambah.....

bincangkan apa lagi corak2 melayu yg bermasalah

harapan saya dlm topik ini, kalau kita dapat mengenalpasti corak pemikiran yg salah, dan kalau kita dpt betulkan, insyaallah dakwah sunnah lebih mudah untuk disampaikan

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Post by ZulQ on Sat Oct 25, 2014 10:11 pm

Salam,

Saya tidak cukup berinteraksi dengan kaum Melayu dalam permasalahan agama jadi tidak boleh beri pendapat. Ini yang saya dapati dari internet, pendapat seorang yang berketurunan Yahudi tentang orang Islam yang dia debat. Perlu diberi perhatian ini hanya pendapat dari seorang insan biasa, mungkin berat sebelah dan keikhlasan pendapat ini tidak boleh diukur. Tetapi kita boleh diambil iktibar jika kita secara sedar tidak sedar terjerumus dalam kategori ini apabila hendak membincangkan perkara agama.


AngloJew - When debating Muslims, I've noticed they employ the following tactics, in full or in part; 1. Distraction: The Muslim will try to divert attention from the argument at hand and avoid debating the issue directly 2. Ad hominem logical fallacy: The Muslim will try blaming the messenger and not debating the message 3. Fallacy of relevance eg a "red herring": The Submitter will attempt the "two wrongs make a right" tactic (or the Tu Quoque logical fallacy).- In employing evasive tactics the Muslim unwittingly admits the correctness of their opponent's original argument by implication.

ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Re: Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Post by thtl on Sat Oct 25, 2014 10:39 pm

Doc, tiga sebab utama Melayu jadi bodoh agama:
1. Islam dibawa ke malaya oleh sufi
2. manhaj tradisi yg mewajibkan taqlid
3. Uloom hadith paling lambat diperkenalkan di malaysia

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Post by saifulnd43 on Sun Oct 26, 2014 12:17 am

Radio Ikim pun penceramah jemputan banyak geng2 Sufi

saifulnd43
AHLI
AHLI

Posts : 106
Points : 182
Join date : 11/09/2013

Back to top Go down

Re: Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Post by seijiseimura84 on Sun Oct 26, 2014 5:31 am

Saya setuju dgn zulq
Apa Yg dibicara oleh Org yahudi tu mmg betul.
Dan contoh ni paling jelas kita lihat dlm debat politik tanah air.
Contoh....Kita bicara ttg kejujuran pas dlm isu A atau isu air atau Apa jua isu...tp tiba2 Org pas ckp kejahatan umno Yg Takde kena mengena dgn topik Yg dibincangkam. Inilah Yg dimaksudkan Org islam selalu lari topik. Kita ckp a, dia cerita z

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Post by seijiseimura84 on Sun Oct 26, 2014 5:43 am

Kalau nak salahkan sufi mmg Tak akan jumpa jalan penyelesaian.
Jalannya adalah mengajar corak dan teknik berfikir. Kalau kita dpt ajarkan merek mereka sendiri akan dpt detect kepincagan sufi. Inilah taktik saya

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Post by thtl on Sun Oct 26, 2014 8:11 am

tak ada penyelesaian doc...
bahkan sufi makin kuat dgn kedatangan geng Habib Yaman dan Indo, malah BN pun sokong geng pak habib, istana pun sokong..
Kalau BN dan istana sokong sufi, maka nothing u can do to change.
FYi Doc, sufi ni ada sejak abad ke3 hijrah lagi...Ibn Taymiyah lawan sufi, akhirnya dia dipenjara dan wafat dalam jel...
Muhammad abdul wahab guna pedang utk hapuskan sufi di saudi, sebab tu sufi all out against syaikh muhammad...
the war never ends

kena cari jalan camna sufi dan tajdid boleh co-exist peacefully

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Post by abu_firdaus on Sun Oct 26, 2014 5:46 pm

Betul ke sheikh daud fatani setuju dgn tahlil? Kalu tgk tulisan dr maza ni seolah2 dia tak setuju dgn amalan nusantara ni :

Kata Syeikh Daud al-Fatani dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (Daud al-Fatani, Bughyah al-Talab 2/34). Demikian juga kenyataan yang sama dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin (m.s 87), al-Syeikh Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi (7/130).

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Post by Ibnu Sarkawi on Sun Oct 26, 2014 6:31 pm

Syeikh Daud Al-Fatani & ada lagi ulama nusantara aliran mazhab syafie dulu2 mmg xsuka amalan kenduri arwah. kenduri arwah cara nusantara ni adalah perkara baru sbb mmg original dari tanah melayu. ada byk aliran sebenarnya yg masuk ke nusantara, & pertembungan aliran2 juga byk kisahnya. antara yg femes ialah pembunuhan para tokoh2 sufi aliran wahdatul wujud di bumi aceh setelah Syeikh Al-Raniri yg beraliran tasawuf Al-Ghazali bjaya mendapat sokongan Sultan. Aliran yg menguasai nusantara pelbagai dan bersilih ganti, sebelum masuknya kitab ihya ulumiddin, aliran falsafah wahdatul wujud terlebih dahulu menjadi anutan ramai orang.

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Post by rd73 on Mon Oct 27, 2014 11:48 am

masalah no 1:-

tak nak berfikir dgn lebih medalam dlm bab agama, tapi dalam hal keduniaan boleh pulak.

rd73
AHLI
AHLI

Posts : 61
Points : 69
Join date : 20/05/2014

Back to top Go down

Re: Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Post by seijiseimura84 on Mon Oct 27, 2014 1:53 pm

Nak belajar islam kena belajar dgn hati terbuka. Perlu bersedia menerima Apa Yg kita belajar Hari ni, mungkin di masa depan pendirian kita bakal berubah setelah ilmu islam itu dilopori dengan luas. Dengan kata lain, kita Tak boleh mengandaikan ilmu Yg kita belajar sudah sampai penghujungnya, kena sentiasa bersedia bahawa barangkali kita belum sampai penghujung. Tapi gelagat umat islam Hari menunjukkan seolah2 mereka sudah khatam agama islam, seolah2 mereka sudah smpai jalan penghujung ilmu islam. Ni sikap Yg salah.

Contoh pertama,
Andaikata seorang anak dimasukkan dalam sekolah bestari, kemudian dia diberi buku syarat2 penyertaan Yg terkandung 2 muka surat. Maka si ayah pun membaca syarat2 di muka surat pertama. Salah satu syarat di muka surat pertama mengatakan "setiap pelajar mesti aktif bersukan lumba lari". setelah membaca syarat itu, si ayah kecewa kerana anaknya menghidap asma dan tidak mungkin anaknya dapat aktif dalam sukan lumba larian dan membatalkan niatnya untuk menghantar anaknya ke sekolah bestari. Lalu anaknya pun membelek2 buku tersebut, Dan lalu dia membaca halaman kedua, dalam halaman kedua IA tertulis, " Kanak2 Yg tidak sihat, Yg menghidapi asma dikecualikan daripada aktif bersukan" Maka bergembiralah si ayah kerana si anak dapat sertai sekolah bestari.

Kisah contoh di atas adalah tujuan Cuba mengambarkan bagaimana pandangan kita terhadap suatu ilmu itu boleh berubah2 selepas kita didedahkan lebih banyak fakta ilmu.

Kadang2 kita fikir amalan kita tepat dengan syariat, Namun setelah lebih banyak kita menerima info2 ilmu kita dapati amalan kita tidak kena pada syariat.

Kadang2 kita fikir amalan ini haram, Namun setelah menerima lebih banyak info ilmu kita dapati, amalan ini boleh diamalkan dengan syarat2 tertentu

Umpama seorang mualaf baru belajar, dia baru belajar bab wuduk tetapi belum terdedah bab tayamum. Pada satu Hari, dia tidak solat atas alasan air Takde. Kalaulah dia tahu ada hukum tayamum sudah tentu dia akan bertayamum dan solat.

Itulah sifat2 ilmu, di mana pegangan kita boleh berubah2, sesuai dengan jumlah ilmu Yg kita telah lopori. Masakan hukum rokok Yg dulunya makruh Namun menjadi haram kerana penemuaan bahaya dlm ilmu sains. Tapi malangnya, sikap kita kebanyakan, kita mengandaikan kita sudah tahu segala2nya, kita mengandaikan kita sudah sampai di hujung jalan atau jalan penghabisan ilmu, seolah2 ilmu itu tidak boleh dilopori

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Post by hafiz on Mon Oct 27, 2014 9:46 pm

Bagi saya sifat terbuka sngt penting dlm tuntut ilmu. Sentiasa berlapang dada menerima pandangan dan dari situ, kalau ikhlas nk cari jawapan yg betul yg sesuai dngn Islam, insyaAllah dapat.

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

Re: Mengkaji masalah pemikiran melayu dalam menerima sunnah

Post by Sponsored content Today at 9:08 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum