BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

4 posters

Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by najib76 Fri Nov 07, 2014 10:01 am

Salam

Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan. Keputusan sebulat suara itu bermakna undang-undang yang sama di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan juga tidak sah dan batal. "Kami membenarkan deklarasi yang diminta oleh (tiga) perayu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi," katanya. Hishamuddin dalam keputusannya berkata perlembagaan diwujudkan melindungi minoriti dari kezaliman majoriti. Tiga lelaki transgender beragama Islam mencabar peruntukan itu kerana melarang mereka berpakaian silang jantina, dan mendakwa ia melanggar hak perlembagaan mereka yang menjamin kebebasan bersuara, pergerakan dan hak hidup secara terhormat. Hishamuddin berkata panel hakim juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kenyataan dan dapatan yang bertentangan dengan bukti-bukti dan dicemari prasangka peribadi yang tidak saintifik. "Kami risau kerana kami dapati hakim tampak seperti terlalu terkesan dengan isu hubungan homoseksual dalam penghakiman beliau. "Kami ingin menegaskan di sini alasan tersebut tidak berasas dan tidak adil kepada para pemohon dan lelaki penghidap Gender Identity Disorder (GID)," katanya. Hakim itu berkata Seksyen 66 dirangka untuk mencegah kesan negatif kepada masyarakat, yang antaranya membendung kegiatan homoseksual dan lesbian yang menyebabkan penyebaran HIV. "Kes ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan homoseksual. Kes ini mengenai lelaki Islam dengan keadaan perubatan yang dikenali sebagai GID," katanya. Hishamuddin berkata terdapat kesilapan di pihak hakim apabila tidak mengambil kira bukti perubatan yang tidak disangkal di hadapannya. Beliau berkata pihak berkuasa negeri gagal menolak laporan perubatan yang dikemukakan oleh pakar psikiatri Dr Ang Jin Kiat dan pendapat pakar perunding psikiatri Dr Deva Dass. Hishamuddin berkata mufti negeri memberikan pendapatnya apabila pertikaian ke mahkamah. "Kami ingin menjelaskan sama ada atau tidak Seksyen 66 selaras dengan ajaran Islam atau tidak bukan satu isu dalam kes ini," katanya. Peguam Aston Paiva Phillip berkata para pemohon ingin diakui sebagai seorang wanita dan berada dalam pakaian perempuan adalah manifestasi dari GID. "Menurut pakar psikiatri, mereka sebenarnya berjiwa perempuan, terperangkap dalam tubuh lelaki lalu mereka berpakaian perempuan," katanya. Paiva memberitahu mahkamah kajian perubatan menunjukkan golongan ini ingin menjadi perempuan sejak zaman kanak-kanak mereka. Beliau berkata, ini bukan pilihan anak guamnya dan GID akan kekal dalam diri mereka sehingga ke akhir hayat. "Kenapa hukum mereka untuk sesuatu yang mereka tidak pilih dan tidak boleh ubah," katanya ketika penghujahan. Para pemohon, Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Kay Yusof Wan Ismail yang merupakan wanita transgender ditangkap beberapa kali kerana melanggar enakmen negeri. Mereka akhirnya memfailkan semakan kehakiman untuk mengisytiharkan tidak berperlembagaan sebuah fatwa syariah yang melarang lelaki daripada "memakai pakaian perempuan" atau "menyamar sebagai seorang wanita" di Negeri Sembilan. Mahkamah Tinggi pada bulan Oktober 2012 memutuskan mereka perlu mematuhi undang-undang kerana mereka Muslim dan dilahirkan lelaki. Mahkamah menolak tuntutan mereka undang-undang itu adalah tidak berperlembagaan, diskriminasi dan melanggar hak asasi dan kebebasan, dan memutuskan golongan ini dan wanita Islam tidak boleh dikecualikan daripada peruntukan undang-undang syariah. Mereka bagaimanapun berpendapat ia melanggar hak asasi mereka yang termaktub dalam perlembagaan, iaitu larangan diskriminasi berdasarkan jantina, kebebasan bersuara, kebebasan bergerak, dan hak-hak untuk hidup dengan bermaruah dan berprivasi. Di bawah Seksyen 66 Akta Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, mereka yang disabitkan berpakaian silang jantina boleh dihukum sehingga enam bulan penjara, denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya. Menurut dokumen mahkamah, pemohon adalah make-up artis yang ditangkap kerana berpakaian seperti perempuan dan mengalami diskriminasi yang mendalam, gangguan dan bahkan kekerasan kerana identiti jantina mereka. Keempat mereka didiagnosis dengan GID, menjalani rawatan hormon dan menggunakan nama wanita dalam kehidupan seharian mereka. Bagaimanapun, mereka dilarang daripada mengubah pengenalan mereka dan identiti jantina dan nama feminin. Ia memberi kesan kepada kehidupan seharian, kerana dokumen rasmi diperlukan, misalnya, untuk mendapatkan pekerjaan. Pemohon berpendapat mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan Seksyen 66 berdasarkan keadaan kesihatan tanpa menderita serangan psikologi dan trauma.

apa implikasi kes ini ?
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by thtl Sat Nov 08, 2014 8:22 am

betul tu...sebab hukum pondan atau maknyah dalam Islam tak berkembang atau jumud. Masih terikat dgn kitab2 klasik yg sempit dan keras menghukum golongan celaru seks ni.
Kes maknyah ni perlu gabungan syariah dan perubatan moden (pakar DNA) utk membantu golongan maknyah yg betul2 perlukan bantuan utk menukar jantina mereka mengikut DNA sebenar mereka.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by seijiseimura84 Sat Nov 08, 2014 10:32 am

Itulah masalahnya, saya pun kadang2 mcm aik....kenapa diorang ni org2 islam emotional sgt
diorang fhm ke isu yg dibahaskan
betullah kalau ada dakwaan umat islam ni sgt emotional
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by najib76 Mon Nov 10, 2014 3:48 am

seijiseimura84 wrote:Itulah masalahnya, saya pun kadang2 mcm aik....kenapa diorang ni org2 islam emotional sgt
diorang fhm ke isu yg dibahaskan
betullah kalau ada dakwaan umat islam ni sgt emotional

siapa yang dikatakan emosi ? Hakim ? Persatuan Peguam Islam ?
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by abu_firdaus Mon Nov 10, 2014 4:56 am

maksud sheikh, dlm syariah, kita tak boleh hukum mereka ke?
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by najib76 Mon Nov 10, 2014 7:23 am

Betulkan saya jika silap ,
kes di Mahkamah Rayuan hanyalah keputusan hakim dari segi kebebasan berpakaian,
betullah semua orang bebas macam mana kita bebas bergerak dan bersuara.
Hakim buat keputusan berdasarkan perlembagaan,
dikatakan "emosi" ialah bila semua orang kalut kata tak ikut hukum allah, mengejutkan, luar biasa tu pasal apa.
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by abu_firdaus Mon Nov 10, 2014 7:29 am

dengarnya menteri nak bawa kes ni ke mahkamah persekutuan pulak, dgn kerjasama jabatan ugama wilayah & negeri2. sebab katanya, kalau ikut perlembagaan persekutuan, org islam mesti ikut mahkamah syariah.
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by thtl Mon Nov 10, 2014 9:10 am

ada dua jenis khuntsa:

1. Khuntsa Musykil kerana kecelaruan genetik. dengan ujian DNA atau pengesahan pakar perubatan, khuntsa musykil boleh ditentukan jantinanya dan seterusnya menjalani rawatan hormon dan kesudahannya ialah penukaran seks jika ada mampu membayar kos operasi, selalunya di luar negara. Golongan ni tidak boleh dihukum jika dia berpakaian sebaliknya.

2. Khuntsa jadian atau maknyah, dia lelaki tulin tapi ingin menyerupai seks yg berlawanan, lelaki ingin menjadi perempuan dan perempuan ingin menjadi tomboy. Ini yg tidak dibenar dan dilaknat.

3. Isu pakaian sepatutnya tidak dibawa ke mahkamah.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by najib76 Mon Nov 10, 2014 9:16 am

adakah kes ini memberi kesan kepada kes lain ??
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by thtl Mon Nov 10, 2014 10:23 am

kes ni sepatutnya membuka mata pihak berwajib supaya menangani isu musykil khuntsa dan isu LGBT secara berasingan...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by najib76 Mon Nov 10, 2014 10:57 am

thtl wrote:kes ni sepatutnya membuka mata pihak berwajib supaya menangani isu musykil khuntsa dan isu LGBT secara berasingan...

maknanya kes ini tiada kaitan dengan LBGT ??
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by thtl Mon Nov 10, 2014 1:11 pm

Tapi geng LGBT anggap ia suatu kejayaan buat mereka
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by najib76 Tue Nov 11, 2014 3:34 am

thtl wrote:Tapi geng LGBT anggap ia suatu kejayaan buat mereka

adakah perlu pindaan dalam perlembagaan ??
khusus dalam perkara yang disentuh oleh Hakim ...
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by najib76 Tue Nov 11, 2014 4:40 am

Mahkamah Rayuan yang membenarkan lelaki berpakaian wanita berkata pihak berkuasa agama Negeri Sembilan gagal membuktikan pendirian Islam tentang bagaimana mereka yang menghidap Masalah Identiti Gender (GID) harus berpakaian.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang mengetuai tiga panel hakim berkata, tiga individu Islam dalam kes itu bukan "lelaki normal" kerana menghidap sindrom tersebut, yang disahkan oleh pakar sakit jiwa dan ujian psikologi.

Pihak berkuasa agama Negeri Sembilan juga tidak menyanggah bukti perubatan itu, kata mahkamah melalui penghakiman bertulis keputusan pada 7 November bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan melanggar peruntukan dalam Perlembagaan.




Pihak berkuasa agama negeri memfailkan afidavit kepada Mufti Negeri Sembilan yang mengatakan Seksyen 66 yang melarang lelaki berpakaian wanita kerana ia diharamkan Islam.

"(Peguam perayu) memberikan hujah pendapat mufti gagal menekankan isu penting untuk mencabar Perlembagaan: Apa kedudukan Islam untuk etika berpakaian lelaki yang menghidap GID, seperti perayu," kata Hishamuddin dalam penghakiman bertulis yang diperolehi The Malaysian Insider.

Afidavit mufti difailkan sebagai respon kepada kaji selidik ahli sosiologi, Profesor Teh Yik Koon yang memberikan bukti sokongan sindrom yang dihidapi perayu, sebagai tambahan bagaimana Seksyen 66 memberikan kesan berbalik kepada transeksual dan masyarakat Malaysia.

Muhamad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani dan Wan Fairol Wan Ismail merupakan perayu dalam kes untuk mengisytiharkan Seksyen 66 dalam enakmen berkenaan bercanggah dengan Perlembagaan.

Pada 2013, Mahkamah Tinggi Seremban menolak permohonan semakan kehakiman mereka.

Tanpa sokongan bukti perubatan untuk menyokong hujah gila, mahkamah juga menolak dakwaan penasihat undang-undang negeri, Iskandar Ali Dewa, yang mengatakan transgender berpakaian dan berperlakuan seperti wanita mempunyai masalah mental.

"Jawapan kami kepadanya adalah, tanpa bukti perubatan, mengatakan perayu dan individu transgender lain sebagai gila adalah menghina," kata Hishamuddin.

Ali, yang mewakili pihak berkuasa agama memberitahu mahkamah pada Julai, ketiga-tiga mereka boleh mempertahankan diri kerana tidak berupaya mengetahui apa yang mereka lakukan bercanggah dengan undang-undang.

Mengikut Seksyen 11 enakmen itu, dan sama seperti Seksyen 84 Kanun Keseksaan di mana seseorang individu gagal tidak berupaya untuk mengetahui dirinya melanggar undang-undang.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya mengisytiharkan Seksyen 66 enakmen itu terbatal kerana melanggar hak dijamin Perlembagaan seperti kebebasan bersuara dan bergerak, dan hak untuk hidup bermaruah dan hidup secara saksama.

Hakim lain dalam kes ini termasuklah Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan.

Hishamudin berkata, peruntukan dalam enakmen memberikan kesan langsung kepada perayu untuk hidup dengan bermaruah dan menghalang mereka diterima menjadi anggota masyarakat.

Menurut dokumen mahkamah, ketiga-tiga mereka adalah jurumekap artis atau mak andam yang ditahan kerana berpakaian seperti perempuan dan menghadapi diskriminasi, termasuk keganasan disebabkan GID.

Hishamudin juga berkata, semua enakmen, termasuk undang-undang Islam, diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu selari dengan hak asasi seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Beliau kerkata, Artikel 74(2) di baca bersekali dengan Senarai Negeri memberikan kuasa kepada DUN untuk membuat undang-undang berkaitan Islam, akan tetapi ianya terhad kepada Perlembagaan.

"Artikel 74(3) menyatakan kuasa perundangan negeri tertakluk kepada syarat atau sekatan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata, Artikel 4 mengatakan Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di Persekutuan dan mana-mana perundangan yang tidak selari dengan dokumen itu adalah tidak sah.

Hishamuddin berkata, Perkara 11 (Artikel 5 hingga 13) Perlembagaan memberi jaminan kebebasan kepada semua rakyat Malaysia.

"Membaca Artikel 74(3) dan 4(1), jelas mengatakan undang-undang semua negeri, termasuk undang-undang Islam yang diluluskan negeri perlu konsisten dengan Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan," katanya. – 11 November, 2014.
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by najib76 Tue Nov 11, 2014 7:48 am

adakah kes ini memberi kesan kepada kes lain ??
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by thtl Tue Nov 11, 2014 9:50 am

Ya, utk lelaki yg genuine khuntsa Musykil yg telah disahkan oleh pakar perubatan
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by najib76 Tue Nov 11, 2014 10:19 am

Dr M: Fatwa mesti dikaji semula ikut keadaan

http://www.malaysiakini.com/news/280170

Dr M mahu pakar buktikan LGBT salah

http://www.malaysiakini.com/news/280168
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by thtl Tue Nov 11, 2014 1:56 pm

dr M patut tulih Tun M.
pandangan tun dalam agama matruk (maksudnya ditinggalkan pandangannya)
kalau DrM tu dr maza, OK
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by najib76 Thu Nov 13, 2014 3:29 am

Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan amat luas impikasinya termasuk membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Hamid berkata alasan-alasan yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah

"Alasan penghakiman tersebut memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara-negara sekular.




"Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi e-mel yang dihantar bagi memberi pandangan berhubung keputusan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail,30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi Perlembagaan dan undang-undang.

"Apa yang merisaukan saya ialah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.

"Bagi saya, jika mereka menerima kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu," katanya.

Tambah beliau, sebaliknya hakim tersebut merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.

"Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan," katanya.

Hamid berkata, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.

"Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku mula berlaku," kata beliau.

Hamid berkata setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes tersebut beliau mendapati peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia 'undang-undang jenayah' yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5(1)(kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara).

Seksyen 66 enakmen itu memperuntukkan adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pada 7 November lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 tersebut adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi masalah kecelaruan identiti jantina (GID).

Dalam penghakiman ringkas setebal 33 muka surat itu, Hakim Mohd Hishamudin berkata, penguatkuasaan Seksyen 66 itu akan meletakkan perayu-perayu yang mengalami GID terus hidup dalam ketidakpastian, kesengsaraan dan rasa malu.

"Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu-perayu untuk hidup secara bermaruah seperti yang dijamin oleh Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat," kata hakim. – Bernama, 12 November, 2014.

adakah Hakim di peringkat Rayuan telah terKhilaf ?
najib76
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by thtl Sun Nov 16, 2014 11:11 am

Hakim boleh berijtihad
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan Empty Re: Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum