Struktur ayat yang berbunyi seperti syirik, tetapi tidak diniatkan begitu.

View previous topic View next topic Go down

Struktur ayat yang berbunyi seperti syirik, tetapi tidak diniatkan begitu.

Post by ZulQ on Sun Nov 23, 2014 12:20 pm

Assalamualaikum,

Ini mungkin soalan ulangan cuma saya nak menyegarkan balik ilmu saya. Tolong berikan jawapan jika tidak keberatan.

Dalam kehidupan seharian kita berdepan dengan pelbagai perkataan yang bunyinya seakan tuturan yang kufur tetapi kita mengerti yang perkataan itu tidak diniatkan seperti itu. Apakah hukum untuk perkara sebegini?

"Terima kasih kerana menjayakan projek ini."

Niat: Hendak berterima kasih kepada orang yang menolong menjayakan projek. Dalam hatinya projek sekecil atau sebesar manapun Allah sahaja yang memberi izin untuk dijayakan.

"Nyawanya diselamatkan oleh pelampung tersebut".

Niat: Pelampung adalah sebab ("asbab") dia masih hidup. Itikadnya Allah sahaja yang memelihara nyawa secara mutlak.

... dan betulkah tidak boleh mengatakan "nasib baik XXXXXX"? Contohnya "Nasib baik aku tak lalu lorong tu masa balik kerja, ada kes rompakan."

Adakah ayat itu salah disisi akidah jika itikad kita nasib hanya di tangan Allah? Apakah ini pendapat orang yang terlebih analisa sesuatu ayat?

ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Re: Struktur ayat yang berbunyi seperti syirik, tetapi tidak diniatkan begitu.

Post by Ibnu Sarkawi on Sun Nov 23, 2014 6:49 pm

izinkan saya berkongsi sebuah hadis yg mgkn boleh dibincangkan bawah tajuk yg sama kerana berkait rapat :-

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Struktur ayat yang berbunyi seperti syirik, tetapi tidak diniatkan begitu.

Post by thtl on Sun Nov 23, 2014 9:45 pm

1. Siapa yg tidak berterimakasih kpd manusia tidak men syukuri Allah

مَن لا يشكرُ النَّاسَ لا يشكرُ اللهَ

terjemah: "siapa yg tidak mensyukuri manusia, tidak mensyukuri akan Allah"
الراوي: أبو هريرة المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 1954
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح
HR Termidzi, dia berkata hasa sahih.
Maka terimakasih kpd manusia yg berbuat baik kpd kita, menjayakan projek bersama, pendek kata budaya syukran atau terimakasih ini adalah fitrah dan berkait dgn syukur kpd Allah, ia tidak syirik. Hadith di atas adalah dalilnya. Urusan keduniaan memerlukan kita banyak bergantung kpd usaha berpasukan, dan jika kita meraih kejayaan, maka kita berterima kasih kpd mereka.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Struktur ayat yang berbunyi seperti syirik, tetapi tidak diniatkan begitu.

Post by thtl on Sun Nov 23, 2014 9:58 pm

2. Hukum sunatullah, sebab dan akibat, cause n effect (illat wa ma'lul) lalu ia membawa kpd perbahasan Taqdir.
Kalau kita naik kapalterbang, pramugari akan membuat demostrasi keselamatan sebelum pesawat berlepas, walaupun kita semua dah maklum tapi crew pesawat tetap menerangkan ciri2 keselamatan jika berlaku kecemasan, cthnya sentiasa memasang tali pinggang keledar dan jaket kesemalatan yg ada pada bawah tempat duduk. Begitu juga kereta, wajib pasang talipinggang keledar dan motosikal, wajib pakai helmet.
Ini semua adalah sunatullah atau sebab dan akibat. Maknanya pada sunatullah, topi keledar dapat menyelamatkan nyawa tapi takdir Allah tidak kita tahu, tali pinggang keledar dan bag udara dalam kereta dapat menyelamatkan nyawa jika accident. itu sunatullah, tapi ASWJ juga percaya kpd takdir. Misalnya kereta Mercedes yg membawa Lady Diana, england, maut dalam kemalangan sedangkan kereta tsb dilengkapi dgn pelbagai ciri keselamatan. Jika kita pegang dgn sunatullah, dan diwaktu yg sama kita juga beriman dgn takdir. Jabariah, tidak percaya kpd sebab dan akibat dan Muktazilah hanya percaya kpd asbab dan musabbab.



thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Struktur ayat yang berbunyi seperti syirik, tetapi tidak diniatkan begitu.

Post by thtl on Sun Nov 23, 2014 10:12 pm

3. Ungkapan, "nasib baik aku tidak berbuat demikian"
Ini juga isu dalam iman kpd qadha' dan qadar. cthnya ada orang yg sepatutnya menaiki pesawat malang MAS, kod MH17 dari Armsterdam-KLIA, tapi di saat akhir dia membatalkan tiketnya dan menempah dgn syarikat KLM. Maka dia melahirkan kesyukurannya kerana terselamat dari nahas tsb. Nasib baik yg dia ucapkan itu adalah takdir yang sudah ditulis di Loh Mahfudz bahawa ajalnya masih panjang lagi dan bukanlah dia ada kunci yg ghaib.
Artinya: “Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul-Kitab (Lauh Mahfuz)”.(QS. Ar-Ra’d: 39)
Artinya:” Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun”. (QS. Yunus: 49)
"Dan Dia memiliki kunci2 keghaiban yg tdk diketahuinya kecuali oleh Dia" (AQ 6 al-An'am: 59)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Struktur ayat yang berbunyi seperti syirik, tetapi tidak diniatkan begitu.

Post by ZulQ on Fri Dec 19, 2014 2:44 am

JazakAllah Khair tuan Thtl.

ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Re: Struktur ayat yang berbunyi seperti syirik, tetapi tidak diniatkan begitu.

Post by Sponsored content Today at 9:18 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum