Madad Ya Rasulullah...

View previous topic View next topic Go down

Madad Ya Rasulullah...

Post by lovebattery on Tue Nov 25, 2014 5:03 pm

Assalamualaikum wbt,

2-3 hari ni saya ada mengikuti 'perbicangan' para penuntut ilmu tentang topik seperti di atas.
antara butir2 perbincangan berkisar tentang amalan madad ya rasulullah dan status rawi malik al-dar.
sekali-sekala di kalangan mereka yg berbincang ini ada adegan 'usik-mengusik' dgn inside joke yg mana orang2 yg berkenaan je yg faham.

kandungan perbincangan sangat teknikal pada amatan saya. terminologi2 ilmu hadis digunakan secara meluas, link2 rujukan bahasa arab jadi sisipan, quote2 dari sarjana islam juga banyak dilontarkan.

ahli2 yg berbicang pun bukan calang2 orangnya.. ada yg mantan CEO sebuah forum agama yg pro-sunnah, ada juga dari kalangan asatizah yg sinonim dgn dakwah sunnah...

soalan saya, sebagai orang awam yg terhad keupayaan utk meneliti dan mengkaji, saya rasa fatwa mufti perlis sudah memadai utk menutup ruang2 khilaf amalan ini.
bagaimana pula dgn org2 yg baru belajar dan punya keinginan utk mendalami lebih lanjut tentang bab ini?

apakah guideline kpd org2 seperti saya berlaku adil dalam menilai isu ini?

dalam kes kem pro madad vs kem anti-madad, kedua2 mengeluarkan quote2 drpd sarjana2 hadis i.e. imam ahmad, ibn abi hatim, ibn hibban, al-bukhari dan banyak lagi tokoh2 hadis.

bolehkan saya buat kesimpulan dalam kes ini, dua2 kem pun betul?
terpulang kpd dari sisi mana cara penghujahan dan kefahaman mereka terhadap kaedah2 digunakan oleh para tokoh2 hadis?

adakah ini termasuk dalam khilaf yg kita boleh berlapang dada?

ataupun memang ada fatwa muktamad tentang isu ini?

saya confuse...

mohon pencerahan tuan THTL dan warga forum yg ahli...

lovebattery
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 24/09/2012

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by thtl on Tue Nov 25, 2014 6:10 pm

Bukan khilaf, tapi isu MANHAJ atau aliran. Aliran sunnah atau salafiyah paling tegar mempertahankan sunnah dan tawhid, Namun, ujud aliran mainstream, aliran yg dominan dalam dunia Islam sejak Uthmaniah, yakni aliran tareqat dan kesufian. Sufi kebiasannya aliran yg subur di timur jauh kerana kesungguhan mereka belayar menyibarkan Islam khususnya ke nusantara. Maka nusantara dikuasai oleh aliran Sufi, Ini kedudukan yg kita kena faham.

Dalam isu madad atau bertawassul dengan zat Nabi yg sudah arwah, golongan sunnah menafikan keujudannya kerana jelas sahabat tidak agi melakukan madad selepas kewafatan baginda. tapi madad adalah doktrin utama kesufian dan tareqat kerana madad merupakan intisari manhaj ini. Madad rasul itu kecik sahaja, tapi disebalik madad Nabi ialah madad wali-wali keramat atau wali qutub. Maka bagi penuntut ilmu, isu utama ialah manhaj atau aliran, anda nak pilih aliran sunnah yg tegar mempertahankan sunnah atau manhaj sufi yang mana madad dan tawassul adalah doktrin utama aliran ini. sekian

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by lovebattery on Tue Nov 25, 2014 6:44 pm

terima kasih atas penjelasan, syeikh THTL.

lovebattery
AHLI
AHLI

Posts : 22
Points : 30
Join date : 24/09/2012

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by Ibnu Sarkawi on Tue Nov 25, 2014 7:21 pm

Saya ada terbaca juga komen seorang pro-asyairah berkenaan isu madad ini. Bagi mereka(asyairah), terdapat khilaf dalam maksud penggunaan madad kerana ianya bergantung dengan niat. Namun apa yang menarik katanya lagi, jika penggunaan madad itu membawa maksud secara hakikatnya meminta pertolongan daripada Rasulullah s.a.w, maka ianya sememangnnya bermasalah. Pada pemerhatian saya sebahagian para pembela 'madad nabi' terang-terangan bermaksud hendak membela keharusan meminta pertolongan kepada Rasulullah s.a.w secara hakiki.

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by aimahmad on Wed Nov 26, 2014 3:43 am

Ibnu Sarkawi wrote:Saya ada terbaca juga komen seorang pro-asyairah berkenaan isu madad ini. Bagi mereka(asyairah), terdapat khilaf dalam maksud penggunaan madad kerana ianya bergantung dengan niat.

Kalau ikut kata mereka, niat penggunaan 'madad' macam mana yg ok tu, tuan? Ade niat yg boleh pulak?

aimahmad
AHLI
AHLI

Posts : 125
Points : 125
Join date : 29/04/2014
Location : Shah Alam

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by Ibnu Sarkawi on Wed Nov 26, 2014 4:24 am

aimahmad wrote:
Ibnu Sarkawi wrote:Saya ada terbaca juga komen seorang pro-asyairah berkenaan isu madad ini. Bagi mereka(asyairah), terdapat khilaf dalam maksud penggunaan madad kerana ianya bergantung dengan niat.

Kalau ikut kata mereka, niat penggunaan 'madad'  macam mana yg ok tu, tuan? Ade niat yg boleh pulak?

yang ok ialah yang ditakwil maknanya, saya tak berapa ikut sangat sebab ini isu bahasa arab. Cthnya kita kata kereta ni la yang banyak tolong aku, tp sebenarnya itu bukan maksudnya kerana kereta bukannya dapat memberikan pertolongan. Ianya terbuka kepada takwilan2. Namun sekarang tidak lagi menjadi isu kerana sudah terang2 para pembela madad dah guna dalil2 & hujah untuk 'mengharuskan' meminta pertolongan kepada nabi secara hakiki.

Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by saifulnd43 on Fri Dec 05, 2014 2:03 am

Di TKO skrg ader perbincang antara geng2 mau madad dgn geng2 menolak madad

saifulnd43
AHLI
AHLI

Posts : 106
Points : 182
Join date : 11/09/2013

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by abu_firdaus on Mon Dec 08, 2014 3:48 am

perkataan madad ni boleh guna utk Allah tak? "madad ya Allah" ?
adakah sama makna dgn iyyakanasta'in ?

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by thtl on Mon Dec 08, 2014 8:37 am

madad utk Allah tak payah, sebab kita boleh direct online dgn Allah Ta'ala. Isu madad ni nak guna intercession atau perantara.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by abu_firdaus on Mon Dec 08, 2014 9:08 am

jadi, maksud "madad" ni minta tolong dari pihak ketiga? bukan minta tolong direct?

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by thtl on Mon Dec 08, 2014 9:48 am

Ya madad kan di bawah tajuk istighatsah dan tawassul. Kalau direct dgn Allah dibawah Bab Berdoa.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by thtl on Mon Dec 08, 2014 10:45 am

Madad ( مَدَد ) = tolonglah, bantulah

Jika kita berdoa," Madad Ya RasuluLLah.." Tolonglah (aku/kami) ya Rasulullah"...

secara lafaz zahir, ia bermaksud meminta dari Nabi secara langsung sedangkan baginda sudah wafat.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by saifulnd43 on Mon Jan 05, 2015 8:11 am

Salam Ustaz berikut adalah dalil2 yg di gunakan oleh geng2 yg membenar Madad Rasulullah .Mohon ustaz bagi sedikit pencerahan mengenai dalil2 di bawah.

tq



"Dalil No. 1

Mengikut cacatan Al-Bukhari:

"Beberapa waktu selepas kewafatan Rasulullah, Abdullah Ibnu Umar berada di Najd lalu suatu hari kaki beliau kebas. Seseorang berkata kepada beliau, "Ingat seseorang paling kamu cintai" Lalu Ibnu Umar berkata : "Ya Muhammad ( Ya Rasulullah) " kemudian kaki beliau terus sembuh dari kebas."

[Bukhari di dalam Adab Al-Mufrad, Imam Nawawi juga mencatat Hadith ini
ini di dalam Al-Azkar. Imam Shawkani di dalam Tuhfah Az-Zakirin]



Dalil No. 2:

"Ketika pemerintahan Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq, terjadi peperangan terhadap Nabi palsu Musailamah Al-Kazzab. Ketika peperangan memuncak, kaum Muslimin terasa hilang kekuatan. Ketika itu Khalid Ibn Al-Walid dan para sahabat lain menyeru, " Ya Muhammad" kemudian mereka mara dan memenangi pertempuran tersebut.

[Bab Musailamah Al-Kazzab oleh Imam Ibnu Athir, Imam Ibn Kathir dan Imam Tabari]



Dalil No. 3:

Imam Nawawi dan Ibnu Taimiyyah juga membawakan kisah yang sama seperti itu yang terjadi kepada Abdullah Ibnu Abbas.

"Abdullah Ibnu Abbas juga pernah terjadi keadaan yang sama seperti yang terjadi kepada Ibnu Umar, iaitu kaki beliau menjadi kebas. Seseorang berkata kepada beliau supaya ingat kepada seseorang yang paling beliau cintai, lalu Ibnu Abbas berkata: "Ya Rasulullah" kemudian kaki nya yang kebas segera pulih.
[Imam Nawawi, Al-Azkar. Ibnu Taymiyyah, Al-Kalim Tayyib]



Dalil No. 4:

Di dalam Tabaqat, Imam Ibnu Sa'ad menulis:

"Selepas beberapa waktu kewafatan Nabi, Urwah Binti Abdul Mutalib (Radhiallahu Anha) berkata: : "Ya Rasulullah! Engkau lah tempat harapan kami"

[Ibnu Sa'ad, Tabaqat Ibn Saad]


Kesemua Ulama Ahlus Sunnah yang kemukakan dalil2 tersebut berhujjah bahawa terdapat bukti di dalam kisah2 tersebut akan boleh nya memohon pertolongan kepada Allah dengan menyeru nama Rasul samada menyebut "Ya Rasulullah" atau "Ya Muhammad" atau " Wahai Kekasih Allah" atau "wahai Nabiyallah" atau sebagainya.

Hakikat di sebalik seruan tersebut adalah sebagai suatu permohonan syafaat kepada Rasul agar di pohonkan pertolongan kepada Allah, BUKAN lah permohonan itu sebagai i'tiqad Rasul mempunyai kuasa. Ianya sama lah seperti engkau memohon suatu dari suadara engkau akan suatu hajat sedangkan engkau tidak sama sekali i'tiqad bahawa dia mampu menolong kamu.
"

saifulnd43
AHLI
AHLI

Posts : 106
Points : 182
Join date : 11/09/2013

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by abubakar on Mon Jan 05, 2015 9:01 am


_________________
Ya Allah ajarkanlah aku perkara yg aku masih jahil dan ingatkanlah aku mengenai apa yg aku lupa.

abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 262
Points : 314
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by thtl on Mon Jan 05, 2015 9:27 am

abu, kasi sinopsis

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by thtl on Mon Jan 05, 2015 9:39 am

Dalil no 1: dhaif, al-albani
أخرج البخاري في الأدب المفرد (1/335) حدثنا أبو نعيم قال حدثنا سفيان عن أبي إسحاق عن عبد الرحمن
بن سعد قال : خدرت رجل بن عمر فقال له رجل اذكر أحب الناس إليك فقال محمد 438 باب . قال الشيخ الألباني في التعليق [ ضعيف ]

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by thtl on Mon Jan 05, 2015 9:41 am

Dalil no 3: palsu
خدِرَت رِجلُ رجُلٍ عندَ ابنِ عبَّاسٍ رضيَ اللَّهُ عنهُما فقالَ لهُ ابنُ عبَّاسٍ: اذكُر أحبَّ النَّاسِ إليكَ. فقالَ: مُحمَّدٌ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ. فذَهَبَ خَدَرَهُ
الراوي: مجاهد بن جبر المكي المحدث: الألباني - المصدر: الكلم الطيب - الصفحة أو الرقم: 237
خلاصة حكم المحدث: موضوع

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by thtl on Mon Jan 05, 2015 9:46 am

No 2 dan no 4, sejarah dan atsar bukan dalil hukum

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by abubakar on Tue Jan 06, 2015 4:26 am

thtl wrote:abu, kasi sinopsis

Tawassul dgn jah Nabi ada diharuskan oleh sebahagian ulama' silam namun ianya tak sama dgn apa pengamalan segelintir manusia pada hari ini yg menyandarkan pegangan mereka berdasarkan ulama' silam. Kesimpulannya, kalau boleh tak perlu guna lafaz madad kerana ianya membuka pintu syirik dan pilihlah yg lebih sahih dan selamat.

Ini lah yg saya faham drpd video berkenaan.

_________________
Ya Allah ajarkanlah aku perkara yg aku masih jahil dan ingatkanlah aku mengenai apa yg aku lupa.

abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 262
Points : 314
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Re: Madad Ya Rasulullah...

Post by Sponsored content Today at 12:49 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum