BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

manhaj salafi

+2
Ibnu Sarkawi
Intan Nazirah
6 posters

Go down

manhaj salafi Empty manhaj salafi

Post by Intan Nazirah Sun Oct 19, 2014 5:43 pm

Assalammualaikum wbt
Bagaimana yg dikatakan manhaj salafi? Kenape msti berpegang pd manhaj tersebut?
Saya baru berjinak2 pkara3 ni..

Intan Nazirah
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 58
Join date : 30/05/2014

Back to top Go down

manhaj salafi Empty Re: manhaj salafi

Post by Ibnu Sarkawi Sun Oct 19, 2014 6:16 pm

bagi sy pula, istilah manhaj salafi pada masa sekarang masih sempit lantaran sikap sebahagian yg mengaku salafi. rujukan utama masih kepada tokoh2 salafi aliran saudi, malah sesetgh org(yg sudah ada phd sekalipun) menganggap bahawa tokoh salafi spt Syeikh Ibn Baaz & Syeikh Ibn Al-Utsaimin rhm sebagai salaf, bukannya salafi. dlm hadis pula sangat bgantung kpd mereka termasuk syeikh Al-Albani rhm. begitu juga dlm permasalah fiqh, pemilihan aliran agak sempit.

maka yg sebetulnya ialah "Kenapa kita mesti berpegang pada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah" iaitu menurut kefahaman salafussoleh & ahlul hadith. ianya akan memudahkn lagi kita mempelajari & memahami agama. seperti mana fiqh merentasi mazhab yg pernah dikatakan THTL, itulah kaedah yg lebih luas, lebih terbuka malah lebih tepat utk dikaitkan dgn manhaj salaf itu sendiri.

& seterusnya, sy mengulang kembali soalan pembuka thread kpd THTL & ustaz2 kita di forum ini. kenapa msti bpegang pd manhaj tersebut?
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

manhaj salafi Empty Re: manhaj salafi

Post by Intan Nazirah Sun Oct 19, 2014 6:46 pm

Sy trnmpk post sblum2 ni..tntang nk pkenalkan manhaj ni..walhal sy ingin tahu Dari mula.knapa Dan mngapa.
Cuma inginkan pencerahan

Intan Nazirah
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 58
Join date : 30/05/2014

Back to top Go down

manhaj salafi Empty Re: manhaj salafi

Post by Ibnu Sarkawi Sun Oct 19, 2014 6:56 pm

yup.. Ustaz THTL akan mberikan pencerahan tetang kenapa perlunya berpegang dgn manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di situlah permulaannya & disitulah kita akan kenal sedikit demi sedikit apa itu salafi.
Ibnu Sarkawi
Ibnu Sarkawi
AHLI
AHLI

Posts : 404
Points : 579
Join date : 06/12/2011

Back to top Go down

manhaj salafi Empty Re: manhaj salafi

Post by thtl Sun Oct 19, 2014 9:33 pm

1. manhaj salafi ni kena lihat istilah dulu.
bahasa arab, maksudnya nenek moyang
istilah: generasi sahabat, tabi'in, tabi'-tabi'in yg hidup 300 selepas kerasulan, ia generasi terbaik yg pernah dilahirkan di atas muka bumi ini.
manhaj salafi ni maksudnya cara berugama tiga generasi awal Islam

2. kenapa kena pegang manhaj salafi?
Sebab inilah metod berugama yg terbaik yang dilalui oleh generasi tsb baik dalam akidah, ibadah dan muamalah mereka.
3. manhaj salafi tsb kemudiannya dibuku dan dikembangkan menjadi 4 mazhab yg utama, maliki, hanafi, syafi'iy dan hanbali. tapi mazhab hanbali adalah yang paling kuat melaungkan manhaj salaf kerana mereka lebih kuat menggunakan hadith dan atsar sahabat berbanding mazhab hanafi dan syafi'iy yg banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah, tareqat, tasawwuf dan ijtihad pada zaman muttakhir khususnya di India dan nusantara.
4. aliran manhaj salafi ni sejak muttakhir membawa impak negatif, bila masing2 mendakwa mereka lebih salafi dari kumpulan yang lain

5. manhaj salafi bukan mazhab atau parti atau aliran atau sekte atau NGO. ia bukan manhaj Arab saudi, dakwah muhammad abd wahab atau wahabiah atau aliran imam ibn taymiyah, ibn qayyim. manhaj salafi adalah cara para sahabat beragama, kesungguhan mereka memahami agama dan cara mereka melaksanakan dalam kehidupan seharian.
maka sapa yg paling jelas ilmunya, paling kuat amalnya yang sama dgn ilmu dan amal generasi terbaik Islam, maka dialah salafi yg ori.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

manhaj salafi Empty Re: manhaj salafi

Post by abu_firdaus Mon Oct 20, 2014 6:35 am

setuju dgn ibnu sarkawi tentang manhaj yg perlu dibawa ialah manhaj ahli sunnah wal jamaah tanpa perlu diletakkan "salafi" sebagai title atau label manhaj.

kadang2 rimas juga kalau sy tgk ada yg letak nama/gelaran/nickname si pulan salafi dsb.
abu_firdaus
abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 687
Points : 709
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

manhaj salafi Empty Re: manhaj salafi

Post by thtl Mon Oct 20, 2014 6:48 am

yg letak as-salafi tu biasanya jenis jalur keras...kalau kat malaysia, dia letak, nama kemudian kat hujung asy-syafi'iy...kalau hanbali, al-hanbali..itu mmg hardcore
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

manhaj salafi Empty Re: manhaj salafi

Post by seijiseimura84 Tue Oct 21, 2014 5:02 pm

perkataan salafi dipopularkan dgn alasan bahawa ramai ahli bidaah atau aliran sesat mendakwa mereka ahli sunnah al jamaah, tp persoalannya kalau semua dakwa ahli sunnah al jamaah maka di manakah aliran yg benar

sebab tu al abani mempopularkan istilah salafi bagi membezakan yg benar dan batil, kerana golongan bidaah atau aliran sesat tidak berani mengelarkan diri mereka salafi bagi mewakili mereka ini kumpulan ini benar

namun secara kritik, sekarang ni pun dah ada salafi keras. jadi, perkataan salafi tidak semestinya mengambarkan kebenaran hakiki
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

manhaj salafi Empty Re: manhaj salafi

Post by thtl Tue Oct 21, 2014 5:34 pm

sahih doc.
abad ke 3 hijrah, munculnya istilah ASWJ kerana ada aliran syiah, khawarij, muktazilah dan jabariah/qadariah/
pada zaman albani, muncul istilah salafiyah kerana aswj dah ramai yg sesat dan melakukan bid'ah.

zaman kita, muncul pulak salafiyah yg keras.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

manhaj salafi Empty Re: manhaj salafi

Post by hafiz Tue Oct 21, 2014 5:36 pm

salafiyah yg keras ni mcm mane ye? extremist??

hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 388
Points : 709
Join date : 15/06/2013

Back to top Go down

manhaj salafi Empty Re: manhaj salafi

Post by thtl Tue Oct 21, 2014 5:39 pm

1. mudah membid'ahkan amalan org lain
2. mudah menghukum fasik,ahli bid'ah, sesat kpd individu dan organisasi
3. sibuk menjarah dan menta'dil (menilai keimanan dan kefasikan manusia)
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

manhaj salafi Empty Re: manhaj salafi

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum