Hadis Fadhilat Surah Al Ikhlas

View previous topic View next topic Go down

Hadis Fadhilat Surah Al Ikhlas

Post by khai on Wed Dec 03, 2014 9:31 am

Salam alaikum
Ade orang share mesej ni di whatsapp dan minta saya respon. kalau ade pembetulan dan penambahan harap dapat dikongsi bersama.

Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda, ”Demi Allah yang jiwa ku di genggaman-Nya, sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s". Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketika aku (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka, ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan". Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas.
Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.
Rasulullah S.A.W bersabda, "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga". (HR Qurthuby).

SubhanAllah....          
Semoga kita dapat mengamalkannya setiap waktu.

Saudaraku... TOLONG SAMPAIKAN. Sabda Rasulullah SAW,  "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."

*respon dari saya:

1. Kisah surah al ikhlas tertulis pd syp malaikat adalah palsu. Ciri2 hadis palsu adalah isi teksnya tidak logik dr sudut akal. Al quran mule ditulis setelah apabila rasulullah s.a.w menyampaikannya pd para sahabat r.a. Sblm pd itu bentuk alquran di luh mahfuz kemudian diturunkan ke langit dunia kemudian di sampaikan pd rasulullah s.a.w melalui perantaraan jibril a.s tidak diketahui dlm bentuk apa. Hanya Allah s.w.t y tahu. Ini sepakat ulama. Dan y pastiny bkn dlm bentuk tulisan. Jd amat mustahil jika surah al ikhlas sudah tertulis pd sayap malaikat sedangkan alquran hanya ditulis setelah rasulullah s.a.w sampaikan pd para shbt r.a.

2. Hadis tentang pahala dr ratusan ribu malaikat pd sesiapa y bce surah al ikhlas juga tidak sahih. Ciri2 hadis palsu apabila amalan y sedikit tp ganjaran ny melampau2. Y sahih ny adalah sabda rasulullah s.a.w y mafhumnya bace stu huruf dpt 10 kebaikan. H.r al tirmizi:2910.

3. Kisah shbt y bnama muawiyah bin muawiyah al laithi di iringi 70 rbu malaikat krn bnyk mbaca surah al ikhlas ada dlm tafsir ibn kathir dan tafsir as suyuti. Banyak y merekod hadis ni tp perekod2 hadis ni ada y bermasalah. Jd sarjana hadis ada y menghukum hadis ni palsu ada y menghukum lemah. Jd hadis ni x boleh dijadikan hujah.

4. Hadis bace surah al ikhlas mayat x busuk, kubur x sempit, malaikat bawa dgn syp lintas sirat msuk syurga adalah hadis palsu. At tabrani dan ibn mu'in kate perekod hadis ni abu al harith nasr seorang penipu dan gurunya tidak dikenali. Sisilat al ahadith al maudhu'ah:301

5. Teks hadis "siapa y smpikan stu ilmu dan org mbaca mngamalkannya maka doa dpt pahala walaupun dah mati" adalah salah. Y betul ny sabda rasulullah s.a.w: Siapa y mnyampaikan ilmu bg ny pahala org y mngamalkannya x dikurangkan dr pahala org y mengamalkannya. H.r ibn majah: 240.

khai
AHLI
AHLI

Posts : 9
Points : 17
Join date : 27/11/2014
Age : 33
Location : Gombak

Back to top Go down

Re: Hadis Fadhilat Surah Al Ikhlas

Post by thtl on Wed Dec 03, 2014 11:42 am

Like

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum