niat dalam ibadah

View previous topic View next topic Go down

niat dalam ibadah

Post by sitisu on Tue Dec 09, 2014 7:30 am

assalamualaikum.. lama dah tak jenguk sini. banyk info baru dapat. Like

1.  seperti yang saya tanya sblm ni dalam solat niat tak perlu lafaz usolli kan. tapi bagaimana pula dengan ibadah lain contoh ambil wuduk atau mandi wajib. cukup sekadar iktikad atau lafaz shj?
apa yang saya belajar, ambil wuduk ke mandi hadas ke : apabila kena sahaja air pada kulit terus niat serentak apabila air tu kena pada kulit.

2. semasa ambil wuduk tetiba kita terlintas dlm hati nak ambil wuduk semula sebab ada benda yang menghalang air pada kulit. kena ulang semula wuduk ke tu?

sitisu
AHLI
AHLI

Posts : 191
Points : 305
Join date : 04/12/2013

Back to top Go down

Re: niat dalam ibadah

Post by abu_firdaus on Tue Dec 09, 2014 8:07 am

slm,

1. sama saja. tiada lafaz. cuma niat dlm hati sebelum buat.
kecuali : utk umrah/haji saja yg ada dilafazkan.

niat ni simple saja. tak perlu pening kepala nak susun kata2 atau sebutan ayat apa yg kita nak niat dlm hati. niat tu datang sendiri saja.

contoh 1, kita dgr azan, kemudian kita pun nak solat. lalu terdetik dlm hati "oh dah masuk waktu, aku nak amik wudhu' la". kemudian kita pun amik wudhu.

contoh 2, kita jln2 lalu nampak peminta sedekah. lalu terdetik dlm hati kita "oh kesian dia, aku nak bagi sedekah la". kemudian kita keluar duit dari wallet & bagi sedekah.

begitulah maksud niat. samada niat kita itu kerana Allah atau tidak, itu Allah yg menentukan, bukan sebab kita sebut "sahaja aku...kerana Allah" terus otomatik jadi niat kerana Allah.

2. bergantung, jika anggota badan tu yg sedang kita buat, maka teruskan sapu air semula. tapi jika kita perasan anggota yg sebelum tu ada penghalang air, maka kita ulang balik mula dari anggota tersebut.

allahua'lam.

abu_firdaus
AHLI
AHLI

Posts : 688
Points : 712
Join date : 19/05/2012
Location : bdr baru bangi

Back to top Go down

Re: niat dalam ibadah

Post by sitisu on Tue Dec 09, 2014 9:20 am

ooo..... maknanya kalu kita mmg dah terdetik pun dikira niattt..
jadi kalu bab ambil wuduk dan mandi wajib tak perlulah sampai tunggu air kena pada kulit yaa..?? oh mudahnyaa! Smile

terima kasihh abu_firdaus.

sitisu
AHLI
AHLI

Posts : 191
Points : 305
Join date : 04/12/2013

Back to top Go down

Re: niat dalam ibadah

Post by Sponsored content Today at 5:20 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum