BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mimpi keluarga

Go down

Mimpi keluarga Empty Mimpi keluarga

Post by Mohamad hafiz Wed Feb 04, 2015 11:22 pm

Assalamualaikum,

Ya Ustaz, saya telah bermimpi meminjam sebuah van daripada seorang lelaki dan ibunya untuk melanggar beberapa ekor anjing, selepas melanggar beberapa anjing, saya gunakan van itu untuk pergi ke dewan peperiksaan tapi van tu jatuh sungai, saya pun kata " Apa yg berlaku ni pasti ada hikmahnya ". Saya pun tarik van tu naik tapi saya hanya mampu tarik bahagian enjin, badan van tu tenggelam. Lelaki tu pun mempelawa saya naik ke rumah sebab kebetulan tmpat van jatuh tu rumah dia.

Sejurus saya naik, keluarga lelaki tu mempelawa saya naik dan melayan saya dengan baik sekali. Ada seorang perempuan muda dan cantik dalam rumah tu bertanya kepada saya, " dah solat ? " saya kata " belum ". Perempuan tu pun tunjukkan saya tempat ambil wudhu, sedang saya jalan nak ambil wudhu, sya terjumpa seorang sheikh dan beberapa org mak cik yg kenal saya. Saya pun kata, " eh, ni rumah mak cik ? ", Mak cik tu jawab Ya. Dan sheikh tu pun peluk saya sambil kata dlm bahasa arab yg bermaksud, " ingat saya lagi ? " , Sya balas ya. Sheikh tu kata, " Ingat tak yg saya pernah ubat mata seseorang dari buta ke celik ? " Saya jawab Ya. Lepas tu azan berkumandang dan saya terus tersedar.

Apakah maksud mimpi saya Ya Ustaz ?
Untuk pengetahuan Ustaz, waktu tu nk masuk waktu maghrib, perempuan muda tu saya pernah tengok di dunia nyata tapi tak kenal nama. Dan mak cik2 tu pun sama.
Sheikh tu pulak berjanggut yg di 'dye' warna perang merah2, sya tk pernah nmpk sheikh tu sblum ni.
Mohamad hafiz
Mohamad hafiz
AHLI
AHLI

Posts : 867
Points : 1201
Join date : 23/01/2013
Age : 28
Location : Mukah

http://bloginformasiterkini.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum