retro fiqh: sebatan 50 kali di KSA

Go down

26112011

Post 

retro fiqh: sebatan 50 kali di KSA Empty retro fiqh: sebatan 50 kali di KSA




Retro Fiqh
Kategori: FiqhJinayat
Pengirim: Mazliza (M.Othman@cs.ucl.ac.uk)
Tarikh: 26 Sept 1997
Tajuk: Sebatan 500 kali di KSA

Soalan:
Saya rasa anda pernah mengikuti kes dua orang jururawat British yang dibicarakan atas tuduhan membunuh rakan sekerja di KSA. Keputusannya, salah seorang didapati bersalah membunuh dan dijatuhkan hukuman mati, manakala seorang lagi kerana bersyubahat, dijatuhkan hukuman sebatan 500X. Saya rasa pelik dengan hukum sebatan 500 kali, adakah ia benar2 ujud dalam hukum jinayah Islam? Ini kerana maksima sebatan ialah cuma 100X sahaja (kesalahan zina). Dari mana sebatan 500X itu diambil?

JAWAB:

Hukuman 500X sebatan itu adalah hukum takzir yang diambil dari madzhab Hanafi dan madzhab Maliki. Walaupun kita terkejut mendengar jumlah sebatan yang begitu banyak, namun yang sebenarnya ia hanyalah pukulan ringan sahaja, lebih ringan dari sebatan 100X ke atas pesalah had zina. Tujuan bilangan itu tidak lain untuk menimbulkan kegerunan dan ketakutan supaya kita menjaga nyawa dan jangan cuba bersubahat dalam membunuh manusia yang lain.
Begitulah dalam madzhab Hanafi, jumlah bilangan yang banyak adalah bertujuan memberi ketakutan atau takzir, namun kekuatan pukulan adalah perlahan, berbedza dengan madzhab Syafi3iy, jumlahnya sedikit, tapi pukulannya dikuatkan.

Maka mana yang lebih berat antara hukuman ke atas pezina atau pembunuh?
Cuba kita bandingkan...
100X sebatan untuk pezina bujang vs hukum rejam ke atas pezina muhshan (berkahwin); manakala hukum qishas kepada pembunuh (bunuh balas) vs 500X sebatan ke atas mereka yang bersyubahat membunuh.

Komen: thtl tidak menyatakan sebarang rujukan.

Jawapan qaul jadid:

Yang sahih, hukuman sebatan melebihi sebatan hukum hudud adalah pendapat Imam Malik dan Abu Tsaur (Hashiah Dasuqi, 4:315), ia diserahkan kpd budibicara Hakim. Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat hukum sebatan terhadap kesalahan takzir tidak boleh melebihi 40X, manakala muridnya Abu Yusof, tidak boleh melebihi 75X. Fiqh ini berasal dari Ijtihad Khalifah Umar al-Khattab ra demikian kata Ibn Qudamah dalam al-Mughni, 9:159); manakala pendapat Imam Syafi3iy ialah sama dengan Abu Hanifah (40X). Imam Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim setuju hukum sebatan ni diserahkan kpd budibicara pemerintah dan Hukama' (ahli hukum) menentukan tanpa dihadkan bilangannya (Ibn Qayyim, I'lam al-Muwaqqi3in, 2:29-30.

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Share this post on: diggdeliciousredditstumbleuponslashdotyahoogooglelive

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum