BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Membedah salahfaham salafi: geocentricity

Go down

27112011

Post 

Membedah salahfaham salafi: geocentricity Empty Membedah salahfaham salafi: geocentricity




Membedah salahfaham salafi: geocentricity Copernicus
Geocentric v Heliocentric

Baru-baru ni dalam laman web AFN (al-fikrah.net) berlaku suatu perdebatan yg hangat sekali mengenai susunan jagat raya... majoriti warga AFN menerima hakikat bahawa jagatraya (universe) adalah Heliocentric atau solar system sebagaimana yg tercetak dalam buku2 teks sains, di mana planet2 termasuk bumi mengelilingi matahari. Ia dinamakan solar system. Manakala geng salafi jalur keras, antaranya yg bernama Nawi dan Talhah meyakini alam ni adalah geocentric atau semua planet termasuk matahari mengelilingi BUMI. Yang lucunya, geng salafi hardcore menyatakan geocentric adalah berdasarkan nas. Berdasarkan nas maksudnya susunan jagatraya ni telah diterangkan melalui wahyu samada terdapat dalam ayat2 AQ atau juga as-Sunnah. Mereka turut mempromosikan sebuah buku dari Indonesia, karya Ahmad Sabiq yg begitu bersemangat menegakkan teori geocentric sebagai yg selari dgn AQ!!

Bagaimana kita nak mendamaikan dua aliran ini dan manakah teori yg lebih hampir kepada keyakinan?

---------------------al-Jawab:
Dr Zakir Naik (45 tahun, founder dan CEO IRF (Islamic Research Foundation, Mumbai, India) menjelaskan isu ini. Ia menjelaskan isu geo vs helio dalam bukunya yg berjodol, "the Qur'an & Modern Science: Compatible or Incompatible?" (AQ dan Sains Moden: Selari atau bercanggah?), terbitan Adam Publisher, Delhi:2008)

Ia memetik kata2 Einstein: "sains tanpa agama adalah kedunguan, manakala agama tanpa sains adalah kebutaan." inilah yg berlaku kpd salafi jalur keras, mereka berpegang kpd nas tanpa sains, maka jatuhlah mereka kepada kebutaan..

Dr Zakir juga berkata," AQ bukanlah kitab sains tapi kitab tanda2 (kebebesaran-Nya)". Ini juga kesilapan kaum salafi tegar, bahawa mereka melihat AQ sbg sebah kitab sains, lalu mereka mentakwil beberapa ayat tanda2 dan menetapkan itulah sains!

Geocentric atau kepercayaan bumi sebagai pusat jagatraya merupakan kepercayaan kuno sejak abad ke 2 BC yaang dikaitkan dgn Ptolemy. Hinggalah pada tahun 1512 bila Copernicus mengemukakan teori solar system dan pada tahun 1609, Kepler menerbitkan penemuannyaAsronomia Nova yang menetapkan teori Solar System yang digunapakai sekarang. Solar system adalah basis untuk pengiraan pelbagai standard yg digunapakai dalam keidupan harian kita...

kita ambik beberapa contoh ayat yg ditakwil oleh salafi tegar:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ (٣٣)
AQ 21:33. [dan Dia lah (Tuhan) Yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).]

Salafi mentakwil, ini adalah ayat yg menjadi bukti geocentric, yakni matahari dan bulan beredar mengelilingi Bumi. Sebenarnya ia adalah ayat menjelaskan matahari mmg berputar tapi bukan mengelilingi bumi, tapi ia berputar dalam orbitnya dalam sistem galaksi. Maksudnya planet2 berputar mengelilingi matahari, di waktu yg sama, matahari juga berputar.
Prof Ali al-Syabuni, KSA dalam kitabnya "Harakat al-ardh wa dauranuha: Haqiqatun Ilmiyatun Atsbataha al-Qur:an" (Gerak dan Kitaran Bumi: Hakikat Ilmiah dalam AQ)
menjelaskan ayat ni ditujukan kpd banyak planet bukan matahari dan bulan sahaja, Jika ia ditujukan kpd dua objek, maka AQ akan menggunakan lafaz dua, "yasbahaani". Tapi ayat ni menggunakan lafaz "yasbahuun" yakni merangkumi juga bumi, yg juga berputar dan beredar.

inilah bukti kesalahan kaum salafi moden dalam memahami sains. Dr Zakir dan Prof Syabooni menetapkan Sains dan AQ sentiasa releven dan tidak saling bercanggah, AQ adalah kitab tanda2, manakala sains adalah alat untuk menjelaskan tanda2 tsb..Tanda2 dalam AQ yg berjumlah 1000 ayat bersifat sains umum, Ilmu sains dan pakar2 sainslah yg akan merincikan dan ia mungkin berubah sesuai dgn zaman dan teknologi. sekian
helper
helper
Helper
Helper

Posts : 240
Points : 353
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Share this post on: reddit
- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum