Hadis berkenaan nasionalis

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Hadis berkenaan nasionalis

Post by hamba_Allah on Thu May 03, 2012 8:41 pm

First topic message reminder :

As-Salāmu `Alaykum

Saya ingin tahu status 3 hadis dibawah. Harap saya boleh mendapat statusnya disini.

“Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asobiah, bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar asobiah dan bukan dari kalngan kami yang mati atas dasar asobiah.”

Seorang sahabat bertanya:
“Apakah asobiah itu wahai Rasulullah?”

Nabi Muhammad menjawab:
“Asobiah itu ialah kamu menolong kaummu atas dasar kezaliman.”
[Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa’i]



Dalam Hadis yang ditulis oleh Misykat al masabih, Rasulullah ṣall Allāhu ʿalay-hi wa-sallam berkata :
dia yang menyeru kepada Assobiyah laksana seorang yang mengigit kemaluan ayahnya.


Dalam dua riwayat yang berbeza oleh Ibnu Al-Mubarak dalam dua kitabnya, Al-Birr dan As-Salah, bahawa terjadi ketidaksepakatan antara Abu Dzar dan Bilal. Abu Dzar berkata kepada Bilal,
"Kamu anak seorang budak hitam" Rasulullah ṣall Allāhu ʿalay-hi wa-sallam yang mendengar perkara ini sangat marah, lalu beliau mengingatkan Abu Dzar dengan bersabda: "Ini keterlaluan Abu Dzar". Orang yang ibunya berkulit putih tidak mempunyai kelebihan yang membuatnya menjadi lebih baik daripada seorang yang ibunya berkulit hitam".
Peringatan ini meninggalkan kesan yang amat dalam diri Abu Dzar. Ia kemudian meletakkan kepalanya di tanah dan bersumpah bahawa ia tidak akan mengangkatnya selagi Bilal belum menginjakkan kakinya ke atasnya.


Apakah status ketiga-tiga hadis diatas? Terima kasih.

hamba_Allah
AHLI
AHLI

Posts : 9
Points : 17
Join date : 09/02/2012

Back to top Go down


Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by thtl on Sun May 20, 2012 6:26 pm

geng salafi literal mmglah depa akan guna benda ni dalam politik..maka segala benda tak boleh termasuk nak keluar mengundi dan demokrasi. sebab demokrasi tu kufur

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by hamba_Allah on Mon May 21, 2012 12:16 am

thtl wrote:zsm,

panjang nak cerita benda ni..hehehe

tapi syaikh Hasan al-Banna banyak kupas isu nasionalisme dan wathaniah (kebangsaan dan kenegerian). kemudian syed Qutb dalam Maalim fi tariq.

dasar kebangsaan yg diamalkan sekarang, 1Malaysia, 1Indonesia, 1Saudia, 1Egypt, 1 Turkiy semuanya menyalahi dasar kesatuan Islam...

yang dibolehkah ialah wathaniah atau perasaan cintakan negeri kelahirannya. misalnya anda lahir di kalimantan, maka anda menyintai kalimantan sebagai tempat kelahiran anda...anda sokong pasukan bolasepak negeri kelantan misalnya kerana anda lahir di kelantan...

tapi dasar kebangsaan mmg tidak cocok dgn Islam sebab Islam mempromosi dasar kebangsaan berdasarkan akidah. akidah adalah dasar kebangsaan Islam.

ha saya tak faham sikit. Macamana pula dengan cintakan negara? Sokong pasukan bolasepak Malaysia? Adakah itu wathaniah atau assabiah?

Mohon penjelasan. terima kasih Smile

hamba_Allah
AHLI
AHLI

Posts : 9
Join date : 09/02/2012

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by thtl on Mon May 21, 2012 6:08 am

cintakan negara itu adalah kebangsaan

cintakan bolasepak malaysia adalah kebangsaan

jika OIC jadi khilafah islamiah, maka jika sokong bolasepak malaysia, barulah wathaniah

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by hamba_Allah on Mon May 21, 2012 2:35 pm

erm.. jadi macam mana dengan orang2 yang sokong pasukan kebangsaan tu? Dikira berdosa la ye tak?

saya masih tak faham berkenaan wathaniah. Bukankah wathaniah itu kenegerian? Ianya seperti salah satu cabang dari assobiah? Atau mungkin saya silap?

Mohon penjelasan. Sekian terima kasih.


hamba_Allah
AHLI
AHLI

Posts : 9
Points : 17
Join date : 09/02/2012

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by thtl on Mon May 21, 2012 2:52 pm

nasionalis ada nasionalis tulin dan ada nasionalis ikutan

jadi dosa dia tak sama

buat masa ni, tak boleh nak kata halal dan haram sebab semua negara di dunia ditegakkan di atas dasar nasionalis.

so, bukan masa sekarang kita nak kata haram.

wathaniah ialah perasaan cintakan negeri atau tempat kelahiran.
cth dien cintakan kerdaw dan pahang..

sama dgn Nabi yg cintakan dan rindukan Mekah tanah kelahirannya...

setakat itu saja...

dalam aspek bahasa, wathaniah dan kebangsaan di campurkan sekali. tapi dalam perbahasan detail, nasionalisma dan wathaniah atau kenegerian dibahaskan berasingan.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by zikrulmaut_sm on Mon May 21, 2012 3:27 pm

saya ada dua soalan:

1) kalau tengok perjuangan HT, mereka menentang fahaman nasionalisme secara total dan memperjuangkan global khilafah Islamiyyah.

adakah asas perjuangan mereka ni termasuk dalam al-wala' wal bara' jugak? atau termasuk dalam prinsip lain?


2) seseorang yang memiliki ilmu pengetahuan dan daya sumber yang berguna, (misalnya dalam bidang business, pendidikan, engineering, medicine, scientific, military, management, etc), ke mana hala tuju yang mereka boleh bawa dengan apa yang mereka miliki?

saya tengok, rata-rata akan mengatakan "saya akan berkhidmat demi agama, bangsa, dan negara" atau some sort of ayat macam tu.

atau menurut pendapat dari sesetengah orang pula akan mengatakan "saya akan berkhidmat untuk memajukan ummat Islam". pernyataan yang ni saya rasa kurang jelas, sebab masyarakat bukan saja ada Muslim saja, tapi ada non-Muslim saja. jadi, di mana rasionalnya mengatakan "mahu berkhidmat untuk ummat Islam"? melainkan kalau orang ini ada niat/cita-cita mahu membentuk ummat Islam sekarang kepada bentuk lebih organised seperti negara Islam atau khilafah, itu saya rasa lebih menepati statement tersebut.

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by thtl on Mon May 21, 2012 4:43 pm

1. mengujudkan khilafah itu adalah ultimate. khilafah maksudnya meletakkan semua negara2 OIC sekarang di bawah pemerintahan tunggal, khalifah. Ini adalah wawasan tertinggi sistem Politik Islam. Nak kata wala' dan bara' pun boleh tapi sistem khilafah lebih sesuai diletak dalam sistem politik atau nizam siasah.


2. retorik, "aku berkhidmaat demi agama, bangsa dan negara" adalah slogan nasionalis. atau sekarang aku berkhidmat utk 1Malaysia.

Bila khilafah tertegak, slogan yg betul utk semua orang ialah aku berkhidmat kerana Allah Taala sudah cukup. sebab inilah slogan yg diperintahkan dalam surah al-Bayyinah dan hadis pertama matan arbain an-Nawawiyah (setiap amal bermula dgn Niat)

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by zikrulmaut_sm on Mon May 21, 2012 4:51 pm

soalan 3: apa beza plan perancangan pembentukan khilafah versi HT dan pembentukan khilafah versi IM?

soalan 4: ada sebahagian orang yang saya nampak kurang berminat dengan rancangan pembentukan negara Islam/khilafah/etc. kata mereka, cukup mendakwahkan tauhid, menyampai al-Quran dan as-sunnah, dan amar makruf nahi munkar. ini pendirian yang betul atau tidak?

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by thtl on Mon May 21, 2012 6:31 pm

3. khilafah: HT vs IM

HT: top bottom (atas bawah), bermula dgn khilafah kemudian barulah daulah dan masyarakat dan akidah

IM: bottom-up (bawah atas), bermula dgn pembentukan muslim, keluarga, masyarakat, negara dan akhir sekali khilafah

HT: idealistik
IM: realistik

4. itu pendirian yg betul sebab tak guna menyebut khilafah kerana ia adalah matlamat akhir sebuah proses yg panjang. khilafah adalah isu mega dan ia kena diserahkan kpd organisasi bukan individu.

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by zikrulmaut_sm on Mon May 21, 2012 7:19 pm

soalan 5: Dalam issue khilafah, saya nampak ada dua perkara, iaitu pembentukan sistem pemerintahan khilafah dan pembentukan rakyat khilafah.

saya faham yang pembentukan sistem pemerintahan khilafah hanya mampu dilakukan oleh organisasi.

tapi untuk pembentukan rakyat khilafah, saya rasa ini macam bermasalah. sebab, tak semua orang mahukan khilafah dan mahu menjadi rakyat khilafah. mereka berpuas hati dengan sistem sedia ada yang berasaskan nasionalisme. ini termasuk juga mereka yang dalam golongan yang mendapat tarbiyyah Islam yang kelihatan hampir syumul, tapi akhirnya mereka nampak keberatan untuk menerima sebarang usaha ke arah khilafah.

jadi, bukan ke ini macam membantutkan proses tersebut? ada kerajaan tapi tak ada rakyat, susah jugak.

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by thtl on Mon May 21, 2012 7:38 pm

5. Kita kena lihat proses di Mesir. IM dalam proses terakhir utk mengambil alih proses Presiden Egypt.

Jika IM berjaya ambil alih kuasa politik, ini bermaksud rakyat Mesir telah memihak perjuangan IM ke arah menuju daulah dan khilafah. Ini adalah hasil kerja keras IM selama 85 tahun sejak 1928 (hasan al-Banna)

maksudnya, bukan semua rakyat sokong tapi majoriti rakyat sokong sudah cukup...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by hamba_Allah on Tue May 22, 2012 12:17 am

thtl wrote:nasionalis ada nasionalis tulin dan ada nasionalis ikutan

jadi dosa dia tak sama

buat masa ni, tak boleh nak kata halal dan haram sebab semua negara di dunia ditegakkan di atas dasar nasionalis.

so, bukan masa sekarang kita nak kata haram.

OK ikut apa yang saya faham, bottomline nya sokong pasukan kebangsaan itu adakah berdosa cuma dosanya berbeza?

soalan no2. Macamana pula orang yang takde kaitan tempat kelahiran macam orang Ipoh sokong Manchester city? Adakah itu wathaniah? Nampaknya macam bukan sebab dia bukan lahir di situ. Adakah itu hanya minat biasa macam orang ipoh minat mengumpul setem atau minat seseorang sebagai role model, Tariq ibn Ziyad contohnya?

Mohon penjelasan? Terima kasih.

hamba_Allah
AHLI
AHLI

Posts : 9
Points : 17
Join date : 09/02/2012

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by thtl on Tue May 22, 2012 5:43 am

dien, minat pasukan bola tu masuk bab lain....itu hobi masing-masing, nasionalisma yg kita maksudkan ialah dasar politik...cuba dien fokus kpd apa yg ada ddalam kepala org UMNO..itulah nasionalis bukan kpd peminat MU atau man city atau liverpool...atau pengumpul stem. semangat cintakan bangsa vs semangat cintakan pasukan kelab bolasepak pilihannya...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by zikrulmaut_sm on Tue May 22, 2012 7:37 am

HambaNya dengan hamba_Allah ni dua-dua nick akhi Dien ke?

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by thtl on Tue May 22, 2012 7:50 am

awat tak bole ke nak guna nama dalam MYKAD tu...hehehe
apa yg takut sangat nak guna nama yg bapak kita kasi tu...
bukan masuk jel pun dok bincang pasla agama kat cyber ni

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by Ad-Dien on Tue May 22, 2012 6:50 pm

zikrulmaut_sm wrote:HambaNya dengan hamba_Allah ni dua-dua nick akhi Dien ke?

itu bukan saya...~~~

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Hadis berkenaan nasionalis

Post by Sponsored content Today at 6:36 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum