BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Siapa dia Ikhwanul Muslimin

Go down

Siapa dia Ikhwanul Muslimin Empty Siapa dia Ikhwanul Muslimin

Post by ibnuabbas Thu May 24, 2012 8:08 pm

Siapa Dia Ikhwanul Muslimin

Ikhwanul Muslimin atau Muslimin Brotherhood ialah gerakan Islam yang ditubuhkan pada 1928 di Ismailiyah, Mesir. Merupakan gerakan perintis yang muncul selepas kejatuhan Khilafah Usmaniah pada 1924. Diasaskan oleh Hassan Al-Banna, seorang ulama muda lulusan Darul Ulum.

Gagasan asli Hassan Al-Banna diterajui olehnya dan beberapa pemimpin selepas kematiannya, seperti Sheikh Hassan Al-Hudaibi, Umar Tilmisani, Muhammad Hameed Abul Nasr, diikuti oleh Mustapha Masyhur, Mehdi Aqif dan kini …..

Ikhwanul Muslimin muncul sebagai gerakan Islam yang Berjaya, yang telah melahirkan ribuan manusia yang menjadi pimpinannya di seluruh dunia seperti;

1. Syed Qutb, Sayyid Sabiq, Abdul Kadir Audah, Hamidah Qutb dan Aminah Qutb (Mesir).
2. Rasheed Ghanousi (Tunisia)
3. Abdullah Azzam (Palestin, tetapi meninggal di Afghanistan)
4. Said Hawwa (Syria)
5. Fathi Yakan (Lubnan)
6. Dr. Yusuf Qaradhawi (dibuang dari Mesir dan menetap di Qatar)
7. Syeikh Ahmad Yassin (Pengasas Hamas di Palestin)
8. Sheikh Abdul Majid Az-Zindani (Yaman)
9. Syeikh Muhammad Mahmud Shawwaf dab Dr. Abdul Karim Zaidan (Iraq)
10. Dan ramai lagi.

Ikhwanul Muslimin membangun di Ismailiyyah, dan pada 1933, pusat kegiatan operasi Ikhwan telah dipindahkan ke Kaherah. Pada tahun 1934, Ikhwanul Muslimin telah Berjaya membuka lebih dari 50 cawangan di seluruh Mesir serentak bersamanya, Ikhwanul Muslimin menubuhkan masjid-masjid, kilang, pusat khidmat social serta sekolah-sekolah untuk mentarbiyah ahli-ahli Ikhwanul Muslimin.

Pada 1938, Ikhwanul Muslimin telah menjadi gerakan yang sangat berpengaruh di Mesir. Sehingga akhir Perang Dunia Kedua, Ikhwan telah mempunyai setengah juta pendokong, hampir 3 juta pendokong. Cawangan telah melangkaui sempadan Mesir, seperti di Jordan, Syria, Sudan, Iraq, Palestin, Lubnan, Afrika Utara, dan pengaruhnya telah menjadi model kepada gerakan lain seperti Jamiat Islami yang ditubuhkan oleh Abu A’ala Al-Maududi, yang kini banyak terdapat di India, Pakistan dan Bangladesh, Hizbul Muslimin yang dikenali dengan Pas di Tanah Melayu( sekarang Malaysia) kemudian diikuti oleh ABIM,HALUAN, JIM, ISMA (Malaysia), Parti Keadilan Sejahtera(PKS) di Indonesia dan sebagainya.

Permulaan Rintangan yang dihadapi Ikhwanul Muslimin

Pengaruhnya yang semakin hebat menyebabkan ia ditekan hebat oleh kerajaan Mesir dengan bantuan kuasa-kuasa Barat. Pada tahun 1949, Hassan Al-Banna dibunuh, serentak dengan kematiannya ribuan ahli Ikhwan meringkuk di penjara tanpa pembicaraan di mahkamah Mesir. Pada 1950, Ikhwan dibenarkan bergerak semula dengan fungsi sebagai pertubuhan agama semata-mata, namun akhirnya Ikhwan diharamkan kembali kerana menuntut pelaksanaan undang-undang Syariah di Mesir.

Pada 23 Oktober 1954, telah berlaku percubaan membunuh Jamal Abdul Nasser di Iskandariah, yang menyebabkan Ikhwan dituduh. Tuduhan yang berat menyebabkan pimpinan Ikhwan ditangkap dan diseksa di penjara. Pada 29 Ogos 1966, As-Syahid Syed Qutb dihukum gantung sampai mati bersama 4 sahabatnya.

Pada 1970, Anwar Sadat memerintah di Mesir, dan beliau diprotes keras oleh ulama-ulama Mesir dan rakyatnya kerana memeterai Perjanjian Camp David yang membawa kepada pengiktirafan Negara haram Israel. Pada September 1981, penangkapan besar-besaran terhadap 2000 ahli Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Ustaz Omar Tilmissani. Anwar Sadat terpaksa membayar dengan darahnya, apabila beliau telah mati ditembak oleh Leftenan Khalid Islambouli pada 6 Oktober 1981 kerana mengiktiraf Negara haram Israel. Pembunuhan ini dirancang dengan rapi dengan pembabitan tentera yang bersimpati terhadap Ikhwanul Muslimin.

Ikhwanul Muslimin di Eropah

Ikhwanul Muslimin tersebar luas di Eropah yang mana udara demokrasinya lebih baik dari Negara Arab, misalnya di Geneva, menantu Hassan Al-Banna, Dr. Said Ramadhan telah menyebarkan fikrah Ikhwanul Muslimin di golongan pelajar. Bersama beliau, pelarian politik Ikhwan menjadi tokoh-tokoh intelektual yang membawa kepada perkembangan pengaruh Ikhwanul Muslimin terutama di United Kingdom dan Jerman. Di sinilah berlaku pemindahan fikrah haraki kepada kader-kader Ikhwan baru, yang mencetuskan kewujudan generasi haraki dan peserta kebangkitan Islam, yang mana golongan terpelajar ini menyebarkan lagi pengaruh Ikhwanul Muslimin di Negara mereka apabila mereka kembali ke negara mereka.

Pengaruh Ikhwanul Muslimin juga tersebar melalui penulisan-penulisan dan penterjemahan buku mereka di dalam pelbagai bahasa dunia dan menjadi bahan rujukan penting dalam program pentarbiahan dan pembinaan kader-kader dakwah.

Ikhwanul Muslimin pada awal kurun 20

Ikhwanul Muslimin telah berjaya bangkit dan menjadi suara yang dihormati di Mesir apabila Berjaya memenangi 88 kerusi parlimen ketika pilihanraya Mesir pada 8 Disember 2005. Walaupun diselubungi oleh demokrasi yang tercemar teruk di Mesir bersama kejahilan rakyatnya, Ikhwan telah dianggap berjaya dan dianggap tsunami kecil di rantau Timur Tengah.

ibnuabbas
ibnuabbas
AHLI
AHLI

Posts : 30
Points : 54
Join date : 01/12/2011
Location : Klang

http://www.murabi6.wordpress.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum