Jumlah Hadis Sahih

View previous topic View next topic Go down

Jumlah Hadis Sahih

Post by ibnuabbas on Thu May 24, 2012 8:44 pm

Ibn Hajar al-Asqalani berkata dalam kitabnya "al-Nukat `Ala Ibni Solah" (m/s: 992): Abu Ja'far Muhammad bin al-Husain telah menyebutkan dalam kitabnya "al-Tamyiz" daripada Syu'bah, al-Thauri, Yahya bin Said al-Qattan, Ibnu al-Mahdi, Ahmad bin Hanbal dan lain-lain bahawa jumlah hadith-hadith yang disandarkan kepada Nabi S.A.W (iaitu hadith-hadith sahih tanpa berulang) adalah 4400 (empat ribu empat ratus) hadith.

Ini di perkuatkan lagi dgn kajian syaikh Muqbil Hadi al-Wadie yg mengumpulkan hadis2 sahih selain Bukhari dan Muslim dalam satu kitab al-Musnad al-Sahih, beliau mendapati ia berjumlah sekitar 1500+ saja.

Kalau kita tgk hadis2 dalam Bukhari/Muslim saja telah berjumlah 2900+

Jadi [2900+] + [1500+] = 4400++ jumlahnya, bertepatan dgn kata2 Salaf.

ada satu kitab berjudul Kitab al-Sunnah (hadzal kitab yahwi khulasoh sahih kutubis sunnah), terbitan tahun 2007, maktabah rusyd, saudi, 1 jilid shj. Susunan Dr. Sulaiman Dari' al-'Azimi hafizahullah. Beliau berasal dari Kuwait, pernah belajar dan dpt tazkiyah drpd Syaikh Ibn Uthaymeen rahimahullah. PhD dalam iqtisod islami dari darul ulum cairo.

Jumlah hadith yang dinukil: 4998
Manhaj penyusunan: mengumpulkan hadith2 yang diputuskan sahih oleh imam2 dahulu dan juga kemudian seperti al-dzahabi, nawawi, ibn hajar, ibn mulaqqin dan al albani, tanpa pengulangan (dari segi lafaz dan makna) & tanpa sanad penuh (rawi sohabi shj). hadith dhaif yang tidak berat kedhaifannya dan ada keperluan untuk menyatakannya juga disertakan, dan disebut siapa yang mendhaifkannya.

sini ada profil ringkas penulis/penyusun http://bofawzi.blogspot.com/p/blog-page_21.html

_________________
Kebaikan terdapat di dalam sifat mengikuti kaum Salaf,

Keburukan itu terdapat dalam sikap mengada-adakan hal yang baru kaum Khalaf.

DYQ dalam Fiqh Siyam

-
إذا جاء العالمُ الموثوقُ الإيمانِ ، المتفتحُ العقلِ ، الصائنُ اللسانِ ، البالغُ البيانِ ،المسموعُ الكلامِ ، ورأيتَهُ متطلعاً الكتبَ ، متجنباً الجدلَ ، مراعياً الخلافَ ، ميسّراً الناسَ ، فلا تتحذْه عدواً ، فإنه لِلّه وليٌ ، وللناس سراجٌ منيرٌ .

Apabila datang seorang berilmu yang diyakini imannya, terbuka pemikirannya, terpelihara lidahnya, jelas penerangannya, didengari ucapannya, dan kamu melihat dia banyak mengkaji buku-buku, menjauhi perdebatan, meraikan khilaf @perbezaan, memudahkan manusia, maka janganlah kamu mengambilnya sebagai musuh, kerana sesungguhnya pemelihara baginya Allah, dan bagi manusia dialah cahaya yang menerangi.

ibnuabbas
AHLI
AHLI

Posts : 30
Points : 54
Join date : 01/12/2011
Location : Klang

http://www.murabi6.wordpress.com

Back to top Go down

Re: Jumlah Hadis Sahih

Post by Ad-Dien on Thu May 24, 2012 9:17 pm



jazakallah, ilmu baru Smile

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jumlah Hadis Sahih

Post by Ad-Dien on Sat Dec 01, 2012 11:36 pm


As-Sual:

Hadith sahih dalam Bukhari dan Muslim hanya sekitar 2900 sahaja kah? bukan ke lebih?

_________________
عقيدة السلف اصحاب الحديث

Fb: Ad-Dien

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Jumlah Hadis Sahih

Post by thtl on Mon Dec 03, 2012 9:13 pm

lebih dien, tapi 2900 bila diasingkan dari ulangan. Ini kerana hadis2 dalam sahih BM itu berulang-ulang dalam pelbagai bab.. Maka bila diasingkan, yang tak berulang cuma 2900 shj

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Jumlah Hadis Sahih

Post by Sponsored content Today at 7:34 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum