BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SYARAH ASMA UL-HUSNA

4 posters

Go down

SYARAH ASMA UL-HUSNA Empty SYARAH ASMA UL-HUSNA

Post by NAZ Wed Jun 20, 2012 6:05 pm

Salam thtl,

Kalau tidak keberatan, boleh sambung siri Asmaul-Husna kat sini ka...dulu stop up to Al-Hakim.

Ni beri refresh....

23. al-Hakiim, الحكيم (Yang Maha Bijaksana) 1.0

الحكيم من أسمائه تعالى ، وهو ثابتٌ بالكتاب والسنة
والْحِكْمَةُ: صفةٌ ذاتيةٌ ثابتةٌ لله عَزَّ وجَلّ

al-Hakiim (Yang Maha Bijaksana) adalah salah satu nama dari Nama-nama Allah SWT, ia tsabit dari al-Kitab dan as-Sunnah.
Adapun al-Hikmah (Kebijaksanaan) adalah sifat Dzaatiah bagi nama Allah, al-Hakiim.

Dalil al-Qur'an:

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ

1. AQT 06:18 [Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-hamba-Nya. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.]

وَاللهُ عَزِيزٌ حَكِيم
2.AQT 2:228 [Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.]

Dalil as-Sunnah:

سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
[Maha Suci Allah, Tuhan alam semesta. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana] HR Muslim, no. 4862 dari Sa3ad bin Abi Waqqas ra.

syarah:
قال ابن القيم في ((النونية))(2/75) :
وهو الحكيمُ وذَاكَ من أوْصَافِه
نَوْعَانِ أيْضاَ مَا هُمَا عَدَمَانِ
حـكـم و إحـكـام و كـل منـهـمـا
نَوْعَانِ أيْضاً ثَابِتا البُرْهَانِ

Berkata Ibn Qayyim dalam Qashidah al-Nuuniyah, 2:75:

Dialah Tuhan yang Maha Bijaksana, dan itulah adalah (salah satu) sifat-Nya;

Hikmah-Nya dua jenis yang tidak pernah hilang

Hukum dan ihkam dan masing2 dari keduanya

Juga dua jenis yang ditetapkan berdasarkan petunjuk
-------------------------------------------------------------------------------------
23. al-Hakiim, الحكيم (Yang Maha Bijaksana) 2.0

قـال الهرَّاس : ((ومن أسمائـه الحسنى سبحانه : (الحكيم) ، وهو إما فعيل بمعنى فاعل ؛ أي : ذو الحكم ، وهو القضاء على الشيء بأنه كذا أو ليس كذا، أو فعيل بمعنى مفعل ، وهو الذي يُحكِم الأشياء ويتقنها ، وقيل : الحكيم ذو الحكمة ، وهي معرفة أفضل الأشياء بأفضل العلوم)).

Berkata al-Harras (Syeikh Muhammad Khalil al-Harras, w. 1975, ulama sunnah kelahiran Egypt, Jama`ah ansar as-sunnah) dalam syarh Qasyidah al-Nuuniya, al-Hakiim adalah antara nama-nama Allah yang baik.

al-Hakiim dgn wazn fa`iil dgn makna faa`il = yang memiliki hukum, bermaksud yang memberikan hukuman atau keputusan atas sesuatu bahawa ia begitu atau bukan begitu.

Atau dgn wazn fa`iil dgn makna muf`il = yang menentukan sesuatu dan memperkuatkannya.
[sapa tak faham istilah2 bahasa arab ni kena tanya Mus]

Dengan kata lain, al-Hakiim, yang mempunyai Hikmah atau kebijaksanaan yaitu pengetahuan ttg sesuatu yang paling utama dengan ilmu yang paling utama.


Syarah syaikh Dr Sa`id al-Qahthani (syarah Asma'ullahul Husna), al-Hakim adalah Yang Maha Bijaksana, yakni Allah SWT yang memiliki sifat kesempurnaan hikmah dan hukum di antara makhluknya.
Hikmah Allah SWT ada dua:

1. Hikmah dalam penciptaan, yakni Allah mencipta makhluk dengan sebaik-baik aturan dan dalam keadaan eco-system yg harmoni dan seimbang.

2. Hikmah dalam perintah dan syari'at-Nya, yakni Allah mengutus Rasul-rasul dan menurunkan Kitab-kitab yang mengandungi akidah, ibadah dan syari`at yang serba sempurna.

Rumusan: al-Hakim bermaksud, makhluk dan peraturan (syariat) berada dalam puncak ihkam (seimbang dan sempurna), kemuncaknya ialah penurunan al-Qur'an dan perutusan Muhammad saw sebagai bukti sifat Hikmah Allah SWT dari namanya al-Hakiim .

(Credit kepada : thtl al-fikrah.net)

TQ
NAZ
NAZ
Muslimah
Muslimah

Posts : 215
Points : 305
Join date : 26/11/2011
Location : De'Cini

Back to top Go down

SYARAH ASMA UL-HUSNA Empty Re: SYARAH ASMA UL-HUSNA

Post by thtl Wed Jun 20, 2012 8:03 pm

N,
tak bolehlah N, sebab nak syarah asma'ul Husna ana perlu 7 kitab rujukan. semuanya ada di USJ...e-book ada, tapi peninglah mata nak baca...

dok di Jizan ni tak boleh buat banyak sebab bebanan kerja yg tinggi...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

SYARAH ASMA UL-HUSNA Empty Re: SYARAH ASMA UL-HUSNA

Post by NAZ Thu Jun 21, 2012 6:56 am

owhhhh...banyak nyer sampai 7 kitab. patut lah seronok baca.

harap...masih mengharap lah pula; ada syarah sebulan atau 3 bulan sekali pun jadi lah jangan terus silent.
:idea:
NAZ
NAZ
Muslimah
Muslimah

Posts : 215
Points : 305
Join date : 26/11/2011
Location : De'Cini

Back to top Go down

SYARAH ASMA UL-HUSNA Empty Re: SYARAH ASMA UL-HUSNA

Post by abu_aisyah Thu Jun 21, 2012 7:48 am

off topic:pernah terjumpa buku syarah asma ul-husna oleh TGNA.tp dalam tu tiada dalil2 yg dibawa utk fadilat n hasiat asma al-husna.mmg ia ditulis oleh TGNA?
abu_aisyah
abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 759
Points : 973
Join date : 03/06/2012
Age : 37
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

https://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

SYARAH ASMA UL-HUSNA Empty Re: SYARAH ASMA UL-HUSNA

Post by Ad-Dien Thu Jun 21, 2012 8:23 am

NAZ wrote:owhhhh...banyak nyer sampai 7 kitab. patut lah seronok baca.

harap...masih mengharap lah pula; ada syarah sebulan atau 3 bulan sekali pun jadi lah jangan terus silent.
:idea:

tunggu balik malizi insyaAllah
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

SYARAH ASMA UL-HUSNA Empty Re: SYARAH ASMA UL-HUSNA

Post by NAZ Thu Jun 21, 2012 8:46 am

Tak leh kacau bila balik Malizi coz banyak urusan lain yg lebih penting. pastu nak berangkat ka Jazan semula...minda penat wooo
NAZ
NAZ
Muslimah
Muslimah

Posts : 215
Points : 305
Join date : 26/11/2011
Location : De'Cini

Back to top Go down

SYARAH ASMA UL-HUSNA Empty Re: SYARAH ASMA UL-HUSNA

Post by thtl Thu Jun 21, 2012 8:51 am

cuti lama N, dua bulan lebih...semester start 1 september

sekarang sedang tunggu greenlight jabatan..bila depa akan isu exit visa...

nak syarah kat JU tanpa rujukan, kureng sikitlah ummp dia...nanti org tanya, mana rujukan...hehehe
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

SYARAH ASMA UL-HUSNA Empty Re: SYARAH ASMA UL-HUSNA

Post by Ad-Dien Thu Jun 21, 2012 9:02 am



Balik lah epat-cepat..hehe
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

SYARAH ASMA UL-HUSNA Empty Re: SYARAH ASMA UL-HUSNA

Post by thtl Thu Jun 21, 2012 9:11 am

belum dapat greenlight lagi sebab saya kena siapkan beberapa report penting dan semalam dah siapkan semua, tunggu boss-boss JU luluskan, jika semua OK, saya siap sedia utk balik...cuma urusan visa dan tiket mungkin lembab sikit sebab JU sedang cuti sekarang, ramai staff bercuti..next week saya (IA) akan buat umrah...
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

SYARAH ASMA UL-HUSNA Empty Re: SYARAH ASMA UL-HUSNA

Post by Ad-Dien Thu Jun 21, 2012 9:25 am

thtl wrote:belum dapat greenlight lagi sebab saya kena siapkan beberapa report penting dan semalam dah siapkan semua, tunggu boss-boss JU luluskan, jika semua OK, saya siap sedia utk balik...cuma urusan visa dan tiket mungkin lembab sikit sebab JU sedang cuti sekarang, ramai staff bercuti..next week saya (IA) akan buat umrah...

macam lambat lagi je baliknye? hehe...

tak dapat lah pengalaman puasa di tanah arab.. Smile
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

SYARAH ASMA UL-HUSNA Empty Re: SYARAH ASMA UL-HUSNA

Post by thtl Thu Jun 21, 2012 9:29 am

rasanya macam tak sempat puasa di Jazan...tapi puasa di sini rasanya mmg mencabar, sebab tu pak arab tidur aje...sebelah siang...sebab panaz sangat
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

SYARAH ASMA UL-HUSNA Empty Re: SYARAH ASMA UL-HUSNA

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum