Adakah beliau "benar-benar" penyokong SYIAH ? atau apa ?

View previous topic View next topic Go down

Adakah beliau "benar-benar" penyokong SYIAH ? atau apa ?

Post by najib76 on Thu Jun 21, 2012 4:24 am

Salam..

Isu mazhab Syiah dan pertambahan pengikutnya di Malaysia timbul kembali dipercayai ada kaitan dengan hubungan Iran dan Amerika Syarikat (AS), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Katanya, tekanan terhadap pengikut mazhab itu berpunca daripada rasa tidak senang AS terhadap kerajaan Iran yang majoritinya penduduknya adalah Syiah sehingga membawa kepada tekanan terhadap mereka di seluruh dunia.

"Dahulu (waktu pemerintahan) Shah Iran, Syiah tiada masalah pun.

"Dulu Iran baik dengan Amerika tak timbul pun cerita ini. Sekarang mungkin sebab Iran dah tak baik dengan Amerika maka cerita ini timbul semula," kata Mohamad Sabu yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Timbalan presiden parti Islam itu mengulas liputan khas lima muka surat akhbar Sinar Harian semalam berkenaan perkembangan mazhab itu di Malaysia mutakhir ini.

Syiah pernah dikategorikan sebagai sesat namun kini ia dibenar untuk diamalkan di Malaysia tetapi tidak dibenar untuk disebarkan.

Walaupun bukan berasal dari Iran, majoriti penduduk negara itu adalah pengikut Syiah.

Pada masa sama, dasar luar Iran menolak campurtangan luar dalam hal-ehwal serantau dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kecuali Israel, dan Amerika Syarikat sejak kejatuhan pemerintahan Shah Iran.

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata polemik tentang gerakan Syiah di negara ini adalah isu lama yang tidak penting pun untuk dibahaskan.

"Saya pun tak tahu kenapa artikel ini timbul semula. Benda ini bukan perkara baru," katanya.

Beliau turut membidas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya dalam akhbar sama yang menyifatkan Syiah sebagai "agama politik".

"(Fathul Bari) Umno dengan PAS pun dia tak boleh nak bezakan jadi buat apa dia nak bincang (agama politik).

"Yang penting fokus perjuangan menegakkan keadilan," katanya.






petikan dari Malaysiakini.

1. Beliau penyokong Syiah atau apa ?
2. apa pandangan "bicarathtl" ttg isu ini ?
3. saya nampak isu ini sensitif sebab, ia ada kaitan dengan masalah yg berlaku di SYRIA sekarang ....
avatar
najib76
AHLI
AHLI

Posts : 233
Points : 337
Join date : 02/12/2011
Location : Johor

Back to top Go down

Re: Adakah beliau "benar-benar" penyokong SYIAH ? atau apa ?

Post by mdazam54 on Thu Jun 21, 2012 4:59 am

najib76 wrote:Salam..



"Dahulu (waktu pemerintahan) Shah Iran, Syiah tiada masalah pun.

"Dulu Iran baik dengan Amerika tak timbul pun cerita ini. Sekarang mungkin sebab Iran dah tak baik dengan Amerika maka cerita ini timbul semula," kata Mohamad Sabu yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.



la ni, Iran ngan Amerika tak baik ???? Mat Sabu, Mat Sabu,,,,, Mad

mdazam54
AHLI
AHLI

Posts : 32
Points : 36
Join date : 10/06/2012

Back to top Go down

Re: Adakah beliau "benar-benar" penyokong SYIAH ? atau apa ?

Post by Dodo Don on Thu Jun 21, 2012 7:56 am

Maksud dia isu ini ditimbulkan oleh Amerika supaya mendapat sokongan Malaysia utk menyerang Iran dan Syiria.
Orang politik akan menggunakan politik juga utk menutup sesuatu perkara.
avatar
Dodo Don
AHLI
AHLI

Posts : 210
Points : 244
Join date : 26/05/2012

Back to top Go down

Re: Adakah beliau "benar-benar" penyokong SYIAH ? atau apa ?

Post by peyoy on Fri Jun 22, 2012 7:41 am

Dodo Don wrote:Maksud dia isu ini ditimbulkan oleh Amerika supaya mendapat sokongan Malaysia utk menyerang Iran dan Syiria.
Orang politik akan menggunakan politik juga utk menutup sesuatu perkara.

US tak akan serang Iran dan Syria... depa tu adik beradik

_________________
BID'AH BUSTER. NABI SAW FIRST! TOK SYEIKH-TOK SYEIKH..LU SAPA NAK OVER (GLULUW) DRP NABI SAW.
avatar
peyoy
AHLI
AHLI

Posts : 15
Points : 19
Join date : 24/05/2012
Age : 36
Location : Ampang

Back to top Go down

Re: Adakah beliau "benar-benar" penyokong SYIAH ? atau apa ?

Post by kalepensel on Fri Jun 22, 2012 10:10 am

najib76 wrote:
Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata polemik tentang gerakan Syiah di negara ini adalah isu lama yang tidak penting pun untuk dibahaskan.

"Saya pun tak tahu kenapa artikel ini timbul semula. Benda ini bukan perkara baru," katanya.



saya benci jika disebabkan politik, akidah pun dibuat main-main. ini perkara serius
avatar
kalepensel
AHLI
AHLI

Posts : 176
Points : 260
Join date : 30/01/2012
Age : 22
Location : Kota Bharu, Kelantan

Back to top Go down

Re: Adakah beliau "benar-benar" penyokong SYIAH ? atau apa ?

Post by yat on Fri Jun 22, 2012 10:52 am

kita bako, kita bako.....
avatar
yat
Moderator
Moderator

Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011

Back to top Go down

Re: Adakah beliau "benar-benar" penyokong SYIAH ? atau apa ?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum