hukum lelaki memakai cincin

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

hukum lelaki memakai cincin

Post by abu_aisyah on Fri Jun 22, 2012 7:40 pm

First topic message reminder :

assalamualaikum,

terdapat khilaf ke status hukum diatas?

abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 30
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down


Re: hukum lelaki memakai cincin

Post by abu_aisyah on Sat Jul 07, 2012 6:25 pm

ok,jazakumullahu khairan.jadi sheikh,bagaimana?perlu sampaikan kepada penulis?

cikgu razmin,ana tak ingat pulop hadis tu.majalahnya dirumah,sekarang berada dirumah ibu.

abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Join date : 03/06/2012

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Re: hukum lelaki memakai cincin

Post by thtl on Sat Jul 07, 2012 6:39 pm

tak payah sampaikan...dia tu mmg ada pegangan sendiri...hehehe

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

pencerahan dan jawapan dari penulis stelah ana ajukan perbincangan ini#1

Post by abu_aisyah on Mon Jul 09, 2012 7:04 am

pencerahan dan jawapan dari penulis stelah ana ajukan perbincangan ini:


Hukum memakai cincin terbahagi kepada tiga fasa:

Fasa Pertama: Memakai Cincin Emas.

Rasulullah SAW pada awalnya pernah memakai cincin emas, lalu kemudian baginda membuangnya. Yakni tidak lagi memakainya. Hadis berikut menjadi rujukan:

Bahwa Rasulullah SAW pernah meminta dibuatkan cincin dari emas. Apabila beliau memakainya, beliau selalu meletakkan mata cincin tersebut pada bagian dalam telapak tangan. Kemudian para sahabat pun meniru apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Pada suatu ketika, beliau duduk di atas mimbar dan langsung menanggalkan cincin itu sambil berkata: “Dulu aku selalu mengenakan cincin ini dan meletakkan mata cincinnya di bagian dalam.” Lalu Rasulullah membuang cincin itu seraya berkata: “Demi Allah saya tidak akan memakainya lagi.” Melihat hal itu, para sahabat pun ikut membuang cincin mereka. [Shahih Muslim, no: 3898]

abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Join date : 03/06/2012

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

pencerahan dan jawapan dari penulis stelah ana ajukan perbincangan ini#2

Post by abu_aisyah on Mon Jul 09, 2012 7:04 am

Fasa Kedua: Memakai Cincin Perak:

Setelah membuang cincin emas, Rasulullah SAW memakai cincin perak dan ini diikuti oleh para sahabat. Baginda kemudian membuangnya, yakni tidak lagi memakainya. Hadis berikut menjadi rujukan:

Daripada Anas bin Malik, bahawasanya pada suatu hari dia melihat di tangan Rasulullah SAW sebuah cincin dari perak. Anas berkata: “Maka para sahabat pun saling membuat cincin dari perak dan memakainya. Kemudian Nabi membuang cincinnya, para sahabat pun ikut membuang cincin mereka.” [Shahih Muslim, no: 3905]

abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 30
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

pencerahan dan jawapan dari penulis stelah ana ajukan perbincangan ini#3

Post by abu_aisyah on Mon Jul 09, 2012 7:06 am

Fasa Ketiga: Memakai Cincin Perak Sebagai Cop Mohor.

Setelah itu Rasulullah SAW memakai cincin perak yang mata cincinnya berukir “Muhammad Rasulullah” yang baginda gunakan sebagai cop mohor surat-surat rasminya. Inilah cincin yang baginda pakai hingga akhir hayat.

Beberapa hadis berkaitan.

Dalam bab ini terdapat dua hadis lain yang seolah-olah memberi gambaran boleh memakai cincin:

Hadis Pertama:

Dari Anas bin Malik bahwa Nabi SAW membuat cincin dari perak dengan bertuliskan Muhammad Rasulullah. Beliau berkata kepada para sahabat: “Sesungguhnya aku telah membuat cincin dari perak dengan bertuliskan Muhammad Rasulullah, maka tidak boleh seorangpun memahat tulisan pada cincin seperti yang ada pada cincinku ini.” [Shahih Muslim, no: 3901]

Berdasarkan hadis ini, seolah-olah boleh memakai cincin lain asalkan tidak berukiran “Muhammad Rasulullah”.

Saya berkata, maksud hadis ini ialah seseorang itu tidak boleh membuat cincin dengan ukiran “Muhammad Rasulullah” di mata cincinnya. Namun dia boleh memakai cincin dengan ukiran lain, umpama nama sendiri “Hafiz Firdaus”. Cincin seperti ini dipakai bukan atas tujuan perhiasan tetapi pengenalan diri. Pada zaman dahulu ketika jadi peperangan, mangsa yang terbunuh lazimnya di penggal kepalanya. Maka tubuh badan mangsa dapat dikenali melalui cincin yang terukir namanya

Juga boleh bagi seorang khalifah membuat cincin yang diukir namanya sebagai cop mohor. Cincin-cincin seperti ini dipakai bukan sebagai perhiasan tetapi sebagai pengenalan diri atau cop mohor.

Hadis kedua:

Ali berkata: “Rasulullah SAW melarangku memakai cincin pada jari yang ini dan ini.” Abu Burdah berkata, Ali menunjuk jari tengah dan jari setelahnya. [Shahih Muslim, no: 3911]

Berdasarkan hadis ini, boleh memakai cincin di jari manis atau jari kelinking.

Saya berkata, kemungkinan besar hadis ini merujuk kepada fasa pertama atau kedua, di mana Rasulullah dan para sahabat memakai cincin.

abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 30
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Re: hukum lelaki memakai cincin

Post by thtl on Mon Jul 09, 2012 10:38 am

apa kesimpulannya??

penulis masih memegang pendapat lelaki haram memakai cincin sebagai perhiasan?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

kesimpulan dan penggangan penulis

Post by abu_aisyah on Mon Jul 09, 2012 6:03 pm

Hukum lelaki memakai cincin secara umum.

Terdapat beberapa pendapat tentang hukum lelaki memakai cincin, semuanya berpunca pada hadis-hadis dalam fasa kedua (Rasulullah pakai cincin perak, kemudian membuangnya).

Pendapat pertama: Lelaki boleh memakai cincin. Ini pendapat jumhur ulama’, bahkan ada yang berkata ijma’ (kesepakatan). Mereka mentakwilkan hadis-hadis dalam fasa kedua sebagai membuang cincin emas. Maksudnya Rasulullah memakai cincin perak lalu membuang cincin emas.

Pendapat kedua: Tindakan Rasulullah SAW membuang cincin perak menunjukkan ia adalah sesuatu yang tidak disukai, bererti hukumnya makruh.

Pendapat ketiga: Tindakan Rasulullah SAW membuang cincin perak menunjukkan ia adalah sesuatu yang dilarang, bererti hukumnya haram.

Saya cenderung kepada pendapat kedua kerana ia merangkumi semua hadis-hadis dalam bab ini. Namun saya menghormati pendapat pertama dan ketiga. Hanya, apabila para ulama’ menyatakan harus bagi lelaki memakai cincin perak, saya yakin ia bukanlah seperti mana cincin bertatah berlian yang menjadi cincin nikah pengantin lelaki masa kini. Ingat, soalan asal ialah berkenaan pengantin lelaki dan suami yang memakai cincin perkahwinan (wedding ring).

abu_aisyah
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 762
Points : 978
Join date : 03/06/2012
Age : 30
Location : bandar baru bangi, bandar tun razak

http://www.facebook.com/eveekids

Back to top Go down

Re: hukum lelaki memakai cincin

Post by thtl on Mon Jul 09, 2012 7:04 pm

hehehe
kenapa marah sangat dgn wedding ring ni?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: hukum lelaki memakai cincin

Post by Sponsored content Today at 11:11 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum