Retro Fiqh-Hukum kumpulan Nasyid menyertai Majlis Laghaa

Go down

29112011

Post 

Retro Fiqh-Hukum kumpulan Nasyid menyertai Majlis Laghaa Empty Retro Fiqh-Hukum kumpulan Nasyid menyertai Majlis Laghaa




Retro Fiqh

Retro Fiqh (era 1997) #3:
Kategori: Fiqh Muzik dan Nyanyian
Pengirim: Ahmad Baharuddin Abd Raffur (muntazar@swbell.net)
Forum: Msm-Net (UK)
Tarikh: 19 Sept 1997
Tajuk: Hukum kumpulan Nasyid menyertai Majlis Laghaa

Soalan:
Bagaimana kedudukannya bila kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani, dll membuat persembahan di AIM (anugrah industri Muzik). Di dalam majlis anugrah terulung komuniti seni itu ada artis2 wanita yang turut menyanyi (dalam keadaan tidak menutup aurat) dan suasana majlis yang tidak Islami.
Mungkinkan kumpulan Nasyid menggunakan kaedah fiqh spt," Bila bertembung dua kemudharatan, maka dipilih yang paling ringan mudharatnya."
Pada pandangan saya, kalau Raihan tak nyanyi pun pada majlois tsb, tak apa, kerana ruang-ruang untuk mereka menembusi masyarakat masih luas tanpa perlu bersekongkol dgn Majlis Anugrah spt AIM untuk menawan hati masyarakat dengan hiburan alternatif. Bahkan Raihan dan Rabbani mampu berdiri sendiri tanpa perlu menyertai majlis tersebut.

Jawab:
Apabila kita berbicara dengan masyarakat seni, kita tidak boleh berbicara dengan mereka atas semata-mata dalam konteks halal/haram dan hukum fiqh. Ini kerana komuniti seni hiburan amat sensitif dengan apa yang dikatakan oleh agama dari sudut hukum hakam mengenai kedudukan industri hiburan.
Dr Yusof al-Qaradhawi, dalam Fiqh Awlawiyaat (Fikih Keutamaan) membincangkan kenapa kita sebagai jurudakwah kena mendekati komuniti masyarakat seni. DYQ menyarankan beberapa solusi:

1. Kita perlu menyediakan tenaga-tenaga Muslim yang cekap, mahir dan profesional dalam bidang seni dan media, broadcasting (penyiaran), media kreatif, dan mereka yang berbakat untuk bergiat dalam bidang seni suara, muzik, teater dan perfileman yang mampu berkarya, menerbit dan megimarahkan dunia media dan penyiaran.

2. Berusaha keras mendekati masyarakat seni yang menguasai bidang hiburan dan media supaya mereka lebih cenderong kepada agama. Masih banyak di kalangan artis yang masih menjaga solat, kerap mengerjakan umrah dan haji, berpuasa dan berzakat, tapi sayang fikrah mereka terhadap Islam masih cetek.

Maka pendekatan yang betul ialah mendekati dunia artis, bukan memulau dan menjauhi atau lebih parah menghukum mereka.

Qaul jadid:
Saya tidak temui kata2 ini dalam Fiqh Awlawiyat, kemungkinan saya membacanya di website, atau Islam Online atau dalam Fatawa Mu`sirat. Namun teks asal dalam bahasa tidak ditemui. Maka ia adalah tertolak.

Pendapat saya yang baru ialah kumpulan nasyid sepatutnya tidak menyertai Majlis Anugrah Musik bercampur dengan komuniti artis komersil yang lain kerana ia adalah majlis yang dimaksudkan oleh ayat berikut:

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا


AQT 4:140 [Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam]

Di Amerika, musik aliran Gospel atau Lagu2 Berirama Injil mengadakah Malam anugrah Tahunan Gospel Musik secara berasingan dari anugrah musik pop amerika. Maka kini di Malaysia, Jakim juga telah mengadakan pesta Nasyid kebangsaan dan Majlis anugrah Carta Nasyid anjuran Radio IKIM, maka itulah pentas terbaik untuk genre musik nasyid utk bersama mereka sahaja secara berasingan dengan anugrah musik yang disifatkan oleh al-Qur:an sebagai majlis memersendakan syari`at bermula dengan acara karpet biru dan merah mereka yang dipenuhi glamor dan maksiat.

Tapi seperti kata DYQ, penasyid hendaklah bekerjasama dan mendekati artis2 yang di luar genre nasyid atau bekerjasama dgn pencipta lagu dalam rangka dakwah dan memperingati mereka supaya tidak hanyut dalam lautan seni dan glamor. WA

_________________
http://kembara-journey.blogspot.com
http://epetscorner.blogspot.com

Jihad tanpa didasari ilmu pengetahuan ibarat pedang tanpa gagang, bisa melukai (Kiai Haji Ahmad Dahlan r.h.m)
Ahmad Shamil
Ahmad Shamil
Admin
Admin

Posts : 929
Points : 1226
Join date : 24/11/2011
Age : 34
Location : Raub, Pahang

http://kembara-journey.blogspot.com

Back to top Go down

Share this post on: diggdeliciousredditstumbleuponslashdotyahoogooglelive

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum