La Tahzan 155-10: Bukti Positif Ketauhidan, مشاهد التوحيد

Go down

30062012

Post 

La Tahzan 155-10: Bukti Positif Ketauhidan, مشاهد التوحيد  Empty La Tahzan 155-10: Bukti Positif Ketauhidan, مشاهد التوحيد




Bukti Tawhid #6: mengasihi mereka yang pernah menyakiti anda.

وقال يوسُفُ إخوتِهِ:
قَالَ لاَ تَثْرَيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ يَغْفِرُ اللّهُ لَكُمْ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ


AQS Yusuf, 12:96 [Dia (Yusuf) berkata: "Pada hari ini tak ada cercaan terhadap kamu, mudah-mudahan Allah mengampuni (kamu), dan Dia adalah Maha Penyayang diantara para penyayang"].
Nota: Kisah Yusuf AS (Joseph son Jacob) antara kisah yang paling dramatik dalam al-Qur'an, pada hari kemenangan Yusuf ke atas 10 adik beradiknya yang telah berlaku kejam ketika dia masih kanak-kanak, namun Yusuf masih ada rasa kasih dan sayang kepada mereka.
Kemudian kisah Nabi saw ketika masuk semula ke kota Makkah sebagai wira padahal 10 tahun dahulu baginda terusir dan hampir dibunuh oleh penduduk Makkah.
وأعلنها - صلى الله عليه وسلم - في الملأِ فيمنْ آذاهُ وطرده وحاربه منْ كفارِ قريش ، قال : (( اذهبُوا فأنتمُ الطلقاءُ )) قالها يوم الفتحِ


terj: Nabi saw mengisytiharkan kepada orang2 kafir Quraisy yang pernah penyakiti, mengusir dan memerangi baginda. Baginda mengumumkan: "Pergilah kalian, kalian adalah bebas" pada hari Pembukaan Semula Makkah.

Takhrij:
وهذا الحديث أورده ابن إسحاق في ( السيرة ) - كما في ( سيرة ابن هشام ) 4 / 54 - 55 معضلاً
terj: hadith ini dari jalur Ibn Ishaq dalam sirah-seterusnya dalam Seerah Ibn Hisham tapi mu'dhal (ada perawi yg tidak dikenali dalam sanad). maka ia dha'if menurut Dr Akram Dhiya' al-Umuri, sahih sirah Nabawiah, ms 531. Tapi al-hafiz Ibn Hajar dalam al-Fath:
وعند بن إسحاق بإسناد حسن عن صفية بنت شيبة) : (قال الحافظ ابن حجر في الفتح 8/18
beliau berkata ia hasan isnadnya dari jalur Ibn Ishaq dari Safiyah bin Syaibah.

Dalam hadith yg lain, baginda bersabda:
ليس الشديدُ بالصُّرَعَةِ ، إنَّما الشديدُ الذي يملكُ نفسه عندَ الغضبِ

الراوي:أبو هريرة المحدث:البخاري - المصدر:صحيح البخاري- الصفحة أو الرقم:6114

terj:
"Tidaklah orang yang kuat adalah orang yang pandai bergulat, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah." (lidwa, no 5649)

myzyruz
myzyruz
Moderator
Moderator

Posts : 137
Points : 205
Join date : 25/11/2011
Age : 34
Location : Kelantan

Back to top Go down

Share this post on: diggdeliciousredditstumbleuponslashdotyahoogooglelive

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum