La Tahzan 156-3: Perhatikan Lahir dan Batin, اعتنِ بالظاهرِ والباطنِ

Go down

02072012

Post 

La Tahzan 156-3: Perhatikan Lahir dan Batin, اعتنِ بالظاهرِ والباطنِ  Empty La Tahzan 156-3: Perhatikan Lahir dan Batin, اعتنِ بالظاهرِ والباطنِ




Kebersihan luaran dapat dicapai dengan empat perkara:
زأولُ الجمالِ : الاهتمامُ بالغسلِ . وعند البخاري

Langkah Pertama:
Untuk tampil anggun, anda hendaklah memberi perhatian kepada urusan mandi-manda. Sebagaimana sebuah hadith dari al-Bukhari, dari jalur Abu Hurairah:
حقٌّ على المسلمِ أنْ يغتسل في كلِّ سبعةِ أيامٍ يوماً ، يغسلُ فيه رأسه وجسمهُ
terj:
"Sudah menjadi kewajiban bagi setiap Muslim untuk mandi pada satu hari dari setiap tujuh hari, pada hari itu dia basuh kepala dan tubuhnya." HR Bukhari, no.847 (lidwa)
هذا على أقلِّ تقديرٍ . وكان بعضُ الصالحين يغتسلُ كلَّ يومٍ مرةً كعثمان بنِ عفان فيما ورد عنهُ

terj: Mandi sekali seminggu adalah kadar minima. Namun sebahagian orang soleh mandi sekali sehari seperti yang dilakukan Khalifah Uthman bin `Affan berdasarkan riwayat mengenai beliau.

Tahqiq:
كَانَ عُثْمَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَغْتَسِلُ كُلَّ يَوْمٍ مَرَّةً مِنْ مُنْذُ أَسْلَمَ
"Uthman biasa mandi sekali dalam sehari sejak dia masuk Islam" (HR Ahmad, no 453 (lidwa), dinilai sahih oleh ahmad syakir.

Nota: Isu mandi ni amat ketara di tanah arab atau negara yang mengalami empat musim, di mana penduduknya sukar untuk mandi setiap hari, tambahan pula di tanah arab, air adalah masalah utama. Namun minima ialah seminggu sekali bagi negara-negara empat musim dan ideal sebagaimana amalan sebahagian salaf, antaranya Khalifah Uthman ialah sekali sehari. Bagi kita di Malaysia, yang mempunyai cuaca panas lembab dan air yang tiada masalah, maka mandi pada minima sekali sehari adalah suatu yang patut. Kalau mandi seminggu sekali di Malaysia, alamatnya anda tidak hygenik.
Maka mandilah...

La Tahzan 156-3: Perhatikan Lahir dan Batin, اعتنِ بالظاهرِ والباطنِ  Hot-shower-md
myzyruz
myzyruz
Moderator
Moderator

Posts : 137
Points : 205
Join date : 25/11/2011
Age : 34
Location : Kelantan

Back to top Go down

Share this post on: diggdeliciousredditstumbleuponslashdotyahoogooglelive

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum