Penjelasan tentang ayat 140 surah An-Nisaa

View previous topic View next topic Go down

Penjelasan tentang ayat 140 surah An-Nisaa

Post by ZulQ on Wed Nov 30, 2011 5:20 pm

Assalamualaikum,

Soalan saya tidak dijawab lagi di website lagi satu, diharap dapat membantu Insya-Allah.

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apa- bila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah di- ingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam. 4:140

Saya hendak menanyakan tentang aplikasi ayat ini pada zaman sekarang. Seperti sedia maklum, pengingkaran dan pengejekan tentang Islam berlaku di merata tempat dalam ruang siber jadi apakah yang dapat dimaksudkan dengan 'meninggalkan majlis'?

1. Forum biasa yang tiba-tiba ada thread tentang meghina atau mengolok-olok Islam, bolehkah kita klik untuk hanya mengetahui tentang apa yang dikata tanpa reply? Kerana untuk meninggalkan majlis, kita perlu duduk dalam majlis tersebut dulu dan memahami apa sebenarnya yang dikata, kemudian membuat keputusan untuk berhujah atau meninggalkan majlis tersebut (tekan butang 'back'). Klik boleh ke dikatakan 'duduk bersama majlis' dan tekan butang back bolehke dianggap meninggalkan majlis?

2. Komen youtube yang menghina Islam. Kita hanya nak check klip ceramah ustaz, tapi datang pula komen dari kafir harbi yang jelas hanya untuk menghina bukan untuk berhujah. Boleh ke kita ignore orang-orang sebegini dan teruskan menonton? Kerana jika kita reply pun akan dimakinya Islam (pernah berlaku kePada saya).

3. Orang kafir yang menjalani ibadat harian mereka adakah dikategorikan dalam kumPulan yang mengejek dan memerolok ayat Allah? Ini Petikan dari pendapat ustaz Emran:

Quote::

Jadi orang yang duduk dalam majlis di mana kemusyrikan atau kekufuran sedang berlangsung atau sedang dilakukan atau dilontarkan (diucapkan) dan dia duduk tanpa dipaksa dan tanpa mengingkari hal tersebut maka dia sama kafir dan musyrik seperti para pelaku kemusyrikan tersebut.

Seandainya tidak dapat mengingkari dengan lisannya, maka hal tersebut harus diingkari dengan hatinya yang berbentuk sikap meninggalkan majlis tersebut. Sungguh sebuah kesalahan fatal orang yang mengatakan: “Saya ingkar dan benci di hati saja” sedangkan dia tidak pergi meninggalkan majlis tersebut.



Memang diperakui bahawa akidah orang kafir ini najis, tetapi adakah orang kafir yang sedang menjalani ibadat mereka (niat mereka bukan hendak menghina Islam atau memprovok) dikategorikan sama seperti golongan Pada ayat 140? Ataupun ayat ini ditujukan keada orang-orang yang jelas menghina ayat Allah untuk tujuan Provokasi dan menghina?

Adakah kita tergolong dalam kumpulan tersebut jika kita memerhatikan orang kafir melakukan ibadat mereka? Kerana untuk mengingkari, kita perlu mengetahui terlebih dahulu, sama seperti golongan kafir yang mengkaji Quran dan hadis untuk menggunakannya ke atas kita, kita juga perlu tahu tentang agama mereka untuk menggunakannya ke atas mereka sebagai hujah. Bukankah begitu? Betulkan saya jika silap.

Kesimpulan:

1. Saya ingin mengetahui apa yang dapat dimaksudkan dengan "menyertai dan meninggalkan majlis" dalam era siber ini.

2. Sejauh mana skopnnya, adakah dengan melihat orang kafir melakukan ibadat mereka (bukan menyertai) pun dianggap sama seperti mereka?

Terima kasih kerana membaca.

ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Re: Penjelasan tentang ayat 140 surah An-Nisaa

Post by thtl on Thu Dec 01, 2011 6:11 am

soklan 1. Ikhtilat cyber yang menepati ayat tsb, ialah kita menjadi ahli forum tsb dan kita turut serta dalam sesi mempersenda agama. Maka pastikan zulQ berada dalam forum yg dikenali ahli-ahlinya. Jika terjumpa website dan forum yang mencela agama..report abuse atau lapuran kpd SKMM (MCMC), hantar kpd Jakim utk siasat

soklan 2: Kita tidak boleh berada dalam mana-mana majlis peribadatan orang kafir. Buat apa kita nak duduk kat situ? sebab perisytiharan berbeda ritual telah dijelaskan dalam Surah al-Kaafiruun. Kita dah ada mesjid, mereka dah ada kuil. kenapa muslim mesti berada di kuil dan kenapa mereka mesti berada di mesjid kita?

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Penjelasan tentang ayat 140 surah An-Nisaa

Post by ZulQ on Thu Dec 01, 2011 8:49 am

JazakAllah khair ke atas jawapan. Maksud saya dalam ayat #2 ialah kita menonton rancangan cara orang kafir beribadat (seperti National Geographic, nak mengenali budaya agama mereka; serba sedikit tahu tentang cara mereka menjalani kehidupan) ataupun lihat dari jauh.

Soalan #3 jika tidak keberatan:

Bagaimana pula jika menonton video yang sedang kondem umat Islam atau agama? Contohnya seperti menonton/mendengar pendapat seorang professor atheist tentang agama.

ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Re: Penjelasan tentang ayat 140 surah An-Nisaa

Post by thtl on Thu Dec 01, 2011 9:22 am

#2 tu kena guna kaedah: "al-Umuur bi maqosydihaa" maksudnya setiap perkara ditentukan oleh NIat seseorang. Kalau sekadar ilmu perbandingan agama, maka tak ada masalah.

#3: Juga dikembalikan kpd kaedah al-Umur bi maqoshidiha, kena tanya hati kita, kenapa aku menonton video tsb? for what?


thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Penjelasan tentang ayat 140 surah An-Nisaa

Post by Ad-Dien on Thu Dec 01, 2011 9:50 am

thtl wrote:#2 tu kena guna kaedah: "al-Umuur bi maqosydihaa" maksudnya setiap perkara ditentukan oleh NIat seseorang. Kalau sekadar ilmu perbandingan agama, maka tak ada masalah.

#3: Juga dikembalikan kpd kaedah al-Umur bi maqoshidiha, kena tanya hati kita, kenapa aku menonton video tsb? for what?


kaedah asas yang lima

Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 26
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Penjelasan tentang ayat 140 surah An-Nisaa

Post by ZulQ on Thu Dec 01, 2011 1:00 pm

JazakAllah khair. Jelas.

ZulQ
AHLI
AHLI

Posts : 163
Points : 244
Join date : 28/11/2011

Back to top Go down

Re: Penjelasan tentang ayat 140 surah An-Nisaa

Post by Sponsored content Today at 7:38 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum