Permasalahan aurat wanita.

View previous topic View next topic Go down

Permasalahan aurat wanita.

Post by abubakar on Wed Jul 11, 2012 7:55 pm

Apakah pendapat manhaj Salaf berkenaan dengan suruhan menutup muka (purdah,niqab dan yg seumpamanya).

Bolehkah kemukakan kpd saya pendapat Imam 4 mazhab serta pengikut mereka dalam soal ini dan hujah bg pihak yg mewajibkan kpd berpurdah dan pihak sebaliknya.

Setakat ini, saya berpegang dgn apa yg TGNA sebut iaitu aurat wanita sama mcm aurat mereka ketika menghadap Allah Taala dan pendapat Imam Malik yg mengatakan menutup muka bg wanita adalah perbuatan ghuluw. Namun akhir-akhir ini kelihatan kesedaran utk berpurdah ini kian meluas dalam masyarakat dan malangnya saya masih lg dangkal mengenai hujah utk mewajibkan/menggalakkannya.

Diharap Tuan-Tuan sekalian dpt membantu saya.

abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 262
Points : 314
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Re: Permasalahan aurat wanita.

Post by thtl on Thu Jul 12, 2012 11:36 am

AB, langsung tak der kitab rujukan ke??
Patutnya enta baca dulu dalam2 mana-mana kita fiqh dan kalau keliru baru tanya, memandangkan enta nampak ikhlas nak belajar, saya kasilah cut n paste utk enta..special punya...hehehe]

Pendapat madzhab 4:

1. Hanafi
aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua telapak tangan. Dalam satu lagi riwayat, kaki wanita juga bukan aurat.
(Abdullah al-Musili al-Hanafi, al-Ikhtiar li Ta`lil al-Mukhtar, Jilid 4; juga al-Kasani, al-Bada`iy al-Sana`iy, jilid 5)

2. Madzhab Maliki
aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan
(Hasyiah al-Sowi `ala syarh asy-Soghir, tahqiq Dr Mustafa Kamal Wasyfa, 1:289; Hasyiah al-Dasuki ala Syarh al-Kabir, 1:215' Ibn Rusyd, Hasyiah al-Mudawwanah, 1:109)

3. Madzhab Syafi`iy
Aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan dua telapak tangan (had tangan ialah sehingga pergelangan tangannya).
Madzhab syafi`iyah Khurasan dan Imam al-Muzani pula menetapkan kaki bukan aurat.
(Imam Nawawi, al-Majmu', 3: 167; Syarah al-Muhadzab, 3:173)

4. Mazhab Hanbali
ada dua:
satu: aurat perempuan adalah seluruhnya kecuali muka dan dua telapak tangan
dua: aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya
(Ibn Qudamah, al-Mughni, 1:577)

semua Imam-imam Madzhab adalah salaf, depa hidup di zaman 300 pertama hijrah

Bahagian 2:
dalil Jumhur yang kata muka dan tangan bukan aurat:
1. an-Nuur: 31

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

AQS 24:31 [dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya]
Tafsir:yang biasa nampak bagi perempuan ialah muka dan dua tapak tangannya.

2. an-Nur:31

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ


AQS 24:31 [Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya]
Tafsir: khumur (tutup kepala) yg menutup leher dan dada bukannya muka.

3. an-Nuur: 30

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ


AQS 24:30 [Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".]

tafsir: lelaki diperintahkan menundukkan pandangan, maksudnya pandangan itu di zaman salaf ialah muka perempuan dan tangan perempuan atau kaki perempuan. Ini bermakna wanita2 zaan dulu pun terdedah muka mereka, lalu Allah perintahkan lelaki supaya menundukkan pandangan. kalau perempuan semua berniqob, apa perlunya suruhan menundukkan pandangan? sedangkan wajah adalah ibu kpd segala kecantikan wanita...

dalil hadis:
"Wahai Ali, jangan kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan seterusnya. ini kerana bagi kamu pandangan pertama saja,dan bukan pandangan berikutnya." HR Jama'ah, hasan oleh al-Albani, sahih al-Jaami`, no 7953.
Ini menunjukkan wanita salaf terbuka wajah hingga Nabi suruh pandang sekali je.


Dalil2 mereka yg kata aurat wanita adalah seluruh badan tanpa kecuali. kena pakai Niqob.
1. Ahzab: 59


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
tafsir: ke seluruh tubuh dgn jilbab tu ditafsir sebagai semua sekali termasuk muka dan tangan

2.an-Nuur: 31

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

AQS 24:31 [dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya]
Tafsir Ibn mas`ood, apa yg biasa nampak hanyalah baju luar sahaja.

3. al-ahzab:53

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِن وَرَاء حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ

"Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri- isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir."
tafsir: belakang tabir itu maksudnya adalah hijab atau niqob.

Hadis Termidzi:
"Wanita adalah aurat" kata Imam Abu Isa, hadis hasan sahih.

sekian

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Permasalahan aurat wanita.

Post by abubakar on Thu Jul 12, 2012 1:53 pm

Mmg tak ada Tuan, terutama bab fiqh dgn tasauf. Yg ada cuma Fiqh Sunnah Sayyid Sabiq dan Fiqh Awlawiyat oleh DYQ saja kalau utk Fiqh. Puas juga cari bab niqabi ini dalam itu, tp tak jumpa.

Apa-apapun terima kasih kerana copy paste. Rasanya nak kena cari satu buku yg tulis pasal niqabi inilah tp kebanyakan yg ada di pasaran buku yg pro-niqabi, saya kalau boleh nak tahu semua pendapat yg ada supaya saya dpt berlaku adil.

Inilah dia penangan sejak berjinak dgn manhaj salaf ini. Dulu mudah saja taqlid, bila dah taqlid satu pendapat,pendapat lain mmg tak nak ambil tahu dah. Skrg nak buat mcm dulu mmg payah lah, rasa tak sedap jdnya.

Pendapat Tuan mcm mana mengenai isu niqabi ini mcm mana? Wajib/sunnah/haram/harus/makruh?

abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 262
Points : 314
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Re: Permasalahan aurat wanita.

Post by thtl on Thu Jul 12, 2012 2:11 pm

Niqob ni diserahkan kpd wanita berdasarkan hukum HARUS.
terpulanglah kpd wanita samada dia nak pakai atau tidak dan bergantung pula kpd majikan dia, IPT tempat dia belajar, kalau mendatangkan kesulitan, maka balik kpd hukum asal: muka dan tapak tangan bukan aurat, amalan yg lumrah dan tradisi di Malaysia sejak dulu kala.

suruh pun tak, larang pun tidak...

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Permasalahan aurat wanita.

Post by abubakar on Thu Jul 12, 2012 5:27 pm

thtl wrote:Niqob ni diserahkan kpd wanita berdasarkan hukum HARUS.
terpulanglah kpd wanita samada dia nak pakai atau tidak dan bergantung pula kpd majikan dia, IPT tempat dia belajar, kalau mendatangkan kesulitan, maka balik kpd hukum asal: muka dan tapak tangan bukan aurat, amalan yg lumrah dan tradisi di Malaysia sejak dulu kala.

suruh pun tak, larang pun tidak...

Terima kasih Tuan, perkara ini byk menimbulkan fitnah dlm masyarakat skrg, antaranya kes yg berlaku di tempat pengajian saya di mana lelaki menyamar sebagai wanita berniqab dan merompak pelajar wanita di asrama siswi, serta lelaki menyelinap masuk ke kediaman teman wanita mereka dgn melakukan penyamaran sama.

Belum masuk bab wanita yg berniqab namun bertabarruj. Betul, perempuan itu adalah fitnah besar buat lelaki namun dlm keadaan semasa ini mana yg lebih perlu. Saya ada byk lg isu yg boleh dikemukakan namun siapalah saya yg bercakap tanpa menggunakan dalil, dalam agama ini tak boleh guna logik semata-mata.

Teringat dulu seorang sheikhul azhar pernah dihentam akibat tersebarnya berita berkenaan arahannya kpd pelajar wanita supaya membuka niqab mereka, sheikhul azhar ini dikenali sebagai seorang yg pro pemerintah jd makin hebatlah kritikan yg diterimanya sedangkan menurut penjelasannya dia hanya menyuruh pelajar tersebut membukanya apabila berada bersama-sama kaum sejenis kerana tidak mahu mereka rasa terbeban dgn Islam.

Saya tidaklah anti purdah namun kebanyakan masyarakat kita mempunyai tanggapan yg pada saya kira memerlukan penjernihan semula tidak kiralah drpd pihak mana pun baik anti purdah mahupun pro purdah.

abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 262
Points : 314
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Re: Permasalahan aurat wanita.

Post by thtl on Thu Jul 12, 2012 6:31 pm

enta pro niqob ke atau wanita tak payah berniqob?
memadai buka wajah dan tangan..amalan jumhur wanita bertudung di Malaysia

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Permasalahan aurat wanita.

Post by abubakar on Thu Jul 12, 2012 7:00 pm

thtl wrote:enta pro niqob ke atau wanita tak payah berniqob?
memadai buka wajah dan tangan..amalan jumhur wanita bertudung di Malaysia

Kalau ikut saya, saya lebih berat kpd tak perlu berniqab, mungkin sbb itu sahaja ilmu yg saya ada, mana tahu ada qaul baru setelah belajar lg mengenai niqab ini. Tp kalau nak berniqab pada saya tak ada masalah, cuma pelajar di sini berpegang akan niqab itu suatu yg wajib tanpa memikirkan aspek lain contohnya keselamatan, apabila pihak kolej bertegas, nanti dikatakan kolej anti-islam, tak faham syariat dsb, tp apabila berlaku kes, pihak kolej juga yg disalahkan. Kalau setakat di asrama siswi itu saya kira kena buka lah, luar drpd itu nak pakai, pakailah walaupun kalau ikut undang-undang kolej, tak boleh.

Tp kalau kt kampung saya (Sarawak), lain pula ceritanya, saya pula yg bertungkus lumus membela niqabi kerana di kampung saya fitnah itu amatlah berleluasa terhadap mereka yg berniqab. Raya lepas, pernah ada org kampung bawa balik isteri dia yg berniqab dan apabila saya pergi rumah org beraya utk beraya, dekat sejam juga sesi memakan daging saudara sendiri berjalan tentang perempuan yg berniqab td. Byk juga rumah yg saya tuju buat benda sama. Saya cuba juga utk menegur apa yg patut, tp apalah sangat suara minoriti ini tambahan pula saya seorang yg budak lg. Mmg dgn mudah saya kena pangkah dgn veteran-veteran yg terlibat. Kampung saya pelik Tuan, kalau anak muda menyeru kepada kebaikan nti mulalah dikatakan 'ustaz' lah, apa lah, tp kalau org2 tua yg ckp benda sama, boleh pula diterima.


abubakar
AHLI
AHLI

Posts : 262
Points : 314
Join date : 06/07/2012

Back to top Go down

Re: Permasalahan aurat wanita.

Post by Sponsored content Today at 8:00 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum