BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pertanyaan sekitar solat tarawikh

4 posters

Go down

Pertanyaan sekitar solat tarawikh Empty Pertanyaan sekitar solat tarawikh

Post by Jamaludin Sat Jul 28, 2012 6:06 am

salam,

satu persoalan oleh dr. bentara dari AFN 2.0.

harap dapat diberi pencerahannya.

terima kasih.

Saya mendengar kuliah Ustaz Shamsuri beberapa hari lepas berkenaan dengan solat tarawih.

Beliau membincangkan hadith di bawah:

Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).”
--------------------------------------------------------------------------------
.

Pada malam pertama, saya bersolat di masjid UTP sebanyak 20 rakaat bersama 3 witir. Selesai jam sudah lepas sedikit 11pm. Tapi ruang berhawa dingin juga siangnya tidak berpuasa maka kekuatan tu boleh tahan lagi.

Malam berikutnya, solat di surau di rumah saya. 8 rakaat tarawih dan selepas itu ada tazkirah. Selesai tazkirah baru dilakukan solat witir 3. Saya pulang ke rumah ketika tazkirah.

Kemudian baru teringat akan hadith tersebut.

Untuk malam-malam seterusnya yang mana saya bersolat di surau tersebut, ketika tazkirah dilakukan saya menyambung tarawih saya untuk mencukupkan 20 rakaat kemudian bersama imam untuk 3 witir.

Objektif saya ialah untuk mendapatkan ganjaran dari hadith di atas.

Timbul persoalan, adakah betul perbuatan saya kerana meninggalkan tazkirah ilmu (saya melakukan tarawih ketika itu)? Sebab saya juga ada mendengar hadith bahawa mencari ilmu lebih baik dari 100 atau 1000 rakaat solat sunat.

Saya menggunakan ijtihad/lojik saya:

1. Ilmu yang disampaikan oleh para Ustaz kebanyakannya saya sudah erti.
2. Ada juga ilmu yang disampaikan lebih banyak lawak dari isi. Kadang-kadang berbau SX18.
3. Saya berpegang kepada 20 tarawih lebih mendekati sunnah (berbanding dengan 8 ).
4. Untuk menyambung lagi 12 rakaat di rumah selepas witir di surau, kelihatan tidak akan terjadi kerana tarikan di rumah lebih kepada untuk rehat dan tidur.

Kembali kepada soalan asal, apakah perbuatan saya (yang diboldkan) itu diharuskan?
Jamaludin
Jamaludin
AHLI
AHLI

Posts : 4
Points : 8
Join date : 12/06/2012
Age : 46
Location : Ipoh, Perak

Back to top Go down

Pertanyaan sekitar solat tarawikh Empty Re: Pertanyaan sekitar solat tarawikh

Post by thtl Sat Jul 28, 2012 9:35 am

takhrij hadis:

إنه من قام مع الإمام حتى ينصرف هو ، كتب له قيام ليلة

الراوي: أبو ذر الغفاري المحدث: الترمذي - المصدر: سنن الترمذي - الصفحة أو الرقم: 806
خلاصة حكم المحدث: حسن صحيح

"barangsiapa yang solat bersama Imam hingga selesai, ditulis baginya pahala qiyam semalam penuh."

Imam Abu Isa kata, hasan sahih.

fiqh: kalau Imam buat 23, anda ikuti Imam sampai selesai sampai witir.

Kedua:
mesjid buat 8R, kemudian tazkirah
anda solat tarawih sendirian ketika tazkirah disampaikan.

Kritik: Ia tidak sunnah sebab ceramah akan mengganggu khusyuk solat anda.

ketiga:
tindakan meninggalkan tazkirah itu tidak termasuk dalam majlis ilmu yg lebih baik dari 1000 rakaat tu. Tazkirah Ramadhan ni adalah inovasi juga kalau dibuat secara berterusan). Maksud fadhilat 1000 rakaat tu ialah kelas2 pengajian ilmu tulin, seperti pelajaran hadis, fiqh, tafsir...tazkirah ramadhan tak termasuk sebab ia tak ada di zaman Nabi dan khulafa' ar-rasyidin.

keempat: bilangan tarawih ialah dari 8R-setakat yg larat. Maka tak ada bukti, buat 20 lebih hampir kpd sunnah. Ia cuma ijtihad Imam besar yg 4 sahaja

ke lima: buatlah bilangan tarawih yg anda suka, jika anda memilih utk tidak menyempurnakannya bersama Imam, maka ada hadis ini sebagai penggantinya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Barangsiapa menegakkan Ramadlan karena iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (sahih Bukhari, no 36 lidwa)

jika anda selesaikan (tarawih+tazkirah+witr) bersama Imam, dapat pahala qiyam satu malam, jika anda tak selesai (tinggalkan tazkirah+witr) bersama Imam kerana depa buat tazkirah, maka anda dapat pengampunan..semuanya baik belaka.
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Pertanyaan sekitar solat tarawikh Empty Re: Pertanyaan sekitar solat tarawikh

Post by gothehome Sun Jul 29, 2012 6:05 pm

pendapat saya

asal bilangan rakaat yang di lakukan oleh Nabi saw adalah 8rakaat. terdapat riwayat menyatakan ada sahabat yang tak larat berdiri di akhir solat kerana terlalu panjang berdiri nya. Rakaat yang panjang disebab kan oleh bacaan yang panjang.

Maka itu sahabat membanyakkan bilangan rakaat hingga ke 20 atau lebih banyak dari itu dengan mengekalkan panjang ayat yang dibaca tetapi banyak masa untuk rehat antara rakaat kerana ayat lebih pendik tetapi keseluruhan solat tersebut ayat yang baca adalah sama dengan 8rakaat yang dilakukan oleh Nabi saw.

Sahabat lebih menitik beratkan banyak nya ayat yang dibaca.

wallahu'alam.

gothehome
AHLI
AHLI

Posts : 21
Points : 23
Join date : 02/06/2012

Back to top Go down

Pertanyaan sekitar solat tarawikh Empty Re: Pertanyaan sekitar solat tarawikh

Post by helper Mon Jul 30, 2012 12:09 pm

boleh tak buat solat tarawih 4 rakaat, 4 rakaat berjemaah dirumah?
helper
helper
Helper
Helper

Posts : 240
Points : 353
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Pertanyaan sekitar solat tarawikh Empty Re: Pertanyaan sekitar solat tarawikh

Post by thtl Mon Jul 30, 2012 1:25 pm

Boleh dgn beberapa syarat:
1. anda seorang qari atau pembaca AQ yg bagus
2. anda kuat disiplin, mampu solat walaupun seorang diri
3. selang seli dgn bertarawih di mesjid. tidak melakukan secara sendirian berterusan
4. Jika mesjid mengundang qari yg bagus, maka digalakkan di mesjid (ini sunnah Umar al-khattab)
5. jika anda tidak ke mesjid, ahli keluarga anda (anak dan isteri) tidak terjejas tarawih mereka. Maksudnya, depa bersolat bersama anda
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Pertanyaan sekitar solat tarawikh Empty Re: Pertanyaan sekitar solat tarawikh

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum