BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan

2 posters

Go down

Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan Empty Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan

Post by mauswah Wed Jul 18, 2012 1:22 pm

Fakta Sejarah 1: Dahulu ada seorang sultan bernama Sultan Mahmud al-Ghaznawi yang telah menegakkan tauhid dan sunnah di India. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: "Berhubung kerajaan Mahmud bin Sabaktekin termasuk kerajaan terbaik yang pernah muncul dari orang-orang sebelumnya, maka Islam dan Sunnah pun menjadi agung dalam kerajaannya. Dia memerangi orang-orang musyrik India dan melaksanakan pelbagai keadilan yang belum pernah dilakukan oleh penguasa sebelumnya. Akibatnya, Sunnah Rasulullah semakin nyata di masanya dan bid'ah-bid'ah pun sirna."(Majmu' Fatwa Ibnu Taimiyyah, 4/22)

Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan Mahmud+al-ghaznawi

Sultan Mahmud memecat khatib-khatib Syiah dan menggantikannya dengan yang Sunni. Dia adalah seorang yang berpendirian tegas dan disegani, hingga tak seorang pun berani menampakkan kemaksiatan seperti minum khamar dan bermain muzik di negaranya. Demikian pula dengan pemikiran-pemikiran muktazilah dan syiah, tak pernah lagi muncul ke permukaan. Dia juga telah menghancurkan berhala terbesar di India ketika itu yang telah menjadi pujaan orang musyrik setiap masa.

Selama tempoh tersebut, luas kawasan yang berjaya dia taklukkan adalah sama dengan yang terjadi pada zaman Umar al-Khatthab ra. Panji-panji Islam yang dia kibarkan telah mencapai pelosok negeri yang sebelumnya tidak pernah terjamah oleh kaum muslimin. Dia berjaya menegakkan syiar-syiar Islam di wilayah yang sebelumnya tak pernah terdengar lantunan ayat al-Quran dan suara azan. Maka semoga Allah merahmatinya.

Bersambung fakta sejarah 2...
mauswah
mauswah
AHLI
AHLI

Posts : 64
Points : 82
Join date : 22/05/2012

Back to top Go down

Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan Empty Re: Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan

Post by thtl Wed Jul 18, 2012 5:35 pm

:cheers:
:study:
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan Empty Re: Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan

Post by mauswah Thu Jul 19, 2012 6:48 pm

Fakta sejarah 2: Abdul Rahman al-Ghafiqi, tabiin dan panglima Islam suatu ketika dahulu pernah mencuba untuk menawan kota Tours (Perancis hari ini). Tetapi, ditakdirkan tidak berjaya. Dia syahid dalam perang tersebut. Perang Tours diibaratkan seperti Perang Uhud. Kerana di saat-saat akhir, tentera Muslim terlalai seketika dengan harta yang ada di depan mereka. Lantas, mengakibatkan keadaan kucar-kacir setelah itu dan ramai yang terkorban.

Walaupun Perancis tidak dapat ditawan seperti negara eropah yang pertama ditawan tentera Muslim iaitu Sepanyol, tetapi hasilnya kini umat Islam di Perancis jumlahnya melebihi 3 juta. Berkat dakwah yang pernah diusahakan oleh seorang ilmuwan bernama Dr Muhammad Hamidullah setelah itu di abad 20.
mauswah
mauswah
AHLI
AHLI

Posts : 64
Points : 82
Join date : 22/05/2012

Back to top Go down

Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan Empty Re: Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan

Post by mauswah Thu Jul 19, 2012 6:51 pm

Fakta sejarah 3: Dahulu pernah wujudnya Kesultanan Islam di China yang bernama Kesultanan Pingnan Guo. Pemimpinnya bernama Sultan Sulaiman Du Wenxiu. Tetapi, setelah itu kesultanan ini akhirnya dihapuskan oleh Dinasti Qing pada masa itu disebabkan orang Hui Muslim melakukan pemberontakan ke atas kerajaan yang telah menindas mereka. Akhirnya berlakulah pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan tentera Qing kepada umat Islam dengan kejam. Di bawah ini adalah cop mohor Sultan Sulaiman.

Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan 251806_503397643008689_1049285145_n
mauswah
mauswah
AHLI
AHLI

Posts : 64
Points : 82
Join date : 22/05/2012

Back to top Go down

Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan Empty Re: Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan

Post by mauswah Thu Jul 19, 2012 7:33 pm

menguasai seni Chaquan, Tai Chi dan Bajiquan. Dia sangat mahir terutama dalam melakukan Qinna, yakni teknik sergapan yang boleh mengunci sendi dan otot-otot lawan dalam persiapan melakukan serangan dahsyat, Shuaijiao. Nama yang terakhir itu adalah gaya bertarung tangan kosong yang menggabungkan prinsip Tai Chi, Hard Qigong dan Teknik Meringankan Tubuh. Dia boleh mengangkat batu berat sehingga digelar Raja Ribu Pound.

Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan Wang-Zi-Ping-1
mauswah
mauswah
AHLI
AHLI

Posts : 64
Points : 82
Join date : 22/05/2012

Back to top Go down

Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan Empty Re: Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum