SELINGKAR KISAH

Go down

SELINGKAR KISAH  Empty SELINGKAR KISAH

Post by NAZ on Sat Jul 21, 2012 4:14 am

Assalamualaikum ,

Saya nak kongsi apa yang saya dengar semasa sessi tazkirah selepas solat tarawikh.

Seorang nabi (tidak dinyatakan nama nabi tersebut)telah bermimpi dan kisah nya begini.

Dalam mimpi tersebut Allah telah memaklumkan 5 perkara kepada Nabiulllah tersebut.

1) Makan apabila berjumpa benda yang pertama dilihat apabila hendak memulakan aktiviti harian pada esok hari.

2) Sembunyikan

3) Terimalah

4) Jangan putuskan harapan

5) Lari bila ternampak sesuatu

Apabila nabi tersebut bangun dari tidur pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke arah barat seperti mana yang telah disuruh oleh Allah didalam mimpi nya. Secara kebetulan yang pertama dilihat didepan matanya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan seraya berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama apa yang aku hadapi, tapi alangkah aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” Oleh kerana teringatkan perintah yang Allah nyatakan, maka Nabi tersebut tawakkal dan berjalan menuju kearah bukit itu. Apabilah Nabiullah hendak makan bukit hitam tersebut, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu sambil mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.

Setelah kenyang, Nabi itupun meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan jongkong emas. Dia teringat akan mimpinya supaya sembunyikan jongkong emas tersebut. Dengan segera Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan jongkong emas itu, dan ditinggalkannya. Tiba-tiba jongkong emas itu terkeluar semula. Ditanamnya jongkong emas itu semula sehingga tiga kali berturut-turut nama masih lagi jongkong emas tersebut terkeluar. Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu yang Allah.” Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa memperdulikan jongkong emas itu terkeluar dari timbunan.

Sedang beliau meneruskan perjalanan, dengan tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung pipit. Burung kecil itu merayu dan berkata, “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”Mendengar rayuan burung itu, Nabi tersebut merasa kashihan dan simpati lalu dia pun mengambil burung pipit itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu setelah sekian lama. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku itu.”

Maka terkingatlah Nabi tersebut dengan pesanan dan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara tersebut. Nabi Allah tersebut akhirnya buat satu keputusan drastik dengan mengambil pisaunya lalu dipotongnya sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang tersebut. Helang pun terbang dan burung pipit tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas dari kejadian tersebut, Nabiullah telah meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia ternampak bangkai dan baunya amat busuk. Maka Nabi tersebut pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan dengan aroma dan bau yang tersangat busuk dan menyakitkan hidungnya.

Apabila Nabi tersebut telah menemui kelima-lima peristiwa seperti didalam mimpi nya, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa yang mana Nabi berkata, “Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu, ya Allah sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku maksud semuanya ini.”

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah [SWT] bahawasanya,
“Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan budi pekerti yang mulia, walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan terzahir atau nampak jua.

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat amanat yang telah diberi kepada kamu.

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka cuba dapatkan dan usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun diri sendiri berhajat.

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”

Maka kelima-lima kisah ini hendaklah kita tanamkan dan semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita seharian. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Seharusnya kita ingat bahawa mengata hal seseorang itu atau mengumpat akan menghilangkan pahala kita, apatah lagi di bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan kemulian.

Jangan sampai diakhirat nanti seseorang itu akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”

Maka berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata umpat mengumpat itu akan merugikan diri kita sendiri.

Oleh sebab itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang lain walaupun ia benar.

Sekian. Wassalam

_________________
نورعينى احمد
❤
NAZ
NAZ
Muslimah
Muslimah

Posts : 215
Points : 305
Join date : 26/11/2011
Location : De'Cini

Back to top Go down

SELINGKAR KISAH  Empty Re: SELINGKAR KISAH

Post by thtl on Sat Jul 21, 2012 10:40 am

bila di sbut Nabi je, maka ia kisah Israliyat ler tu...hehehe
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

SELINGKAR KISAH  Empty Re: SELINGKAR KISAH

Post by NAZ on Sat Jul 21, 2012 6:20 pm

owhhhh...itu tips nya yer.

_________________
نورعينى احمد
❤
NAZ
NAZ
Muslimah
Muslimah

Posts : 215
Points : 305
Join date : 26/11/2011
Location : De'Cini

Back to top Go down

SELINGKAR KISAH  Empty HADITH MENGENAI KEBERSIHAN SEPARUH DARI IMAN

Post by NAZ on Sat Jul 21, 2012 6:41 pm

Salam,

Tadi dengar tazkirah mengenai kebersihan iaitu taharah.

1. Kebersihan sebahagian iman :
a) pahala pada kebersihan - katanya berkali kali ganda . jika disukat dan nampak lah pahala pada kebersihan maka ianya melimpah ruah lah.
b) yang dikehendaki ialah meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56). Yang dimaksudkan di sini ialah wudhu’.
c) bersih dari hadas besar dan kecil ketika solat.
d) yang dimaksudkan dengan bersih itu ialah wudhu’ - menghapuskan dosa-dosa kecil.
2. Galakkan mengingati Allah ;

Pengajaran hadith

(1) lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman.

(2) Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujjah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat mizannya dan sebagainya. Sebut zikir nampak mudah tapi kenapa susah untuk dilaksanakan. Tahukah betapa besarnya pahala bila bibir dibasahi dengan zikrullah?

(3) Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan. Kepada yang bergantung harap pada Allah maka kebaikan lah diperolehi, jika kejahatan yang dipilih maka tercelah lah kerana iblis

Lebih kurang macam tu lah kisah nya.

WSLM

_________________
نورعينى احمد
❤
NAZ
NAZ
Muslimah
Muslimah

Posts : 215
Points : 305
Join date : 26/11/2011
Location : De'Cini

Back to top Go down

SELINGKAR KISAH  Empty Re: SELINGKAR KISAH

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum