Memperbetulkan salah tanggapan ketagihan nafsu

View previous topic View next topic Go down

Memperbetulkan salah tanggapan ketagihan nafsu

Post by seijiseimura84 on Sun Jul 22, 2012 7:48 pm

Semua manusia ada ketagihan masing2. Ada yg ketagihan makan, ada yg ketagihan merokok, ada yg ketagihan onani, ada ketagihan arak dan mcm2 bentuk ketagihan yg ada

Walaupun ada mcm2 kaum ketagihan, hakikatnya mekanismanya sama. Ramai kebanyakan kita apabila seseorang gagal mengatasi ketagihan, kebanyakan kita fikir, dia ni lemah iman, tidak kuat semangat, lemah, tidak bersungguh2. Sikap ini perlu diperbetulkan dan salah fhm ini perlu dibaiki. Ketagihan bukanlah disebabkan seperti dakwaan di atas.

Ketagihan ADALAH suatu SIMPTOM, PETANDA bahawa seseorang itu ada masalah dalaman, yakni dari segi emosi dan psikologi. Kebanyakan kita apabila cuba betulkan ketagihan seseorang kita hanya fokuskan kepada ketagihan tersebut semata2, cara ini adalah cara yg salah. Apa yg kita patut soalkan adalah mengapa wujud ketagihan

Ketagihan tidak lain berlaku kerana wujud sikap HELPLESS. Apabila seseorang manusia muncul suatu perasaan tidak berdaya, berasa dirinya helpless, merasakan seolah2 tiada jalan keluar akan masalah tersebut, ketika itulah seseorang itu akan melakukan ketagihan tersebut sebagai rawatan, jalan keluar terhadap perasaan helpless tersebut. Dgn kata lain, ketagihan adalah UBAT kepada sikap helpless

Oleh sebab itu, dlm menangani ketagihan, seseorang itu harus muhasabah, melihat pada diri, apa sebab2 dia merasakan helpless. Dlm muhasabah tersebut, hendaklah seseorang itu banyak muhasabah, melihat kelemahan diri, melihat di mana silapnya, melihat pd zaman kanak2 mereka sekiranya wujud trigger atau parut yg belum sembuh

Saya amik kisah Jon
Jon mempunyai parut yg lahir sejak kanak2. Sejak kanak2 , tiada org pernah mendengar rintihan hatinya. Pernah suatu ketika....apabila Jon sedang berjaya membina tugu istana permainannya...dia berkata pada mummy,,,mama tengok tugu istana yg i cipta...tp mummy response, nantilah mummy sibuk memasak ni, cuba tunjuk kat ayah. Apabila Jon memanggil ayah...ayahnya pula sibuk tengok bola. Jon merasakan rintihan hatinya tidak pernah dipeduli.

Begitu juga apabila Jon sedang dibuli abangnya dlm satu gusti....Jon menjerit kesakitan. Ayahnya pula menganggap ia satu sukan yg aktif, menghiraukan rintihan hati John

Apabila John menolong ibunya membasuh pinggan....bapanya memanggil utk tolong dia potong rumput. Tp John kata tak boleh, dia tolong mummy kerana mummy sangat sibuk melayan tetamu...tp sekali lagi ayahnya tidak hirau dan memaksa John bantunya sekali lagi menghiraukan rintihan hati John

Ini menyebabkan apabila John membesar...dia percaya...tiada sorang pun berminat mendengar rintihan hatinya. Dia tiada daya utk membantah

Pada suatu hari apabila John sudah besar.....dia membayar seorang kontraktor utk membina garragenya. Dia membayar duit tambahan kepada kontraktor supaya kerja tu dpt disiapkan. Tiba2 pd suatu masa, kontraktor tu tak datang bekerja. Kehairanan, John menelefon kontraktor tersebut dan katakan kenapa tak datang kerja....maka kontraktor tu pun kata ada masalah2 yg tak dapat diselesaikan...melainkan 2 minggu nanti baru boleh sambung. John cuba argue , tp aku dah bayar hang duit tambahan, sepatutnya u tak boleh buat i camni. Kontractor tu pun membalas....sorrylah mat....i mmg tak boleh. So john pun terima dgn pasrah. Ketika John merasa dirinya tidak berdaya....dia merasakan tiada org memahami rintihan perasaan...dia berasa helpless....ketika itulah dia bermula minum arak...tanpa dia sendri memahami. Namun apa yg dia tahu, minum arak melegakan keadaannya

Berikut adalah contoh bagaimana sikap helpless yg biasanya timbul sejak zaman kanak2 memainkan peranan dlm ketagihan. Dgn kata lain, ketagihan itu berpunca melalui perasaan helpless. Itulah punca kepada ketagihan tersebut. Walau hebat camane pun , statergi digunakan utk mengakhiri ketagihan arak tersebut, ia mungkin berjaya tp bagi tempoh yg singkat, kemudian berlaku semula. Kadang2 ia berjaya dipulihkan, tetapi walaupun pulih, mungkin dia akan memilih jalan ketagihan berbeza seperti main judi, makan.... SO isunya adalah memperbetulkan punca ketagihan tersebut dlm menilai muhasabah diri

Ironinya.....islam banyak memberi jalan penyelesaian kepada maslaah tersebut. Buku "breaking addiction karangan Lance Dodes" walaupun banyak membuka rahsia ketagihan, namun masih gagal memberi solusi yg banyak mahupun solusi bersifat mengambil masa

Islam telah memberikan solusi......
Antaranya....dlm islam sudah pun beri jalan...apabila sedih, ingatlah Allah. Kerana hanya melalui peringatan kepada Allah seorang manusia hatinya berbahagia. Hanya dgn menyembuhkan perasaan duka dapat mencegah perasaan ketagihan ini muncul.

Malah kalau kita lihat masalah john di atas....sebab John bersikap helpless....kerana dia memikirkan tiada jalan keluar...tiada jalan alternatif kepada masalahnya. Ini ternyata adalah sikap org yg berputus asa dgn rahmat Allah. Bagi org yg yakin pd rahmat Allah, dia yakin bahawa setiap masalah pasti ada solusinya....dan Allah pasti dpt membantunya

Apatah lagi, John mungkin seorang yg tidak mampu menerima keadaan takdir yg berlaku menyebabkan dia tidak redha keadaannya yg menimpanya, sejak kecil dan kini.

John juga didapati kurang bersyukur....kerana bagi manusia yg ditimpa kesusahan, apabila dia memikirkan benda yg telah allah anugerahkan dan bersyukur, pasti melalui pemikiran bersyukur itu, dia akan berhenti memikirkan negatif

Sebenarnya banyak lagi telah islam tunjjukkan. Terpulang kepada pembaca apa yg ingin tambahkan

Kesimpulannya yg saya ingin tekankan, apabila seseorang terlibat dgn ketagihan yg tidak henti2. Jgn kita hanya fokuskan kepada ketagihan tersebut. Kita fokus kan kepada punca ketaguhan tersebut yg bersifat emotional, psychologial. Dan sebagai org islam kita harus memperbetulkan ketauhidannya, keimannya pada qada dan qadar, cuba menerapkan nilai bersyukur, dan mendidik utk berbaik sangka pada Allah.. Moga2han dgn jalan ini , kita dpt didik lebih ramai org yg ketagihan nafseu memberhentikan kegiatan mereka. Didiklah org tersebut...apabila berduka, jgn cari nafsu sebagai ubat, tp carilah Allah sebagai ubat bersesuaian dgn statement quran mengatakan jgnlah engkau menjadikan nafsu sebagai tuhanmu, tp jadikanlah aku sebagai tuhan mu (wallahulam tak ingat surah mana)

seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Re: Memperbetulkan salah tanggapan ketagihan nafsu

Post by delima on Mon Jul 23, 2012 3:13 am

Sedih baca cerita ni..
Anak-anak walaupun kecil mempunyai hak yg sgt besar atas kita

delima
AHLI
AHLI

Posts : 42
Points : 46
Join date : 19/05/2012

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum