BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Berdosakah org palestin

3 posters

Go down

Berdosakah org palestin Empty Berdosakah org palestin

Post by seijiseimura84 Fri Jul 27, 2012 9:29 am

Dlm isu palestin.....ada 2 hujah...satu org palestin wajib berjuang demi mempertahankan kedaulatan negeri. Kedua orang palestin harus keluar dari palestin

Saya sedang baca buku sabar karangan ustaz ismail kamus
Dia berbicara ttg sabar yg haram

Saya terlintas ayat ni

"Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan Malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) Malaikat bertanya, "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?" Mereka menjawab, "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekkah)." Para Malaikat berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?" Orang-orang itu tempatnya di neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali, kecuali mereka yang tertindas baik laki-laki atau wanita ataupun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya dan õidak mengetahui jalan (untuk hijrah), mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan adalah Allah Maha Pemaaaf lagi Maha Pengampun." (An-Nisa': 97-99)

Ada tafsiran lain... mengatakan bahawa menganiyai diri sendiri kerana tidak mahu berhijrah

Malah melalui bacaan lain.... saya difahamkan mmg wajib seorang muslim berjihad menentang kezaliman. Namun dlm keadaan kezaliman tidak dpt ditangini, maka wajiblah mereka berhijrah

Dlm konteks palestin, jelas mereka tidak mampu melawan kezaliman israel...apakah sudah ditetapkankan mereka wajib berhijrah, apakah dosa sekiranya mereka tidak berhijrah?
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Berdosakah org palestin Empty Re: Berdosakah org palestin

Post by thtl Fri Jul 27, 2012 12:21 pm

doc,

belum ada fatwa suruh rakyat palestin berhijrah, sebab Palestin memiliki kerajaan sendiri. Kerajaan Hamas di Gaza dan kerajaan PLO di West Bank

ayat AQ4:97-99 tu mengenai penduduk Mekah yg muslim tapi tidak menyertai Nabi saw di Madinah.

Manakala Palestinians ni nak hijrah ke mana? Jordan, Syria, Egypt, Turkey atau KSA tak terima mereka.

Oleh itu mereka berpegang dgn peribahasa melayu, "hujan emas di negeri orang lebih baik hujan bom/peluru di bumi Palestinku."
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Berdosakah org palestin Empty Re: Berdosakah org palestin

Post by seijiseimura84 Fri Jul 27, 2012 2:08 pm

benar....saya setuju...palestin takde tempat nak keluar

tp ....andaikata ulama sedunia mengeluarkan fatwa supaya berhijrah ke negara lain, sudah pasti negara islam lain terpaka membuka pintu utk warga palestin
seijiseimura84
seijiseimura84
AHLI
AHLI

Posts : 472
Points : 779
Join date : 27/11/2011

Back to top Go down

Berdosakah org palestin Empty Re: Berdosakah org palestin

Post by Mohd. Ikram Fri Jul 27, 2012 2:35 pm

kalau tak silap saya, ada fatwa suruh pindah... Macam pernah dengar Ustaz kata Syaikh Al-Albani rah ke atau Syaikh Bin Baz rah.. tak sure mana satu..
Mohd. Ikram
Mohd. Ikram
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Berdosakah org palestin Empty Re: Berdosakah org palestin

Post by thtl Fri Jul 27, 2012 5:34 pm

mmglah syaikh al-albani pun nomadik, beliau hijrah dari albania ke syria, kemudian ke jordan, kemudian ke saudi arabia dan akhirnya wafat di syria.

kalau albani dan syaikh Baz kata pindah, tapi syria dan saudi tidak buka sempadan...dinamakan fatwa yg tidak laku
thtl
thtl
Admin
Admin

Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Berdosakah org palestin Empty Re: Berdosakah org palestin

Post by Mohd. Ikram Fri Jul 27, 2012 5:55 pm

Ha'ah.. Zaman Nabi SAW pun perpindahan tu berkesan bila orang Yathrib bagi bantuan. Kalau sorang dua nak pindah ok la, tapi kalau satu Palestin, OIC kena main peranan la, bagi2 kat negara Islam..

Tapi, zaman sekarang ni macam susah nak buat immigrasi. Jadi banyk isu. Contoh, PTI masuk Malaysia nak cari kerja pun jadi isu. Sedangkan depa ada gak yang Islam... Soal kerakyataan, soal hak-hak, boleh mengundi ke tidak, tempat tinggal, kerja sara hidup, etc,etc... Duduk bukan sehari dua, tapi mungkin sampai bergenerasi... Nak tunggu Islam tu kuat balik supaya bleh rampas balik Pelestin..
Mohd. Ikram
Mohd. Ikram
AHLI SETIA
AHLI SETIA

Posts : 164
Points : 216
Join date : 25/11/2011

Back to top Go down

Berdosakah org palestin Empty Re: Berdosakah org palestin

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum