Siapa Yang Kenal Dirinya, Maka Dia Kenal Tuhannya

View previous topic View next topic Go down

Siapa Yang Kenal Dirinya, Maka Dia Kenal Tuhannya

Post by Nizam on Wed Aug 08, 2012 6:55 pm

Siapa Yang Kenal Dirinya, Maka Dia Kenal Tuhannya

Assalammualaikum

Tahukah para pengunjung yang hadis-hadis palsu banyak sekali tersebar di kalangan masyarakat kita. Malah ada di antara hadis-hadis palsu tersebut sangat popular dan sering kali kita dengar. Antaranya seperti berikut:



من عرف نفسه فقد عرف ربه

Sesiapa yang kenal dirinya, maka dia mengenali tuhannya.



Hadis ini macam familiar kan? Ketahuilah hadis ini adalah hadis palsu!!! Ulasan para sarjana hadis mengenai hadis ini ada direkod oleh `Ali al-Qari, di dalam kitab al-Masnu’ fi Ma’rifat al-Hadith al-Maudu’, Al-Jarrahi, di dalam kitab Kasyf al-Khafa` dan al-Albani, di dalam kitab Silsilah ad-Dha`ifah wa Al-Maudu`ah.

Ibn Taymiyyah berkata hadis ini adalah palsu, manakala al-Nawawi mengatakan ia tidak thabit dari Rasulullah. Abu al-Muzaffar bin al-Sam`ani menyatakan ia bukan dari Rasulullah dan al-Sayuti mengatakan hadis ini tidak sahih.

Al-`Allamah al-Fairuz Abadi pula mengatakan bahawa ia bukan daripada hadis-hadis Rasulullah meskipun ramai yang menganggap ia merupakan hadis Rasulullah SAW. Tambah al-Fairuz Abadi ia diriwayatkan dari sumber Israeliyat.

Maka, seandainya para pengunjung yang budiman terjumpa atau terdengar akan "hadis" ini maka sudah dimaklumkan kepada kalian bahawa ia adalah palsu dan tidak boleh berpegang kepadanya. Usahlah disebarkan hadis ini tanpa menyatakan ia palsu kerana ia adalah satu pendustaan terhadap Nabi.


Sabda Rasulullah SAW:

"Jangan kamu semua berdusta ke atasku. Sesiapa yang berdusta ke atasku maka dia akan masuk neraka." ( HR Riwayat Bukhari dan Muslim)



Rujukan:

Drmaza.com - Hadith: Siapa Kenal Dirinya Maka Kenal Tuhannya?

http://bicaratajdid.blogspot.com/2012/08/siapa-yang-kenal-dirinya-maka-dia-kenal.html

_________________
Add Facebook: http://www.facebook.com/albaghani

Nizam
Admin
Admin

Posts : 885
Points : 1174
Join date : 24/11/2011
Age : 32
Location : Bagan

http://bicarathtl.forumms.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum