Pendekkan khutbah, panjangkan solat. Bukan sebaliknya!

View previous topic View next topic Go down

Pendekkan khutbah, panjangkan solat. Bukan sebaliknya!

Post by zikrulmaut_sm on Mon Aug 20, 2012 9:24 am

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,

Antara yang perlu diperbetulkan dalam praktik khutbah/ceramah adalah perlunya memanjangkan solat dan mempersingkat khutbah. Bukannya seperti yang dilakukan oleh imam dan khatib (atau penulis teks khutbah, jika khutbah menggunakan teks) yang sebaliknya mempersingkat solat dan memanjangkan khutbah, bertentangan dengan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Su'ud bin Malluh al-'Anazi dalam bukunya "Koreksi Total Praktik Khutbah dan Ceramah" (terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi'i (Jakarta), cetakan pertama 2008) ada membuat huraian khusus berkenaan hal ini dalam Bab 3. Dalam bab tersebut, beliau menghuraikan dengan tulisan sepanjang sembilan belas halaman dengan lapan dalil bahawa perlunya khutbah diringkaskan dan solat dipanjangkan, bukan sebaliknya.

Salah satu hadits dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang beliau jelaskan panjang lebar dalam tulisan beliau adalah yang tertera dalam gambar ini.


_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Pendekkan khutbah, panjangkan solat. Bukan sebaliknya!

Post by rozimuda on Tue Aug 28, 2012 4:36 am

Assalamu'alaikum..!

Pada tahun ini, teks khutbah Eidilfitri di Kelantan berbentuk buku kecil setebal 32 mukasurat. Reaksi pertama saya semasa menerima teks tersebut, "Ni nak bentang paper ke nak baca khutbah?".

Seperti biasa, saya ringkaskan sendiri dan baca sebahagian sahaja tetapi mengekalkan intipati khutbah.

Anyway, kualiti teks khutbah tahun ini jauh lebih baik berbanding tahun-tahun lepas.


rozimuda
AHLI
AHLI

Posts : 14
Points : 16
Join date : 16/07/2012

Back to top Go down

Re: Pendekkan khutbah, panjangkan solat. Bukan sebaliknya!

Post by Abu_Imran on Tue Aug 28, 2012 6:36 am

adakah semua solat yg ader khutbah ( solat jumaat , solat eid , solat gerhana ) perlu dipendekkan khutbah dan panjangkan solat? atau hanyer solat jumaat sahaja yg perlu di pendekkan khutbahnya?

Abu_Imran
AHLI
AHLI

Posts : 94
Points : 125
Join date : 26/11/2011
Age : 34
Location : Putrajaya

Back to top Go down

Re: Pendekkan khutbah, panjangkan solat. Bukan sebaliknya!

Post by thtl on Tue Aug 28, 2012 10:18 am

nas:

حَدَّثَنِي سُرَيْجُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبْجَرَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ وَاصِلِ بْنِ حَيَّانَ قَالَ قَالَ أَبُو وَائِلٍ خَطَبَنَا عَمَّارٌ فَأَوْجَزَ وَأَبْلَغَ فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا يَا أَبَا الْيَقْظَانِ لَقَدْ أَبْلَغْتَ وَأَوْجَزْتَ فَلَوْ كُنْتَ تَنَفَّسْتَ
فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ طُولَ صَلَاةِ الرَّجُلِ وَقِصَرَ خُطْبَتِهِ مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ فَأَطِيلُوا الصَّلَاةَ وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ وَإِنَّ مِنْ الْبَيَانِ سِحْرًا
terj:

(MUSLIM - 1437) : Telah menceritakan kepadaku Suraij bin Yunus telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Abdul Malik bin Abjar dari bapaknya dari Washil bin Hayyan ia berkata, Abu Wa`il berkata; Ammar pernah menyampaikan khutbah Jum'at kepada kami dengan bahasa yang singkat dan padat. Maka ketika ia turun dari mimbar, kami pun berkata kepadanya, "Wahai Abu Yaqzhan! Khutbah Anda begitu singkat dan padat. Alangkah baiknya kalau Anda panjangkan lagi." Ammar berkata; Saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya lamanya shalat dan pendeknya khutbah seseorang itu menunjukkan tentang pemahaman ia tentang agamanya. Karena itu, panjangkanlah shalat dan pendekkanlah khutbah, karena sebagian dari bayan (penjelasan) adalah sihir." (lidwa)
syarah Imam Nawawi:
ia membawa maksud sederhana dalam semua hal dan juga melihat situasi dan kondisi manusia dan tempat. Hukum umum (generak rule) bagi Imam yg faqih dan bijaksana ialah memanjangkan solat berbanding khutbah. Itu tanda kefaqihan sseorang Imam atau khatib (syarh sahih Muslim, 6: 159)

* ia meliputi khutbah Jumaat dan non-Jumaat

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Pendekkan khutbah, panjangkan solat. Bukan sebaliknya!

Post by zikrulmaut_sm on Tue Aug 28, 2012 3:41 pm

rozimuda wrote:Assalamu'alaikum..!

Pada tahun ini, teks khutbah Eidilfitri di Kelantan berbentuk buku kecil setebal 32 mukasurat. Reaksi pertama saya semasa menerima teks tersebut, "Ni nak bentang paper ke nak baca khutbah?".

Seperti biasa, saya ringkaskan sendiri dan baca sebahagian sahaja tetapi mengekalkan intipati khutbah.

Anyway, kualiti teks khutbah tahun ini jauh lebih baik berbanding tahun-tahun lepas.


Assalamualaikum, encik rozimuda jadi khatib di masjid mana di kelantan?

_________________
[Takkan beribadat pun berdosa?]

عن سعيد بن المسيب أنه رأى رجلا يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيها الركوع والسجود فنهاه. فقال: يا أبا محمد! أيعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
روى البيهقي بسند صحيح

Dari Said bin Musayyib, ia melihat seorang lelaki menunaikan shalat setelah terbit fajar lebih dari dua rakaat, ia memanjangkan rukuk dan sujudnya. Akhirnya Said bin Musayyib pun melarangnya. Orang itu berkata: “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku karena shalat? “Beliau menjawab: "Tidak, tetapi Allah akan menyiksamu karena menyelisihi As-Sunnah”.

[ Hadits sahih riwayat Baihaqi dalam "As Sunan Al Kubra" II/466, Khatib Al Baghdadi dalam "Al Faqih wal mutafaqqih" I/147, Ad Darimi I/116].

zikrulmaut_sm
AHLI
AHLI

Posts : 513
Points : 765
Join date : 25/11/2011

http://facebook.com/syazwanmisran

Back to top Go down

Re: Pendekkan khutbah, panjangkan solat. Bukan sebaliknya!

Post by rozimuda on Wed Aug 29, 2012 4:04 am

Wa'alaikumussalam..!

Saya jadi khatib dan imam di Surau Kg. Marak, Bangggu dekat rumah saya. Ahli qariah sekitar 40-60 org saja tp saya rasa patut dibuat supaya lebih ramai dpt manfaat drpd keberkatan Eid. Kalau harapkan solat di masjid saja, rasanya ramai terutamanya wanita dan kanak-kanak tak pergi solat.

Yang seronoknya, lepas solat org akan bertumpu ke rumah mentua saya yang bersebelahan dgn surau. Memang terasa meriahnya

rozimuda
AHLI
AHLI

Posts : 14
Points : 16
Join date : 16/07/2012

Back to top Go down

Re: Pendekkan khutbah, panjangkan solat. Bukan sebaliknya!

Post by thtl on Wed Aug 29, 2012 5:23 am

kat kelate unik sikit, kalau solat Raya, semua surau dan balaishah boleh buat solat sunat ied tanpa permit JAIK. ini dah jadi amalan tradisi di Kelantan

thtl
Admin
Admin

Posts : 9569
Points : 10341
Join date : 24/11/2011

Back to top Go down

Re: Pendekkan khutbah, panjangkan solat. Bukan sebaliknya!

Post by rozimuda on Wed Aug 29, 2012 5:36 am

Memang betul dan pihak MAIK memang tahu. Apa taknya, dia org siap hantar banyak salinan kat setiap masjid, supaya diagihkan kpd surau-surau di sekitarnya.

Kalau kita ambil terus dr pejabat MAIK pula, dia ada tanya drpd Surau mana, itu saja.

rozimuda
AHLI
AHLI

Posts : 14
Points : 16
Join date : 16/07/2012

Back to top Go down

Re: Pendekkan khutbah, panjangkan solat. Bukan sebaliknya!

Post by Sponsored content Today at 7:38 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum