BicaraTHTL
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hadis: Umat dahulu musnah kerana banyak bertanya

2 posters

Go down

Hadis: Umat dahulu musnah kerana banyak bertanya Empty Hadis: Umat dahulu musnah kerana banyak bertanya

Post by kalepensel Sun Sep 09, 2012 9:35 am

Saya tak tahu hadis ni ada atau tak dalam buku sheikh, sebab saya tak beli lagi. Dok tengah tunggu terbit di pasaran

Matan:

فإنما أهلك الذين من قبلكم كثرة مسائلهم

"Sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan oleh banyak pertanyaan" (Riwayat Bukhari, Muslim)

Apa maksud sebenar hadis ini? Bukankah kita disuruh bertanya jika tidak tahu?

"فسئلوا اهل الذكر ان كنتم لا تعلمون"

"Maka tanyalah orang-orang yang berilmu jika kamu tidak tahu" (Al-Anbiya':7)
kalepensel
kalepensel
AHLI
AHLI

Posts : 176
Points : 260
Join date : 30/01/2012
Age : 29
Location : Kota Bharu, Kelantan

Back to top Go down

Hadis: Umat dahulu musnah kerana banyak bertanya Empty Re: Hadis: Umat dahulu musnah kerana banyak bertanya

Post by Ad-Dien Sun Sep 09, 2012 6:53 pm

kalepensel wrote:Saya tak tahu hadis ni ada atau tak dalam buku sheikh, sebab saya tak beli lagi. Dok tengah tunggu terbit di pasaran

Matan:

فإنما أهلك الذين من قبلكم كثرة مسائلهم

"Sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan oleh banyak pertanyaan" (Riwayat Bukhari, Muslim)

Apa maksud sebenar hadis ini? Bukankah kita disuruh bertanya jika tidak tahu?

"فسئلوا اهل الذكر ان كنتم لا تعلمون"

"Maka tanyalah orang-orang yang berilmu jika kamu tidak tahu" (Al-Anbiya':7)

Assalamualaikum,

Hadith ini ada dimuatkan oleh Imam Nawawi dalam Al-Arbainnya, hadith no.9 jika mengikut dalam susunan kitabnya.

حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَي التُّجِيبِيُّ ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ ، أَخْبَرَنِي يُونُسُ ، عَنْ ابْنِ شِهَابٍ ، أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، وَسَعِيدُ بْنُ الْمُسَيِّبِ ، قَالَا : كَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ يُحَدِّثُ : أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَافْعَلُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ ، كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ ، وَاخْتِلَافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ "

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda":

Apa sahaja yang aku larang kalian darinya, maka jauhilah. Dan apa sahaja yang aku perintahkan kepada kalian, lakukanlah semampu kalian. Sesungguhnya yang menyebabkan orang-orang terdahulu binasa adalah kerana banyak pertanyaan dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka. (Muttafaq 'alaih, Al-Bukhari no.7288 dan Muslim no.1337)

Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Hadis: Umat dahulu musnah kerana banyak bertanya Empty Re: Hadis: Umat dahulu musnah kerana banyak bertanya

Post by Ad-Dien Sun Sep 09, 2012 7:04 pm

Syarah Al-Arbain Dari An-Nawawi sendiri:

Berkenaan dengan sabda Nabi "Sesungguhnya yang menyebabkan orang-orang terdahulu binasa adalah kerana banyak pertanyaan dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka.", maka ketahuilah bahawa maksud "pertanyaan" itu ada tiga jenis:


1. Pertanyaan tentang kewajiban agama seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya. Ini adalah wajib.

2. Pertanyaan tentang fardhu kifayah untuk memahami urusan agama seperti masalah hukum dan fatwa. Ia adalah fardhu kifayah.

3. Pertanyaan yang tidak diwajibkan keatasnya dan keatas orang lain. Kerana pertanyaan itu akan menyebabkan berlakunya kesulitan dan munculnya taklifan (bebanan syarak) tersendiri sebaik sahaja diajukan persoalan tersebut. Pertanyaan inilah yang dilarang dan disebabkan itulah Nabi memberi amaran dan isyarat melalui hadith ini.

Rasulullah juga bersabda:

"Dan Allah mendiamkan sekian banyak hal sebagai bentuk kasih sayang (rahmat) buat kalian, maka janganlah kalian menanyakan tentangnya" (Riwayat Ad-Daraquthni dalam As-Sunan dan AL-Baihaqi dalam Al-Kubra, daripada Tha'labah al-Khasyani)


Last edited by Ad-Dien on Tue Sep 11, 2012 2:22 am; edited 1 time in total
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Hadis: Umat dahulu musnah kerana banyak bertanya Empty Re: Hadis: Umat dahulu musnah kerana banyak bertanya

Post by kalepensel Mon Sep 10, 2012 7:14 pm

jazakallah
terbaik
kalepensel
kalepensel
AHLI
AHLI

Posts : 176
Points : 260
Join date : 30/01/2012
Age : 29
Location : Kota Bharu, Kelantan

Back to top Go down

Hadis: Umat dahulu musnah kerana banyak bertanya Empty Re: Hadis: Umat dahulu musnah kerana banyak bertanya

Post by Ad-Dien Tue Sep 11, 2012 2:47 am

Ada kisah yang menarik daripada hadith ini, mungkin kita boleh ambil iktibar yang berguna buat diri.

Diriwayatkan daripada Ali radhiallahu 'anhu, bahawa ketika turun firman Allah subhanahu wa ta'ala:

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ


Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. (Al-Imran 3:97)

lalu ada seorang lelaki bertanya: Adakah setiap tahun (mengerjakan haji) Ya Rasulullah?. Baginda berpaling (tidak memberikan jawapan) sehinggalah lelaki tersebut mengulangi pertanyaan tersebut tiga kali. Kemudian Rasulullah sallalllahu 'alaihi wa sallam menjawab:

Apakah yang boleh menjaminmu (untuk mengerjakannya setiap tahun)jika aku menjawab "Ya"? Demi Allah, jika aku menjawab ya, sudah tentu perkara itu (mengerjakan haji) menjadi wajib. Dan jika ia menjadi wajib tentu kalian tidak akan mampu melaksanakannya. Maka apa sahaja yang aku biarkan (diamkan) untuk kalian, maka biarkan sahaja! (Tidak perlu ditanya lagi)

Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya kaum sebelum kalian adalah kerana banyaknya pertanyaan yang mereka ajukan dan penyelisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka.
Maka jika aku memerintahkan sesuatu kepada kalian, kerjakanlah semampu kalian dan jika aku melarang sesuatu kepada kalian, maka jauhilah! (Riwayat At-Thabrani dalam Al-Kabir (VIII/159) dan dalam Musnad As-Syamiyyin (II/81))

Wallahua'lam.
Ad-Dien
Ad-Dien
Admin
Admin

Posts : 3862
Points : 4184
Join date : 24/11/2011
Age : 33
Location : al-Kardawi

http://addienblog.blogspot.com

Back to top Go down

Hadis: Umat dahulu musnah kerana banyak bertanya Empty Re: Hadis: Umat dahulu musnah kerana banyak bertanya

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum