Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
3 posters
Page 1 of 1
Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
Di O'Hare International Chicago, lagi sekali aku panik kerana masyaAllah airport Chicago punyala besar, berganda dari KLIA kita sekaraang, mundar mandir aku kesaorangan mencari terminal berlepas untuk ke Kalamazoo (nama singkatannya, Kazoo). Aku hampir ketinggalan kapalterbang kerana sesat dalam airport, maklumlah budak kampung dan cakap slang USA pun belum dapat lagi. Ke Kazoo hanyalah sebuah kapalterbang Fokker twin Otter (spt yg Firefly gunakan sekarang). Dari O'Hare International, Chicago ke Kazoo mengambil masa 3 jam. Tubuhku begitu letih, mengantuk kerana perjalanan yg begitu jauh..namun aku kuatkan semangat....Di atas kapalterbang barulah aku lihat ada lebih kurang 10 orang pelajar yg nampak macam Melayu, namun aku tidak sempat berkenalan kerana seating yang tidak sama. Maka aku rasa bersyukur kerana bila tiba di lapangan terbang Kazoo nanti, aku tidak akan kesaorangan, gitulah yg bermain dalam benakku...aku sempat melontarkan senyuman kpd mereka dari jauh, dan mereka membalas senyuman dan melambai tangan, petanda, "aku melayulaa, 1Malaysia". aku merasa lega sekali...
Penerbanganku ke US sebenarnya berlaku secara "last-minute" atau urusan sa'at-sa'at akhir kerana penaja memaklumkan secara mengejut. Maka aku tidak sempat menghubungi mana-mana ikhwah pelajar Malaysia yang sudah lama di US untuk mendapat panduan dan tips..aku tiba di US sepenuhnya berserah kpd Allah SWT..namun setakat ni semuanya berjalan lancar...
Tiba di airport Kazoo, ia sebuah airport County (kampung) seperti airport Tawau, Sandakan, untuk pesawat ringan sahaja...sebaik sahaja aku mngambil bagasi, aku tiba di balai ketibaan...maka aku diserbu oleh beberapa kumpulan pelajar Malaysia yg menawarkan tempat penginapan bersama mereka...aku amatlah seronok, macam mati hidup kembali dan merasa sungguh bersyukur kerana tidak menjangka akan disambut begitu rupa...Rupa-rupanya (aku dapat tahu kemudian), persatuan pelajar di Kazoo mmg berebut utk mengambil pelajar2 yg baru tiba dan aku ketahui kemudiannya ada tiga kumpulan pelajar yg cuba berebut pelajar baru iaitu Kelab UMNO Kazoo, MISG, dan Jama'aat Tabligh...Oleh kerana aku tidak mengenali mereka, aku telah dijadikan pelajar angkat oleh Kelab UMNO Kalamazoo!!! Aku mengikuti mereka dan di bawa ke sebuah kereta dan di bawa ke bandar Kazoo sejauh 40 minit...
episod ke 3: Tinggal bersama ahli Kelab UMNO Kazoo...
Re: Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
Bila nak tambah lagi nie?
AlBahr- AHLI
- Posts : 69
Points : 72
Join date : 24/11/2011
Location : East Coast
Re: Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
mungkin dah tak sambung lagi kot, sebab sedang menunggu Visa kerja ke saudi arabia. jika jadi ke arab saudi, akan dibuka Travelog KSA
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
thtl wrote:mungkin dah tak sambung lagi kot, sebab sedang menunggu Visa kerja ke saudi arabia. jika jadi ke arab saudi, akan dibuka Travelog KSA
sambungannya adalah dalam bentuk buku ler..hehe...
cik al-Bahr wajib beli ye
Re: Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
ya dalam bentuk buku.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
Owh gitu, insyAllah saya akan beli bukunya...
Ust THTL akan ke saudi arabia? seronoknya dpt kerja kat tempat org, negara padang pasir pulak tu...
Ust THTL akan ke saudi arabia? seronoknya dpt kerja kat tempat org, negara padang pasir pulak tu...
AlBahr- AHLI
- Posts : 69
Points : 72
Join date : 24/11/2011
Location : East Coast
Re: Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
thtl wrote:ya dalam bentuk buku.
dah submit ke? mesti dah ada bincang cover nya kan dengan publisher??kasi ler pic nye sikit..hehe
Re: Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
AlBahr wrote:Owh gitu, insyAllah saya akan beli bukunya...
Ust THTL akan ke saudi arabia? seronoknya dpt kerja kat tempat org, negara padang pasir pulak tu...
negara padang pasir?
boleh naik unta pi ke madinah..ambil ibrah ala-ala sahabah dulu-dulu..hehe...600km je
Re: Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
HambaNya wrote:thtl wrote:ya dalam bentuk buku.
dah submit ke? mesti dah ada bincang cover nya kan dengan publisher??kasi ler pic nye sikit..hehe
Ad-dien nie nak jadi org arab sgt ker? (tgk avatar)...tagline tu apa maksudnya? pandai kecek arab sekarang nie yer...
AlBahr- AHLI
- Posts : 69
Points : 72
Join date : 24/11/2011
Location : East Coast
Re: Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
dien ni mmg nak jadi org arab, dia nyesal jadi melayu pahang..
skrip buku travelog USA belum edit lagi, sebab baru aje submit skrip buku La Tahzan ke karangkraf...
albahr,
offer kerja dgn Jazan University dah dapat, cuma Visa Kerja aje yg belum dapat..sedang menunggu dengan sabar...
skrip buku travelog USA belum edit lagi, sebab baru aje submit skrip buku La Tahzan ke karangkraf...
albahr,
offer kerja dgn Jazan University dah dapat, cuma Visa Kerja aje yg belum dapat..sedang menunggu dengan sabar...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
AlBahr wrote:HambaNya wrote:thtl wrote:ya dalam bentuk buku.
dah submit ke? mesti dah ada bincang cover nya kan dengan publisher??kasi ler pic nye sikit..hehe
Ad-dien nie nak jadi org arab sgt ker? (tgk avatar)...tagline tu apa maksudnya? pandai kecek arab sekarang nie yer...
hehe...cakap sikit-sikit tu boleh lah...tak pandai sangat tapi rasanya dah improve dari dulu..langsung tak tahu apa-apa..Alhamdulillah lah sekarang ni..
avatar ni?hehe....ini gambaran akan datang lah wajah ana..hehe...
siggy tu? ejaan bahasa melayu nya macam ni..
Aqidah salaf ashabul hadith..maksudnya?hhehe...syeikh thtl faham kot
Re: Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
thtl wrote:dien ni mmg nak jadi org arab, dia nyesal jadi melayu pahang..
skrip buku travelog USA belum edit lagi, sebab baru aje submit skrip buku La Tahzan ke karangkraf...
albahr,
offer kerja dgn Jazan University dah dapat, cuma Visa Kerja aje yg belum dapat..sedang menunggu dengan sabar...
ewahh...mana ader...pahang tanah tumpah darah ni..huhu...
darah arab tu ada lah sikit mengalir dalam badan ni..hehe
Re: Travelog Da`iy 2: Kalamazoo
maksudnya, nak menganut manhaj salafiyah.
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum