Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
+7
nur
aniliaz
Nizam
cikgurahim
yat
thtl
Ahmad Shamil
11 posters
BicaraTHTL :: Laman Usrah :: Karya :: Mari BerPuisi
Page 1 of 6
Page 1 of 6 • 1, 2, 3, 4, 5, 6
Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
assalamualaikum...
atas cadangan seorang sahabat kita, dengan ini saya melancarkan thread "mari berpuisi" khas hanya di Bicara Thtl...
selamat berpuisi...
atas cadangan seorang sahabat kita, dengan ini saya melancarkan thread "mari berpuisi" khas hanya di Bicara Thtl...
selamat berpuisi...
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
hehehe
puisi apa pulak ni?
in jazan arabic atau melayu?
puisi apa pulak ni?
in jazan arabic atau melayu?
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
ilmuwan2 islam,
Cara mereka berhibur atau merehatkan diri luar dari pengajian islam adalah dengan cara berpusi/bersyair...ibn hazm al-andalusi adalah salah seorang contoh (dan ramai lagi)
Cara mereka berhibur atau merehatkan diri luar dari pengajian islam adalah dengan cara berpusi/bersyair...ibn hazm al-andalusi adalah salah seorang contoh (dan ramai lagi)
yat- Moderator
- Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
puisi 1
kita kutuk ibu bapa org, org kutuk ibu bapa kita
kita cela tok guru org, org cela tak guru kita
kita maki pemimpin org, org maki pemimpin kita.
akhirnya kita menanggung dosa dalam berhujah dgn agama.
kita kutuk ibu bapa org, org kutuk ibu bapa kita
kita cela tok guru org, org cela tak guru kita
kita maki pemimpin org, org maki pemimpin kita.
akhirnya kita menanggung dosa dalam berhujah dgn agama.
cikgurahim- AHLI
- Posts : 1
Points : 1
Join date : 19/04/2012
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
Ilmu
Hidup tanpa ilmu
Umpama perahu tanpa layar
Hanyut tanpa arah dibawa arus
Hanya kesesatan menanti
Ilmu tanpa amal
Umpama tanah subur tidak diusahakan
Mati si padi meninggi si lalang
Ular dan kala tumpang bersinggah
Ilmu tidak disebarkan
Umpama rumah api mati sinarnya
Karam bahtera dibaham kegelapan
Bagaimana hendak di dagang kapas dan sutera
Hidup tanpa ilmu
Umpama perahu tanpa layar
Hanyut tanpa arah dibawa arus
Hanya kesesatan menanti
Ilmu tanpa amal
Umpama tanah subur tidak diusahakan
Mati si padi meninggi si lalang
Ular dan kala tumpang bersinggah
Ilmu tidak disebarkan
Umpama rumah api mati sinarnya
Karam bahtera dibaham kegelapan
Bagaimana hendak di dagang kapas dan sutera
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
fail la saya bab2 puisi ni...
yat- Moderator
- Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
Thanx kpd AZ.
Ruangan Puisi akhirnya membawa CR berkongsi puisinya kat Forum...
welcome xifu lama...
yat,
puisi ni petanda kehalusan bahasa dan jiwa kita.
banyak benda lagi saya belum settle kat Jazan, maka puisi masih belum masyuk lagi.hehehe
mungkin bila dah settle, akan merenung wadi-wadi di padang pasir Jazan dan pinggir laut Merah, baru ilham puisi akan masyuk
Ruangan Puisi akhirnya membawa CR berkongsi puisinya kat Forum...
welcome xifu lama...
yat,
puisi ni petanda kehalusan bahasa dan jiwa kita.
banyak benda lagi saya belum settle kat Jazan, maka puisi masih belum masyuk lagi.hehehe
mungkin bila dah settle, akan merenung wadi-wadi di padang pasir Jazan dan pinggir laut Merah, baru ilham puisi akan masyuk
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
Tak reti puisi2 ni ... x tahu la sy ni jiwa apa..baca2 buku lagi2 kalau novel..mmg ske sgt..hehe
aniliaz- AHLI
- Posts : 234
Points : 252
Join date : 27/03/2012
Location : Kuala Lumpur
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
Motivasi,
Di mana engkau menghilang diri,
di saat aku memerlukan mu,
kau sepi diam membisu
takder idea dah...
Di mana engkau menghilang diri,
di saat aku memerlukan mu,
kau sepi diam membisu
takder idea dah...
yat- Moderator
- Posts : 899
Points : 1144
Join date : 05/12/2011
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
salam, bagus cadangan ni.. saya memang mempunyai blog sendiri untuk berpuisi.. salah satu dr puisi saya
..bainal-mashriq-wal-maghrib..
manisnya
saat itu
ku ajarkan kalian
kalimat hikmat
bersama kita berlari
sederap kita berjalan..
mana mungkin sekali
kulupakan
saat-saat tenggelamnya matahari
di bumi yang pernah di jejak
panglima-panglima itu..
hebat !
tersergam dihadapanku
kukuhan-kukuhan binaan
namun sekuat manapun bangunan itu
wahai ahlul kitab
kau kembali jua
menemui TuhanMu...
ketika ini
ingin kukatakan kepadamu..
"benar bukan apa yang dibawa oleh Rasul terdahulu.. kau saksikanlah sendiri..."
~bukanlah suatu kebajikan untuk menghadapkan wajahmu kearah timur mahupun barat, namun sebenar-benar kebajikan adalah beriman kepada Allah,dan hari kiamat,dan malaikat-malaikat,dan kitab-kitab dan nabi-nabi...(hingga akhir ayat)~ al-baqarah
(puisi sempena jelajah benua eropah)
..bainal-mashriq-wal-maghrib..
manisnya
saat itu
ku ajarkan kalian
kalimat hikmat
bersama kita berlari
sederap kita berjalan..
mana mungkin sekali
kulupakan
saat-saat tenggelamnya matahari
di bumi yang pernah di jejak
panglima-panglima itu..
hebat !
tersergam dihadapanku
kukuhan-kukuhan binaan
namun sekuat manapun bangunan itu
wahai ahlul kitab
kau kembali jua
menemui TuhanMu...
ketika ini
ingin kukatakan kepadamu..
"benar bukan apa yang dibawa oleh Rasul terdahulu.. kau saksikanlah sendiri..."
~bukanlah suatu kebajikan untuk menghadapkan wajahmu kearah timur mahupun barat, namun sebenar-benar kebajikan adalah beriman kepada Allah,dan hari kiamat,dan malaikat-malaikat,dan kitab-kitab dan nabi-nabi...(hingga akhir ayat)~ al-baqarah
(puisi sempena jelajah benua eropah)
nur- AHLI
- Posts : 86
Points : 102
Join date : 17/02/2012
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
#puisi tengah stress
aku bermula di sini
dan tak pasti bagaimana penghujungnya
inginkan indah bukan punah
terikat dengan segala janji
janji yang pasti akan ditunaikan
dan aku tekun menghitung hari
menanti kapan tiba saat itu
sudahkah siap segala persediaan
lengkapkah segala keperluan
tiba panggilan tamat sudah
jangan dihiraukan hitam
kerna putih ada di sebaliknya
sakit pedih hiris pilu
memang payah ditelan pahit
gerutu hati benjolan jiwa
diamkan saja
bakal hilang sendiri
biarkan biarkan biarkan
bukan aku tentukan
juga bukan mereka
tiada ragu tiada sangsi
hanya penyerahan yang abadi
aku bermula di sini
dan tak pasti bagaimana penghujungnya
inginkan indah bukan punah
terikat dengan segala janji
janji yang pasti akan ditunaikan
dan aku tekun menghitung hari
menanti kapan tiba saat itu
sudahkah siap segala persediaan
lengkapkah segala keperluan
tiba panggilan tamat sudah
jangan dihiraukan hitam
kerna putih ada di sebaliknya
sakit pedih hiris pilu
memang payah ditelan pahit
gerutu hati benjolan jiwa
diamkan saja
bakal hilang sendiri
biarkan biarkan biarkan
bukan aku tentukan
juga bukan mereka
tiada ragu tiada sangsi
hanya penyerahan yang abadi
elhamra'- AHLI
- Posts : 36
Points : 44
Join date : 25/12/2011
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
Ahlan wa sahlan Cikgu Rahim..saya pun aggap Cikgu Rahim Guru saya...nak talaqqi dengan cikgu boleh , barakallahufik..
syair...dulu aktif nasyid..rasanya lama tak bersyair..madah..
huhu..
Bismillahirrahmanirrahim..
Aku melihat sinar cahaya Ilahi..
Sedangkan ketika itu aku dalam kegelapan yang pekat,
Aku berasa akulah yang benar,
Sedang hakikatnya akulah yang jahil,
Aku mengembara menghabiskan usia ku..
Menjelajah ke serata negeri,
Dan bertemu pelbagai ragam manusia dan perkara..
Hingga aku jatuh ke dalam tangan-tangan mereka..
Sehinggalah Tuhanku menemukan aku dengan sinar cahaya,
Kemilau nya laksana mentari yang menyinari Bumi..
Hingga ku yakin inilah Jalan yang benar..
Jalan yang ditempuh mereka yang terdahulu..
Para sahabat dan generasi salafussoleh..
Serta pengikut-pengikut jalan mereka..
Wahai Tuhanku..
Rasulmu, Muhammad s.a.w menyebutkan suatu hadith,
Yang mana aku pegang dengan penuh yakin di dadaku..
Iaitu Hadith perihal keasingan di dalam Islam..
Maka menangislah daku dan orang-orang yang cinta..
Kerana terasingnya kami di dunia ini..
Namun sesekali tidak...
Kami tidak berputus asa..
Kerana Allah melindungi kami..
Bahkan Dialah yang memelihara agama dan hati-hati kami..
Dari segala tomahan penderhaka dan tukang cela..
Hingga tibanya hari yang dijanjikan..
Dan kami kembali dengan penuh gembira,..
(Al-Kardawi, Malizi)
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
alhamdulillah...
terima kasih semua..
rupa2nya banyak bakat2 terpendam ni..
boleh buat malam berpuisi nampaknya mcm ni
terima kasih semua..
rupa2nya banyak bakat2 terpendam ni..
boleh buat malam berpuisi nampaknya mcm ni
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
anihnya, puisi dr Raub belum masyuk masyuk lagi...apa ni?
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
oleh sebab boss dah tanya puisi dari raub...saya kena letakla satu huhuhu..
ini puisi lama..terjumpa semula..jadi terus siarkan di sini..hehehe
Sekali lagi aku dilema
Satu peribadi yg sama
Terperangkap antara dua gelanggang berbeza
Bagaimana aku yg sama
Bisa jadi aku yg tak sama
Dalam dua gelanggang ini?
Di Gelanggang pertama
Hatiku terasa jernih segar
Membuatkan Langkahku utuh
Yakin Semangatku, waja
Membuatkan Pantas gerakanku
Memacu perjuangan diri
Bila melangkah ke gelanggang ke dua
Kejernihan jadi Keruh payau
Langkahku longlai tempang
Dengan suam suam kuku
Bergerak persis sang kura kura
Memacu kenderaan tempangku
Meneruskan perjuangan
Diikutkan sedap rasa
Seperti mahu ditinggalkan gelanggang kedua
Biar kekal saja aku di gelanggang pertama
Kemungkinan yang mustahil!!
Moga keruhnya tidak lama
Moga payaunya payau ubat
Moga tempang itu sembuh
Moga yg suam kembali hangat
Moga lembabnya pacuan bertukar pantas
Agar dapat kuteruskan
Perjuangan di kedua dua medan ini
11.40pm-1/9/09
ini puisi lama..terjumpa semula..jadi terus siarkan di sini..hehehe
Sekali lagi aku dilema
Satu peribadi yg sama
Terperangkap antara dua gelanggang berbeza
Bagaimana aku yg sama
Bisa jadi aku yg tak sama
Dalam dua gelanggang ini?
Di Gelanggang pertama
Hatiku terasa jernih segar
Membuatkan Langkahku utuh
Yakin Semangatku, waja
Membuatkan Pantas gerakanku
Memacu perjuangan diri
Bila melangkah ke gelanggang ke dua
Kejernihan jadi Keruh payau
Langkahku longlai tempang
Dengan suam suam kuku
Bergerak persis sang kura kura
Memacu kenderaan tempangku
Meneruskan perjuangan
Diikutkan sedap rasa
Seperti mahu ditinggalkan gelanggang kedua
Biar kekal saja aku di gelanggang pertama
Kemungkinan yang mustahil!!
Moga keruhnya tidak lama
Moga payaunya payau ubat
Moga tempang itu sembuh
Moga yg suam kembali hangat
Moga lembabnya pacuan bertukar pantas
Agar dapat kuteruskan
Perjuangan di kedua dua medan ini
11.40pm-1/9/09
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
aiwah.
syukraan
ana belum lihat Laut Merah lagi..ilham belum masuk...hehe
syukraan
ana belum lihat Laut Merah lagi..ilham belum masuk...hehe
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
thtl wrote:aiwah.
syukraan
ana belum lihat Laut Merah lagi..ilham belum masuk...hehe
afwaan..ini lama punya sheikh..zaman zaman "taaddud fikrah" kot hahahah
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
HambaNya wrote:
ana belum puisi lagi...tu muqaddimah..hehe
nak panjang2 g tulis manuskrip novel la bro
Last edited by Abu_Zubair on Fri Apr 20, 2012 1:13 pm; edited 1 time in total
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
akh penyu,
Puisi org ni susah nak syarah, tuan punya puisi itu sendiri yg boleh syarah..kita hanya boleh menduga-duga ajelaa...
Puisi org ni susah nak syarah, tuan punya puisi itu sendiri yg boleh syarah..kita hanya boleh menduga-duga ajelaa...
thtl- Admin
- Posts : 9561
Points : 10331
Join date : 24/11/2011
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
leh je nak try mana tau syarah tu kena ngan maksud penulis :face:
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
Abu_Zubair wrote:HambaNya wrote:
ana belum puisi lagi...tu muqaddimah..hehe
nak panjang2 g tulis manuskrip novel la bro
Tulis la skrip drama
Re: Mari Berpuisi- hanya di BicaraThtl
Penyu wrote:Abu_Zubair wrote:HambaNya wrote:
ana belum puisi lagi...tu muqaddimah..hehe
nak panjang2 g tulis manuskrip novel la bro
Tulis la skrip drama
hehe skrip dah lama hantar lah...
syarah puisi??
bolehlah syeikh thtl cuba syarah puisi ana..ehe
Page 1 of 6 • 1, 2, 3, 4, 5, 6
Similar topics
» Mari Join Group Telegram BicaraTHTL
» Forum BicaraTHTL blocked!
» Mari Belajar bahasa arab siri dua
» Mari bantu saudara baru kita
» Blog Bicarathtl tak boleh dilawat?
» Forum BicaraTHTL blocked!
» Mari Belajar bahasa arab siri dua
» Mari bantu saudara baru kita
» Blog Bicarathtl tak boleh dilawat?
BicaraTHTL :: Laman Usrah :: Karya :: Mari BerPuisi
Page 1 of 6
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum